Monday, June 29, 2009

Bersama Rakyat


YB Shuhaimi berkesempatan menghadiri Majlis bersama penduduk anjuran JDM Bukit Kemuning, turut hadir Pemimpin Hindraf yang juga bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sdr V Ganabatirau yang baru dibebaskan bulan lepas.

Majlis berlangsung begitu aman dan harmoni walaupun yang hadir rata-rata merupakan penganut Hindu di sekitar Bukit Kemuning Klang.
Turut hadir Sdr Pappa Raidhu Ahli Majlis Zon 14, Sdr Anthony Dass dan Sdr Manimaran Ketua JDM Bukit Kemuning

PRIHATIN

Dalam kesibukan YB Shuhaimi sempat juga meluangkan masa menziarahi Imam Masjid Kg Bukit Naga yang patah kaki kiri akibat terjatuh ketika membaiki rumah beliau di Kg Bukit Naga Klang.


Isteri beliau menyatakan rasa terharu dengan kehadiran kami atas kesudian mengunjungi suami beliau dan keluarga. Dalam Majlis tersebut YB Shuhaimi juga menyerahkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban beliau dan keluarga.


Turut hadir Ketua Kampung selaku Pengerusi JKKK Kg Bukit Naga Sdr Buang Ismail, ahli kariah Masjid Kg Bukit Naga dan rombongan Pejabat Adun Sri Muda



20 Tahun Penduduk Velencia Apartment Menanti

Penantian hampir 20 tahun penduduk Velencia Apartment menanti kehadiran YB bagi mengadu serta menyelesaikan masalah mereka berakhir dengan kehadiran YB Dr Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja) bersama YB Shuhaimi Shafiei (Adun Sri Muda) dalam Majlis Dialog Bersama Penduduk Velencia Apartment yang di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9.


Pertemuan penuh bermakna itu berjaya merungkai masalah yang membelenggu pemilik-pemilik rumah di Velencia Apartment. Walaupun pemaju Velencia Apartment hanya menghantar wakil namun YB yang hadir telah mencadangkan beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan oleh penduduk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Ternyata pertemuan pertama mereka bersama YB Dr Mariah dan YB Shuhaimi telah membuka langkah awal menuju ke jalan penyelesaian terbaik kepada seluruh penduduk Velencia Apartment bagi menyelesaikan masalah mereka.

Wakil penduduk Velencia Apartment menyatakan jutaan terima kasih mereka kepada Pakatan Rakyat terutama YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi yang sudi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat.



Turut hadir di Majlis tersebut ialah Sdr Vembarasan Ahli Majlis Zon 9, Sdr Tan Ah Kow Ahli Majlis Zon 12, Sdr Anthony Dass selaku Pembantu Khas YB Shuhaimi dan Wakil Pemaju.

Tuesday, June 23, 2009

Pakatan Rakyat Tolak Kerajaan Perpaduan Sebagai Fitnah UMNO

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

Friday, June 19, 2009

Hari Silaturahim ibubapa dan Sambutan Hari Guru Kafa Integrasi Al Munawarah

Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi Masjid Al Munawarah menganjurkan Hari Silaturahim Ibu Bapa dan Sambutan Hari Guru 2009 di perkarangan Masjid Al Munawarah.

YB Shuhaimi berkesempatan menghadiri serta menyerahkan hadiah kepada para pemenang pertandingan pelbagai ketagori kanak-kanak dan dewasa.

Sambutan itu juga mencatat sejarah tersendiri apabila ianya diadakan dibawah sepohon pokok di perkarangan Masjid Al Munawarah.

Persatuan Penduduk anjur Program Motivasi Keibubapaan

Persatuan Penduduk Berjaya Park dengan kerjasama Pejabat Adun Sri Muda dan MPP Zon 13 telah menganjurkan Program Motivasi Keibubapaan dan Rahsia Tenaga Minda Anak di Dewan MBSA Jalan Kebun.

YB Shuhaimi dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Berjaya Park dengan mengadakan program motivasi seperti ini, berbeza dengan kebanyakan persatuan penduduk yang lebih banyak menganjurkan program gotong royong dan pembersihan kawasan.

YB Shuhaimi juga memuji kejayaan penganjur yang berjaya mengumpul seisi keluarga dalam menghadiri program motivasi ini. Disamping dapat memberi penerangan kepada mereka ianya juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah YB Dr Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, Sdr Fauzi ketua JDM Bukit Rimau dan Sdr Sabastine Rao.

Tuesday, June 2, 2009

Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari kanak-kanak sedunia

Sambutan Hari Alam Sekitar dan hari kanak-kanak sedunia telah diadakan pada hari sabtu lepas di tasik Kota Kemuning Shah Alam.


Program anjuran MBSA ini ternyata mendapat sambutan diluar jangkaan. Kehadiran pengunjung melebihi 4000 orang menandakan kejayaan penganjuran yang diadakan pada tahun ini.


Lokasinya di kawasan Kota Kemuning yang terletak di pinggir Shah Alam juga antara daya penarik pengunjung untuk menikmati udara dan keindahan alam sekitar.



Kehadiran aktivis alam sekitar Karam Singh Walia dan pelakon terkenal Maya Karin yang ternyata berjaya mencuit hati semua pengunjung menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Alam Sekitar dan hari kanak-kanak sedunia ini.

Didalam ucapan perasmian, YB Shuhaimi mengucapkan tahniah kepada MBSA kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari kanak-kanak sedunia ini. YB Shuhaimi juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih Kota Kemuning sebagai lokasi Sambutan tahun ini.







Tahniah Penduduk Lanchong Jaya

Pada hari munggu yang lepas Penduduk Lancong Jaya telah menganjurkan Gotong Royong Mesra Rakyat anjuran JKKK Lancong Jaya.

Penyertaan penduduk begitu menyeluruh tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Kerjasama dan kemuafakatan yang ditunjukkan oleh keseluruhan penduduk lancong Jaya juga haruslah di beri pujian.

Dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Mariah dan ADUN Sri Muda Yb Shuhaimi Shafiei memeriahkan lagi gotong royong mesra rakyat tersebut.




YB Shuhaimi dan Yb Dr Mariah juga berkesempatan meninjau sekitar kawasan kampung serta melawat seorang ibu tunggal yang terlantar sakit. Kedua-dua YB juga berkesempatan meluangkan masa membantu para petugas membaik pulih rumah beliau yang sudah usang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua JDM Putra Height Sdr Isa.