Loading...

Monday, April 21, 2008

Projek Penternakan

Projek ini yang telah diluluskan oleh bekas kerajaan Negeri Selangor tetapi mereka buat penafian, termasuk bekas Menteri Besar Barisan Nasional sendiri.

Dokumen dan gambar membuktikan bahawa pemimpin BN sengaja mempolitikan perkara ini, di mana Ketua Kampung yang mengepalai rombongan piket sendiri merupakan ahli rombongan Barisan Nasional melawat luar negara.

Sila klik gambar di bawah untuk pembesaran bacaan.


Friday, April 18, 2008

YB Sri Muda Mesra Media

Laporan Sin Chew Jit Poh 14/04/08 membuat liputan program ADUN Sri Muda bermesra media. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan ADUN Sri Muda kepada media sambil ketengahkan masalah Sri Muda untuk perhatian pihak berkuasa dan menerangkan perancangan ADUN ke atas Sri Muda.

Monday, April 14, 2008

YB Berterima Kasih Kepada Rakyat

Ini hanya merupakan salah satu program YB turun padang mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada beliau menjadi Wakil Rakyat di DUN Sri Muda.

Majlis jamuan sambil menemu rakyat ini dianjurkan oleh Jawatankuasa DUN Bandar Puteri. Sokong dan kerjasama padu di antara semua kepimpinan Pakatan Rakyat jelas terpahat dengan kehadiran semua pemimpin utama komponen Pakatan Rakyat.

Di antara yang memeriahkan majlis ini selain daripada Tuan Rumah YB Shuhaimi Shafiei, mereka termasuklah:

ADUN Sri Andalas mernagkap EXCO YB Dr. Xavier Jayakumar (PKR).
ADUN Pandamaran merangkap EXCO YB Ronnie Liu (DAP).
Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah (PAS).
ADUN Subang Jaya YB Hanna Yeoh (DAP)

Gambar-gambar berikut adalah:

Ucapan YB Shuhaimi Shafiei berterima kasih kepada semua penduduk Sri Muda khasnya dan Selangor amnya untuk menjayakan Pakatan Rakyat membentuk sebuha kerajaan Selangor baru.



Kehadiran ke majlis ini termasuklah: Sdr. Tan AK (Nabi Ketua J/K DUN Sri Muda); YB Ronnie Lie (EXCO); YB Dr. Xavier Jayakumar (EXCO); YB Dr. Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja); YB Hanna Yeoh (ADUN Subang Jaya) & YB Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda).


Wajah-wajah keriangan YB Dr. Siti Mariah, YB Hanna Yeoh dan YB Shuhaimi Shafiei dalam kajlis ini.



Penduduk Bandar Puteri yang hadir pada malam itu telah memeriahkan majlis dengan penuh kejayaan dan menjadi suatu kenangan manis dalam sejarah Bandar Puteri; kerana sebelum ini tidak ada EXCO @ Ahli Parlimen yang melawat taman ini.




YB Shuhai Shafiei Bersama Rakyat

Sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihanraya ke-12 pada pukul 4.30 pagi 09/04/08 (selama 7 jam SPR sengaja menangguhkan pemngumuman keputusan rasmi); YB Shuhaimi tidak pernah berpeluk tubuh untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi mewakili penduduk daripada Sri Muda.

Ini hanya merupakan salah satu aduan yang perlu ditangan segera kerana kepingan bumbung Apartmen Azora, Sri Muda sedang jatuh satu demi satu pada bila-bila masa. Lantaran itu, semua penghuni di sini sedang diancam keselamatan yang boleh membawa maut jika dihentak oleh keping bumbung apartmen ini.

Masalah ini telah dibawa ke perhatian pemaju apartmen, Wakil Rakyat Barisan Nasional (sebelum pilihanraya), Majlis bandaraya Shah Alam dan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional; namun dukacitanya semua rintihan rakyat bagaikan Batu Jatuh Dalam Lubuk.

Sebaik saja YB Shuhaimi dimaklumkan perkara ini, beliau telah beberapa kali turun padang meninjau sendiri keadaan apartmen ini. Memang sah, aduan penghuni partmen ini berasas; dengan itu beliau telah menjemput Bato Bandar Bandaraya Shah Alam bersama membuat lawatan rasmi ke situ sebanyak 2 kali.

Perkara ini masih dalam proses desakan kerana keengkaran pemaju duduk berunding dalam meja bulat sebelum sebarang tragedi maut menimpa penduduk di situ. Namun begitu, sungguhpun perkara ini adalah beban peninggalan pentadbiran pincang Barisan Nasional, tetapi usaha-usaha sedang dijalankan untuk mana-mana yang bertanggungjawab memperbaiki masalah ini segera.

Gambar-gambar berikut adalah:

Dato Bandar Shah Alam sedang memberikan sedikit penjelasan kepada penduduk apartmen atas tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam.



Dari kiri ke kanan: Sdr. Azmizam (Ketua Angkatanmuda Muda DUN); Dato Bandar Shah Alam; YB Shuhaimi sedang mendengar aduan salah seorang penduduk apartmen ini bahawa masalah ini sudah berlarutan beberapa tahun lama.


Dato Bandar sedang membincangkan sesuatu dengan pegawai MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) untuk membersihkan semua sampah-sarap dalam tempoh 2-3 hari.



Naib Ketua Jawatakuasa DUN Sdr. Anthony Das (kanan) sedang menyoal wakil pemaju (bertali leher) yang berpangkat General Manager akan tanggungjawab pemaju merangkap syairkat pengurusan apartmen ini. Malangnya, tidak ada jawapan yang diberikan (beliau hanya membisu).



Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Sri Muda 3 Sdr. Puspa (dari kiri ke-2) turut membantu mendesak wakil pemaju (bertali leher), dukacitanya beliau juga membisu.


Nabi Ketua Jawatankuasa DUN Sri Muda Sdr. Shaari & Sdr. Puspa (ke-4 & ke-3 dari kanan) sedang menyoal wakil pemaju mernagkap pengurus bangunan (pertama & ke-3 dari kiri) mengapa sampah-sarap tidak dibersihkan.


Selain daripada apartmen Azora, rombongan ini juga menziarahi tapak pembinaan pasar baru Sri Muda atas aduan masalah kebersihan dan kesihatan.


Keluhan Orang Sri Muda

Satu majlis penemuan antara penduduk Apartmen Azora Sri Muda dengan pengurus bangunan merangkap pemaju telah diadakan kerana bumbung bangunan bersebut sedang gugur / jatuh satu demi satu.

Oleh sikap pemaju melapaskan batuk di tangga, majlis dialog antara penghuni apartmen dengan pengurus bangunan tidak berbuahkan hasil kerana ada pihak yang kurang ikhlas.

Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda telah diminta hadir untuk memberikan kata-kata bantuan untuk bantu menyelesaikan masalah apartmen ini.

Sebaik sahaja menerima maklumat, Timbalan Ketua & Naib Ketua jawatankuasa DUN, Sdr. Kamarulzaman dan Sdr. Tan AK sambil diiringi oleh Ketua Jawatakuasa Daerah Mengundi Sri Muda 3 Sdr. Puspa telah bergegas di situ. Sambil tenangkan keadaan majlis dialog, telah dipersetujui wakil-wakil pemaju dan penduduk untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk meneruskan perbincangan lanjutan kerana terdapat salah satu isu apartmen ini sedang dalam proses pembicaraan mahkamah tinggi.

Sungguhpun masalah apartmen MUNGKIN menyentuh prosiding pembicaraan, akan tetapi masalah bumbung jatuh yang mengancam keselamatan perlu diperbaiki segera sebelum tragedi maut mungkin berlaku jika dihemtak kepingan bumbung.

Gambar-gambar berikut adalah:

Suasana majlis dialog yang dihadiri oleh ramai penduduk apartmen di pejabat pengurus bangunan di Sri Muda.



Sdr. Kamarulzaman dan Sdr. Puspa turut hadir untuk menghulurkan bantuan mencari jalan penyelesaian.



Sdr. Tan sedang memberikan kata-kata untuk tenangkan keadaan yang agak panas sebaik sahaja ketibaannya.



Beginilah keadaan bumbung yang sudah reput dan siling yang pecah. Reka-bentuk bangunan ini menyebabkan kepingan bumbung jatuh satu demi satu bila-bila masa.



Keadaan tong sampah yang tidak dibersihkan dan tempah mengumpul sampah yang kecil tidak sepadan dengan bilangan unit rumah yang ada.


Keadaan lorong masuk ke dalam apartmen yang berlopak dan lantai yang pecah merbahayakan kanak-kanak.


Bukti kepingan bumbung yang SUDAH jatuh dari atas menghentak ke bawah boleh mengakibat tragedi maut.



Antara seorang wakil pengurus bangunan dan pemaju (wanita kanan) yang melawat apartmen bersama Sdr. Kamarulzaman; namun tidak memberikan sebarang jawab positif.



Sdr. Kamarulzaman sedang meneliti keadaan bumbung yang memang kritikal bersama dengan penghuninya.

Sunday, April 13, 2008

Lawatan Ke Majlis Perbandaran Klang

Barisan kepimpin Jawatankuasa DUN Sri Muda telah mengunjung Majlis Perbandaran Klang (MPK)untuk mengenal dan mendengar taklimat pentadbirannya.

Majis ini disertai oleh semua ketua-ketua jabatan MPK yang diketuai oleh Yang DiPertua MPK Tuan Mislan. Sementara itu J/k DUN pula dipimpin oleh YB Shuhaimi Shafiei, termasuk Timblan Ketua DUN Sdr. Kamarulzaman, Naib Ketua DUN Shaari Abdul Malik, Tan AK, Anthony Das, Ketua Penerangan DUN Sdr. Zaidi dan Ketua Angkatanmuda DUN SDr. Azmizam. Turut memeriahkan majlis termasuk wakil khas Ahli Parlimen Kota Raja Sdr. Azmi.

Gambar-gambar berikut adalah:

Jamuan ringan sebelum majlis oleh YB Shuhaimi dan Sdr. Tan AK.

Jamuan ringan bersama YDP MPK dan Sdr. Shaari Abdul Malik.

Jamuan bersama YB Shuhaimi dengan Sdr. Anthony Das.

Majlis taklimat dipengerusikan oleh YDP MPK, duduk bersebelahan adalah YB Shuhaimi Shafiei & Sdr. Tan AK.

Barisan pegawai-pegawai MPK yang turut hadir.




Sdr. Anthony Das sedang menyampaikan suatu pendapat.

Wakil Khas Ahli Parlimen Kota Raja Sdr. Azmi sedang berucap.



Taklimat sedang berlangusng (dari kanan ke kiri): Sdr. Anthony Das, Sdr. Tan AK, YB Shuhaimi & YDP MPK.



Taklimat sedang berjalan (dari kiri ke kanan): Sdr. Azmizam, Sdr. Shaari Abdul Malik, Sdr. Zaidi & Sdr. Azmi.

YDP menyampaikan cenderamata (buku pengenalan MPK) kepada YB Shuhaimi.




Gambar rombongan bersama dengan YDP.




YB Shuhaimi menandatangani buku lawatan MPK.

Thursday, April 10, 2008

Semangat Makkal Sakti Berkuasa