Tuesday, July 14, 2009 /

PAKATAN RAKYAT MENANG DI MANEK URAI

Tepat jam 9.01 malam, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan kerusi N41 Manek Urai dimenangi calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Fauzi Abdullah.

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Fauzi menujukan kemenangan ini kepada kepimpinan dan akar umbi Pas yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.

“Memang sengit pilihanraya ini, walaupun kecil, tetapi semua menteri turun ke Dun Manek Urai ini,” katanya.

“Saya ucap terima kasih kepada rakyat yang tidak termakan dengan sogokan dan janji-janji yang dibuat, yang saya fikir kerana ketahanan diri mereka yang kuat. Faktor kemenangan ini juga kerana hubungan rakyat dengan akar umbi kerana kalau kita tidak hampir kepada rakyat, kita tidak mungkin dapat mempertahan Dun Manek Urai,” tambah Fauzi.

Sementara itu, Exco Kelantan Husam Musa berkata Pas mampu meraih sokongan lebih besar sekiranya politik wang Umno-BN dibendung SPR.

“Kemenangan ini sesuatu yang berharga pada kami, kerana politik wang amat berleluasa, tetapi rakyat mampu bertahan dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pusingan ke enam. Kalau kena tiga lagi pusingan, dengan izin Allah, Umno tumbang,” tegas Husam.

“Secara teori, Umno percaya menjadi alat untuk memenangkan kawasan luar bandar, tetapi kerana kekuatan iman dan kefahaman politik para pengundi, rakyat dapat bertahan disebalik serangan wang yang begitu dahsyat sekali,” katanya.

“Saya ingat BN tentu amat kecewa sekali. Dengan pelaburan sebesar itu mereka masih gagal. Ini satu pukulan hebat kerana walaupun dengan 11 tawaran Perdana Menteri, masih mereka belum menang disini,” kata Husam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang mengikuti perkembangan Manek Urai dari Nottingham, United Kingdom menyaggah dakwaan media perdana bahawa sokongan terhadap Pas semakin terhakis.

“Tidak sekali-kali berkurangan. Di kawasan Manek Urai, dengan rakyat yang banyak bergantung kepada kerajaan dari segi bantuan, namun mereka masih memilih calon Pakatan Rakyat – walaupun dengan majoriti yang kecil – tetapi ini adalah petanda positif rakyat Kelantan masih bersama-sama Pas dalam apa keadaan sekalipun,” tegas beliau.

“Kita bersyukur rakyat telah cuba dirasuahkan tetapi rakyat masih lagi berpegang kepada perjuangan bersama Pas, disebalik ugutan dan rasuah dari pihak Umno-Barisan Nasional,” tambahnya.

Sumber Keadilan Online...

comments (0) / Read More

Saturday, July 11, 2009 /

Assemblymen discover new illegal sand mine on surprise visit


NINE lorries and four excavators were seized in the Gombak District during the last two months in the wake of the increase in illegal sand-mining activities in the area.

The vehicles were seized from illegal mines in Kuang and Kundang.

However, no arrests were made.

This was revealed during a surprise visit by Rawang assemblyman Gan Pei Nei and Sri Muda assemblyman Mat Shuhaimi Shafiei recently to Taman Tun Perak in Rawang to check on the illegal activity.

Evidence: Fresh excavator tracks can be seen at the new illegal site which Gan and Shuhaimi discovered during their recent surprise visit to Taman Tun Perak, Rawang.
Mat Shuhaimi, who is a special assistant to Selangor state agriculture modernisation committee chairman Yaakob Sapari, warned all operators that those who conducted sand-mining activities illegally would be blacklisted by the state.

"We are cracking down on the illegal operators and have conducted joint operations with the police, Land Office, Road Transport Department and other authorities.

"We appreciate the public providing us with information on these acivities and hope we can bust this huge syndicate. The state is losing millions of ringgit due to illegal sand-mining and this has to stop," he said.

According to Gan, she received complaints from residents last month and visited the site several times. She also forwarded the complaints to Gombak Land Office district officer Huzaini Samsi, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Yaakob.

"The illegal sand-mining in Taman Tun Perak has been taking place for more than a year. The operators conducted their activities after 5pm to evade the authorities," Gan said.

During their surprise visit, Gan and Mat Suhaimi noticed that the operators were stealing sand at a new site without obtaining any permits.

Gan said the contractor had been given two months to remove sand from a specific lot but they discovered that the contractor had excavated a new site without any state approval and Shuhaimi ordered the contractor to stop its operations immediately.

Last week, Gan had seen a contractor taking sand samples and asking the lot owners for the sand.

She had told the contractors then that any sand-mining there was illegal as the lot owners had never received any permits from the state, and warned those who encroached on the land that they would be prosecuted.

comments (0) / Read More

Thursday, July 9, 2009 /

Lawatan Pelajar Program Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda ke Dewan Negeri Selangor


Buat pertama kalinya Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini turut disaksikan 69 pelajar Tingkatan 5 di bawah Program Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda, yang mewakili tiga buah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah, SMK Taman Seri Muda dan SMK Jalan Kebun.

Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Dun Sri Muda, Rizal Omar berkata, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perjalanan sidang dewan Negeri yang sedang berlangsung ini.

"Tujuan adalah memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat melalui dan melihat terus cara perjalanan dewan Negeri Selangor,itu adalah matlamatnya," jelasnya.

Rizal berkata, ini adalah lawatan kali pertama pelajar terbabit untuk mengetahui cara bagaimana rang undang-undang digubal.

Pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana dewan ini bersidang.

Bagi Aruna Devi, berasa sungguh gembira kerana dapat lihat bagaimana cara seorang berbahas, dan ini mengalakkannya untuk menjadi seorang ahli politik.

"Tujuan saya datang sini untuk melihat sendiri apa yang selama ini saya belajar, selama ini saya rasa benar-benar ingin tahu bagai mana dewan bersidang rasa sangat gembira," katanya.

Pelajar-pelajar juga berkesempatan bertemu serta beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri YB Teng Chang Kim dan Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei serta melawat kawasan sekitar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang juga merupakan tempat terletaknya pejabat-pejabat kakitangan kerajaan negeri termasuk YAB Menteri Besar.


Video Temuramah TVSelangor.com



comments (0) / Read More

Wednesday, July 8, 2009 /

Sultan: Usah Guna Kedudukan YB Untuk Kepentingan Peribadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan wakil rakyat supaya tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi yang boleh menghancurkan kesejahteraan rakyat dan negeri Selangor.

Titah baginda, wakil rakyat tidak boleh mengunakan kepentingan peribadi sehingga hilang pemikiran yang waras dan timbul perasaan tamak haloba.

"Sukacita beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan kepada ahli-ahli yang berhormat bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Berparlimen semenjak Negara mencapai kemerdekaan. Sistem ini telah termaktub…
di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

Berita Penuh.....

comments (0) / Read More

Saturday, July 4, 2009 /

Perasmian Karnival Sukan Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai suatu ´keperluan asas´ bagi kedua-dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Disebabkan itu Surau An-Nur Bandar Puteri Klang menganjurkan aktiviti Karnival Sukan
yang juga merupakan acara tahunan Surau tersebut. Disamping dapat mengeratkan ikatan ukhwah sesama ahli kariah, ianya juga dapat membuka ruang kepada semua penduduk mengenali dengan lebih rapat seluruh penduduk Bandar Puteri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Amiruddin selaku Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor. Turut hadir YB Shuhaimi Shafiei yang merupakan Adun kawasan Sri Muda.

comments (0) / Read More

/

Rombongan Meminang YB Shuhaimi

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.








4hb Julai 2009 pasti akan terpahat dalam memori sebagai hari yang paling bersejarah.

2 insan bercinta mengikatkan tali pertunangan sebagai tanda perjanjian kesetiaan untuk sehidup semati.

Hari ini pertama kalinya dalam sejarah setelah bergelar Yang Berhormat diminta menjadi wakil bagi pihak lelaki untuk melamar bunga ditaman.

Walaupun nampak sedikit kekok, YB tetap cool. Tahniah kepada Ridwan dan tunang. Semoga ikatan kekal sehingga ke akhir hayat.





pungguk merindu dengan berangan
bulan juga ternanti-nanti
tapak tangan satu perjuangan
biarlah kekal bersatu hati

banyak dapat ikan tembakul.
ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
biar sampai dunia akhirat

comments (0) / Read More

/

Kempen Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas Kota Kemuning


Kempen Pendaftaran besar-besaran bermula seawal jam 6.00 pagi lagi.

Bertempat di Padang Permainan Kemuning Palma petugas-petugas Pejabat Adun Sri Muda sudah memulakan sesi penerangan kepada warga emas yang memenuhi Taman Permaianan Kemuning Palma, kehadiran penduduk cukup di luar jangkaan.

Kira-kira jam 9.00 pagi kami diserang sekumpulan warga emas yang baru selesai melakukan senaman tai-chi bertentang kaunter kami. Bertanyakan Skim Warga Emas dan pelbagai lagi tawaran kerajaan negeri Selangor.

Tidak cukup tangan kami melayan pertanyaan serta membantu mereka mendaftar, YB Shuhaimi juga turut hadir membantu dan melayan tetamu yang hadir.

Memandangkan jadual yang agak ketat dan keadaan cuaca yang semakin panas kami hanya membuka kaunter sehingga jam 12.00 tengahari sahaja.

Namun pun begitu kempen kami tidak berakhir disini , perancangan kami selepas ini akan tertumpu ke kawasan bandar, surau, masjid dan lain-lain. Tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan usaha anda.

comments (0) / Read More

Wednesday, July 1, 2009 /

Dialog Pemimpin Bersama Rakyat

Pada malam minggu yang lepas Persatuan Penduduk Putra Height telah menganjurkan satu pertemuan Penduduk Putra Height bersama YB Shuhaimi Adun Sri Muda. Kehadiran penduduk cukup membanggakan sesi dialog juga berlangsung aman. Rata-rata penduduk menyatakan kegembiraan bertemu serta berdialog sendiri dengan pemimpin mereka.






Beberapa penduduk yang ditemui menyatakan perasaan terharu beliau bertemu sendiri YB Shuhaimi dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Shuhaimi kerana sudi bertemu serta mendengar luahan penduduk Putra Height. Malah ada yang menyatakan inilah pemimpin yang kita cari.

Mereka juga menyatakan perbezaan ketara antara pemimpin Pakatan Rakyat kini dengan pemimpin Barisan Nasional dulu yang lebih mementingkan kekayaan dan pangkat. Mereka juga menyatakan ucapan tahniah serta meminta agar YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan rakyat meneruskan usaha membantu serta merakyatkan ekonomi negeri Selangor.






YB Shuhaimi dalam ucapannya meminta agar seluruh penduduk dan pendokong pakatan rakyat membantu kerajaan negeri dalam usaha-usaha membantu rakyat serta merakyatkan ekonomi Selangor. YB Shuhaimi juga meminta agar penduduk Putra Height harus memastikan Pakatan rakyat agar terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada pilihanraya akan datang.

comments (0) / Read More

Tuesday, June 30, 2009 /

YB Bertemu Ketua Kuil Sri Mahamariaman Bukit Kemuning

"Pemimpin Pakatan Rakyat" dari rakyat kepada rakyat, tidak mengira bangsa dan agama, inilah kekuatan Pakatan Rakyat, inilah juga keikhlasan perjuangan Pakatan Rakyat. Ikatan inilah yang membuka mata seluruh rakyat memilih Pakatan Rakyat.




YB Shuhaimi Adun Pakatan Rakyat hadir sendiri bertemu Ketua Kuil Sri Mahamariaman Bukit Kemuning bagi mendengar permasaalahan serta meninjau kawasan kuil yang pernah dilanda banjir pertengahan tahun lalu.




Atas usaha YB Shuhaimi dan Pasukan Skuad Bencana Sri Muda kini banjir kilat di kawasan kuil Sri Mahamariaman bukan lagi masalah utama.

Kerja-kerja penambahbaikan sisitem pengaliran air di sekitar Bukit Kemuning segera dilakukan bagi mengelak permasalahan sama berulang.

Kini masalah banjir kilat di Bukit Kemuning hampir selesai 100%. Walaupun ini merupakan kawasan mejoriti kaum India, YB Shuhaimi tetap membantu rakyat yang memerlukan walaupun berbeza Agama dan Bangsa.




Dalam pertemuan itu pihak kuil menyatakan jutaan terima kasih serta menyerahkan cenderahati kepada YB Shuhaimi dan memohon agar YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan usaha membantu rumah-rumah ibadah serta seluruh rakyat rakyat tanpa mengira kaum.

Tahniah YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat.

comments (0) / Read More

Sunday, June 28, 2009 /

Bersama Rakyat


YB Shuhaimi berkesempatan menghadiri Majlis bersama penduduk anjuran JDM Bukit Kemuning, turut hadir Pemimpin Hindraf yang juga bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sdr V Ganabatirau yang baru dibebaskan bulan lepas.

Majlis berlangsung begitu aman dan harmoni walaupun yang hadir rata-rata merupakan penganut Hindu di sekitar Bukit Kemuning Klang.
Turut hadir Sdr Pappa Raidhu Ahli Majlis Zon 14, Sdr Anthony Dass dan Sdr Manimaran Ketua JDM Bukit Kemuning

comments (0) / Read More

/

PRIHATIN

Dalam kesibukan YB Shuhaimi sempat juga meluangkan masa menziarahi Imam Masjid Kg Bukit Naga yang patah kaki kiri akibat terjatuh ketika membaiki rumah beliau di Kg Bukit Naga Klang.


Isteri beliau menyatakan rasa terharu dengan kehadiran kami atas kesudian mengunjungi suami beliau dan keluarga. Dalam Majlis tersebut YB Shuhaimi juga menyerahkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban beliau dan keluarga.


Turut hadir Ketua Kampung selaku Pengerusi JKKK Kg Bukit Naga Sdr Buang Ismail, ahli kariah Masjid Kg Bukit Naga dan rombongan Pejabat Adun Sri Muda



comments (0) / Read More

/

20 Tahun Penduduk Velencia Apartment Menanti

Penantian hampir 20 tahun penduduk Velencia Apartment menanti kehadiran YB bagi mengadu serta menyelesaikan masalah mereka berakhir dengan kehadiran YB Dr Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja) bersama YB Shuhaimi Shafiei (Adun Sri Muda) dalam Majlis Dialog Bersama Penduduk Velencia Apartment yang di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9.


Pertemuan penuh bermakna itu berjaya merungkai masalah yang membelenggu pemilik-pemilik rumah di Velencia Apartment. Walaupun pemaju Velencia Apartment hanya menghantar wakil namun YB yang hadir telah mencadangkan beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan oleh penduduk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Ternyata pertemuan pertama mereka bersama YB Dr Mariah dan YB Shuhaimi telah membuka langkah awal menuju ke jalan penyelesaian terbaik kepada seluruh penduduk Velencia Apartment bagi menyelesaikan masalah mereka.

Wakil penduduk Velencia Apartment menyatakan jutaan terima kasih mereka kepada Pakatan Rakyat terutama YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi yang sudi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat.



Turut hadir di Majlis tersebut ialah Sdr Vembarasan Ahli Majlis Zon 9, Sdr Tan Ah Kow Ahli Majlis Zon 12, Sdr Anthony Dass selaku Pembantu Khas YB Shuhaimi dan Wakil Pemaju.

comments (0) / Read More

Tuesday, June 23, 2009 /

Pakatan Rakyat Tolak Kerajaan Perpaduan Sebagai Fitnah UMNO

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

comments (0) / Read More

Thursday, June 18, 2009 /

Hari Silaturahim ibubapa dan Sambutan Hari Guru Kafa Integrasi Al Munawarah

Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi Masjid Al Munawarah menganjurkan Hari Silaturahim Ibu Bapa dan Sambutan Hari Guru 2009 di perkarangan Masjid Al Munawarah.

YB Shuhaimi berkesempatan menghadiri serta menyerahkan hadiah kepada para pemenang pertandingan pelbagai ketagori kanak-kanak dan dewasa.

Sambutan itu juga mencatat sejarah tersendiri apabila ianya diadakan dibawah sepohon pokok di perkarangan Masjid Al Munawarah.

comments (0) / Read More

/

Persatuan Penduduk anjur Program Motivasi Keibubapaan

Persatuan Penduduk Berjaya Park dengan kerjasama Pejabat Adun Sri Muda dan MPP Zon 13 telah menganjurkan Program Motivasi Keibubapaan dan Rahsia Tenaga Minda Anak di Dewan MBSA Jalan Kebun.

YB Shuhaimi dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Berjaya Park dengan mengadakan program motivasi seperti ini, berbeza dengan kebanyakan persatuan penduduk yang lebih banyak menganjurkan program gotong royong dan pembersihan kawasan.

YB Shuhaimi juga memuji kejayaan penganjur yang berjaya mengumpul seisi keluarga dalam menghadiri program motivasi ini. Disamping dapat memberi penerangan kepada mereka ianya juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah YB Dr Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, Sdr Fauzi ketua JDM Bukit Rimau dan Sdr Sabastine Rao.

comments (0) / Read More

Tuesday, June 2, 2009 /

Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari kanak-kanak sedunia

Sambutan Hari Alam Sekitar dan hari kanak-kanak sedunia telah diadakan pada hari sabtu lepas di tasik Kota Kemuning Shah Alam.


Program anjuran MBSA ini ternyata mendapat sambutan diluar jangkaan. Kehadiran pengunjung melebihi 4000 orang menandakan kejayaan penganjuran yang diadakan pada tahun ini.


Lokasinya di kawasan Kota Kemuning yang terletak di pinggir Shah Alam juga antara daya penarik pengunjung untuk menikmati udara dan keindahan alam sekitar.



Kehadiran aktivis alam sekitar Karam Singh Walia dan pelakon terkenal Maya Karin yang ternyata berjaya mencuit hati semua pengunjung menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Alam Sekitar dan hari kanak-kanak sedunia ini.

Didalam ucapan perasmian, YB Shuhaimi mengucapkan tahniah kepada MBSA kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari kanak-kanak sedunia ini. YB Shuhaimi juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih Kota Kemuning sebagai lokasi Sambutan tahun ini.







comments (0) / Read More

Monday, June 1, 2009 /

Tahniah Penduduk Lanchong Jaya

Pada hari munggu yang lepas Penduduk Lancong Jaya telah menganjurkan Gotong Royong Mesra Rakyat anjuran JKKK Lancong Jaya.

Penyertaan penduduk begitu menyeluruh tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Kerjasama dan kemuafakatan yang ditunjukkan oleh keseluruhan penduduk lancong Jaya juga haruslah di beri pujian.

Dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Mariah dan ADUN Sri Muda Yb Shuhaimi Shafiei memeriahkan lagi gotong royong mesra rakyat tersebut.




YB Shuhaimi dan Yb Dr Mariah juga berkesempatan meninjau sekitar kawasan kampung serta melawat seorang ibu tunggal yang terlantar sakit. Kedua-dua YB juga berkesempatan meluangkan masa membantu para petugas membaik pulih rumah beliau yang sudah usang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua JDM Putra Height Sdr Isa.

comments (0) / Read More

Sunday, May 24, 2009 /

Hari Penamaan Calon PRK N12 Penanti Yang Sunyi

Tepat jam 7.00 pagi rombongan kami dari Sri Muda mula tiba dan berkumpul di Bilik Gerakkan Mengkuang Semarak sebelum bergerak ke tempat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia NegaraBukit Mertajam.

Seperti dijangkakan ianya tidak semeriah PRK lain, apatah lagi PRK Permatang Pauh. Kehadiran YB Dato Sri Anwar Ibrahim dan beberpapa pemimpin Pakatan Rakyat sedikit meriuhkan suasana menampakkan sedikit suasana Pilihanraya Kecil.









Perarakan bermula dari Bilik Gerakan Mengkuang Semarak ke Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam diketuai oleh YB Dato Sri Anwar Ibrahim dan beberpapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk YB Shuhaimi mengiringi calon PKR N12 Penanti Dr Mansor.



Keadaan begitu tenang dan aman, sepanjang perarakan menuju tempat pengundian terlihat kedai-kedai jualan, ada juga terdengar rakan serombongan saudara Zaidi dan Rizal berkata "rasa macam karnival Pakatan Rakyat je.. tak ada langsung lambang atau penyokong BN mahupun Bebas.." Anthony Dass pula menyampuk "kita nk kutuk sapa yek ari ni...?? BN x ada .. Polis plak baik gila plak ari ni.. "





Setelah selesai mengiringi calon kami mula ke gerai berhampiran menjamu selera, almaklumlah dari malam tadi x menjamah apa-apa pun. Di sana kami bertemu dengan beberapa Pemimpin Pakatan Rakyat yang mana mereka juga meluahkan perasaan yang sama. Tenang aman dan memelikkan, Rindu plak ngan gelagat pemuda dan puteri Umno.. he he he..

