Saturday, January 8, 2011

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Mengutuk Keganasan Perkasa dan Utusan Berputar-belit

(Petaling Jaya 8) Bendahari kelab Penyokong Kerajaan Selangor Yang Berhormat Gan Pei Nie mengetuai rombongan melawat pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sri Muda di Kota Kemuning. Tujuan lawatan ini adalah untuk berikan sokongan moral selepas pejabat YB Shuhaimi Shafiei diserang keganasan melemparkan cat merah.

YB Gan juga mewakili kelab mengutuk sekeras-kerasnya Utusan Malaysia dan Perkasa sengaja memutar-belitkan kenyataan YB Shuhaimi, berniat jahat untuk mencetuskan salah-faham serta menghasut atas nama istana. Lebih dahsyat lagi, hari ini sekali lagi telah menyaksikan satu kejadian mengganas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada 07/01/11 pagi, pintu masuk pejabat ADUN Sri Muda didapati telah diserang dengan cat merah. Begitu juga dengan billboardnya yang terletak 500 meter jarak daripada pejabatnya.

Turut hadir mengiringi lawatan rombongan ini termasuklah Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dan En. Abdul Manaf, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat En. Lee Khai Loon merangkap Ahli Majlis Selayang, perwakilan daripada Pas Kawasan Kota Raja. Selain daripada itu, rombong juga bawa bersama 3 bakul bunga diserahkan kepada En. Azmizam selaku wakil YB Shuhaimi Shafiei sebagai tanda simpati menjadi mangsa keganasan politik. Ketiga-tiga bunga itu adalah sumbangan daripada Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, ADUN Rawang YB Gan sendiri dan Exco Kerajaan Selangor YB Elizaberth Wong selaku ADUN Bukit Lanjan.

Sambil mengutuk pengganas yang tidak bertanggungjawab, YB Gan turut menyeru polis wajib mengambil tindakan tegas ke atas pengganas-pengganas terlibat, menyiasat serangan bermotif politik ini yang mengancam keselamatan agar budaya ganas ini tidak berleluasa dan maharajalela.

YB Gan mengulangi “YB Shuhaimi hanya mengutarakan pandangannya sebagai seorang wakil rakyat di dalam sebuah Negara demokrasi, jika pun ada sebarang perbezaan pandangan, ia boleh dibahaskan dengan sopan dan berilmiah. Bukan melalui jalan mengganas”.

“Pejabat YB Shuhaimi bukan mangsa pertama diserang pengganas politik, sebelum ini kita telah menyaksikan ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lin ketika jalankan tugas ADUN, telah diserang oleh ahli UMNO sehingga masuk hospital beberapa hari. Ahli Majlis Perbandaran Selayang En. Lim apabila menjalankan tugasan sebagai Ahli Majlis dalam kawasannya juga diserang cara ganas. Sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa”, YB Gan menambah.

Selain daripada itu, Ahli Majlis MBSA En. Abdul Manaf juga mewakili 23 orang Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS, DAP dan NGO menyampaikan kenyataan rasmi. Kesemua ahli-ahli majlis turut mengutuk sebarang keganasan politik, minta polis berikan perlindungan 24 jam ke atas keselamatan ahli keluarga YB Shuhaimi serta berikan sokong padu kepada YAB Tan Sri Dato Menteri Besar terus membela rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ketua Penerang AMK Pusat En. Lee Khai Loon juga mengutuk tindakan keji Utusan untuk mengeksploitasikan kenyataan YB Shuhaimi untuk cuba mencetuskan ketegangan politik dan akhirnya membawa kepada keganasan. Mereka ini tidak berkecuali daripada bertanggungjawab atas keganasan yang menimpa YB Shuhaimi.

Perwakilan daripada Pas Kawasan Kota Raja dalam sidang media ini juga menyatakan sokongan padu mereka kepada YB Shuhaimi dan kerajaan Pakatan Selangor untuk memerangi sebarang keganasan dengan bijaksana. Rakyat jelata dan pengundi mempunyai kebijaksanaan untuk menilai siapakah yang mencetuskan keganasan.

Akhir, YB Gan turut menasihati pembantu YB Shuhaimi dan petugas pejabat agar sabar dan berhadapan dengan cabaran ini dengan bijaksana kerana rakyat adalah hakim terbaik untuk membuat keputusan pada pilihanraya umum akan datang.




No comments: