Thursday, June 26, 2008

Monday, June 23, 2008

YB Lawat Pasar Malam Sri Tani

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Selangor telah mengadakan lawatan menziarahi tapak Pasar Tani Sri Muda pada petang 21/06/08.

Lawatan beliau disambut baik oleh semua penjaja di situ. Melalui program demikianlah membolehkan wakil rakyat Pakatan Rakyat mendampingi segenap lapisan rakyat umum.













YB Bersama Warga Jalan Kebun

Pada petang 21/06/08 Wakil Rakyat Sri Muda sekali lagi turun padang bersama penghuni Jalan Kebun bersama-sama meraikan jamuan kesyukuran untuk anak-anak yang dianjurkan oleh kepimpinan Kampung Jalan Kebun.

Lebih daripada itu, YB juga dijemput menyampaikan cenderamata kepada anak-anak yatim bakal menjadi tunjang negara suatu hari nanti.













Saturday, June 21, 2008

Pertandingan Persahabatan Bola Sepak

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda terus aktif bukan sahaja dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, malahan juga bergiat dalam bidang sukan. YB juga merupakan salah seorang wakil pemain Pasukan Kerajaan Negeri berlawan dengan Pasukan Veteran Selangor.

Sungguhpun ia merupakan satu pertandingan bola sepak, namun matlamat utamanya adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan persahabatan dengan semua veteran-veteran Selangor bagi kongsi pengalaman.











YB Sokong Usahawan Tempatan

Pada 12/06/08, YB telah dijemput untuk merasmikan Karnival Usahawan sempena program Jelajah Selangor 2008 di Puchong. Memang adalah menjdi harapan YB menyokong usaha kerajaan untuk melatih lebih banyak usahawan muda bagi mempetingkatkan pencapaian ekonomi negeri Selangor.










Wednesday, June 11, 2008

Majlis Jamuan Bersama Menteri Besar

Pada 10 Jun 2008, Menteri Besar Selangor telah mengadakan jamuan makan malam bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk meraikan kejayaan kerajaan mentadbir Selangor sambil menghargai sumbangan semua pihak.