Apa-apa pun kami mendoakan calon Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di N12 Penanti ini. Kami akan terus disini bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

Kekalkan kemenangan rakyat...





comments (0) / Read More

Thursday, May 21, 2009 /

Pusat Tuisyen Rakyat MPP Zon 10 Dilancarkan

Selepas pelancaran Pusat Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda pertama bertempat di Taman Sri Muda mendapat sambutan diluar jangkaan kini satu lagi Pusat Tuisyen Rakyat dilancarkan di dalam kawasan Dun Sri Muda.

Pusat tuisyen rakyat MPP Zon 10 telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi sendiri selaku penaung Pusat Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda.

Seperti Pusat Tuisyen Rakyat Taman Sri Muda, Pusat Tuisyen Rakyat MPP Zon 10 juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang yang sama seperti pelajar-pelajar lain dalam memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka di sekolah terutama matapelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam menghadapi peperiksaan akan datang.


Ketua Biro Pendidikan Dun Sri Muda Sdr S.K Segar menyatakan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga guru dan keperluan-keperluan pembelajaran yang lain. Beliau juga mengharapkan Pusat Tuisyen MPP Zon 10 akan terus berkembang sehingga mampu untuk memiliki Pusat Tuisyen sendiri.



Turut hadir Ahli Majlis MPP Zon 10 Sdr Kamarudzaman Sanusi yang bermurah hati memberi kebenaran menggunakan dewan MPP Zon 10 sebagai kelas tuisyen rakyat ini, beliau juga berjanji akan menambahbaik keadaan kelas dari semasa ke semasa bagi memberi keselesaan kepada para pelajar.

Dimajlis itu YB Shuhaimi turut mengistiharkan bahawa semua pelajar yang menuntut di Pusat Tuisyen Rakyat MPP Zon 10 ini sebagai anak angkat Dun Sri Muda, dan beliau sendiri akan turun padang bagi memastikan keberkesanan pembelajaran keatas kesemua pelajar tersebut dari masa kesemasa.

Dalam ucapan beliau, YB Shuhaimi menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang mengeluarkan arahan menghalang para guru memberi kebenaran kepada Adun dan MP Pakatan Rakyat bertemu serta menghadiri Majlis di dalam kawasan Sekolah, malah kata beliau tindakan itu tidak lain hanyalah bermotifkan politik.


Di akhir majlis tersebut YB Shuhaimi juga berkesempatan memberi sedikit sumbangan dari Pejabat Adun Sri Muda kepada para pelajar serta beramah mesra bersama-sama guru, pelajar dan ibu bapa yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis MBSA Sdr Tan Ah Kow, Sdr Kamarudzaman Sanusi, Sdr S.K Segar, Pengerusi PIBG Sekolah-sekolah sekitar Dun Sri Muda, , Ibu Bapa dan
kakitangan Pejabat Adun Sri Muda.

comments (0) / Read More

Wednesday, May 20, 2009 /

Silat Warisan Melayu

Walaupun sibuk dengan persiapan Karnival Rakyat, YB Shuhaimi masih sempat singgah ke Dewan MBSA Sg Kandis bagi merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil dan Bengkung PSSGPU Peringkat Negeri Selangor.

Dalam ucapan perasmian tersebut YB Shuhaimi menyatakan kesediaan beliau untuk membantu Persatuan-persatuan silat seluruh Dun Sri Muda bagi memperkembangkan lagi seni warisan melayu ini.




Dalam majlis tersebut seramai 20 orang pelatih menerima sijil dan bengkung mereka atas tanda tamatnya sesi pembelajaran mereka.

“Kita berasa gembira dengan perkembangan seni silat sekarang. Makin ramai anak-anak muda yang memilih seni ini.

"Saya amat berbangga dan kagum sekali terhadap usaha gigih Tuan Guru bersama para pemimpin persatuan ini yang telah berusaha untuk membangun dan mengembangkan salah satu warisan bangsa yang amat bernilai ini dengan begitu sabar. Beliau berani berhadapan dengan segala cabaran dan dugaan sama ada dari dalam mahupun dari luar persatuan ini bagi memastikan persatuan ini terus wujud."


Seni Silat Seni Warisan
Warkah Ilmu Para Pahlawan

Menjadi Pembentuk Peribadi Idaman
Semoga Usaha Dirahmati Tuhan

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.



comments (0) / Read More