Friday, October 30, 2009

MENERIMA KUNJUNGGAN EXCO NEGERI SELANGOR YB DR HALIMAH.

SRI MUDA - Exco kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah baru - baru ini telah meluangkan masa hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning.Kehadiran beliau telah disambut dengan penuh kemesraan oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.Kunjungan yang bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat Pusat Khidmat Rakyat itu juga sebenarnya bersempena dengan sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat Dun Sri Muda.

Pada kunjungan tersebut YB Dr Halimah dan YB Shuhaimi telah mengadakan satu sesi perbincangan yang bertujuan untuk bertukar - tukar pendapat bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada Rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri selangor.














Thursday, October 29, 2009

KUNJUNGAN AIDIL FITRI DUN SRI ANDALAS PARLIMEN KOTA RAJA

Sri Muda - Sambutan Aidil Fitri adalah satu tanda kejayaan kepada umat islam diseluruh dunia setelah apa juga cabaran serta ujian dari ALLAH SWT di sepanjang bulan ramadhan.Syawal bagi tahun ini telah disambut dengan meriah tetapi sederhana oleh seluruh umat islam di Malaysia.Di sepanjang sambutan syawal pada tahun ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dan berkunjung disetiap majlis sambutan aidil fitri dikawasan Sri Muda dan Kota Raja.



Kemesraan jelas terpancar diantara dua pemimpin Dr Xavier dan Shuhaimi Hj Shafiei ketika di majlis Aidil Fitri Dun Sri Andalas.

Ada sesuatu yang menciut hati sehingga Dr Mariah,Dr Xavier dan Shuhaimi Shafiei serta tetamu yang lain tertawa besar.

Shuhaimi Hj Shafie tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan orang ramai yang hadir.
Inilah yang dikatakan erti perpaduan yang sebenarnya apabila semua kaum dapat bersatu di majlis anjuran Pakatan Rakyat.














SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU SULTAN SERTA MENTERI BESAR DAN BARISAN EXCO DIMASJID AL - MUNAWARAH SEKSYEN 28.

Sekitar Majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan ramadhan oleh DYMH Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.Turut disertai oleh Oleh Dato Menteri Besar serta barisan Exco kerajaan Negeri.Majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Al - Munawarah seksyen 28, Alam Megah Shah Alam.




Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri YB Hj Yaakop Sapari antara tetamu yang hadir


Shuahimi Hj Shafiei bersama AJK Masjid Al Munawarah menyambut kehadiran Dato Menteri Besar

Dalam suasana yang begitu akrab dan mesra Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim bersama,Shuhaimi Hj Shafiei,Haris Bakar dan Kamarulzaman Sanusi.




Wednesday, October 28, 2009

MENZIARAHI RAKYAT YANG DITIMPA KESUSAHAN SERTA UZUR..

SRI MUDA - Walau sesibuk mana sekali pun Shuhaimi Hj Shafiei akan tetap berusaha untuk meluangkan masa beliau dengan menziarahi serta melawat rakyat di kawasan beliau yang sedang ditimpa kesusahan mahu pun sedang uzur.Baru - baru ini beliau telah meluangkan masa dengan melawat dan menziarahi tiga keluarga di sekitar Dun Sri Muda yang sedang ditimpa kesusahan serta uzur.

Pada setiap lawatan beliau akan mencuba untuk menyelami segala permasalah yang sedang dihadapi oleh induvidu atau keluarga tersebut dan akan membantu mencari jalan penyelesaian.Shuahimi Hj Shafiei lazimnya akan menghulurkan sedikit bantuan segera untuk meringan sedikit bebanan yang sedang dihadapi oleh meraka sedang ditimpa kesusahan.


Walaupun jumlah bantuan yang dihulur tidak begitu besar namun kepertanggungjawapan yang di tunjukkan oleh Shuhaimi HJ Shafiei telah membuatkan wanita ini merasa cukup terharu.


Shuhaimi Hj Shafiei lebih gemar Mendengar serta mengambil segala keteranggan berkenaan permasalah yang dihadapi oleh rakyat sendiri kerana rakyat akan lebih merasakan mereka dihargai.



