Loading...

Friday, October 29, 2010

Peruntukan Pembangunan Luar Bandar Dijangka Meningkat

Wednesday, 27 October 2010 | Ruangan: Berita

Oleh MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

SHAH ALAM, 27 Okt- Kerajaan Negeri Selangor bercadang menambah peruntukan pembangunan luar bandar di seluruh daerah negeri ini berjumlah RM8 hingga RM10 juta dalam belanjawan negeri akan datang.

Menurut Pembantu Exco Pembangunan Luar Bandar Selangor, Shuhaimi Shafie, usaha ini bertujuan menampung kos penyelenggaraan dan projek pembangunan kecil di setiap
daerah yang semakin meningkat.

“Kerajaan negeri berikan setiap daerah peruntukan pembangunan kecil, walaupun jumlahnya tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya dapat memulakan kerja-kerja baik pulih kawasan-kawasan yang bermasalah, seperti banjir,” kata Shuhaimi.

Shuhaimi bercakap pada Program Turun Padang Lawatan Wakil Menteri Besar Selangor bersama Penghulu, Ketua Kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang hari ini.

Katanya, pada masa ini setiap daerah di Selangor hanya diperuntukkan RM600,000 setahun.

Dengan penambahan peruntukan ini, segala aduan dan rungutan penduduk setempat dapat diatasi segera, sekali gus memenuhi tahap kepuasan perkhidmatan, khususnya penduduk luar bandar.

“Harapan kita, peruntukan ini sedikit banyak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dikemukan ketua kampung, sekali gus meringankan beban mereka,” kayanya.

Thursday, October 21, 2010

PKR : Tiada bantahan calon presiden, timbalan dan naib
Abdul Rahim Sabri
Okt 21, 10
6:31pm
Kongsi 0



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menerima sebarang bantahan terhadap calon yang bertanding jawatan presiden, timbalan, naib presiden serta Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ibu pejabat parti menetapkan 18 hingga 20 Oktober untuk menerima bantahan terhadap calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan PKR mulai hujung bulan ini.

Manakala tempoh memproses bantahan yang terima ialah pada 21 hingga 23 Oktober ini.

JPP juga tidak menerima sebarang bantahan bagi calon-calon jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Hanya satu bantahan diterima bagi pemilihan Wanita, iaitu terhadap seorang calon yang bertanding untuk Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Timbalan setiausaha agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman (atas, kanan) berkata calon berkenaan didakwa berkempen dengan "mengutuk calon" yang bertanding.

"Saya tidak mahu mendedahkan identitinya. Kita sedang menyiasat bantahan ini kalau ada asasnya," katanya ketika dihubungi Malayskini petang ini.

Menurutnya lagi, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden.

Manakala empat orang lagi menarik daripada bertanding jawatan dalam MPP, termasuk ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang akan mempertahankan jawatan naib presiden.

Tiga lagi yang menarik ialah timbalan pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud; bekas pemimpin Hindraf, K Vashanta Kumar dan calon Ketua Wanita Animah Ferrar.

Sharifah Shahidah berkata selepas tempoh bantahan tamat semalam, secara rasminya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas, kiri) mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala 17 calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden. Selain Sivarasa, antara mereka yang akan bertanding jawatan tersebut ialah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu Tian Chua.

Penyandang jawatan ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pula akan dicabar oleh ahli MPP, Badrul Hisham Shaharin

Jawatan timbalan ketua AMK pula bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan ADUN Teja, Chang Lih Kang. Manakala sebelas calon akan bertanding tiga jawatan naib ketua AMK.

Penyandang jawatan ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin yang juga ahli parlimen Ampang, akan dicabar oleh dua calon - Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Manakala penyandang jawatan timbalan ketua Wanita, Rodziah Ismail yang juga exco kerajaan Selangor akan dicabar oleh Asmah Abdul Kadir.

Sembilan calon akan bertanding merebut tiga jawatan naib ketua Wanita. Mereka termasuk ADUN Rawang, Gan Pei Nei dan timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha.

Sementara itu, Sharifah Shahidah berkata, senarai muktamad calon-calon yang bertanding akan dikeluarkan pada Ahad ini.

Sumber: Malaysiakini

Tuesday, October 19, 2010

Sri Muda Kini Berubah Wajah

Sunday, 10 October 2010 | Ruangan: Berita

Oleh: Nur Diyana Nawwar Ibrahim

SHAH ALAM,10 OKT: Dahulunya daerah ini hampir menjadi kawasan “padang jarak padang tekukur” gara –gara banyak masalah yang timbul di kawasan ini. Gengsterisme yang melampau, pendatang asing ,dan isu infrastruktur inilah yang sering mengecewakan penduduk Sri Muda.

Kini, Sri Muda dalam tempoh dua tahun setengah dibawah pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat(Adun) Shuhaimi Shafie menunjukkan perubahan yang ketara berbanding kerajaan terdahulu.

Menurut Shuhaimi apa yang dicapai hari ini adalah sebagai bukti beliau mengotakan janji kepada rakyat yang mahu membawa perubahan semasa memenangi kawasan ini.

“Banyak kemajuan yang kita capai contohnya terbaru akan ada projek pembinaan masjid di Sri Muda dengan kos sebanyak RM5 juta di mana kita jangka akan siap dalam tempoh satu tahun setengah.

“Tidak terkecuali juga dengan isu yang lama kita juangkan iaitu membina sebuah pasar moden di kawasan ini juga hampir terlaksana,” katanya.

Malah Sri Muda juga menjadi tumpuan ramai pengusaha bengkel kereta menjalankan perniagaan disini sehingga ia menjadi lokasi popular bagi industri ini.

Beliau juga tidak menafikan kerjasama yang diberikan pihak berkuasa tempatan dan juga polis memainkan peranan penting menyelesaikan isu yang terdapat di Sri Muda.

Bagaimanapun Shuhaimi agak kesal dengan sikap sesetengah agensi yang masih bersifat berat sebelah hanya kerana pentadbiran pakatan rakyat.

“Biasanya apabila aduan dibuat kepada agensi atau jabatan yang berkaitan penyelengaraan infrastruktur dan juga sampah tindakannya agak lambat. Jika sikap ini berterusan tidak mustahil kelak rakyat akan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri padahal mereka ini acuh tidak acuh semasa kita buat aduan atas dasar fahaman politik berbeza,” katanya.

Sementara itu bagi penduduk Sri Muda Gopala Krishnan, 33, mengakui Sri Muda melalui perbezaan ketara semasa pemerintahan dahulu dan sekarang.

Menurutnya, sebagai penduduk amat berpuas hati dengan isu keselamatan yang semakin terkawal dan menyifatkan kawasan tersebut semakin harmoni.

“Dulu kita nak keluar rumah pun takut, takkan duduk di restoran saja-saja dan tidak ada siapa pun mahu tinggal di sini kerana risau mengenai keselamatan mereka namun semua itu berubah, memang kejadian jenayah di sini banyak berkurangan dan dari segi ekonomi pun sudah berkembang,” katanya.


Selangorkini

Thursday, October 7, 2010

Umno Tak Peduli Malaysia Jadi Pariah Asal Terus Kekal Berkuasa
Oleh Norasikin Samsi (Suara Keadilan)
SNI17PETALING JAYA 7 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak menjadikan kecaman masyarakat antarabangsa berhubung konspirasi memusnahkan karier politik Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur malah tidak mempedulikan langsung risiko Malaysia dilabelkan sebagai 'pariah' asalkan matlamatnya berjaya mengekalkan kuasa sebagai pemerintah negara.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail serangan menjatuhkan reputasi Anwar secara berterusan merupakan langkah terdesak Umno-Barisan Nasional apabila tidak berdaya lagi berhadapan dengan ketokohan dan hujah Anwar sebagai negarawan bertaraf dunia.

