Saturday, April 30, 2011

Fw: Surat Pembaca

Surat Pembaca

Kempen Mansukan ISA: Tindakan Kerajaan Negeri Tepat

Penulis menyeru Menteri Besar dan kepimpinan Kerajaan Negeri meneruskan kempen Mansuhkan ISA secara lebih agresif bagi menyedarkan rakyat serta tidak tunduk kepada mana mana pihak yang kurang senang dengannya.

Keputusan memasang papan iklan yang memaparkan kempen itu adalah sah kerana ia diluluskan dalam Sidang Dewan Negeri lalu yang mendapat mandat mejoriti Ahli Dewan. Bahkan kerajaan negeri di saran agar berterusan memuatkan kempen tersebut dalam akhbar rasmi Selangorkini, Selangor Times dan Selangor Indru pada setiap keluarannya.

Sesi percambahan minda tentang kempen ini boleh dibuat melalui simposium dan dialog ilmiah wajar diadakan di TV Selangor secara kerap. Ia boleh disiarkan secara langsung dengan kehadiran tokoh tokoh yang pernah dizalimi undang undang ini tampil membincangkannya.

Tolak ketepi rungutan Timbalan Pengerusi UMNO/BN Selangor Dato Seri Noh Omar yang menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'gila kuasa' kerana usaha ikhlas Menteri Besar Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi kempen kesedaran tentang kezaliman undang undang ISA kepada rakyat menunjukkan sikap sebenar Noh Omar dan BN yang makin 'kehilangan arah' dalam melancarkan 'serangan baru' kepada kerajaan negeri.

Jika benar ia kerja sia sia, kenapa beliau tidak mengarahkan ADUN UMNO/ BN lebih bijak berhujah dan menentang dengan lebih berfakta semasa perbahasan di sidang dewan yang lepas? Agaknya beliau tidak dimaklumkan bahawa semasa perbahasan berlangsung hanya beberapa orang ADUN UMNO/BN berada dalam dewan, selebihnya mungkin sudah sampai ke rumah.

Mana mungkin satu kempen kesedaran kepada rakyat metentang kezaliman ISA dilihat sebagai suatu tindakan yang sia-sia! Segala kepayahan yang dialami oleh mangsa dan keperitan bebanan keluarga mangsa undang undang zalim ISA ini yang kebanyakannya orang Melayu, tidak di endah langsung dalam keangkuhan fikiran berkecamuk Noh Omar menegakkan hujah basi.

Penulis mahu bertanya, bagaimana pula sikap Noh Omar dengan perbelanjaan Kerajaan Pusat UMNO/BN yang telah membelanjakan lebih RM70 Juta setahun wang rakyat kepada Syarikat APCO Worldwide sebagai penasihat yang tujuannya hanya satu; mengembalikan keyakinan rakyat pada 1BN! 

Apa pula komen UMNO/BN dalam pembaziran Jambatan Bengkok di Johor dan Port Klang Free Zone (PKFZ)? Apakah itu wang UMNO/ BN? Kenapa membatu seperti di sumpah Sang Kelembai?

Kenapa pembaziran wang rakyat ratusan ribu menyediakan khemah untuk sekali perasmian Program SUBUR di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak di sebut sama? Apakah kerana wang itu masuk ke kantung Pemuda UMNO kesayangan Noh maka ia didiamkam dan tidak membazir? Apa jadi dengan SUBUR dan bekalan baja bawah kementerian Noh? Apa berlaku pada bekalan benih padi yang kurang bermutu keluaran syarikat sekutu UMNO? Usah pura pura tidak tahu kesan kegagalannya! Sia sia menjadi Menteri yang tidak tahu apa berlaku di kementerian sendiri.

Tidak ada istilah 'gila kuasa' dalam kepimpinan Pakatan Rakyat kerana kuasa merupakan satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan kempen Mansuhkan ISA adalah atas kemahuan mejoriti rakyat di Selangor. Jangan lupa, mejoriti rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat! Bukan BN yang menerajuinya.