Kesayuan dan keperihatin terpancar di riak wajah Shuhaimi Hj Shafiei letika menziarahi seorang warga emas yang uzur.





SESI SINGGAH TARAWIKH DI SETIAP SURAU & MASJID SEKITAR DUN SRI MUDA DITERUSKAN....

SRI MUDA - Seperti tahun lalu pada bulan ramadhan Shuhaimi Hj Shafiei akan singgah untuk berbuka puasa serta solat sunat tarawikh di surau serta masjid yang terpilih.Kerana jumlah surau yang terdapat di kawasan Dun Sri Muda begitu besar jumlahnya Shuhaimi Hj Shafiei tidak dapat untuk singgah di kesemua surau tersebut.Namun akan tetapi keutamaan akan diberikan kepada surau - surau yang beliau tidak kunjungi pada bulan ramadhan tahun lalu.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt dan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat kerana pada setiap surau dan masjid yang di kunjungi pada sesi singgah berbuka puasa dan solat tarawikh sambutan dan kehadiran jamaah begitu mengalakkan.Beliau melahirkan kesungguhan untuk singgah bersolat di surau serta masjid yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda walaupun bukan di bulan ramadhan.



Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan tazkirah ramadhan kepada jamaah yang hadir


Sebahagian jamaah yang menunaikan solat fardhu maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa.


Golonggan muslimat turut tidak ketinggalan untuk bersama - sama menunaikan silat sunat tarawikh bersama .

Ahli Jawatankuasa Masjid tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama shuhaimi Hj Shafiei selepas selesai solat sunat tarawikh.



Tuesday, October 27, 2009

RAMADHAN BULAN BERIBADAH DAN BULAN PERSAUDARAAN

SRI MUDA - Bagi umat islam bulan ramadhan akan digunakan untuk berkumpul bersama - sama ahli keluarga terutamanya pada waktu berbuka puasa.Namun berlainan bagi Ahli Dewan Negeri kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei yang pada waktu berbuka beliau telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama - sama umat islam di masjid atau surau yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda.
Beliau berpendapat selain dapat berbuka puasa bersama rakyat ia juga dapat mengeratkan lagi ikatan perpaduan serta kemesraan antara beliau dengan rakyat yang diwakilinya.


Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa akan disambut mesra oleh para jamaah disetiap masjid atau surau yang dikunjungi.


Para jamaah khusyuk men dengar ucapan dan tazkirah yang disampaikan oleh Shuhami Hj Shafiei

Tidak kekok atau jangkal untuk bersama dengan rakyat menikmati juadah yang disediakan.


CORETAN DI SEPANJANG RAMADHAN 1430 HIJRAH (2009)








SRI MUDA - Ramadhan pada tahun ini seperti tahun yang lalu Shuhaimi Hj Shafiei akan singgah disetiap Masjid dan Surau yang terdapat di sekitar Dun Sri Muda untuk berbuka puasa serta menunaikan solat sunat tarahwih berjamaah bersama - sama umat islam disetiap lokasi yang dikunjungi.







SOLAT JUMAAT BERJAMAAH DI MASJID AL - FAIZIN SEKSYEN 28..

SRI MUDA - Pada setiap hari jumaat sekiranya Shuhaimi Hj Shafiei tiada tugasan diluar kawasan yang beliau akan meluangkan masa untuk solat jumaat berjamaah dimasjid - masjid yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda.Baru - baru ini beliau telah berkesempatan untuk solat jumaat berjemaah di Masjid AL - FAIZIN Seksyen 28 Shah Alam.Selepas selesai solat jumaat beliau telah berkesempatan untuk berjumpa dengan AJK Masjid AL - FAIZIN untuk beramah mesra serta bertanyakan pelbagai perkara yang berbangkit agar dapat dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.


Shuhaimi Hj Shafiei sempat meluangkan masa untuk menjamu selera bersama - sama ajk masjid dengan ditemani oleh En.Kamarulzaman Sanusi ( Pengurusi MPP Zon 10)

Penuh kemesraan dan persahabatan jelas terpancaran diantara Shuhaimi Hj Shafiei dengan ajk masjid Nurul Hidayah.

GOLONGAN PETANI,PENTERNAK DAN NELAYAN TIDAK DIPINGGIRKAN...

SRI MUDA - Di dalam arus pemodenan serta kemajuan golongan seperti petani,penternak serta nelayan tidak akan dilupa atau dipinggirkan sama sekali.Kerana golongan tersebut telah banyak menyumbang perkembangan ekonomi kepada negara.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah mengiringi Exco Kerajaan Negeri selangor YB Hj Yaakop Sapari melawat ke satu lokasi penternakan kupang yang diusahakan mengunakan sistem kelong.

Lawatan yang turut disertai oleh kakitangan dari upen itu bertujuan untuk memberikan sokongan serta galakan kepada pengusaha tersebut agar dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran agar dapat bersaing dari segi mutu serta jumlah pengeluaran dimasa yang akan datang.






YB Hj Yaakop Sapari dan Shuhaimi Hj Shafiei melihat dengan lebih dekat hasil ternakan yang terdapatdi kelong tersebut.

PERIHATIN SERTA MESRA RAKYAT

DUN SRI MUDA - Hujung minggu atau cuti perayaan bukan alasan kepada Shuhaimi Hj Shafiei untuk berehat tanpa memikirkan permasalah rakyat disekitar kawasan yang beliau wakili.Sekira mendapat maklumat berkenaan golongan rakyat yang perlu perhatian serta pertolongan.Beliau dengan kadar yang seberapa segera akan berkunjung dan bertemu dengan rakyat yang diwakili oleh untuk berkongsi masalah yang dihadapi.

Beliau juga meyeru kepada AJK Pakatan Rakyat (keADILan) disemua peringkat agar dapat mendapatkan maklumat di akar umbi berkenaan golongan rakyat yang memerlukan perhatian serta pertolongan tanpa mengambil kira fahaman politik bangsa dan agama.



Shuhaimi Hj Shafiei begitu tekun mendengar serta menyelami isi hati seorang rakyat didalam kawasan yang beliau wakili.



Untuk tidak terlepas pandang Shuhaimi Hj Shafiei mengambil sendiri butiran dan permasalah rakyat sendiri.


Monday, October 26, 2009

KAUM INDIA TETAP SETIA BERSAMA PAKATAN RAKYAT

SRI MUDA - Pakatan Rakyat yakin sokongan yang diberikan oleh kaum india di Negeri Selangor khususnya di Dun Sri Muda tetap untuh dan semakin jitu.Perkara dapat dilihat pada setiap acara atau program yang di anjurkan oleh Pejabat Ahli Dewan Negeri Kawasan Sri Muda sentiasa mendapat kerjasama serta kehadiran dari kaum India yang begitu menggalakkan.Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan bertemu dengan AJK keADILan Sri Muda baru - baru ini yang terdiri daripada kaum India.

Pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam telah berjaya mencari formula yang boleh digunakan untuk menambahkan lagi sokongan dikalangan kaum India serta kaum lain agar berterusan memberikan sokongan dan tetap memberikan mandat berterusan kepada Pakatan Rakyat untuk terus mentakbir Negeri Selangor.


Shuhaimi Hj Shafiei bersama barisan kepimpinan keADILan Sri Muda




Sebahagian AJK keADILan Sri Muda dari kaum India yang hadir pada pertemuan tersebut.


Golonggan muda yang akan menjadi pemakin kepada keutuhan dan kejayaan berterusan Pakatan Rakyat.


BERKUNJUNG KE SETIAP RUMAH ANAK ANGKAT DUN

SRI MUDA - Demi mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan antara YB Shuhaimi Hj Shafiei dengan anak - anak angkat DUN serta keluarga mereka. Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk berkunjung ke kediaman anak - anak angkat DUN baru - baru ini untuk berkenalan dan beramah mesra.


Shuhaimi Hj Shafiei mengabadikan kenang - kenangan bersama keluarga anak angkat DUN.
Kanak - kanak turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Shuhaimi Hj Shafiei.

