Loading...

Friday, June 29, 2012

16 SAR dan SRJK(c) di Sri Muda Terima RM 446 Ribu



SHAH ALAM, 29 JUN : 

Sumbangan RM 170 ribu kepada Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun dari Selangor memberi makna besar bagi pembangunan kedua-dua sekolah berteraskan Islam itu.

Pengerusinya, Hamdan Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati menerima bantuan pendidikan itu buat pertama kali dan dana tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sekolah itu.

Hamdan mensasarkan pertambahan pelajar di kedua-dua sekolah itu sebanyak 400 hingga 500 orang bagi menjadikan populasi keseluruah lebih kurang 1,500 pelajar.

“Dengan peruntukan ini kita akan merancang pembangunan dengan penuh teliti untuk memanfaatkannya demi kepentingan anak-anak kita yang belajar di kedua-dua sekolah ini.

“Kita merancang membina 48 bilik kelas tambahan, kantin, dewan makan dan surau.

Ia bersesuaian dengan usia sekolah yang sudah lebih 20 tahun,” katanya selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Sekolah-Sekolah DUN Sri Muda di SMI Ibnu Khaldun di sini hari ini.

Dalam majlis itu, SMI dan SRI Ibnu Khaldun masing-masing menerima sumbangan RM 100 ribu dan RM 70 ribu yang disampaikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi turut menghulurkan sumbangan sama kepada 16 sekolah lain iaitu 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan jumlah keseluruhan RM 446 ribu.

Kesemua sekolah itu masing-masing menerima sumbangan dari RM 5 ribu hingga RM 100 ribu.

Shuhaimi berkata, bantuan itu adalah sebahagian dari dana RM 9 juta yang disediakan bagi pembangunan pendidikan di seluruh Selangor.

“Peruntukan RM 446 ribu disalurkan bagi 16 SAR dan dua SJKC bagi DUN Sri Muda bagi Fasa Pertama tahun ini.

Kita akan terus memberikan bantuan ini kepada semua sekolah yang lain dalam Fasa Kedua nanti yang dijangka akan bermula pada Julai depan.

“Kita berharap sekolah yang belum menerima bantuan ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya, ” katanya.

Wednesday, June 27, 2012

KEKUATAN UMNO SELANGOR HANYA LAYAK UNTUK MENANGGUK DI AIR YANG KERUH!

KEADILAN Selangor tidak berasa hairan dengan sikap ditunjukkaan oleh Dato' sri Mohd Zin Mohamed; Setiasausaha UMNO Selangor berhubung Geran Selangorku di akhbar Sinar Harian, Rabu 27 Jun 2012 hari ini.

Semenangnya itulah sikap UMNO, hanya menjadi juara 'menangguk di air yang keruh' demi cita cita politik mereka.

Seperti yang telah disebutkan KEADILAN Selangor minggu lepas, UMNO akan mengambil ruang dan akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada jika dapat menghidu sedikit perbezaan pandangan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk melaga lagakan pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim dan KEADILAN Negeri Selangor yang diketuai oleh YB Azmin Ali. Percayalah, usaha itu tidak akan berhasil!

Belanjawan Geran Selangorku yang 1/6 peruntukannya adalah untuk kerja kerja infrastruktur dituduh UMNO sebagai kononnya untuk kepentingan politik PR. Jawapan KEADILAN Selangor kepada Mohd Zin, apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik UMNO BN? Apakah matlamat utamanya? Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni UMNO? Geran selangorku, satu sen pun tidak masuk ke kantung KEADILAN Selangor!

Inilah UMNO, mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni UMNO! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.

Jika Mohd Zin mendabik dada kononnya UMNO Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku bernilai RM300juta itu, maka KEADILAN Selangor juga ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan UMNO Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?

Siapakah yang 'berhasrat menyembunyikan' hutang tersebut untuk mendapat laba kemudiannya? Kemana Mohd Zin dan UMNO Selangor sembunyi muka bila kes NFC dibongkar? Duit pinjaman oleh seorang suami menteri untuk tujuan ternak lembu dibuat pelaburan dalam pembelian hartanah! Apakah UMNO Selangor buta, pekak dan bisu?

Kepada UMNO Selangor, usahlah bersikap 'kuman di seberang laut jelas kelihatan, gajah di depan mata buat buat rabun, tidak nampak dan akhirnya buta!'

Saya cabar Mohd Zin, jika hebat sebagai bekas Menteri Kerjaraya dari UMNO, dapatkanlah hak rakyat negeri ini tambahan bajet pembaikan infrastruktur jalan persekutuan. Lihat sendiri berapa banyak jalan jalan persekutuan tidak dibaiki di Selangor! Kenapa perlu sekat peruntukan ini? Nasib baik ada. Geran Selangorku yang sedikit sebanyak menampung kekurangannya. Sengaja tidak memberi peruntukan agar kerajaan PR Selangor nampak buruk dimata rakyat dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor, adalah tindakan yang sama zalimnya dengan menyekat kemudahan pinjaman PTPTN pelajar baru baru ini.

Ia tindakan orang yang bangkrap politik dan tidak diterima dalam masyarakat politik matang.

Dato Mohd Zin tidak perlu bersusah payah cuba mengajar, dalam PR kami semua tidak seperti pimpinan UMNO yang hanya angguk, jika ada keperluan memberi teguran pada pimpinan, hatta kepada Menteri Besar sekalipun, kami tidak malu malu bertanyakan terus kepadanya tanya sembunyi sembunyi seperti UMNO yang menikus bila jalan jalan persekutuan di Selangor tidak diberi dana selengara dengan sepenuhnya. Bahkan lebih memalukan, ada menteri kabinet dari Selangor yang suka menyekat apa juga peruntukan dari persekutuan kepada rakyat di Selangor. Sikap UMNO Selangor ini amat jijik, supaya matlamat untuk memburukkan kerajaan PR Selangor tercapai, mereka sanggup menyekat keperluan pendidikan mahupun kemudahan jalan supaya rakyat kembali menyokong UMNO. Mual sungguh tindakan ini.

Jika UMNO hebat sangat memperjuangkan hak rakyat, saya cabar UMNO Selangor bertanya kepimpinan kerajaan persekutuan kenapa hutang Tajudin Ramli RM480juta boleh dilupuskan? Tidakkah itu duit rakyat? Atau adakah ia duit UMNO yang dirompak dari rakyat? KEADILAN Selangor ingin sekali mendengar Mohd Zin bertanya di Dewan Rakyat, bila pinjaman yang disalah guna oleh suami bekas menteri akan dikembalikan? Beranikah Mohd Zin?

Kepada pimpinan UMNO Selangor, berhentilah untuk melagakan pimpinan KEADILAN Selangor dengan kerajaan negeri kerana ia tidak akan berjaya. KEADILAN Selangor dapat membezakan mana satu sahabat seperjuangan, siapa pula musuh politik yang sering bermain wayang kononnya berjuang untuk rakyat. UMNO lah juara penipunya!

Kepada Mohd Zin, KEADILAN Selangor ingin berpesan; bukan selalu 'menahan lukah di pergentingan dapat ikan, adakalanya juga dapat ular yang berbisa'. Silap haribulan, 'lukah yang di pasang UMNO, terkena pula pimpinan UMNO negeri yang lain seperti di Ampang'. Hati hati Dato, tunggu sahaja sampai lukah itu penuh!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 19, 2012

KENYATAAN MEDIA: TANGANI PERTIKAIAN ORGANISASI DENGAN BERHEMAH

Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.


Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.


KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti. 


Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.


Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.


Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.


Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.


Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tidakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.


Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan UMNO yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.


Setakat hari ini, visi ke Putrajaya di pandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.

 
Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.


Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.

Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan UMNO BN!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 18, 2012

NAZRI AZIZ: TATKALA UMNO TAKUT PADA GARAM DAN BOTOL MINERAL

Sepanjang berlangsungnya perdebatan Nazri Aziz di dalam Parlimen seingatan saya, saya tidak pernah melihat seorang manusia Melayu / Islam yang sebegitu hebat menghina lawan, sehinggakan mencerca Lim Kit Siang (LKS) yang hanya memakai cermin mata dan kini menghinanya lagi dengan mengatakan 'tua' dan 'pekak'.


Telatahnya juga dapat dilihat diluar dewan dengan beberapa kenyataan yang biadap, termasuk yang pelik dan tidak kurang pula yang melucukan. Sepertimana kenyataan terbarunya yang mengatakan garam dan botol air mineral bisa menjatuhkan sesebuah kerajaan.


Beliau menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai gerakan subversif dan komunis, dan menggunakan alasan terdapat 'elemen-elemen' atau dakwaan 'ada satu atau dua demonstran' yang mahu membunuh dan membuat kacau. Beliau nyata mahukan BERSIH 3.0 bertanggungjawab akibat perbuatan segelintir dua anak muda yang 'naik darah oleh provokasi polis upahan' yang membuat kacau..

Kaitannya mudah, jika ada seorang dua yang merusuh, semuanya terpalit.


Namun apabila piawaian yang sama digunapakai pula kepada ahli UMNO, hatta sehingga tahap Timbalan Perdana Menteri sendiri, konsep kepertanggungjawapan itu tidak terpakai. Bagaimana UMNO boleh bersalah walhal ia dilakukan 'sekelompok kecil' daripada ahli UMNO? Itulah dakyah yang dipaksakan kepada rakyat.


Skandal Altantuya, PKFZ, Scorpene, NFC, Samseng baling batu, menyerang ceramah PR dan sebagainya, semua itu tidak boleh dipaut kepada UMNO kerana ia hanya dilakukan 'segelintir kecil' ahli UMNO, bukan semuanya. Hebat sungguh UMNO BN ini dalam mencari daleh.


Tindakan memperkecilkan rakyat dengan kaedah menghina tahap IQ rakyat sebegini sememangnya ada tindak balas yang nyata. Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di negeri negeri maju yang penduduknya rata-rata berpendidikan tinggi seperti Selangor. Secara amnya, tidak ada seorang rakyat pun yang mahu pemimpin mereka mengatakan mereka bodoh, dan tindak balas pahit itu akan dirasai apabila Nazri Aziz mengira undi nanti. Orang di Perak pasti akan menghukumnya kerana kenyataan ini.


Apabila bukti dicari, namun tidak dijumpai; apabila segala cara untuk memperbodohkan dan 'memperlembukan' rakyat tidak berhasil; maka Menteri 'kaya' UMNO ini terpaksa 'twist' dan menjadi 'spin doctor' untuk memberitahu rakyat bahawa garam dan botol air mineral sememangnya boleh menjatuhkan kerajaan.


Walau bagaimana bodohpun sekalipun kenyataan oleh Nazri itu, ia terpaksa dilakukan kerana tiada jalan lain. Kenyataan tersebut tidak akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, walaupun Najib Razak sendiri yang memulakan fitnah tersebut; ia tidak akan dikeluarkan Timbalan PM, lantaran beliau masih ligat mencari alasan tidak mahu mendedahkan akaunnya kepada Anwar Ibrahim; maka Nazri terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut, walaupun sedar terpaksa menelan segala kahak liur yang dikeluarkan awal-awal lagi oleh Najib Razak.


Tetapi mungkin ada kebenarannya bahawa garam dan air mineral bisa meruntuhkan kerajaan. Mungkin ia tidak sepantas peluru, mahupun sedahsyat bom C4, ia tetap satu senjata yang tajam dan ampuh.


Sepertimana mata pena lebih tajam daripada mata pedang, air dan garam, termasuk coretan pangkah pada kertas undi kepada calon ASAL BUKAN UMNO, bakal menghasilkan kerosakan maha dahsyat kepada UMNO dan BN dengan cara yang lebih menggerunkand an lebih menakutkan daripada peluru mahupun bom.


Nazri harus beringat, hayat politiknya juga sama panjang dengan UMNO BN; akan tamat pada PRU 13 akan datang. Beliau boleh mendabik dada dan mengecilkan pemikiran rakyat, tetapi yakinlah, rakyat hanya menanti masa untuk menguburkan Nazri, UMNO BN dan semua kuncu mereka!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 14, 2012

KHALED NORDIN CABAR PENGUNDI MUDA DAN KELUARGA MAHASISWA!

KEADILAN Selangor akan mengambil langkah susulan akan kenyataan sombong dan bongkak Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin daripada UMNO dan BN mengenai pendiriannya yang tidak mahu berganjak daripada kesilapan tindakannya menghentikan pinjaman PTPTN sebagai satu langkah yang silap dan merbahaya.


Umum mengetahui tingkah laku pimpinan UMNO yang lebih gembira menghukum daripada cuba mengambil hati dan perasaan rakyat dalam memenangi undi. Banyak sejarah tercatat akan ketempangan UMNO ini lewat waktu ini.


Walaupun ada panduan khusus dimana, Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang membawa maksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang (lebih) baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orangyang mendapat petunjuk." (An-Nahl: 125)

Nampaknya ia tidak pernah dirujuk UMNO dan kuncunya dalam membuat sebarang tindakan.


Manakala Pemuisi British DH Lawrence pernah menulis, "kekerasan pernah melenyekkan banyak tumbuhan, namun ia bingkas tumbuh kembali" dan; Sarjana sastera Scotland Thomas Carlisle pula pernah menyatakan, "Bukannya kekerasan, namun pujukan dan kepercayaan adalah raja dunia".


Walau digarap, walau diolah bagaimana cara sekalipun, premisnya sama. Asas prinsip demokrasi adalah sama, iaitu 'pemerintahan oleh rakyat'. Ini amat sukar difahami pimpinan UMNO.


Jika Khaled Nordin tidak mempercayainya, tidak menghayati prinsip asas ini, maka beliau sepatutnya mencadang agar sistem pemerintahan diubah kepada autokrasi, dan bukannya berselindung disebalik demokrasi namun mengamalkan autokrasi pelik berpaksikan perkauman ekstremis Melayu.


Sekiranya Menteri ini berfikiran panjang dan bernas, dan beliau mempunyai IQ yang tinggi sepertimana wajar untuk jawatan yang beliau sandangi ini, dengan mudah beliau boleh memahami bahawa adalah lebih mudah dan efektif untuk beliau bersifat 'accommodative' bukannya 'confrontational'.


Mahasiswa bukanlah barang mainan. Mereka miliki akal yang bijak setaraf dengan statusnya sebagai pelajar yang terpilih ke menara gading. Namun lebih penting daripada itu, mereka juga punyai hati dan perasaan. Sedangkan penagih dadah dibelakang kaki lima pun akan menerajang sesiapa yang menyakiti mereka, inikan pula sang bijak pandai, maka tindak balas mereka jauh lebih halus, cerdik dan berwawasan. Jika hasil mahsul tindak balas mereka tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek, hasil perjuangan mereka akan dilihat pada jangka masa panjang.


UMNO terutamanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri perlu 'mengajar' Khaled Nordin bahawa bagi setiap mahasiswa itu ada mak, ayah, penjaga, keluarga dan sanak saudara yang pasti berkongsi kesedihan. Mereka ini boleh mengundi, dan apabila dicernakan dengan akal yang waras, apakah mereka akan mengundi UMNO yang menzalimi ahli keluarga mereka? Apakah Khaled dan UMNO sebegitu dangkal sehingga sanggup memperjudikan undi mereka?


UMNO, terutamanya di Selangor patut berasa risau akan 'pendek akal' Menterinya yang 'sama panjang akal' dengan Timbalan Perdana Menteri yang ditelah, 'sengaja lagi suka' jika PM di serang oleh pelajar dan keluarganya! Ada sesuatu yang boleh dimanipulasikan disana oleh TPM. Apatah lagi PM Najib Razak adalah Pengerusi UMNO Selangor.


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim, akan terus mencari jalan dan kaedah untuk memperjuangkan pendidikan percuma di Selangor walaupun ia bukan tanggungjawap penuh kerajaan negeri. KEADILAN Selangor yakin, apabila jawapannya dijumpai, ketika itulah UMNO akan jatuh mati dengan kaki naik ke atas!


Khaled Nordin patut 'berasa malu' dengan timbalanya yang jauh lebih matang dan terbuka. Penarikan balik sekatan itu sudah terlambat. Ia mengingatkan kepada pepatah Inggeris, Once bitten, twice shy!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 10, 2012

KHALED NORDIN, POLITIK MENGHUKUM UMNO DAN UNISEL

TERNYATA kini laungan UMNO untuk memartabatkan melayu hanya retorik semata-mata. UMNO dan BN tanpa rasa segan silu, tanpa belas ihsan dan yang paling menyedihkan tanpa menggunakan akal, terus menghentikan saluran bantuan PTPTN kepada pelajar UNISEL dan KUIS. Ujar mereka melalui Ahli Parlimen Pasir Gudang Khaled Nordin, yang pada hemat saya 'satu tingkat tinggi sikit' daripada Zainuddin Maidin, tindakan ini untuk melihat sama ada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mampu berikan pendidikan percuma.


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula tiba-tiba menyampuk dan menyatakan bahawa ia 'adil' dan sebagai ujian kepada kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah ini.


Namun bagi yang berakal cerdik, kita harus bertanggungjawab dan lihat sasaran kita sebenar-benarnya. Jika Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah masalahnya, maka debatlah dengan beliau. Mahasiswa UNISEL mahupun KUIS dan ahli keluarga mereka yang gusar serta gelisah tidak bersalah dalam pertengkaran UMNO BN dan PR.


Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri menyatakan bahawa perkara ini adalah 'bad politics' dan hanya akan mendatangkan kecederaan kepada UMNO itu sendiri, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah menerima dan menyampaikan rayuan kepada bosnya di kementerian.


UMNO pula mengeluarkan 'perintah' bahawa sekatan PTPTN hanya akan diangkat dan ditarik balik sekiranya DS Anwar Ibrahim dan PR mengaku bahawa Selangor tidak mempu menyediakan pendidikan percuma.


Namun begitu dan walau diserang hendap, pimpinan PR negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bersedia dengan cara bantuan ad-hoc RM30 juta untuk penyelesaian separuh waktu manakala solusi jangka panjang akan diperbincangkan.


Apabila diumum sahaja jumlah bantuan sebegitu banyak tiba-tiba UMNO mengenepikan ultimatum yang dikenakan kepada DS Anwar dan terus menarik balik penggantungan tersebut. NYATA UMNO TERTEKAN dan mereka TERPAKSA menarik balik tanpa memerlukan DS Anwar memperakui apa-apa. Ludah busuk dan berkahak terpaksa mereka jilat semula, walaupun melalui 'straw'


Jika kes ini berlaku di kawasan pedalaman mungkin ia tidak membawa kesan yang banyak, namun perkara ini berlaku di negeri paling maju di Malaysia. Dimana majoriti penduduknya sedia sambung kepada internet dan dunia maklumat tanpa sempadan. Anak-anak muda Selangor ini terguris perasaan mereka dan mereka kini sedar akan sifat kebudakan UMNO dan BN yang tidak layak untuk mereka undi.


Kerajaan Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya dan tidak akan teragak-agak menggunakan segala kekuatan dan simpanan yang ada termasuk rizab RM2 bilion untuk membantu anak-anak UNISEL yang majoritinya melayu.


UMNO telah tersilap langkah. Keangkuhan mereka tersilap sasar kerana golongan muda akan ingat dan bangkit. Mereka akan sebarkan merata kezaliman ini dan natijah utamanya nanti akan memperlihatkan Najib Razak lebih cepat terkubur akibat tindakan bacul pemerintah yang tidak amanah. Sepertimana yang diujarkan oleh ramai pimpinan yang berakal, UMNO tidak kenal perbedaan diantara pentadbiran dan pergeseran politik kepartian.


KEADILAN Selangor menegaskan bahawa kami komited membela nasib pelajar dan golongan muda dengan tindakan yang konkrit. Tawaran RM30 juta akibat apungan prasarana dari hutang Talam Corporation itu membuktikannya; kami jua mempunyai pelan jangka panjang. Namun UMNO GERUN lalu membatalkan tindakan jahatnya itu.


Perlu diingat, penarikan semula sekatan tersebut BUKAN dibuat kerana melihatkan kesengsaraan pelajar; ia dibuat kerana takut kesan timbal balas peti undi rakyat Selangor kerana jika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya menyelesaikan masalah ini secara total, maka impian UMNO/BN mengambil balik Selangor akan lesap, hancur dan berderai sepertimana kerjaya politik seorang bekas doktor gigi yang suka melancong menggunakan dana Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 8, 2012

KHALID NORDIN PERLU DIPECAT

Kenyataan Media
08 Jun 2012
 
KHALID NORDIN PERLU DIPECAT
 
Saya mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidkan Tinggi dengan segera.
 
Tindakan beliau membatalkan pinjaman PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) merupakan tindakan berunsur politik yang jelas menunjukkan betapa rendahnya kematangan dan profesionalisme beliau.
 
Semata-mata untuk menjadikan diri sebagai wira UMNO, beliau sudi menggadaikan masa depan mahasiswa. Malang lagi, tindakan beliau disokong dengan kuat oleh timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
 
Permainan politik sebegini tidak boleh diterima oleh rakyat Selangor dan Malaysia secara amnya. Kekecewaan saya amat tinggi kerana tindakan beliau telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa sambil meningkatkan keresahan ibubapa yang inginkan pendidikan sebagai penjamin masa depan cerah bagi anak mereka.
 
Sebagai usaha jangka pendek untuk membantu mahasiswa dan ibu bapa mereka, Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia untuk mengumpul sebanyak RM30 juta bagi tujuan bantuan kewangan pelajar.
 
Tindakan Khaled telah dibatalkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, jika beliau tidak dihukum dan dibiarkan terus bertugas sebagai menteri, ini membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak mengambil perkara ini dengan serius. Ia juga membuktikan bahawa Kerajaan
Persekutuan di bawah UMNO jelas tidak tahu membezakan pentadbiran negara dengan kepentingan parti politik.
 
Walau apapun perbezaan politik dan idea di antara kita, masa depan negara tidak patut dipergunakan sebagai alat politik dan mahasiswa dijadikan mangsa. Khaled Nordin telah merentasi garis yang melampau dan oleh demikian mesti dipecat dengan segera!


Yb Elizabeth Wong


Diedarkan oleh:
Pejabat Penerangan
KEADILAN Selangor.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor Sabtu 9 Jun 12

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Selangor

9 Jun 2012 (Sabtu)


1)    2.30 – 5.30 ptg – Hi-Tea Dan Dialog

Tajuk : " Anwar Ibrahim on the Malaysian Economic Agenda"

Lokasi:
Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya
(Undangan terhad kepada 1000 tetamu sahaja)


2)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih


3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi : Stadium Kajang

Penceramah:

i.  YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii. YB Mujahid Yusof Rawa

iv. YB Zuraida Kamaruddin

v.  YB Ng Swee Ling

vi. YB Lee Kim See

vii. Cik Gu Bard

Semua dijemputhadir dan sebarkan

Sumber:
Pejabat Penerangan
KEADILAN Selangor


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 5, 2012

Kes Adun Sri Muda, tunggu Mahkamah Rayuan


5 Jun 2012
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei
SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menangguhkan perbicaraan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa atas Akta Hasutan sehingga 9 Julai depan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Aston Paiva berhubung notis mengetepikan tuduhan oleh Shuhaimi yang telah difailkan ke Mahkamah Rayuan.

“Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Julai ini untuk perbicaraan kes.

“Sementara itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan kes di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan didengar,” katanya.

Pada 7 Februari tahun lalu, Shuhaimi dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan di blognya yang menyentuh kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk “pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959” yang didakwa mengandungi ayat-ayat menghasut.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 43, berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR didakwa melakukan kesalahan itu di pusat khidmatnya di Kota Kemuning di sini, pada 30 Disember 2010.

Pada 1 April tahun lalu, Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetepikan tuduhan terhadapnya atas alasan akta tersebut tidak sah, bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Shuhaimi dan permohonan diteruskan di Mahkamah Rayuan.

 

Friday, June 1, 2012

Adun PKR syukur bersih tuduhan kali ke-2


  • 1 Jun 2012
    2 Adun PKR syukur bersih tuduhan kali ke-2
    SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei melahirkan rasa syukur kerana penantian selama dua tahun untuk bebas daripada tuduhan rasuah berkaitan aktiviti perlombongan pasir di Selangor ditutup secara rasmi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Selain beliau, Adun Batu Caves, Amiruddin Saari juga menyambut baik keputusan yang diumumkan oleh SPRM semalam.

    "Saya masih tak dapat pemberitahuan rasmi, namun bersyukur jika itu keputusannya, sekali gus dapat membersihkan nama dan integriti saya, saya juga ucap terima kasih atas doa dan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah," kata beliau dalam satu kenyataan SMS lewat malam tadi.

    Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata, walaupun agak lambat kesnya ditutup, namun "saya gembira dan bersyukur nama saya telah bersih daripada tuduhan tersebut."

    "Kebenaran telah terbukti dan saya memang sebenarnya tidak pernah terlibat dengan kes penyelewengan pasir itu," kata Shuhaimi lagi kepada Sinar Harian.

    Shuhaimi juga berkata, beliau akan tetap mengambil tindakan ke atas orang yang memfitnah dirinya sebelum ini yang melalui laman sosial Twitter, portal dan blog.
    "Saya akan berbincang dengan peguam yang terbaik untuk mengambil tindakan ke atas penyebar maklumat palsu ini.

    "Tak kira sama ada mereka berada di mana sekalipun termasuklah yang berada di luar negara," katanya lagi.

    "Saya akan ambil tindakan juga ke atas penulis berita yang sengaja ingin mencemarkan nama saya melalui tulisan yang berbaur fitnah.

    "Tapi kalau hanya untuk penulisan berita itu tidak ada masalah bagi saya," katanya.

    Semalam, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, selain kes Datuk Shahrizat Abdul Jalil pihaknya turut menutup kes siasatan penyelewengan pasir di Selangor yang membabitkan kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.

    Adenan berkata, keputusan dicapai setelah kertas siasatan kali kedua mengenai kes tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh.

     Komen:

    Maaf nak bagitau, bukan tidak ada bukti kukuh, yg benarnya memang tak ada bukti rasuah sebab tak pernah buat pun...

    smlm kes kak jat je sbut dlm berita di ttp.yb2 pakatan rakyak tk sbut pn kt kes dh di tpp nmpk sgt media semau umno sekat tkut rakyak tahu semua tu fiknah je'

  • Azar Daud · Top Commenter
    taniah yb-yb pakatan rayat terus berjauang demi rakyat selangor

  • Gualipoh Redland · Top Commenter · Works at Self employed
    RAKYAT BERTANYA KENAPA DATUK SHAFEI APDAL X DISIASAT????..KENAPA DATUK MUSA AMAN JUGAK X DISIASAT..APAKAH MEREKA NI KEBAL DRP UNDANG2...

    • nak pelik apa bro...kalau kena tang pakatan, cepat saja, siap sanggup siasat kali kedua takpun re-open case...typical

  • hahaha skandal pasir la sangat...sian ak tgk umngok ni desperate...nk tawan Sgor balik? in ur dream!

  • Haron Khamis · · Top Commenter · National University of Malaysia
    Tahniah kerana terserlah kebenarannya. Jika tiada yang benar jangan pandai-pandai nak tuduh menuduh. Biarlah buat kerja sendiri, banyak lagi kerja sendiri yang belum beres.Kadang-kadang sebab sakit hati seseorang pelbagai fitnah dilemparkan. Inilah budaya melayu masakini. Budaya Islam tidak begitu sebenarnay.

  • Man Dio · Top Commenter · Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
    ..WAYANG SPRM!!!!....RAKYAT DAH PANDAI...AGAK2 LAH NAK MENIPU!!

  • ramai orang telah mempunyai persepsi negatif terhadap badan2 kerajaan...dari mahkamah sampaikan ke majlis fatwa orang dah tak percaya?...siapa yang merosakkan kepercayaan ini?...anda semua tahu...ABU

  • Chili Sweet · Top Commenter · Works at Subway
    haha..
    baru lu tau mcm mana peritnyer kene tuduh..sblm ni sedap je puak lu tuduh2 org lain kan?..

    lepas nie bawak2 la muhasabah yer, jgn bwk musibah plak..

  • Si Buraq · Top Commenter · 21 years old
    kebenaran pasti akan terserlah jua cuma ia ambil masa sedikit,oleh itu YB2 PAKATAN RAKYAT bersabar la...yang benar pasti benar

  • Zueim Ibrahim · Top Commenter · Sm tenom/sm gunsanad
    Syukur dan tahniah yb cuma jgn lupa samsn jgn tak saman penulis blog tu yg suka sgt bust fitnah sbb tak heran lps ni kalau dia buat fitnah lg tak mustahil sprm akan siasat lg mcm kes yb azmin..
  • mesti penyokong pembangkang nak ckp yg SPRM ni kotor kan???haha

    • Faizul Rv Bin Muhammad · · Top Commenter
      sprm mmng dah kotor pon...
    • Sudipbesi· Top Commenter · Kangar, Malaysia
      Waktu dituduh dengan tuduhan rasuah bukan main lagi masuk surat khabar muka depan, masuk TV berhari hari, di ulang tayang seperti benar... Bila di fitnah oleh pelarian anak haram jadah RPK masuk lagi surat khabar bertalu talu..Bila fitnah tak dapat dikaitkan dan kes di tutup kerana terbukti fitnah dan tuduhan jahat, tak keluar secara besar besaran pulak....... Yg dibesarkan Sharizat pulak yg kononnya tak salah.. Memang taraf 'haram jadah dan anak babi ' mereka di Utusan, TV3 dan semua yg seangkatan dengannya sengaja buat cerita ni. Lambat laun Allah akan berikan kamu semua pembalasan yg setimpal.