Penulis ini yakin rakan rakan dalam Keadilan mahupun PR Selangor berpadu tenaga  dalam membantu kempen penerangan kerajaan negeri menerangkan kepada rakyat keperluan memansuhkan undang undang kejam ISA ini dan bertekad memperkasakan lagi kempen ini supaya lebih ramai rakyat memahami keperluan memansuhkan ISA yang jelas zalim lagi tidak berperikemanusiaan ini.

Kejayaan kempen ini samada akan berjaya atau tidak, akan ditentukan oleh rakyat dan samada membazir atau sia sia hanya dapat di lihat dalam keputusan pilihanraya akan datang.

Apabila kempen ini di sambut mesra oleh rakyat, waktu itu barulah Noh Omar sedar siapa yang 'gila kuasa' dan siapa pula 'gila kerana kehilangan kuasa' di seluruh negara. 

Shuhaimi Haji Shafiei
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan /
ADUN Sri Muda

30 April 2011

Friday, April 29, 2011

Fw: KENYATAAN AKHBAR KEADILAN SELANGOR


  KENYATAAN AKHBAR
  PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR

TRIO PALSU: BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA DAN TV3

"Tanpa etika kewartawanan, tiada perbezaan diantara seorang wartawan sebenar dan seorang wartawan lakonan" – Stephen Ward, Pengarah Pusat Etika Kewartawanan dan Media Massa di Universiti Wisconsin-Madison, AS, 2009.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor (Keadilan) melihat dengan teliti perihal akhbar Berita Harian dan abang kandung haramnya Utusan Malaysia serta sepupu jahatnya TV3, khususnya dalam cubaannya untuk mengaitkan penyiasatan tanyangan video lucah di Carcosa Seri Negara dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertama sekalinya, memandangkan perkara ini masih didalam siasatan Polis, maka segala cubaan untuk mengganggu siasatan sepatutnya di halang, meskipun yang mengganggu itu ialah daripada media massa.

Pada 29 Julai 2008, Timbalan Ketua Polis Negara (pada ketika itu) Tan Sri Ismail Omar memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah. Beliau turut mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang.

Namun apabila beliau kini memegang tampuk tertinggi PDRM (didoakan agar Tan Sri segera sihat) beliau kini membisu seribu bahasa apabila Berita Harian mencadangkan penglibatan Anwar dengan menyatakan 'siasatan' yang dijalankan oleh 'syarikat penyiaran terkemuka Korea Selatan' menemui sosok yang sepadan.

Berita Harian tidak pula menyebut identiti syarikat Korea terbabit dan video mana yang disalurkan kepada mereka untuk disiasat. Umum mengetahui bahawa tiada seorangpun yang mempunyai video tersebut selain daripada trio pemfitnah Dato T UMNO tersebut. Namun Polis memilih untuk berdiam diri dan membenarkan akhbar fitnah itu meneruskan penyiaran - Sesuatu yang lumrah jika di tuduh pada pimpinan Pakatan Rakyat.

Mahkamah Agung Canada menerusi penghakiman Beverley McLachlin CJ telah menyatakan bahawa didalam menentukan "etika kewartawanan", Mahkamah telah menitikberatkan kepentingan untuk mana-mana wartawan agar memastikan kesahihan berita yang disampaikan.

"wartawan hendaklah adil, menyelidik semua aspek sesuatu berita, mengkaji integriti pemberi maklumat dan untuk meneliti keperluan penggunaan sumber-sumber rahsia" - Beverly McLachlin

Namun keadaan lebih dua per tiga media massa di Malaysia amat menyedihkan. Segala media persuratan telah dibeli dan digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dan media baru disalahgunakan! Lihat sahaja blog pro BN yang tidak di ambil sebarang tindakan walaupun sekian lama gambar yang di 'supertelanjangkan' berselerak di blog pro BN.

Berita-berita yang menghasut orang Melayu untuk membenci yang bukan Melayu dibiarkan bermaharajalela, manakala tekanan dan kekangan terhadap media bebas dan separuh bebas dilipat-gandakan.

Umum mengetahui serangan Distributed Denial of Service (DDOS) terhadap Malaysiakini dan beberapa laman bebas termasuk serangan frekuensi jalur pendek "shortwave" terhadap Radio Free Sarawak pada masa Pilihanraka Kecil di Sarawak baru-baru ini adalah sebahagian usaha menutup kelemahan Taib Mahmud dan memperkasakan serangan pada Dato Sri Anwar supaya rakyat terpengaruh. Jelas tindakan ini menekan akhbar bebas dan membutakan kedua dua mata pada akhbar pengampu!

Keadilan Selangor menyeru International Federation of Journalists ("IFJ") Asia-Pacific untuk mengutuk salah-guna media oleh UMNO dan Barisan Nasional didalam usaha mereka mengekalkan kuasa. IFJ diseru agar bukan sahaja memperjuangkan kebebasan media dan hak kewartawanan namun untuk memperjuangkan kebebasan media dan pemerkasaan media melalui etika kewartawanan yang baik sepertimana yang disampaikan oleh rakan kita di Kanada.

KAMI MENDESAK agar tindakan tegas dikenakan kepada trio datuk-datuk pemfitnah disamping pihak pentadbir Carcosa Seri Negara dan suatu amaran keras umum dikeluarkan kepada semua media khususnya Berita Harian dan Utusan Malaysia agar tidak membuat spekulasi terhadap siasatan polis sepertimana arahan Tan Sri Ketua Polis Negara pada tahun 2008 dan sekiranya ingkar, kami menyokong tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka.

Jika pihak Polis gagal untuk mengeluarkan arahan sedemikian, umum kini boleh mengesahkan bahawa Polis adalah sebahagian daripada bahagian UMNO yang secara jelas mengamalkan gaya tindakan memilih bulu.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan Keadilan Selangor /
ADUN Sri Muda
29 April 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 28, 2011

PBT ambil alih tugas mulai Jun

SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil alih sepenuhnya tugas pembersihan kawasan awam dari Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) bermula akhir Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, pihaknya masih mengadakan mesyuarat dengan Alam Flora bagi menyelesaikan beberapa perkara sebelum mengambil alih tugas itu sepenuhnya.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan supaya PBT memulakan tugas dalam pembersihan awam akhir Jun ini.

“Hanya kerja-kerja pengutipan sampah diberikan kepada Alam Flora,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Beliau berkata, PBT juga digesa menubuhkan pasukan bantuan khas untuk memastikan tugas pembersihan awam itu dapat dijaga dengan baik tanpa sebarang rungutan dari penduduk.

Katanya, ia juga akan memudahkan PBT memantau kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik dan kontraktor yang tidak berkesan serta cekap akan diberhentikan.

Ronnie berkata, kesemua PBT juga akan menubuhkan satu unit pemantauan baru iaitu melantik wakil persatuan penduduk untuk menjadi pemantau kualiti kerja kontraktor yang bertugas.

“Kita mensyaratkan kontraktor untuk mendapat tandatangan pemantau setempat sebagai satu syarat bahawa penduduk berpuas hati dengan kerja yang dilakukan.

“Sekiranya wakil penduduk tidak menandatangani sebanyak tiga kali, tindakan akan dikenakan termasuk mengurangkan tempoh kontrak, mengurangkan jumlah bayaran atau memecat kontraktor tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa lima PBT akan bekerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja pembersihan daripada Alam Flora berjalan lancar.

Abdul Khalid berkata, kerja pembersihan itu bukan bidang tugas baru untuk PBT kerana pada asalnya kesemua kerja berkenaan berada di bawah kawal selia PBT sebelum tugas itu diambil alih Alam Flora 10 tahun lalu.

PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

Kerajaan Negeri melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan PBT dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan oleh Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Sumber: Sinar Harian
Noh risau parti komponen PR sepakat: Shuhaimi

SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Noh Omar bahawa Pas tidak perlu malu mengakui hakikat menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dan PKR dilihat sebagai nada kerisauan dengan kesepakatan komponen Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO itu juga dilihat sebagai usaha menyembunyikan kemelut kepimpinan yang berlaku dalam parti itu di negeri ini.

“Konsensus yang dicapai oleh PR sama ada di peringkat nasional dan negeri jelas membuktikan keutuhan PR dalam melaksanakan Agenda PR yang polisinya terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

“Noh cuba menyembunyikan kemelut baru yang melanda UMNO Selangor berikutan UMNO kini sedang menghadapi krisis kepimpinan apabila beliau tidak mendapat sokongan penuh keseluruhan bahagian UMNO di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Shuhaimi berkata, konflik serius antara UMNO bahagian dan kepimpinan parti itu sering diperkatakan dan Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor gagal memperkukuhkan parti komponen BN.

“Sikap kurang senang parti komponen BN seperti MCA dan MIC pada Noh dilihat jelas apabila ada kalangan perwakilan parti keluar dewan pada Konvensyen BN Selangor, April tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kini MCA menyanggah cadangan UMNO dan akhbar perdana yang mengutarakan slogan bertentangan semangat BN.

“Saya sarankan Noh menyelesaikan masalah dalaman UMNO dan BN Selangor dahulu sebelum membuat tohmahan tidak berasas mengenai kesepakatan PR,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, April 27, 2011

Kerajaan S`gor sokong penuh projek LRT

Kerajaan Selangor menyokong penuh projek penyambungan sistem aliran ringan (LRT) bagi meningkatkan mutu perhidmatan pengangkutan awam yang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menyeluruh telah memperlahankan atau membantutkan pembangunan di kawasan tertentu dan senario ini tidak sihat kepada pembangunan ekonomi negeri.

Bagaimanapun beliau menegaskan setiap projek pembangunan yang dirancangkan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat dan kesannya kepada kehidupan rakyat sekitar kawasan projek.

“Kerajaan Selangor menyokong usaha-usaha kerajaan Pusat ini tetapi kita juga perlu mengambil kira keluhan dan bantahan penduduk yang terlibat dengan projek ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke beberapa tapak yang dimasukkan sebagai laluan LRT.

Pada lawatan itu, menteri besar dibawa melawat sekitar Shah Alam oleh Persatuan Penduduk Taman Subang Alam yang membantah cadangan laluan LRT antara Kelana Jaya dan Shah Alam.

Antara yang dilawati ialah sebuah rumah di Taman Subang Alam yang mendakwa rumahnya dalam bahaya kerana laluan LRT yang dicadangkan berdekatan dengan tasik sekali gus menyebabkan paras air tasik lebih tinggi.

Penduduk taman itu juga membawa Menteri Besar melawat ke laluan alternatif yang didakwa mereka lebih sesuai dijadikan sebagai laluan LRT.

Tan Sri Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mengajukan bantahan penduduk itu kepada syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum membuat keputusan muktamad.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar diiringi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Mat Shafie dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.


Sumber: Komunitikini

Monday, April 25, 2011

Sebutan semula hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun
Apr 25, 11 2:46pm
NONEShuhaimi Shafiei., 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010. [VIDEO DI DALAM]


Sebutan semula kes hasutan Adun Sri Muda 20 Jun

April 25, 2011

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir pada prosiding hari ini.

Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Feb lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Dis 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk “pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959″ di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Nizam meminta tarikh sebutan baru itu sementara menunggu perjalanan kes permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun daripada Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada prosiding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim.

- Bernama

Menteri Besar Lawat Tapak Cadangan Laluan LRT

Menteri Besar Lawat Tapak Cadangan Laluan LRT



by Abdul Khalid Ibrahim on Monday, April 25, 2011 at 5:47pm

Kerajaan Selangor menyokong penuh projek penyambungan sistem aliran ringan (LRT) bagi meningkatkan mutu perhidmatan pengangkutan awam yang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menyeluruh telah memperlahankan atau membantutkan pembangunan di kawasan tertentu dan senario ini tidak sihat kepada pembangunan ekonomi negeri.

Bagaimanapun beliau menegaskan, setiap projek pembangunan yang dirancangkan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat dan kesannya kepada kehidupan rakyat sekitar kawasan projek.

"Kerajaan Selangor menyokong usaha-usaha kerajaan Pusat ini tetapi kita juga perlu mengambil kira keluhan dan bantahan penduduk yang terlibat dengan projek ini," katanya selepas mengadakan lawatan ke beberapa tapak yang dimasukkan sebagai laluan LRT.

Pada lawatan itu, Menteri Besar dibawa melawat sekitar Shah Alam oleh Persatuan Penduduk Taman Subang Alam yang membantah cadangan laluan LRT antara Kelana Jaya dan Shah Alam.

Antara yang dilawati ialah sebuah rumah di Taman Subang Alam yang mendakwa rumahnya dalam bahaya kerana laluan LRT yang dicadangkan berdekatan dengan tasik sekali gus menyebabkan paras air tasik lebih tinggi.

Penduduk taman itu juga membawa Menteri Besar melawat ke laluan alternatif yang didakwa mereka lebih sesuai dijadikan sebagai laluan LRT.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mengajukan bantahan penduduk itu kepada syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum membuat keputusan muktamad.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar diiringi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Mat Shafie dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


YAB MB turun padang

Semalam YAB Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turun Padang ke Tapak Laluan @ jajaran LRT di Alam Megah.
Turut hadir ialah ADUN Sri Muda, Dato Bandar Shah Alam, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Kampung.
Ia bagi menyelesaikan kes tertangguh mengenai laluan ini yang akhirnya akan memberi manafaat kepada kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.
Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.

Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.
Sebutan semula hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun
Apr 25, 11 2:46pm
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir dalam proseding hari ini.

Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Nizam meminta tarikh sebutan baru itu sementara menunggu perjalanan kes permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun daripada Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada proseding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim.

- Bernama

April 25, 2011 15:03 PM

Sri Muda Assemblyman's Sedition Case Set For Mention June 20

SHAH ALAM, April 25 (Bernama) -- The Sessions Court here Monday set June 20 for mention of a sedition case involving Sri Muda Assemblyman Shuhaimi Shafiei.

Judge Slamat Yahya set the date following an application by Shuhami's lawyer, Nizam Bashir.

Shuhaimi, 43, had pleaded not guilty last Feb 7 to a charge with publishing a seditious article in his blog, http://srimuda.blogspot.com on Dec 30, last year.

The offence was allegedly committed at Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, here.

He can be jailed up to three years or fined up to RM5,000 if found guilty under Section 4 of the Sedition Act 1948.

Nizam had applied for a new date pending an application to the High Court by Shuhaimi to strike out the charge.

He said the High Court had set May 31 for case management and that the defence would need time to prepare.

Last April 1, Shuhaimi filed a notice seeking to strike out the charge against him on the grounds that the Sedition Act 1948 contravened Article 10 of the Federal Constitution.

Deputy public prosecutor Siti Syakimah Ibrahim appeared for the prosecution at today's proceeding.

-- BERNAMA

Saturday, April 23, 2011

Di salin dari blog YB Ahli Parlimen Kota Raja.

Friday, March 18, 2011

Buat seorang rakan seperjuangan yang telah pergi meninggalkan kita. Jasa dan budi baik mendiang sentiasa segar dalam ingatan. Beliau pejuang tulen yang tidak mengharapkan sesuatu, hanya berjuang untuk mengembalikan Hak Rakyat!

Takziah dari YB Shuhaimi Haji Shafiei dan seluruh Sekretariat Dun Sri Muda


Perginya seorang Pejuang DHPP

Semalam YB Dr Siti Mariah ke Kuala Kubu untuk menziarahi kematian Sdr Segar.Beliau amat terkejut bila menerima panggilan telifon dari Pn Veny, petugas di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja yang memberitahu bahawa Sdr Segar yang YB kenali semenjak sebelum PRU 8 Mac 2008 yang lalu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Beliau bergegas kesana bersama yang lain.

