Wednesday, January 19, 2011

Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?

Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?

Bagi memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan, Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu, Memperkasakan kaum Pribumi, Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan Mempertahankan kedaulatan Negara.

Kesemua diatas adalah asas atau tujuan PERKASA ditubuhkan.

Namun begitu motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu itu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.


Sasaran mereka juga kelihatan terpilih, mereka hanya dilihat vokal atau lantang memperjuangkan nasib Melayu di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan mereka juga amat lantang bila isu yang melibatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hinggakan ada pihak yang telah mentafsirkan tindakan mereka mengadakan demontrasi dan mengemukakan memorandum bantahan sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan.

Kita telah membaca suatu masa dulu Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pernah menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘pelacur politik’ kerana sanggup melakukan segala-galanya demi meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan India, hanya kerana Dr Wan Azizah mencadangkan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ ditinggalkan.

Arman Azha Abu Hanifah juga melabelkan Dr Wan Azizah sebagai pengkhianat dan bagai kacang lupakan kulit.

Ketika Presiden PKR DS Wan Azizah menganggap bahawa suaminya itu sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah untuk membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman kuasa jahat UMNO, Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar pula mengatakan Anwar adalah utusan dari Neraka untuk memusnahkan Melayu..

Oleh sebab itu Zaira mahu darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan dilucutkan dari Anwar kerana mempertikaikan ketuanan Melayu..

Dan ketika timbulnya krisis mengenai perlantikan SUK Negeri Selangor pula, PERKASA muncul bersama Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Barisan Nasional mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran menderhaka kepada perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu.

Yang terbaru pula PERKASA juga telah bersama Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor.


Menurut mereka ADUN Sri Muda itu terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru dalam kenyataan melelui blognya http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember.

Bagi mereka “Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

Tetapi!! Dimana PERKASA? Dimana PERKASA ketika Rosmah jelas melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady οf Malaysia’?

Selain dari menyalahi protokol Negara Rosmah juga tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady οf Malaysia’.

Apa Ibrahim Ali masih tidak menyedari akan ujudnya Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

Dan Perkara 70 (1) berhubung “Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri” menyatakan “Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain”.

Perkara 70 (2) pula menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda”.

“Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau “seniority” Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

Jadi dimana Ibrahim Ali, Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah dan Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar?

Kenapa kini membisu pula? Sudah buta atau hilang suara untuk berkata-kata..

Adakah kerana yang menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong itu Rosmah Mansor ianya tidak mengapa??

Artikel ini dipetik oleh pelawat TukarTiub dari website Gο tο Source

No comments: