Loading...

Thursday, February 28, 2013

“Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap”


PETALING JAYA 28 FEB:  

Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.

Siti_Aminah“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah.Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, (Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin. Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.

“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.

Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.

Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.

“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat…dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.

MadeySiti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut.

“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan horang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.

Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan prjek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket perjalanan ‘penuh satu beg plastik’

“Bila diingat semula, sangat menyakitkan hari,” kata Siti.



Bekas ahli Umno akui bantu warga asing daftar IC di Sabah

Saiz Teks: A A A



(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Wanita 2
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

Wanita 1
“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Monday, February 18, 2013

Uthaya Sankar SB: Mengenali DUN dan ADUN Sri Muda


Uthaya Sankar SB | February 18, 2013 
 
Sambil minum di restoran, perunding media ini cuba mengenali wakil rakyat kawasannya.


 
Sehingga November 1991, saya tinggal di Aulong Lama, Taiping, Perak. Kemudian, sehingga Mac 2000, saya tinggal di Batu 3, Jalan Kapar, Klang, Selangor sebelum berpindah ke Taman Sri Muda, Shah Alam.

Walaupun sudah agak lama di Taman Sri Muda – serta terlibat secara langsung dalam proses Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 – ternyata saya kurang mengetahui pelbagai realiti berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda.

Pada lazimnya, saya sepertimana ramai penduduk di taman ini dan kawasan sekitar hanya menggunakan “Sri Muda” apabila merujuk kepada “Taman Sri Muda”. Rupa-rupanya tanggapan itu salah; khususnya dari segi pentadbiran dan kerajaan tempatan.

Perkara ini saya sedari apabila berpeluang bertemu dan berbual-bual secara amat santai bersama ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning pada 15 Februari 2013. Perlu saya akui bahawa baru kini saya sedar DUN Sri Muda terbahagi kepada dua daerah dan tiga kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Daerah berkenaan adalah Petaling dan Klang. Sebahagian daripada DUN Sri Muda berada dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebahagian dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan sebahagian lagi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Demikian ADUN berusia 45 tahun itu menceritakan kepada saya.

“Bilangan pengundi terkini sekitar 48 ribu orang. Dari segi demografi kaum, 25 peratus pengundi kaum Cina, India 22 peratus dan Melayu 52 peratus. Sekitar satu per tiga daripada jumlah penduduk (bukan hanya pengundi berdaftar) adalah golongan elit yang berada antara lain di sekitar kawasan Seksyen 27, 28, 31, 32, 33, Bukit Rimau, Kota Kemuning, Subang Alam dan Putra Heights.

“Satu per tiga adalah golongan berpendapatan sederhana. Baki satu per tiga penduduk adalah mereka yang duduk di kawasan rural dan pangsapuri seperti di Bandar Putra dan Taman Sri Muda,” katanya sambil kami minum di sebuah restoran pada petang itu.

Memandangkan saya tinggal di Taman Sri Muda sejak tahun 2000, tentulah saya berpeluang melihat sendiri perubahan/perbezaan di bawah ADUN dari dua latar politik (parti) yang berbeza. Pendirian saya tidak menyokong mana-mana parti politik memudahkan usaha melihat pencapaian Shuhaimi secara objektif.

Semasa berbual-bual lebih sejam dengannya, saya dapati bahawa politikus yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini boleh duduk bersembang dengan sesiapa sahaja tanpa terlalu formal atau mengikut protokol. Hal yang sama juga saya perhatikan apabila bertemu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di Taman Subang Indah pada 12 Disember 2012.

Memandangkan sejak awal tahun ini ada sambutan pelbagai perayaan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) – khususnya di negeri Selangor yang menjadi “rebutan” menjelang PRU-13 – saya cuba mencungkil pandangan dan pendirian Shuhaimi.

Katanya, perayaan setiap agama dan kaum di DUN Sri Muda diraikan dengan kerjasama Ahli Majlis, pejabat ketua kampung, Ahli Parlimen Kota Raja dan penduduk setempat sejak dahulu.

