Wednesday, October 28, 2009

MENZIARAHI RAKYAT YANG DITIMPA KESUSAHAN SERTA UZUR..

SRI MUDA - Walau sesibuk mana sekali pun Shuhaimi Hj Shafiei akan tetap berusaha untuk meluangkan masa beliau dengan menziarahi serta melawat rakyat di kawasan beliau yang sedang ditimpa kesusahan mahu pun sedang uzur.Baru - baru ini beliau telah meluangkan masa dengan melawat dan menziarahi tiga keluarga di sekitar Dun Sri Muda yang sedang ditimpa kesusahan serta uzur.

Pada setiap lawatan beliau akan mencuba untuk menyelami segala permasalah yang sedang dihadapi oleh induvidu atau keluarga tersebut dan akan membantu mencari jalan penyelesaian.Shuahimi Hj Shafiei lazimnya akan menghulurkan sedikit bantuan segera untuk meringan sedikit bebanan yang sedang dihadapi oleh meraka sedang ditimpa kesusahan.


Walaupun jumlah bantuan yang dihulur tidak begitu besar namun kepertanggungjawapan yang di tunjukkan oleh Shuhaimi HJ Shafiei telah membuatkan wanita ini merasa cukup terharu.


Shuhaimi Hj Shafiei lebih gemar Mendengar serta mengambil segala keteranggan berkenaan permasalah yang dihadapi oleh rakyat sendiri kerana rakyat akan lebih merasakan mereka dihargai.



Kesayuan dan keperihatin terpancar di riak wajah Shuhaimi Hj Shafiei letika menziarahi seorang warga emas yang uzur.





No comments: