Loading...

Sunday, May 29, 2011

YB Shuhaimi Hadir Di Mahkamah Pada 28/03/2011

Walaupun 28/03/2011 adalah hari Perasmian Dewan negeri Selangor oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, namun YB Shuhaimi tetap diarahkan untuk hadir di mahkamah majistret Shah Alam bagi kes tuduhan berbau politik.

Saturday, May 28, 2011

Laporan Polis Dibuat Agar Penyebar Video Lucah Diambil Tindakan

Friday, 27 May 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 27 Mei - ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa,” kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis.

“Persoalannya di sini adakah polis bersekongkol, terlibat menandatangai memorandum persefahaman dengan Datuk T. Datuk T kata hanya ada satu salinan. Adakah Polis bersekongkol atau memang ada salinan lain dengan Datuk T?,” kata beliau.

Pemberian dan penyebaran VCD tersebut dikesan berleluasa pada kempen Jelajah Selangor (Jelas) PKR sejak awal bulan ini di Semenyih, Kuala Langat, Tanjung Karang, Subang dan Sabak Bernam, dan Selayang.

Dua hari lalu, Ketua kampung dari 8 kampung buah kampung di Shah Alam dan Klang menerima 4 salinan VCD tersebut setiap seorang melalui Pos.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, Shuhaimi melahirkan kebimbangan terdapat gerakan sistematik dan terancang dalam penyebaran VCD ini dengan agenda untuk memburuk-burukkan PKR dan Pakatan Rakyat berdasarkan sasaran penyebaran kepada rakyat dan pemimpin akar umbi seperti Ketua-ketua kampung.

Malah, menurut Shuhaimi tidak mustahil VCD lucah itu akan dihantar dari rumah ke rumah pula selepas ini.

“Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,” ujar beliau.

Justeru Shuhaimi mendesak polis supaya bertindak kerana jawapannya boleh didapati dengan mereka yang paling awal menyebarkan video berkenaan – Datuk T, yang dianggotai oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

“Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat ’sebarkan’ video lucah ini,” tegas beliau.

Kunjungan Hormat Dari SRJK(C) Khe Beng

Pengerusi Lembaga Pengarah SRJK(C) Khe Beng Dato Ng dan Pengerusi PIBG SRJK(C) Khe Beng En. Ng telah membuat kunjungan hormat melawat YB Shuhaimi pada 23/05/2011 bagi membincangkan masalah dihadapi oleh pihak sekolah. YB Shuhaimi telah memberikan jaminan akan berikan bantuan yang maksima mengikut kemampuan YB.
          
Friday, 27 May 2011 17:37

Sex video pops up in villages

Written by Malaysia Chronicle

Four village chiefs in Selangor have lodged police reports alleging that pornographic videos resembling Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim have been widely distributed in the state.

The village chiefs from Kampung Baru Hicom, Kampung Bukit Naga, Kampung Teluk Menegun and Kampung Johan Setia, together with Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei, urged the police to investigate into the matter urgently.

The village chiefs had received a set of three CDs containing the video through the mail, with three of them postmarked from Malacca while another was postmarked in Shah Alam.

Shuhaimi did not receive the CDs by mail, but said it was widely distributed during a PKR-organised 'Program Jelajah Selangor' on May 14.

"There were more than 1,000 CDs distributed at the Selayang Stadium and we have destroyed them," he said, adding that the discs were distributed in Tanjung Karang, Kuala Langat, Semenyih, Kampung Baru Subang and Sabak Bernam too.


- The Star

Friday, May 27, 2011

Video seks diedarkan di kampung Cina pula
Abdul Rahim Sabri
Mei 27, 11
4:07pm
Kongsi 27
Salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diedarkan di seluruh Selangor.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 01Tidak terkecuali adalah perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Menurut anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah sekurang-kurangnya 15 pemimpin di Ulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

Katanya, berdasarkan cop pada bungkusan itu, ia dikirimkan dari Melaka dan Shah Alam.

Hari ini Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 03Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah 'Tawan Malaysia' di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Menurutnya lagi, beliau menerima bahan-bahan tersebut dari petugas keselamatan parti pada majlis tersebut.

Dalam aduannya juga, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran VCD itu di lima lagi tempat iaitu di Kampung Jalan Kebun, Kampung Melayu Subang, Dewan Majlis Daerah Semenyih, satu program ceramah di Tanjong Karang dan di Dewan Majlis Daerah Kuala Langat.

NONE"Oleh itu, saya mendesak pihak polis menyegerakan siasatan berhubung penyebaran (VCD) dan menghadapkan pihak yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata keempat-empat ketua kampung tersebut yang dihantar dengan video itu adalah Kampung Teluk Menegun, Kampung Baru Hicom, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Hadir.

Keempat-empat ketua kampung tersebut menerima VCD dan poster yang dimasukkan ke dalam sampul surat yang diposkan dari Shah Alam dan Melaka. Mereka menerimanya pada 23 dan 24 Mei lalu.

Menurutnya, ketua kampung Baru Hicom dan Kampung Telok Menegun menerima tiga keping VCD manakala dua lagi masing-masing menerima sekeping VCD.

"Mereka semua tak tengok (kandungan VCD), tetapi saya dimaklumkan ia dipercayai pelakunya sama seperti di dalam internet, jika dilihat di bahagian kulit VCD itu," katanya.

Katanya, sepatutnya empat lagi ketua kampung dalam DUN Sri Muda turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, bagaimanapun membatalkannya kerana keuzuran dan mempunyai urusan lain yang lebih penting.

NONEKampung tersebut antaranya, Kampung Bukit Lancang, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Sungai Kandis.

Ditanya sama ada empat ketua kampung itu akan membuat laporan polis selepas ini, Shuhaimi (kiri) berkata memadai setakat ini dengan laporan yang dibuat pada hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih ada ketua kampung yang menerimanya selepas ini, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Penyebaran bahan ini bukan sahaja dilarang kerana lucah, malah ia memberi implikasi buruk kepada anak-anak kita," katanya.

Sumber: Malaysiakini
TINDAKAN SEORANG AJK UMNO SERI BAKTI MENGHALANG JKKK MENEMUI PEMILIK KEDIAMAN YANG TERBAKAR AMAT DI KESALI

JALAN KEBUN - Tindakan seorang AJK UMNO Seri Bakti menghalang dan menghalau Ketua Biro Hal Ehwal Wanita JKKK Kampung Jalan Kebun untuk menemui pemilik kediaman yang terbakar selepas kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Baru 2 Jalan Kebun amat biadad dan keterlaluan.Tujuan Biro Hal Ehwal Wanita tersebut untuk mendapatkan data lengkap pemilik kediaman tersebut adalah bertujuan memudahkan sumbangan disalurakn dan itu adalah proses biasa apabila berlakukan sesuatu bencana atau musibah.

Namun apa yang dikesali adalah sikap biadad dan kurang ajar AJK UMNO tersebut yang mana mengeluarkan kata - kata kesat dan menghalau Ketua Biro wanita tersebut dan tindakan tersebut turut dikesali oleh anak kepada pemilik kediaman tersebut.Apa yang di lakukan oleh AJK UMNO tersebut yang di kenali dengan panggilan juri melampaui batasan dan tidak menghormati anak - anak serta waris mangsa yang berada di sisi warga emas tersebut dan tindakan menghalangan tugasan yang sedang dijalankan oleh Ketua Biro Wanita JKKK tersebut di anggap tidak bertamadun dan kolot.







YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI HADIR LOKASI KEJADIAN KEBAKARAN DI KAMPUNG BARU 2, JALAN KEBUN KLANG.

JALAN KEBUN - Sebaik menerima berita tentang kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru 2 Jalan Kebun.Yb Shuhaimi telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat kerja - kerja memadamkan kebakaran yang sedang dijalankan oleh Pasukan Bomba serta bertemu dengan pemilik kediaman yang terbakar.Dalam kejadian tersebut hampir keseluruhan kediaman tersebut hangus terbakar termasuk harta benda namun akan tetapi tiada kecederaan serta tiada nyawa yang terkorban.

YB Shuhaimi berkesempatan bertemu dengan pemilik kediaman tersebut yang merupakan seorang warga emas yang mendiami kediaman tersebut bersama - sama anak dan menantu serta 5 0rang cucunya.Semasa kebakaran tersebut berlaku hanya warga emas tersebut yang berada di rumah tersebut kerana anak dan menantu beliau keluar berkerja serta cucu - cucunya ke sekolah.Yb Shuhaimi telah meluangkan masa hampir 3 jam di lokasi kebakaran bersama - sama penduduk setempat untuk membantu anggota penyelamat untuk kerja- kerja memadan dan seterusnya menyampaikan sumbang berbentuk wang ringgit untuk meringankan sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh mangsa.




Thursday, May 26, 2011

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.

Shuhaimie memaklumkan, KEADILAN Selangor akan membuat laporan polis berkenaan pengedaran VCD lucah itu pada hari Jumaat jam 11 pagi di IPD Shah Alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14163

Wednesday, May 25, 2011

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi
Posted on Wednesday, May 25 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.
Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.

Shuhaimie memaklumkan, KEADILAN Selangor akan membuat laporan polis berkenaan pengedaran VCD lucah itu pada hari Jumaat jam 11 pagi di IPD Shah Alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14163

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi »

Tuesday, May 24, 2011

Melawat Persatuan Buddha Shah Alam

Sempena cuti Hari Wesak pada 17/05/2011, YB Shuhaimi dan rombongan turut hadir melawat persatuan ini di Bukit Rimau Seksyen 32 untuk menyambut YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Sri khalid Ibrahim.

















Menziarahi 2 keluarga yang kehilangan ahli keluarga di Lorang Sarkawi Jalan Kebun

YB Shuhaimi sempat menziarahi 2 keluarga di lorong Sarkawi yang kehilangan ahli keluarga mereka hari ini. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di tempat-tempat orang beriman amin..