Acara besar-besaran dan kecil-kecilan

“Untuk Aidil Fitri, sambutan sudah diadakan sebanyak lima kali sejak PRU-12. Oleh kerana kawasan saya hampir dua per tiga berada dalam kawasan MBSA, maka sambutan diadakan di Dewan MBSA sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2009 dan 2011. Sekali di kawasan pentadbiran MPK (2010) dan sekali di di kawasan MPSJ (2012),” katanya tanpa perlu merujuk apa-apa nota.

Malah, sepanjang kami berbual-bual secara santai, ADUN ini mampu mengemukakan angka, statistik, maklumat dan fakta secara spontan tanpa merujuk kepada sesiapa. Beliau juga hadir secara bersendirian walaupun saya membayangkan bahawa beberapa “rakan” beliau akan hadir dan duduk bersama-sama kami semasa perbualan berlangsung.

Untuk Deepavali, Shuhaimi mengakui bahawa ada sambutan secara besar-besaran dan ada juga yang dibuat secara kecil-kecilan tetapi banyak. Hal ini memang pernah saya dengar daripada beberapa penduduk di Taman Sri Muda, walaupun saya tidak berminat menghadiri majlis-majlis seperti ini yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik.

“Ada pandangan rakan-rakan dan penduduk sendiri yang meminta supaya diadakan secara kecil-kecilan di beberapa tempat kerana masyarakat India-Hindu tinggal secara berselerak di beberapa tempat. Jadi, pada tahun 2012, saya adakan sambutan Deepavali di empat kawasan iaitu di Bukit Kemuning, Taman Sri Muda, Bandar Putra dan Seksyen 28. Sambutan di Batu 8, Bukit Kemuning dibuat secara besar-besaran; selebihnya secara kecil-kecilan,” katanya.

Untuk Tahun Baru Cina, sambutan diadakan setahun sekali. Bagi tahun ini, sambutan akan diadakan pada 21 Februari 2013 (Khamis) di kawasan letak kereta, Pasar Raya Giant, Kemuning Utama. Para peminat tegar Psy mungkin sangat kecewa kerana penyanyi popular Korea itu tidak termasuk dalam senarai tetamu kehormat. Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir. Untuk rekod, saya tidak bercadang untuk menghadiri majlis berkenaan.

“Sambutan ini adalah kali keenam sejak PRU-12. Sebelum ini, sambutan diadakan dua kali berhampiran tasik di Kota Kemuning, sekali di Batu 8 Bukit Kemuning, sekali di Taman Sri Muda dan sekali di Putra Heights. Memandangkan acara khas bagi Tahun Baru Cina hanya diadakan sekali setahun, maka disambut secara besar-besaran dengan peruntukan yang tinggi bagi meraikan masyarakat kaum Cina,” Shuhaimi menghuraikan sambil saya mencatat nota ringkas sebagai panduan.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, sambutan khas sempena perayaan Vaisakhi oleh penganut agama Sikh pernah diadakan sekali di Taman Sri Muda. Sambutan Tahun Baru Cina juga pernah diadakan di Putra Heights dengan kerjasama Persatuan Penganut Agama Buddha.

Untuk perayaan-perayaan seperti ponggal dan Maulidur Rasul, berdasarkan sepanduk-sepanduk yang dipasang di beberapa tempat, nampaknya program dijalankan secara kecil-kecilan tetapi di banyak tempat. Bagi tahun ini, misalnya, acara sempena Maulidur Rasul diadakan di empat tempat dan ponggal pula di tiga tempat.

“Memang benar,” politikus yang menyertai Keadilan (nama asal bagi PKR) pada 1999 itu mengakui. “Maknanya, kita tidak meminggirkan mana-mana kaum dan agama dalam meraikan sambutan dan perayaan masing-masing. Saya sebagai ADUN cuba membantu mengikut kemampuan yang ada bagi memastikan semua pihak merasakan dan sedar mereka terlibat sama.”

Bagi menguji sama ada beliau memang benar-benar “turun padang” atau bergantung kepada para pembantu untuk menyelesaikan masalah penduduk, saya bertanya apakah keunikan penduduk DUN Sri Muda yang menarik perhatiannya.

Segera Shuhaimi menceritakan mengenai pengalaman berkunjung ke rumah penduduk kaum India di Batu 8, Bukit Kemuning sempena Deepavali pada tahun lalu.

Penduduk jadi tumpuan, bukan diri sendiri

“Salah seorang penduduk yang dikunjungi menceritakan bahawa beliau sudah lama menyokong parti politik lain tetapi tidak pernah ada Wakil Rakyat (ADUN) sebelum ini pergi ke rumahnya untuk sama-sama meraikan hari yang sangat bermakna itu.

“Saya terharu kerana kata-kata itu sebenarnya mewakili suara sekelompok kecil masyarakat yang menyedari perubahan yang dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR berikutan PRU-12,” katanya dengan suara ikhlas.

Pengalaman kedua yang muncul dalam fikiran Shuhaimi – dan diceritakan dengan gembira kepada saya – adalah bilamana beliau masuk ke kawasan penduduk keturunan Jawa di sekitar Jalan Kebun.

“Hampir 95 peratus penduduk di situ orang Jawa tetapi saya tidak boleh berbahasa Jawa. Tetapi mereka bercakap dengan saya menggunakan Bahasa Jawa seolah-olah saya faham. Nasib baik saya ada rakan-rakan yang mampu menterjemah dan menceritakan balik suara hati penduduk terbabit,” katanya sambil tersenyum.

Tentu sahaja sebelum bertemu Shuhaimi, saya sudah “melawat kawasan” dan mengumpulkan sedikit maklumat daripada penduduk setempat. Daripada maklumat yang saya terima daripada penduduk di sekitar Jalan Kebun, mereka meluahkan isi hati bahawa mereka kini merasakan “berada sangat dekat dengan kerajaan negeri”.

Reaksi itu adalah kerana mereka melihat sendiri betapa Wakil Rakyat PR sangat santai, merendah diri, tidak ada protokal dan sebagainya apabila bertemu penduduk. Misalnya, mereka duduk bersila bersama-sama tuan rumah tanpa mengharapkan layanan istimewa. Bagi masyarakat, amalan “kecil” seperti itu adalah sesuatu yang luar biasa berbanding keadaan sebelum 2008.

Shuhaimi mengakui bahawa dua contoh itu antara peristiwa yang membuatkan beliau juga sedar bahawa ada anggota masyarakat yang selama sekitar 50 tahun sejak negara merdeka (1957) telah merasakan mereka (penduduk) begitu jauh atau dijauhkan daripada kerajaan (pemerintah).

Bercakap lebih lanjut mengenai keunikan di DUN Sri Muda, bapa kepada empat anak itu berkata, keunikan paling ketara adalah dari segi masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Orang Jawa yang banyak di Jalan Kebun, Kampung Bukit Naga, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Lancung ada yang memang Jawa tulen. Bahasa, masakan dan cara mereka makan secara berkumpulan, misalnya, amat unik.

“Begitu juga dengan setiap kaum dan etnik lain di DUN Sri Muda. Sejak 2008, kerajaan negeri berjaya merapatkan apa-apa perbezaan yang wujud sehingga para penduduk sudah menjadi akrab. Pelbagai kelompok ini boleh berbincang dan bermesyuarat dalam satu kumpulan demi mencapai kata sepakat. Hal ini mungkin berbeza di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu di mana setiap parti mewakili satu kaum,” katanya tanpa menyebut nama parti-parti politik yang dimaksudkan.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa di bawah pentadbiran PR sejak 2008, tok lebai, tok haji, ketua kampung, pengerusi kuil, pengerusi surau/masjid, pengerusi tokong dan sebagainya boleh duduk bersama untuk bermesyuarat.

“Inilah antara keunikan yang saya rasa mungkin ada juga di tempat lain tetapi memang luar biasa di DUN Sri Muda. Saya katakan begitu kerana bukan semua daripada mereka mempunyai fahaman politik yang sama atau sealiran. Namun, mereka semua kini boleh duduk semeja bersama-sama saya untuk berbincang, berdialog dan bermesyuarat demi kebaikan bersama,” katanya.

Dengan rekod bersih dan cemerlang seperti ini, tidak mustahil bahawa penduduk/pengundi di DUN Sri Muda akan memberikan mandat kepada Shuhaimi pada pilihan raya akan datang untuk terus berkhidmat kepada mereka dan mewakili mereka.

Uthaya Sankar SB adalah penulis bebas, penceramah dan perunding media. Beliau memblog di www.uthayasb.blogspot.com

 Petikan FMT


Wednesday, February 13, 2013

Dr Khir: Saya beri tanah kepada Umno dan BN.

 

DAP MP slams ‘shameless’ Umno


G Vinod | January 25, 2013 

Tony Pua says it is shameless for the Kota Raja Umno chief to justify an alleged land grab in Shah Alam as a matter of 'public interest'. 

PETALING JAYA: It is shameless for Umno leaders to equate the party’s interest with public interest, said Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.
He was referring to an alleged land grab issue involving Kota Raja Umno division chief Amzah Umar, who was said to have paid only RM1,000 for four acres worth RM2.8 million located in Section 25, Shah Alam.

The case, which happened during the Barisan Nasional administration of Selangor, was exposed by two state Pakatan Rakyat assemblymen, Ng Suee Lim and Shuhaimi Shafiei, yesterday.

The land was initially slated for the building of a sports and recreation complex with a community centre. However, the site now housed several nearly completed apartments and shoplots.

In a news report, Amzah had defended the deal, saying the housing project was meant for “public interest”.

“The project is beneficial to the public because Umno members can get a 12% discount at the apartments while ordinary Bumiputeras can get 7% discount,” he said.

Umno shows no remorse

Pua said that Umno had shown no remorse over its “corrupt practices” and would “continue to plunder the nation’s wealth” if elected back into power.

“And Amzah has the cheek to deny the existence of anything unusual in the deal,” he added.
The DAP leader urged Selangor BN to reveal all such projects of “public interest” so that the profits made could be returned to the state government for the benefit of the rakyat.

He also urged Selangor Umno chairman Najib Tun Razak to get his house in order and accept responsibility for the alleged land grab.

“If he doesn’t do so, it will show that Najib’s call for transformation is nothing but an empty rhetoric to hoodwink Malaysians,” he added.

Pakatan Dakwa BN Seleweng Tanah Pusat Rekreasi

  
Friday, 25 January 2013 09:52
 
Shuhaimi (kiri) dan Suee Lim menunjukkan dewan komuniti serba guna. Gambar: Sinar HarianShuhaimi (kiri) dan Suee Lim menunjukkan dewan komuniti serba guna. Gambar: Sinar HarianSHAH ALAM: Umno diminta beri penjelasan terhadap dakwaan penyelewengan pemilikan tanah seluas lebih kurang 2.86hektar di atas Lot 18908, Seksyen 25, Taman Sri Muda di Bukit Kemuning di sini, yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tanah yang diluluskan bagi tujuan kompleks sukan dan rekreasi atau pusat komuniti pada 2007 itu kini berdiri megah lima blok pangsapuri, tujuh hingga 14 tingkat bersama 11 unit kedai yang sudah 60 peratus siap untuk Fasa 1.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tanah tersebut pada asalnya milik dua syarikat swasta yang telah dilucut menjadi tanak kerajaan pada 13 Mei 1999 kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM152,406.50.

Menurutnya, Pejabat Tanah pada 2005 telah menerima 12 permohonan, satu daripadanya adalah BN Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala bakinya adalah daripada pihak swasta.

"BN Kota Raja dan MBSA mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2.86 hektar itu pada 2007 di mana ia dibahagi kepada tujuh bahagian semasa pemerintahan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

"Pemilikan asal menunjukkan empat per tujuh daripadanya milik MBSA manakala selebihnya milik BN Kota Raja namun selepas kelulusan pemilikan itu menjadi sebaliknya dan MBSA hanya memiliki tiga per tujuh daripada tanah itu.

"Namun yang menjadi kemusykilan, tujuan asal MBSA ke atas tanah berkenaan adalah bagi membina pusat komuniti bertukar menjadi kawasan penempatan yang sudah semestinya berorientasikan keuntungan dan jumlah premium yang dibayar ketika itu hanya RM1,000 nominal bagi satu lot," katanya kepada media berhubung Skandal Sapu Tanah 1 Malaysia (SAT1M) berhampiran lokasi tanah berkenaan bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, semalam.