Mendiang Segar merupakan seorang yang amat dedicate kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS). Mendiang juga amat dikenali sebagai seorang pejuang parti yang amat jujur dan merupakan seorang Ketua DHPP Sri Muda yang amat dikenali dan disenangi oleh ahli-ahli dibawahnya dan pimpinan PAS Kota Raja dan ahli PAS keseluruhannya.

Mendiang yang merupakan Pengerusi Kelab Penykong PAS Sri Muda dari tahun 2008 hingga 2009 sebelum berpindah ke Kuala Kubu Baru. Beliau bersama sdr Vijay dan rakan-rakan dHPP yang lain mempunyai sekumpulan Task Force yang aktif di sri Muda. Selain itu mendiang Segar juga merupakan seorang pemimpin yang sangat aktif dikalangan Masyarakat di sri Muda dan Kota Raja.

Perginya seorang pejuang DHPP - lencana semasa kempen PRU 8 Mac 2008 masih tengantung didalam kereta mendiang menunjukkan betapa setianya mendiang terhadap perjuangan Parti PAS.

PAS KAWASAN KOTA RAJA DAN DHPP KOTA RAJA MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG SEGAR.

Berikut adalah gambar mendiang yang masih penulis simpan semasa mengikuti program Expotani Parlimen Kota Raja.

Sementara gambar-gambar dibawah ialah sempena ziarah YB ke rumah mendiang dan tempat kemalangan yang meragut nyawa mendiang.

Kerja-kerja parti yang beliau sedang laksanakan semasa kemalangan berlaku
Lencana yang digunakan semasa kempen PRU 12, 8 Mac 2008 ini terdapat didalam kereta mendiang semasa kemalangan berlaku, anda bayangkan betapa setianya mendiang terhadap perjuang PAS yang disertainya membuat YB dan rakan-rakan yang lain bertambah hiba dan sedih.

Nota : di harap pembaca budiman dapat meninggalkan komen berharga sebagai penghargaan terakhir terhadap mendiang dan ahli keluarga diatas pengorbanan dan sumbangan mendiang terhadapat Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan perjuangan yang sedang kita lalui ini.

17 comments:

Jaafar b Samsudin said...

Saya bagi pihak PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Segar bekas Ketua DHPP Sri Muda. Beliau merupakan pemimpin yang hebat dan dedikasi dan banyak berjasa pada PAS khasnya di Kota Raja. Maafkan saya, saya hanya mengetahui melalui Email sdr Razif. Insya Allah kami akan menziarah keluarganya secepat mungkin. TK Cgu Jaafar b Samsudin YDP PAs Kota Raja.

razif said...

Saya mengambil peluang ini untuk mengucakan takziah kepada keluarga beliau dan mengucap ribuan terima kasih kepada Pn Veny kerana menghubungi sy.

Saya mengenali Mendiang ketika kempen panas menjelang PRU 12 tahun 2008. pernah bersama beliau dan rakan-rakan yg lain sebanyak 2 buah bas penuh melawat TGNA di Kelantan pada hujung tahun 2008.

Komitment dan keikhlasan beliau kepada perjuangan parti amat terserlah dan sukar dilupakan. Terlalu banyak kenangan dan memory bersama beliau & rakan2 yg lain dalam memberi kemenangan kepada PAS KR & khidmat yg dicurahkan untuk SEMUA.

Kali terakhir menemui beliau ialah di PRK Hulu Selangor.

Anonymous said...

Mohd Yusof Abdullah

Dgn paparan dibentangkan pun sudah memadai utk mengukur sejauhmana komitmen En Segar dalam perjuangan. Pemergian beliau tentu suatu kehilangan besar yg sukar dicari ganti.

Salam takziah.

Anonymous said...

Mohd Yusof

Paparan perjalanan hidup beliau sejak bersama DHPP hingga saat terakhir, memadai utk mengukur semangat juang dan pengorbanan beliau utk perjuangan PAS dan PR. Pemergian beliau tentu suatu kehilangan besar yg sukar dicari ganti

Semoga keluarga yg tinggal tabah meneruskan hidup dan kita yg hidup mengambil beliau sebagai inspirasi..

ryne said...

takziah diucapkan...PAS kehilangan mereka yg ikhlas membantu perjuangan

Anonymous said...

Semoga akan lahir lebih ramai lagi pejuang seperti sdr segar....takziah kepada keluarga beliau.

salam dari Beirut, Lebanon

Selena Tay said...

I tak pandai komen: boleh kata macam ini: DHPP memerlukan setiap orang penyokongnya supaya menyumbang tenaga untuk perjuangan kami demi menegakkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Hilangnya seorang pejuang memang akan dirasai oleh semua terutama pada masa menjelang PRU13 ini.

rosnah abd wahab said...

Saya selaku ketua DMPK Kota Raja amat terkejut di atas berita ini. Walaubagaimana pun saya bagi pihak DMPK Kota Raja mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Pemergiannya adalah satu kehilangan buat DHPP..mendiang telah menunjukkan kesungguhan dalan setiap kerjanya.

Zahriezan said...

Salam Takziah...dari kami

Seluruh Saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor keatas mendiang Sdr Segar Mantan Pengerusi KPP (DHPP) Sri Muda telah meninggal dunia semalam,Diharapkan keluarganya tabah hadapi dugaan ini.

Kami menghargai jasa,pengorbanan dan perjuangannya terhadap PAS tidak akan dilupai..

Sekian,

Bagi Pihak Ketua Pemuda PAS DPPNS,

yang berusaha
MOHAMAD ZAHRIEZAN BIN JAMALUDIN
Pengerusi LPN DPPNS

Anonymous said...

ucapan takziah kpd keluarga En Segar & semoga tabah menghadapi situasi ini.

Syed
LPN Kota Raja

EH Oon said...

Komitmen dan ketaatsetiaan mendiang tidak akan dilupa dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakannya yang akan meneruskan perjuangan disampingi kenangan semangatnya.”

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga En Segar.Beliau telah berjuang bersama kita hingga akhir hayatnya. Semoga kita yang tinggal beristiqomah dalam perjuangan.

daripada:
Mohd Bahauddin

FAISAL BIN ABDUL RAMAN said...

SELAMAT SEJAHTERA;

Ucapan takziah kepada keluarga mendiang Sdra Segar. Diharapkan jasa, komitmen dan keikhlasan beliau akan menjadi kekuatan kepada kita yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk memimpin perjuangan yang suci ini (di semua peringkat).
Cuma (mohon maaf) ana khuatir ada unsur khianat @ sabotaj oleh pihak-pihak tertentu (musuh-musuh perjuangan) di atas kemalangan tersebut, wallahu a'lam.

FAISAL BIN ABDUL RAMAN
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
* 019-3407216
* diamond_12ra@yahoo.com

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga mendiang. Penghargaan setinggi2 dari kami di atas sumbangan tenaga & wang ringgit mendiang di dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.

SU PAS Kwsn KRaja.

sunsnake@budakbalun said...

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Takziah daripada kami Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Hulu Selangor.

Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi situasi ini dan hari-hari mendatang.

Buat PAS Kawasan, harap mengikuti perkembangan keluarga mendiang dan membantu sedaya upaya yang mungkin.

Teruskan perjuangan kepada yang masih hidup.

Nor Ikhsan said...

Ucapan takziah kepada keluarga mendiang Sdr Segar.Harap sabar menghadapi dugaan dan cabaran. Nama Sdr Segar akan tersemat dihati nurani orang-orang Pas di Kota Raja juga dikalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas seluruh Malaysia.

S/U DMPP said...

Salam.
Seorang yang boleh dijadikan contoh oleh ahli DHPP seluruh negara. Berbakti hingga ke akhir hayat. Takziah buat keluarga mendiang.

S/U Dewan Muslimat PAS Pusat
bg pihak saf kepimpinan