SESI TEMUBUAL BERSAMA TV SELANGOR

YB Hannah Yeoh,YB Manikavasagam Dan YB Shuhaimi Hj Shafiei ketika sesi temubual berlangsung
Pelbagai Isu yang diperkatakan dan dibincang ketika sesi temubual berlangsing


Thursday, October 22, 2009

GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK TIDAK DILUPAKAN

SRI MUDA - Kerajaan perihatin dan berkebajikan bersesuaian dengan prinsip yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat.Pejabat Adun Sri Muda dengan kerjasama Pekawanis telah menganjurkan satu majlis khas untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.Bertempat di pejabat Persatuan kecacatan fizikal Klang berlangsungnya majlis tersebut yang dihadiri oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei serta Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut (Isteri YAB Dato' Menteri Besar Selangor) yang merangkap yang dipertua Pekawanis.


Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan Sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan sambil diperhatikan oleh Ybhg Puan Sri Salbiah.

Sumbangan dan bantuan sebegini haruslah diteruskan dimasa - masa yang akan datang.


Diantara sebahagian ahli persatuan kecacatan fizikal Klang yang turut hadir di majlis tersebut.


Ybhg Puan Sri Salbiah(kiri) Puan Jamilah dan Shuhaimi Hj Shafiei di majlis penyampaian sumbangn kepada ahli - ahli PKFK.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PMR DAN SPM 2009

SRI MUDA - Dizaman yang semakin mencabar ketika ini YB Shuhaimi Hj Shafiei begitu mengambil berat berkenaan dengan pencapaian pelajar - pelajar didalam bidang pendidikan yang berada di kawasan Dun Sri Muda.Satu Majlis pertemuan telah di atur oleh biro pendidikan Dun Sri Muda bagi menemukan Shuhaimi Hj Shafiei untuk bertemu dengan pelajar - pelajar bagi calon peperiksaan PMR dan SPM tahun 2009.Hampir 2 jam Shuhaimi Hj Shafiei meluangkan masa untuk beramah mesra serta memberikan kata - kata perangsang dan dorongan kepada pelajar - pelajar yang hadir dimajlis tersebut.


Shuhaimi Hj Shafiei memberikan ucapan serta kata - kata semangat kepada calon peperiksaan PMR dan SPM 2009 daripada Kawasan Sri Muda.


Sebahagian daripada seramai 100 orang pelajar - pelajar calon PMR dan SPM 2009 Dun Sri MUda tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh Shuhaimi Hj Shafiei.




LAWATAN TIDAK RASMI KE INSTITUT TAUFIQ ISLAMIK

SRI MUDA - Walaupun ruang masa yang agak terhad Shuhaimi Hj Shafiei masih berupaya untuk melakukan lawatan tidak rasmi ke salah sebuah pusat pendidikan yang terletak dikawasan Dun Sri Muda.Institut Taufiq Islamik yang terletak di Seksyen 30, menjadi pilihan Shuhaimi Hj Shafiei kerana institut tersebut menempatkan pelajar -pelajar daripada pelbagai latar belakang.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya menyatakan didalam bidang pendidikan tiada garis pemisah biarpun berlainan pandangan,Agama Dan Bangsa kerana semua rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik daripada pihak pemerintah disesebuah Negara.



Sesi perbincangan ringkas diadakan diantara pihak pengurusan sekolah bersama - sama Shuhaimi Hj Shafiei.

Ustaz Rumijan (kiri) bersama Shuhaimi Hj Shafiei ketika sesi perbincangan di Institut Taufiq Islamik.

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

SRI MUDA - Satu majlis ringkas telah dianjurkan untuk penyerahan sumbangan kepada pewaris Skim Mesra Usia Emas (SMUE).Bertempat di dewan orang ramai (MBSA) Kampung Teluk Menegun Seksyen 36, Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk menyerahkan sendiri sumbangan kerajaan Negeri Selangor kepada Pewaris Warga emas yang berdaftar dibawah skim mesra usia emas.Seramai 32 orang pewaris yang hadir dimajlis penyerahan tersebut.


Tanda Kerajaan Perihatin,Tiada perbezaan politik,bangsa serta agama dibawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)



Mengabadikan Kenang - kenangan bersama - sama penerima SMUE.