Sementara itu, Shuhaimi berkata, MBSA seolah-olah dipergunakan pihak tertentu sebagai batu loncatan untuk memiliki keseluruhan tanah berkenaan dan ia terbukti apabila keluasan tiga per tujuh milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu  hanya dibina sebuah dewan yang luasnya dipercayai tidak melebihi 0.16 hektar.

Merujuk kepada perkara itu katanya, kerajaan negeri dalam mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mencapai keputusan mengesyorkan pemaju memberi sagu hati sebanyak RM500,000 kepada MBSA.

Katanya, nilai tanah berkenaan sekitar RM600,000 bagi 0.16 hektar ketika kelulusan pemilikan pada 2007 dan harga terkini hampir RM10 juta untuk keseluruhan.

Difahamkan, cadangan pembangunan di atas tanah berkenaan secara usaha sama MBSA dengan sebuah syarikat swasta dan MBSA menerima sebuah dewan komuniti serba guna bernilai RM1.5 juta dan tunai RM500,000.

Sementara itu, Mohamad Khir ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut.

"Itu perkara lama, saya sudah tidak ingat dan tidak mahu ulas apa-apa," katanya.

- Siti Aisah Habirin / Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/pendedahan-panas-pr-dakwa-bn-seleweng-tanah-pusat-rekreasi-1.124934



HAI, TAKKAN LUPA PULAK... BULAN MAC TAHUN 2012 DULU CAKAP LAIN...

 

Dr Khir: Saya beri tanah kepada Umno dan BN


Muda Mohd. Noor | March 21, 2012 

Umno Tanjung Karang telah menjual tanah tersebut kerana membeli bangunan sendiri di tempat lain.

PETALING JAYA: Dr Mohd Khir Toyo mengesahkan memberi tanah kepada Umno dan komponen BN semasa beliau menjadi Menteri Besar.

Katanya, beliau memberi tanah itu untuk membolehkan Umno dan komponen BN itu membina bangunan parti di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun,  tambah beliau, Umno Tanjung Karang telah menjual tanah tersebut kerana membeli bangunan sendiri di tempat  lain.

“Tetapi saya tidak memberi tanah kepada Adun Umno mahupun BN,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Dr Khir menjawab tuduhan Adun PKR Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang mengatakan wakil rakyat BN yang menjual tanah semasa sidang DUN negeri semalam.

Ketua Penerangan PKR Selangor menuduh  pemimpin BN Selangor termasuklah ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar, Adun Seri Serdang Datuk Satim Diman dan Datuk Mohd Shamsudin Lias  (Sungai Burong) terlibat dalam penjualan tanah dan mendakwa mempunyai rekod mengenai hal itu.

Menjawab dakwaan itu, Ketua Penerangan Umno negeri, Syukor Idrus sebaliknya mendakwa wakil rakyat PKR itu hanya bercakap kosong.

“Jangan cakap rambang, jangan cakap ikut sedap mulut. Bila kita tanya dia tak jawab.
“Adun BN ada 21 orang, Kita hendak tahu yang mana satu. Kalau tak jawab, dia (Shuhaimi) bercakap kosong,” kata beliau.


PR Selangor dakwa tak munasabah Umno beli tanah RM1 sekaki

TERKINI @ 05:56:58 PM 22-11-2012
 
November 22, 2012
 
SHAH ALAM, 22 Nov —  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini mendakwa tidak munasabah Umno membeli 24 keping tanah dengan harga sekaki RM1 memandangkan ia terletak di kawasan komersil.

"Kita dah siasat, kesemua tanah ini berada di tempat komersial dan strategik. Nilainya adalah melebihi RM20 juta lebih.

"Ini buktikan semua tanah ini dibolot untuk kroni dan dana Umno sahaja. Mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan berganda," kata beliau.

ADUN DAP itu turut membidas kenyataan oleh Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus sebagai penipuan kerana mengatakan kesemua tanah itu adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika.

"Sebagai contoh ialah sebuah tanah di pekan Sekinchan, PT179 HSD 1768 seluas 874.12 persegi (9 ribu kaki persegi). Sekarang tanah ini memiliki lima unit kedai tiga tingkat yang dijual ratusan ribu.

