Loading...

Wednesday, August 31, 2011

PERUTUSAN 'AIDILFITRI 1432H

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil-hamd.

1)  Syukur kepada Allah subhanahu wata'ala kerana dengan izin-Nya kita semua masih dikurniakan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sempena 1 Syawal 1432 Hijrah. Marilah kita memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah subhanahu wata'ala.

2)  Ketibaan 1 Syawal ini bererti tamatlah sudah sebulan kita semua menjalani ibadah puasa dan sejumlah amalan lain sempena bulan Ramadhan. Sesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan dan kita dituntut memanfaatkannya.

3)     Berakhirnya Ramadhan sering disambut dengan kesedihan oleh para sahabat radiallahu anhum. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam bersabda bahawa 'Aidilfitri adalah satu daripada Hari Perayaan yang lebih baik dikurniakan Allah subhanahu wata'ala bagi menggantikan perayaan masyarakat sebelum kedatangan Islam.

Maka, ia perlu disambut dengan syukur dan gembira.

4)     Justeru, marilah kita merayakan 'Aidilfitri ini secara sederhana. Seperti kebiasaan, kita akan bersama di masjid membesarkan Allah subhanahu wata'ala, menunaikan solat sunat 'Aidilfitri dan seterusnya bermaafan sesama kita di samping amalan ziarah ahli keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan dan kenalan. Ambillah peluang ini untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan tali silaturrahim. 

5)    Di samping itu, janganlah kita lupa mengenangkan mereka yang tidak bernasib baik. Selain daripada zakat fitrah yang diberikan, bantuan lain juga boleh dihulur untuk meringankan beban keperluan mereka.

6)    Sesungguhnya sambutan Aidilfitri mempunyai makna besar tentang hubungan sesama makhluk dan Allah subhanahu wa taala, Tuhan yang Maha Pencipta. Di samping amalan berpuasa sunat selama enam hari yang digalakkan sepanjang Syawal, marilah kita merenung apakah ertinya perayaan ini jika madrasah Ramadhan yang telah kita ikuti tidak berjaya menyuntik keinsafan kepada kita tentang kebesaran Allah subhanahu wata'ala serta mengeratkan hubungan sesama kita melalui sikap adil, berkasih-sayang dan saling membantu.

Muslimin dan muslimat yang dihormati,

8)    Meskipun 'Aidilfitri ini disambut khusus oleh penganut agama Islam, itu tidaklah menjadikan kita bersikap eksklusif. Maka, ambillah peluang ini untuk kita berkongsi pengetahuan tentang hal ehwal yang dituntut oleh agama Islam daripada penganutnya. Semoga dengan pemahaman ini akan menggalakkan sikap tolak ansur serta keakraban kemanusiaan sesama kita.

9)   Di samping itu, kita mesti memperbetulkan banyak salah faham penganut agama Islam yang melihat orang bukan Islam sebagai ancaman, malah mengambil sikap bermusuh. Semua ini hanya akan memberikan imej negatif kepada ajaran Islam yang mendokong keadilan untuk semua. Sesungguhnya usaha memecah-belahkan masyarakat dengan alasan tidak benar adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

10)   Bagi mereka yang bercuti dan memandu untuk pulang ke kampung, pastikanlah anda telah memperolehi kadar rehat yang cukup serta kenderaan anda sudah diperiksa dan sesuai digunakan dengan selamat. Pandulah dengan cermat dan tidak terburu-buru. Semoga perayaan 'Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan jiwa yang bermuhasabah dan penuh ceria.

11)    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput seluruh rakyat di negeri Selangor menghadiri jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pada tanggal 1 Syawal bermula jam 11 pagi.

12)    Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin daripada anda semua serta mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh penganut agama Islam khususnya rakyat di negeri Selangor Darul Ehsan.

Sekian.

====================================================================
PERUTUSAN KEMERDEKAAN KALI YANG KE-54

1)     Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan  kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54 sejak Pemahsyoran Kemerdekaan dibacakan dan laungan Merdeka oleh Y.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957 di Stadium Merdeka.

2)    Dalam permahsyoran berkenaan dijelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ia juga menekankan kepentingan rakyat bersatu padu dengan prinsip kebebasan dan keadilan.

3)    Setelah 54 tahun Merdeka, banyak isu muncul dalam kehidupan bernegara di Malaysia dan ia menuntut kematangan pemikiran dan sikap kita semua untuk menanganinya dengan hemah dan terbuka. Peluang untuk mentadbir sendiri negara yang tercinta ini perlulah dilakukan dengan cara terbaik. Kita perlu mengukuhkan iltizam memerangi rasuah, kezaliman, salah guna kuasa dan kelemahan urus tadbir yang ada.

4)    Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi bukanlah tanpa prinsip dan idea pendorong. Justeru, sempena sambutan kemerdekaan tahun ini marilah kita bersama menghayati semangat dan inti permahsyoran ini dalam mendorong kemajuan negara, di mana hak setiap warganegara berdasarkan prinsip kebebasan tadi terus dipelihara.

5)    Kerajaan negeri Selangor akan sedaya upaya memastikan semangat Pemahsyoran ini
sentiasa didokong dalam urus tadbir kerajaan dan semasa menangani pelbagai isu yang berlaku dari semasa ke semasa. Marilah kita seluruh warga negara Malaysia, khususnya di Selangor, menghayati semangat permahsyoran ini agar kehidupan bernegara dan bermasyarakat dapat berlangsung secara berprinsip dan boleh dibanggakan.

5)    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Sambutlah ia dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Semoga kita semua akan menjadi warganegara yang merdeka dengan pengertian sebenar.

Sekian, terima kasih.

Diedarkan oleh:
--Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

Melalui:
Penerangan Keadilan Selangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Buka Puasa Di Bazar Rakyat, Sek 28, Shah Alam Pada 25/08/2011

Monday, August 29, 2011

Sunday, August 28, 2011

Selain Khir, ada komplot jatuhkan Najib dalam Umno

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Dr Mohd Khir Toyo, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno.

Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini.

“Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir,”

“Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata ‘Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar’.

“Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno,” ujarnya lagi.

Mengulas isu Khir Toyo, Shuhaimi berkata, beliau pernah mendedahkan mengenai pertemuan antara Khir dan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor sejak Febuari 2010.

“Khir Toyo terlalu lambat, baru sedar ada perancangan dari Umno.

“Perancangan ini sudah bermula sejak tahun lepas dan ketara pada April tahun ini. Tapi gerakan itu sudah dua tahun dan mereka menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam,”

“Saya berani katakan, salah seorang menteri yang dimaksudkan ialah Noh Omar,” ujarnya yang mengibaratkan perancangan untuk menyingkirkan Khir Toyo itu “ibarat menarik selimut dari bilik tidur Khir Toyo’.

Dalam blognya hari ini, Khir enggan mendedahkan nama menteri berkenaan, tetapi menegaskan sumbernya boleh dipercayai dan sahih.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Dr Khir diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19487

Friday, August 26, 2011

Permohonan Seri Muda ketepi tuduhan ditolak
Ogos 26, 11 4:05pm
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda untuk mengenepikan pertuduhan ke atas beliau di bawah Akta Hasutan.

Hakim Noor Azian Shaari juga menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah pengisytiharan daripada mahkamah bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Semasa membacakan keputusannya, beliau berkata pemohon sepatutnya memohon perintah deklarasi di Mahkamah Tinggi Sivil dan kalau berjaya memohon supaya pendakwaan jenayah yang dibuat ke atasnya di Mahkamah Sesyen ditolak.

Beliau berkata permohonan Shuhaimi tidak teratur dan boleh ditolak tanpa menimbangkan isu ultra vires tetapi isu ultra vires di antara Seksyen 4 Akta Hasutan dan Perlembagaan diambil kira juga.

Pemohon menyatakan Seksyen 4 Akta Hasutan tidak sah kerana tidak selari dengah Perkara 10 Perlembagaan tetapi harus diteliti sama ada seksyen itu menghalang hak bersuara rakyat Malaysia dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan, katanya.

Noor Azian berkata: "Pertama Akta Hasutan dibuat di bawah payung Perkara 10(2) Perlembagaan, jadi ia teratur."

Pemohon juga berkata Seksyen 4 Akta Hasutan adalah tidak selari dengan Perlembagaan kerana ia mengandungi perkataan kecenderungan menghasut yang begitu luas.

Bagaimanapun, Noor Azian berkata ini tidak benar kerana Seksyen 3 Akta yang sama ada menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai kecenderungan menghasut dan apa yang bukan.

"Adalah didapati tidak ada apa unsur 'unreasonable' atau tidak munasabah berkenaan Seksyen 4 Akta Hasutan. Di mana-mana pendakwaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan bolehlah dihujahkan sama ada apa yang dilakukan oleh orang kena tuduh mempunyai seditious tendency or not," katanya.

Pihak pemohon hari ini diwakili oleh Edmond Bon manakala pihak responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin.

Shuhaimi memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lepas melalui Tetuan Kanesalingam & Co.

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk 'Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember lepas.

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha kerajaan Selangor yang baru.

--Bernama

Thursday, August 25, 2011

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB 1

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB 1

BERNAFAS DALAM LUMPUR

ADA KOMPLOT JATUHKAN NAJIB DALAM UMNO
– keadilan daily

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Mohd Khir Toyo, tetapi Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno.

Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Mahathir Mohamad.

Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini.

“Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir,”

“Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata ‘Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar’.

“Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno,” ujarnya lagi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

NOTA:

dimasa mat ngantuk dulu lama juga baru ada komplot

masa mat mongol ini belum sampai tiga tahun dah ramai berkomplot

komplot ini bukan saj nak jatuhkan toyo

komplot ini nak jatuh kan mat mongol juga

apa nasib punya badan

siang ternampak nampak yang slim melim

malam terlentang berkhayal yang slim melim

raba punya raba teraba badak tua

kah kah kah

Kredit tο: http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/QiB0jl3gS34/hari-hari-akhir-saekor-najib-1.html

Selain Khir, ada komplot jatuhkan Najib dalam Umno

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Dr Mohd Khir Toyo, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno.

Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini.

“Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir,”

“Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata ‘Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar’.

“Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno,” ujarnya lagi.

Mengulas isu Khir Toyo, Shuhaimi berkata, beliau pernah mendedahkan mengenai pertemuan antara Khir dan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor sejak Febuari 2010.

“Khir Toyo terlalu lambat, baru sedar ada perancangan dari Umno.

“Perancangan ini sudah bermula sejak tahun lepas dan ketara pada April tahun ini. Tapi gerakan itu sudah dua tahun dan mereka menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam,”

“Saya berani katakan, salah seorang menteri yang dimaksudkan ialah Noh Omar,” ujarnya yang mengibaratkan perancangan untuk menyingkirkan Khir Toyo itu “ibarat menarik selimut dari bilik tidur Khir Toyo’.

Dalam blognya hari ini, Khir enggan mendedahkan nama menteri berkenaan, tetapi menegaskan sumbernya boleh dipercayai dan sahih.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Dr Khir diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19487

Posted by on Aug 24 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Wednesday, August 24, 2011

RAKYAT MENERIMA CERMINMATA SUMBANGAN YB SHUHAIMI

KOTA KEMUNING - Kesemua penerima sumbangan cerminmata mula menerima sumbangan tersebut hari ini di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk menyerahkan cerminmata kepada mereka - mereka layak dan hadir pada majlis serahan tersebut.

JALAN KEBUN DESTINASI SETERUSNYA ZIARAH RAMADHAN 1432 HIJRAH

JALAN KEBUN - YB Shuhaimi Hj Shafiei meneruskan siri ziarah ramadhan untuk menyampaikan sumbangan kali ini di Kampung Jalan Kebun yang mana turut disertai oleh ketua Kampung Tuan Haji Salehan.
Satu Majlis penyampaian ringkas telah berlangsung di dewan JKKK Jalan Kebun baru - baru ini yang mana telah menghimpunkan seramai 60 orang penerima.Selepas majlis yang berlangsung di dewan JKKK berakhir YB Suhaimi Hj Shafiei telah bergerak dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima yang tidak mampu untuk hadir ke dewan JKKK serta mereka - kereka yang uzur.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERTERUSAN

BANDAR PUTERA - Bulan yang penuh dengan kerahmatan iaitu bulan ramadhan digunakan dengan sebaik yang mungkin oleh Yb Suhaimi Hj Shafiei untuk mengerjakan kerja - kerja amal dan berkebajikan demi untuk mendapat segala kerahmatan dari ALLAH SWT.Meluangkan masa dengan bertemu dan berkunjung ke kediaman pengundi menjadi tugasan rutin beliau sepanjang bulan ramadhan untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Tuesday, August 23, 2011

Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 23, 11
10:06am
Kongsi 330
Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

NONEMenurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

NONEArtikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

Sumber: MKini

Monday, August 22, 2011

Selangor Tubuh Majlis Syura Selesai Isu Pemeriksaan Gereja Oleh JAIS

Monday, 22 August 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 22 OGOS – Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan,” kata Menteri Besar.

“Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu. Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.