"Sama ada Malaysia itu menjadi 'pariah' di mata antarabangsa, Umno tidak ambil kisah soal perkara ini, yang penting Umno mesti terus kekal berkuasa dan dengan kuasa politik itu mereka boleh terus melakukan apa sahaja semahu-mahunya.

"Pada dia (Umno-BN), reputasi Malaysia di mata antarabangsa itu bukan ukurannya, keutamaannya Umno mesti berkuasa dengan apa cara sekalipun.

"Oleh kerana lawan politik nombor satunya adalah Anwar, maka riwayat politik Anwar itu mesti ditamatkan dahulu dengan kilang-kilang fitnah itu akan terus mereka giatkan," kata Saifuddin kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat semalam oleh Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar berhubung dua surat akuan bersumpah yang ditandatangani.

Beliau kini menafi menandatangani atas kerelaannya dan mendakwa dipaksa oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya yang juga seorang peguam.

Saifuddin berkata tanpa disedari Umno-BN, perbuatan mereka itu akan dinilai rakyat sebagai tindakan politik jahat dan durjana dan sebaliknya mendorong rakyat menambah sokongan kepada KEADILAN.

Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja memberi gambaran buruk kepada Umno-BN malah mencerminkan betapa dangkalnya politik yang di bawa mereka kerana sanggup membelakangi budaya dan peradaban masyarakat Melayu. IMG_5363

"Serangan tidak putus-putus yang dilakukan ke atas Anwar ini adalah sebagai langkah terdesak Umno-BN yang akan menjerat diri mereka sendiri kerana tanpa mereka sedar perbuatan itu dilihat oleh rakyat sebagai berlebihan dan keterlaluan.

"Perbuatan ini juga hanya akan mendedahkan bagaimana politik jahat Umno-BN ini kerana mereka tidak langsung menghormati batas-batas, adab dan akhlak budaya orang Melayu dan Islam," katanya lagi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan dakwaan terbaru itu sebagai bukti Umno-BN tidak pernah mengambil iktibar daripada petunjuk rakyat yang berpaling menyokong KEADILAN biarpun setelah pelbagai halangan dilalui Anwar akibat perbuatan rejim kerajaan yang mahu menamatkan riwayat politiknya.

"Saya menyifatkan isu terbaru ini sebenranaya adalah satu bukti bagaimana Umno-BN tidak pernah serik dengan hukuman dan isyarat daripada rakyat.

"Kalau sekiranya rakyat termakan dengan fitnah jahat ini, bermula 1999 lagi, nama Anwar akan terpadam terus daripada persada arena politik negara. Tidak mungkin rakyat Malaysia baik apa agama dan anutan sekalipun akan menghampiri seorang pemimpin yang begitu jijik dan hina akhlaknya, seorang yang dikatakan ada hubungan dengan 27 orang wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, Indian, Eropah dan sebagainya sepertimana laporan afidavit mahkamah oleh (Tan Sri) Musa Hassan semasa beliau menjadi pegawai penyiasat pada tahun 1999.

"Anwar juga dituduh sebagai pengkhianat negara, beliau juga sebagai agen Yahudi dan Amerika malah kuda tunggangan Cina DAP dan segala macam.

"Fitnah ini berterusan dari 1998 sampai sekarang. Apakah pengaruh Anwar terhakis bahkan tidak. Parti yang Anwar ketuai semakin mendapat tempat di hati rakyat. Apakah Umno mengambil iktibar daripada pelajaran ini, jawapannya tidak.

"Fitnah baru yang direka ini hanya akan semakin membuka mata rakyat tentang bagaimana terdesaknya Umno dan BN tidak mampu bersilat dengan Anwar dalam gelanggang politik tetapi menggunakan intrumen pemerintah seperti polis, peguam negara dan mahkamah untuk menghancurkan dan menamatkan riwayat politik Anwar," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak Anwar berhadapan risiko ditahan semula kerana menganggap senario itu menjadi kezaliman Umno-BN untuk menyekat Anwar mara

"Risiko ditahan itu ada dan ini bukannya sesuatu yang pelik kerana sebelum ini aduan pada 1998 dia ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), dipukul, dikurung. Aduan 2008, dia ditahan, dipaksa ambil DNA.

"Mereka (kerajaan) akan mengulangi proses yang sama, ada laporan polis mereka akan tahan Anwar, mereka akan kilang segala fitnah jahat.

"Saya juga optimis berdasarkan pengalaman kes 1998, beliau dibicarakan 1999 diulangi lagi dengan kes dan bukti-bukti yang tak masuk akal dan proses mahkamah yang tidak langsung memberikan Anwar bukti-bukti yang tidak adil sehinggalah sekarang dan episod ini akan hanya meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa kepada Umno dan BN yang hanya mahu terus kekal berkuasa," katanya.

Wednesday, October 6, 2010

SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan
Okt 6, 10 3:45pm
Kongsi 0
Ahli PKR diingatkan supaya mematuhi arahan parti supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia dan edisi hujung minggunya, Minggu Malaysia yang dimiliki Umno.

“Ia sebahagian daripada disiplin bagi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” kata setiauasaha agung PKR, Saifuddin Nasution kepada wartawan di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, apabila seseorang individu menyertai sesuatu parti, sebarang tindakan politik yang dibuat oleh ahli itu mesti selaras dengan segala keputusan pucuk pimpinan.

Jelas Saifuddin, meskipun PKR menghormati kebebasan media, namun Utusan dipulaukan kerana sering-kali memutar-belitkan berita mengenai parti itu sejak ia ditubuhkan pada 1999.

Saifuddin berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana individu berhubung amarannya itu kerana sebagai setiausaha agung, beliau adalah berkecuali.

Sumber: Malaysiakini

Kekecohan PKR: Saifuddin sahut cabaran Muhyiddin, dedah nama

October 06, 2010

PETALING JAYA, 6 Okt – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menjawab cabaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mendedahkan satu nama didakwa mendalangi kekecohan ketika pemilihan cabang parti itu dua minggu lalu.

Selain itu menurut Saifuddin (gambar), beliau sedang meneliti satu lagi nama yang dipercayai ahli sebuah “parti terbesar” dalam Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun beliau enggan menamakan parti itu, tetapi memberitahu akan “checkmate” Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sebagai sahaja memperoleh maklumat lengkap.

“Ya, boleh sifatkan begitu,” kata beliau ketika ditanya sama ada respons beliau hari ini boleh dianggap sebagai menerima cabaran Muhyiddin minggu lalu.

“Saya ada satu lagi nama, yang tengah saya teliti, yang terlibat di cabang Klang... apabila saya dapat, saya akan ‘checkmate’ Tan Sri Muhyiddin,” kata Saifuddin pada pertemuan khas di pejabatnya di sini hari ini.

Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, selaku pentadbir proses pemilihan beliau menerima cabaran Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Dia kata namakan, saya kata OK. Saya berikan satu nama... Abdul Razak Halidi, dia bukan anggota parti,” kata Saifuddin sambil menegaskan, Razak adalah antara beberapa individu bukan ahli PKR yang didapati menyebabkan kekecohan di tiga cabang di Selangor dua minggu lalu.

Kata Saifuddin, beliau sebenarnya tidak mengkategorikan mereka sebagai ahli Umno ketika mendedahkan isu berkenaan 27 September lalu.

Pada sidang media 27 September lalu, kata Saifuddin, beliau hanya mengatakan mereka yang dipercayai menyebabkan kekecohan pada waktu “serentak” di tiga cabang berkenaan sebagai individu bukan anggota PKR, segelintir yang mencetuskan provokasi dan sekumpulan ahli PKR.

“Saya tidak sebutpun nama Umno. (Pemimpin Umno) bacalah dulu, adakah saya menyebutkan perkataan Umno.

“Hari ini saja saya sebutkan nama Razak, bekas ahli Umno, masuk Keadilan dan keluar Keadilan... sama ada dia masuk Umno, yang itu Muhyiddin kena semaklah... boleh jadi...,” katanya lagi.

“Tetapi yang di Klang saya sedang tengok, memang ahli satu parti terbesar dalam BN, bukan Keadilan, bukan PAS, bukan DAP... parti itu parti terbesar, agak terbesar juga, dalam BN.

“Bila saya teliti nombor (keahlian), saya akan ‘checkmate’, saya berlapik begitu sekali apabila berdepan dengan isu ini, jangan gopohlah, jangan gelojohlah Timbalan Perdana Menteri... nama (ahli membuat kekecohan di Klang) nanti dulu, saya sedang tengah siasat,” kata beliau lagi.

Razak juga telah membuat laporan polis terhadap kepimpinan cabang Kuala Langat berhubung kekecohan 26 September lalu.

Saifuddin juga berkata Razak pernah memohon untuk kembali menyerati PKR tetapi ditolak.

“Razak asal Umno, kemudian Keadilan. Bila kita kalah teruk tahun 2004, ramai orang tawar hati, dia tulis surat (untuk keluar), saya dapat laporan lengkap, surat... kita ada semua maklumat.

“Kemudian dia pernah memohon masuk parti semula, tetapi parti tidak luluskanlah, kamu keluar ketika parti berada di garis paling rendah tetapi (apabila) parti ada kerajaan, kamu hendak datang balik, jadi ada masalah.

“Jadi bila dalam keadaan begitu, jangan cerai bini senang-senang,” katanya sambil menegaskan Razak juga tidak mengundi pada pemilihan cabang Kuala Langat.

“Dia tidak mengundi, tetapi datang berucap dalam tempat mengundi,” katanya.

Pertengahan minggu lalu, Muhyiddin mencabar Saifuddin supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu 26 September lalu.

“Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain.

“Itu adalah masalah mereka,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN.

“Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional),” kata beliau.

Dalam kenyataan minggu lalu, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar.

Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

“Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR.

“Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar,” katanya.

Malah, anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

“Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan,” katanya.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN & SOLAT SUNAT TARAWIKH

SURAU AL - AMIN TAMAN ALAM INDAH, SEKSYEN 33








,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


SURAU AL - AMIN TAMAN BERJAYA MENJADI PILIHAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIKH



















,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,










YB SHUHAIMI MENGUNJUNGI KAMPUNG LOMBONG UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN

RAMADHAN DAN AIDIL FITRI 1431 HIJRAH ( 2010 )











----------------------------------------------------------------------------------------------------------

















SURAU KEMUNING UTAMA PULA MENJADI PILIHAN YB SHUHAIMI MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIKH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN RAMADHAN































BERBUKA BERSAMA RAKYAT DAN SOLAT SUNAT TARAWIKH DITERUSKAN KALI INI DI SURAU AR - RAUDAH YANG MENJADI PILIHAN YB SHUHAIMI






PROGRAM ZIARAH PENDUDUK WARGA EMAS DAN BERSAHUR BERSAMA DI KAMPUNG BUKIT NAGA

YB SHUHAIMI MENYAMPAIKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN MAKANAN KEPADA WARGA EMAS YANG DIKUNJUNGI

ANTARA KAKITANGAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT YANG TURUT MENYERTAI PROGRAM

YB SHUHAIMI MERAKAMKAN GAMBAR KENANG KENANGAN BERSAMA - SAMA KELUARGA WARGA EMAS YANG DIKUNJUNGI

Tuesday, October 5, 2010


SOLAT SUNAT TARAWIKH & MENGHULURKAN SUMBANGAN RAMADHAN DI SURAU NURUL IMAN KG LOMBONG






MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN
KEPADA FAKIR MISKIN,SURAU & MASJID KAWASAN MPP ZON 10





TINJAUAN KE BAZAR RAMADHAN SEKSYEN 27, ALAM MEGAH SHAH ALAM




MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA - SAMA PENDUDUK LAMAN PALMA, JALAN KEBUN




MAJLIS RINGKAS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN 1431 HIJRAH,
BERTEMPAT DI SURAU BAITURRAHMAN, PUTRA HEIGHTS