"Soalnya disini, dimananya dewan serbaguna dan tadika seperti yang dikatakan Adun Kuang?," soal Ng.

Selain itu, Ng juga mendedahkan Umno telah menjual sekeping tanah di bandar Tanjung Karang (PT115, HSD 10440) kepada sebuah syarikat Bumi Utama Building and Material Sdn. Bhd. yang kemudiaannya telah membangunkan bangunan perniagaan.

Dalam sidang media bersama di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Shuhaimi Shafiei turut mendakwa Umno berusaha cuba mengelirukan rakyat dan berbohong.

"Abdul Shukur cuba tegakkan benang yang basah kerana beliau katakan untuk membina dewan dan tadika.

"Ia tidak ada langsung, yang dipohon waktu itu adalah membina pusat belia. Tetapi apa yang berlaku ialah dikawasan itu ialah pembinaan kondominium," terang Shuhaimi lagi.

Selasa lalu, The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR negeri Selangor mendedahkan berlakunya “projek sapu tanah” oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor yang melibatkan 24 keping tanah di negeri berkenaan.

“Ada 24 keping tanah di seluruh Selangor yang dimohon bukan sahaja oleh Umno, tetapi juga kesemua parti komponen BN seperti MCA, MIC, termasuk Gerakan.

“Daripada jumlah itu, 14 dimiliki Umno, lima milik MCA, tiga milik MIC, dan satu milik Gerakan,” kata Adun Sekinchan itu ketika sidang media di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku menteri besar, sebelum negeri berkenaan tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada PR.

Ekoran pendedahan tersebut, Abdul Shukur menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen BN dan bekas presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata Abdul Shukur.

"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong PR dalam sidang Dun Selangor yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Tuesday, February 12, 2013

TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN


Written by  Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia Chronicle 
 
TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN
PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.

Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy  telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.

Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!


Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy!

Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.

Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.

Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.

Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi.

Namun demikian, adalah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini.

Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN.

Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang

Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya.

Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan.

Perkara yang lebih teruk berlaku selepas itu kepada Najib. Dalam ucapannya, dia telah  menyebut Kolej Han Chiang beberapa kali sebagai 'Han Yang' menjadikan penonton mengeboonya beberapa kali. Implikasi bahawa dia sebenarnya tidak ikhlas sudah nyata sama sekali, dia sudah tidak mampu memenangi hati orang ramai lagi.

Walau dengan pengumuman bahawa BN akan membina 20,000 rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang, ia hanya disambut dengan tepukan kurang memberangsangkan dari orang ramai dan jaminannya untuk "memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang" telah dicemari dengan penonton menjerit " cepatlah habis" dan "kami mahu Psy".

Apabila Najib menyatakan semula janji yang telah dinyatakan oleh mantan pm Mahathir Mohamad bahawa kerajaan persekutuan akan mengadakan dana untuk membina monorail untuk Pulau Pinang, beberapa tepukan kedengaran termasuk beberapa sindiran "bina dululah".

Psy "bijak dan adil" 

Dalam menunggu persembahan Psy, ramai di antara rakyat Malaysia yang telah merayu Psy dalam laman Facebooknya untuk menolak pelawaan BN yang ternyata adalah satu 'gimik politik' untuk menggambarkan bahawa Psy mengesyorkan agar rakyat mengundi BN.

"Tingkah laku Psy menunjukkan bahawa dia bersependapat dengan rakyat Malaysia. Mereka mahu menyaksikan persembahannya dan bukan melihat dia dipergunakan oleh Najib dan Gerakan untuk menunjukkan sokongan pada BN. Undi adalah suatu perkara yang serius dan bukannya sarkis perhubungan awam bagi Chang Yeow menunjukkan kemahiran menguruskan sesuatu untuk mengipas Najib dan keluarganya," kata Tan Kee Kwong, pemimpin pakatan Pembangkang dalam parti PKR kepada Malaysia Chronicle.

Saya lega kerana Psy begitu bijak dan adil. Tiada sebab kenapa dia perlu menyokong BN. Ini bukan sesuatu yang baik untuk politik mahupun reformasi. Mereka cuba mempergunakannya, jadi kenapa dia perlu menyokong ahli politik yang tidak ikhlas.

Norashman ditonjolkan, Badawi ditolak ke tepi

Sebenarnya, para pemimpin Gerakan termasuk penasihat-penasihat Najib telah cuba menggunakan konsert itu untuk menaikkan populariti Najib yang semakin menurun. Najib mempunyai sokongan yang paling sedikit berbanding semua perdana menteri yang pernah melalui pilihanraya umum dengan skor hanya sebanyak 63%

Sehari yang lalu, Najib telah memberitahu pemberita bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang baru pada tahun ini. Strategi terbarunya dengan memakai baju Cina merah hati dalam poster yang digantung di seluruh negara menaikkan perasaan tidak puas hati dalam puak konservatif parti Umnonya.

Gambar Najib seorang diri dan dia juga membawa anaknya Norashman ke majlis Tahun Baru Cina membuatkan orang bercakap. Ada yang percaya bahawa dia telah dinasihatkan kurang menonjolkan isterinya yang telah banyak dicemari skandal itu.

Walau bagaimanapun, dia telah melanggar protokol pada hari Isnin sehinggakan Badawi yang merupakan PM ke-5 Malaysia telah dipinggirkan dan diberi tempat duduk di barisan kedua.

Keutamaan Najib dan kesediaanya membelanjakan wang rakyat untuk mempromosikan dirinya dan juga keluarga telah pun menghancurkan Umno. Tindakannya untuk tiba-tiba memberi fokus kepada Nurashman akan meniupkan kontroversi bahawa dia dan Rosmah cuba menyediakan Norashman untuk mengambil alih dari anak Mahathir, Mukhriz.

Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 yang juga telah mengaku secara terbuka bahawa cita-citanya adalah untuk melihat anaknya mengikut jejak langkahnya, tanpa mempedulikan kebencian rakyat pada golongan elit Umno dan polisi politik dalaman Umno yang tertutup.

Rosmah terlupa lirik

Namun, ia agak sukar untuk melembutkan hati Rosmah yang keras, kerana dia sudah terbiasa dengan pandangan negatif rakyat terhadap keborosannya, kecintaannya terhadap cincin berlian yang besar dqn juga beg jenama Birkin yang tersangat mahal.

Isnin lalu, penonton begitu baik padanya apabila dia dijemput untuk bersama-sama suami dan anaknya untuk menyanyikan dua lagu tahun baru Cina. Dia kelihatan seperti tidak suka mungkin kerana dia tahu bahawa rakyat kurang suka padanya dan bersedia untuk di'boo' penonton.  Tetapi, penonton Pulau Pinang berkelakuan baik dan suami serta anaknya kelihatan lega, seperti yang diperhatikan oleh mereka yang berada berdekatan dengan pentas.

Walaupun begitu, Rosmah telah lupa akan liriknya dan dia senyap dalam tempoh yang agak lama apabila terlupa, memalukan Najib dan pemimpin BN yang lain.

Mungkin Rosmah telah bernasib baik kerana penonton tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Psy dan dia telah terlepas daripada kritikan rakyat kerana malas untuk mengingati lirik lagu yang bermaksud untuk menyampaikan mesej kepelbagaian kaum dan kurangnya syak wasangka terhadap masyarakat Cina.

Tiada 'oomph' bagi Chang Yeow

Bagi Chang Yeow dari parti Gerakan pula, jika dia bakal mengambil alih jasatan presiden dari Tsu Koon, masa depannya dalam parti bermasalah yang dahulunya menguasai Pulau Pinang tanpa menghargainya nampak gelap.

Walaupun dia telah mencuba sedaya upaya, dia kekurangan 'oomph' untuk memenangi hati generasi baru di Pulau Pinang yang berpendidikan dan mahukan lebih dari segi demokrasi dan hak asasi melebihi generasi terdahulu mereka.

Dalam ucapannya, Chang Yeow berjanji bahawa "lebih banyak lagi akan diperolehi oleh Pulau Pinang" dan BN merupakan satu-satunya kerajaan yang boleh mentransformasikan negeri itu. Dia juga telah cuba memperolehi tepukan gemuruh dari hadirin untuk Najib yang dia cuba peringati kepada mereka telah datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama rakyat. Namun dia gagal.

Walaupun hadirin mahu memberi tepukan gemuruh untuk satu Malaysia yang bersatu, mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama untuk Najib. Sebelum keadaan menjadi lebih memalukan, pengerusi majlis yang bijak telah menyelamatkan keadaan dengan menarik perhatian penonton dengan mengingatkan penonton bahawa Psy akan membuat persembahan tidak lama lagi.

BN yang licik? Tidak perlu Guan Eng, PR akan bimbang

Lawan Chang Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak menghadiri majlis itu kerana telah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agung Tuanku Haminah pada pkul 11 pagi.

Sedikit sahaja yang hadir dengan baju meah, hijau dan kuning untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan pro alam sekitar anti- Lynas dan Bersih, pergerakan untuk piliharaya adil dan bersih seperti yang disarankan oleh Lim. Namun, ini berkemungkinan kerana terdapat amaran dari ketua polis pro BN yang berkata akan berlaku masalah jika rakyat Pulau Pinang memakai warna-warna tersebut ke konsert sebagai sokongan kepada Guan Eng dan PR.

Walapun begitu, nampaknya pembangkang tidak perlu risau. Najib, Chang Yeow dan BN telah merosakkan rancangan mereka sendiri.

Secara keseluruhannya, kemunculan sulung Psy di Malaysia merupakan kejayaan bagi rakyat Pulau Pinang. Dan juga menjadi tamparan hebat kepada BN kerana cuba mempergunakan  bintang Korea itu termasuk rakyat di negeri itu sendiri bagi tujuan motif politik mereka.

Kata akhir dari Psy adalah dia akan kembali ke Malaysia pada bulan April untuk mempromosikan single terbarunya. Diharapkan paa ketika itu, pilihanraya umum di Malaysia telah tamat dan bintang Korea itu tidak perlu berhati-hati dengan pemimpin licik yang cuba mempergunakannya untuk kepentingan dan populariti sendiri.





Petikan: Malaysia Chronicle


Monday, February 11, 2013

Wan Azizah ajak rakyat kekal semangat kemerdekaan, Hari Malaysia


Wartawan Sinar Harian 10 Februari 2013
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak setiap anggota negara ini menginsafi perpaduan yang telah terbentuk sejak lebih lima dekad lalu walaupun ada pihak yang cuba menakutkan rakyat dengan mencipta pelbagai cerita fitnah bagi mengekalkan kuasa politik.

Dalam perutusan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini, kata beliau, perpaduan yang telah dipupuk boleh dilihat melalui hari-hari perayaan yang diraikan bersama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Beliau juga berkata rakyat perlu memelihara dan melipatgandakan usaha untuk  terus mengekalkan persekitaran muhibah.

Bagaimanapun, beliau berkata, semangat kemerdekaan 1957 dan semangat pembentukan Malaysia 1963 terencat kerana ada pihak yang mengabaikan nasib rakyat.

"Jelas terpancar semangat muhibah tulen di antara kita, tanpa mengira ras atau keyakinan, tatkala bersama-sama meraikan perayaan-perayaan tersebut.

"Tiada sengketa, tiada momokan dan tiada kecurigaan antara kita apabila semangat muhibah meresapi sanubari.

"Oleh itu, mari kita menginsafi dengan semangat yang telah lama wujud dan cuba untuk mengekalkannya," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, dalam kemakmuran negara, ada pihak yang cuba menakutkan rakyat dengan mencipta pelbagai cerita fitnah bagi mengekalkan kedudukan.

"...demi mengekalkan kedudukan, mereka sanggup mengolah tafsiran sejarah mengikut acuan mereka sendiri dan bertunjangkan politik perkauman sempit sekali gus cuba mendapat laba politik dengan menakut-nakutkan rakyat.

" Namun percayalah itu sekadar angan-angan kosong mereka sahaja,  rakyat bijak menentukan hala tuju negara dan akan mengenepikan politik perkauman sempit yang berusaha menyemai kebencian," katanya lagi.