SRI MUDA - Di dalam arus pemodenan serta kemajuan golongan seperti petani,penternak serta nelayan tidak akan dilupa atau dipinggirkan sama sekali.Kerana golongan tersebut telah banyak menyumbang perkembangan ekonomi kepada negara.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah mengiringi Exco Kerajaan Negeri selangor YB Hj Yaakop Sapari melawat ke satu lokasi penternakan kupang yang diusahakan mengunakan sistem kelong.
Lawatan yang turut disertai oleh kakitangan dari upen itu bertujuan untuk memberikan sokongan serta galakan kepada pengusaha tersebut agar dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran agar dapat bersaing dari segi mutu serta jumlah pengeluaran dimasa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment