Monday, September 30, 2013

Pasukan Selangor Mempertahankan Piala Sultan Selangor Edisi Ke-12

Piala Sultan Selangor 3

SHAH ALAM 29 SEPT: Di sebalik kegagalan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, pasukan Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor edisi ke-12 selepas menumpaskan Pilihan Singapura 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Piala Sultan Selangor 2
Pemain penyerang import Pilihan Selangor, Francis Forkey Doe menjadi wira apabila menjaringkan dua gol pada pertembungan sengit yang disaksikan lebih 50,000 penyokong bola sepak tempatan itu.
Bagaimanapun, pasukan negara jiran itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain tengah, Firdaus Idrus pada minit kelimayang menewaskan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali.
Piala Sultan Selangor
Tersentak dengan jaringan itu, Selangor menggandakan asakan bertali-arus ke gawang Singapura dan akhirnya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-40 menerusi tandukan pemain import pertahanan, Adam Griffith.
Pada babak kedua perlawanan, Pilihan Selangor yang dibarisi keseluruhan pemain pada saingan Liga Malaysia musim ini berusaha untuk tidak menghampakan ribuan penyokong yang memberi sokongan kepada juara Piala Malaysia 32 kali itu.
Hasilnya, pada minit ke -54, Forkey Doe merembat masuk bola menewaskan penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny.
Singapura kembali bangkit dengan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Kamel Ramdani pada minit ke-70 permainan.
Tidak menunggu lama, Selangor kembali di hadapan menerusi sepakan cantik Forkey Doe pada minit ke-73, sekaligus menjadikan keputusan menjadi 3-2 hingga akhir permainan.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk menyaksikan perlawanan itu dan menyampaikan piala pertandingan kepada pasukan Pilihan Selangor yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi serta Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Khairi.
Piala Sultan Selangor 4
Dalam pada itu, penyokong bola sepak Selangor disajikan perlawanan klasik diantara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura sebelum perlawanan utama berlangsung.
Pasukan Veteran Singapura mengalahkan Veteran Selangor yang dibarisi bekas pemain antaranya Zainal Abidin Hasan, K Sanbagamaran, Dollah Salleh dengan keputusan 1-0 yang dijaringkan oleh Rafi Ali pada minit ke-16.
Seperti tahun lalu, Piala Sultan Selangor dipertanding dengan menemukan dua musuh tradisi iaitu Selangor dan Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua kuasa besar Liga Malaysia suatu ketika dahulu.
Pada edisi tahun lalu, Selangor merampas kembali piala berkenaan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Singapura selepas kemarau selama tiga tahun berturut-turut.
Piala Sultan Selangor 1

selangorku

Sunday, September 29, 2013

SPR Angkuh & Tdak Mmenyebelahi Rakyat


SHAH ALAM 29 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.
Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.
“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.
Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.
“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.
“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

selangorku

JAIS Serbu Kubu Syiah


GOMBAK 29 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak di sini, malam tadi yang dipercayai menyebar ajaran Syiah serta merampas pelbagai dokumen berkaitan fahaman itu.
Dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam, penguatkuasa Jais membuka pintu gril rumah kedai dianggap ‘surau’ menggunakan pemotong besi.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Jais, Mohd Shahrom Maarof, berkata serbuan dibuat berdasarkan risikan dan aduan awam sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
“Kita menyita beberapa buku, poster dan yang lain dengan fahaman Syiah termasuk kertas kerja yang dibuat di Universiti Malaya (UM).
“Mereka dipercayai membuat ‘post mortem’ hasil kertas kerja dan ada penyebaran fahaman itu di kalangan mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang disertai 23 petugas termasuk penguatkuasa Jais itu.
Fahaman Syiah difatwa haram oleh Jabatan Mufti Selangor sejak 1998.
Mohd Shahrom berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12C iaitu menghina pihak berkuasa agama (mengingkari arahan daripada Jabatan Mufti Selangor) dan Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
“Kita menyerahkan notis salinan kepada pihak premis mengenai bahan yang disita dan meminta mereka tampil untuk memberi keterangan,” katanya

selangorku

Saturday, September 28, 2013

3 Soalan Untuk KeTTHA Jawab


RENCANA) Pakatan Rakyat telah menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal Bajet Alternatif 2014 pada Julai, 2013 yang lalu . Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk mendrafkan Bajet Alternatif 2014.
Sidang akhbar pada hari ini merupakan salah satu siri agenda menjelang pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin merupakan kordinator jawatankuasa Bajet Alternatif 2014 bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
KeTTHA memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pembekalan elektrik adalah mencukupi dan selamat.
KeTTHA juga perlu memastikan penghasilan elektrik tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap persekitaran, ini merupakan matlamat yang baik, tetapi hakikatnya tidak senang untuk dicapai.
Dalam Bajet 2014, KeTTHA perlu memberi perhatian kepada 3 persoalan utama:
1. Adakah Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menaikkan tarif elektrik pada tahun 2014?
Pengerusi dan CEO TNB Datuk Seri Azman Mohd telah mengumumkan bahawa mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik kepada pengguna tempatan yang mengguna lebih dari 200 kwh. Cadangan in adalah berdasarkan kepada peningkatan harga minyak mentah.
Kini, ia terpulang kepada KeTHHA dan juga kabinet untuk memutuskan samaada akan meningkatkan tarif elektrik atau tidak, rakyat juga ingin tahu, adakah BN merupakan Barang Naik?
Sejak dahulu lagi, Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar perjanjian antara TNB dan juga Independent Power Producers (IPP) disemak semula, kerana caj yang dikenakan oleh IPP terhadap TNB adalah keterlaluan.
IPP telah mendapat subsidi Liquefied Natural Gas (LNG) daripada Petronas, ini membolehkan IPP mendapat margin keuntungan yang besar dengan struktur kos yang rendah. Oleh yang demikian, jikalau KeTHHA mengarahkan agar TNB mengadakan rundingan semula dengan IPP, kenaikan tarif elektrik mungkin dapat dielakkan.
Bagaimanapun, keadaan sekarang adalah bertambah rumit dengan kemasukkan Syarikat IMDB sebagai IPP utama dalam industri tenaga di negara ini. Persoalan utama sekarang ialah, adakah KeTHHA mempunyai keazaman politik untuk melakukan perubahan demi kebaikan rakayat walaupun ini akan menjejaskan kepentingan sesetengah pihak? Jawapan kepada persoalan ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.
2. Mengapakah Liquefied Natural Gas (LNG) menjualkan petrol dengan harga yang murah kepada pengeluar IPP, tetapi kerajaan meningkatkan harga petrol yang dijual kepada rakyat?
IPP bergantung kepada LNG untuk menghasilkan tenaga, mengikut laporan Bank Dunia, 69% penggunan gas di semenanjung Malaysia adalah untuk menghasilkan tenaga. Semenjak tahun 1997, kerajaan telah memutuskan untuk menetapkan harga gas yang dijual kepada IPP. Pada tahun 2012, harga pasaran LNG adalah RM 49.12 per-juta BTU, tetapi ia dijual pada harga RM 10.70 kepada IPP.
Dalam erti kata lain, IPP mendapat diskaun 80% berbanding harga pasaran LNG, pada masa yang sama, kerajaan telah mengalami kehilangan pendapatan negara yang tinggi, dan ini merupakan salah satu bentuk subsidi kepada IPP.
Mengikut pengiraan, jumlah subsidi ini adalah menakjubkan kerana mencecah RM 19 billion setahun. Dalam Bajet 2014 rakyat ingin tahu mengapa kerajaan meningkatkan harga petrol rakyat, tetapi tidak untuk harga LNG?
3. Adakah Sustainable Energy Development Authority (SEDA) akan meningkatkan Feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui kepada 2%?
Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan campuran tenaga bagi tenaga boleh diperbaharui kepada 5.5% atau bersamaan 985 megawatt menjelang tahun 2015. Matlamat utama ialah pada tahun 2020, dapat meningkat kepada 400 megawatt, ini merupakan objektif yang baik. Dan SEDA telah ditubuh untuk menguruskan mekanisme feed-in-tariff bagi tenaga boleh diperbaharui.
Kebelakangan ini, SEDA telah mencadangkan untuk meningkatkan feed-in-tariff bagi tenaga boleh diperbaharui yang penggunaan melebihi 300 kwh kepada 2%.Ini untuk meningkatkan dana bagi projek-projek feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan. Cadangan ini telah sampai ke KeTHHA, dan kabinet perlu membuat keputusan dalam Bajet 2014.
Tetapi, setakat ini SEDA gagal menunjukkan hasil yang ketara, pada tahun 2012, hanya 2 MW kuota feed-in-tariff sahaja yang dapat dibekalkan kepada pemegang individu dan sehingga Julai 2013, kuota feed-in-tariff yang dapat dibelkakan adalah sebanyak 112.44 MW, ini adalah jauh daripada sasaran 985 MW yang perlu dicapai dalam masa 2 tahun lagi.
Kuota feed-in-tariff bagi syarikat atau non-individual juga menimbulkan pelbagai masalah. Terdapat laporan yang menyatakan sebahagian besar kuota feed-in-tariff yang diperuntukan telah diambil oleh syarikat kroni. Perlaksanaan projek-projek tenaga boleh diperbaharui juga agar perlahan dan syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan projek tidak ditarik balik kuotanya.
Dengan prestasi SEDA yang sedemikian, Pakatan Rakyat meragui usaha kerajaan untuk meningkatkan feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui kepada 2%, Kami mahu SEDA menunjukkan peningkatan yang ketara dalam melaksanakan projek-projek FiT. Ia perlu telus dalam pemberian kuota dan memastikan kejayaan pelaksanaan projek-projek ini.
Pakatan Rakyat mengkehendaki tenaga boleh diperbaharui yang cekap dan bersih, kami sedia menyokong peningkatan feed-in-tariff, tetapi KeTHHA perlu memberi komitmen untuk mengefisienkan SEDA.
Pakatan Rakyat akan mengumumkan Bajet Alternatif 2014 kami pada bulan Oktober. Kami akan bertanding dengan Bajet Barisan Nasional dengan idea-idea yang baru, dalam portfolio KeTTHA. Kami akan mengumumkan pembaharuan struktur belanjawan dan langkah-langkah memperbetulkan fiskal, bagi memastikan kemampanan fiskal dan kualiti hidup rakyat.
Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR)
Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang (DAP)
Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS)

Friday, September 27, 2013

Ketua Umum Memberi Amaran Kepada Kerajaan & SPR Berkenaan Persempadanan Semula



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahaskan di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil.

NONE"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula.

Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.

malaysakini

Parti Politik & SPRM Bekerjasama Tangani Politik Wang


Parti-parti politik yang akan mengadakan pemilihan  tidak lama lagi perlu terbuka dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani secara serius sebarang kes politik wang yang dilaporkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata pengundi atau peserta dalam pelbagai pemilihan parti yang akan datang perlu menolak sebarang bentuk tarikan yang boleh mempengaruhi pendirian mereka.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, mereka perlu menunjukkan sikap integriti dalam melaporkan sebarang amalan rasuah yang dikesan kepada pihak berkuasa berkaitan, termasuk SPRM.
"Penyelewengan dalam proses pemilihan akan menjejaskan teras demokrasi, iaitu asas di mana negara ini ditubuh dan dibina atas pengorbanan dan kos yang besar kepada pihak berkepentingan utama - rakyat itu sendiri," katanya.
Low berkata, memerangi rasuah di negara ini akan terhalang jika amalan politik wang terutama berkaitan dengan pemilihan parti terus dibiarkan.
Beliau berkata, terdapat banyak parti kini mengembangkan proses pengundian dengan membenarkan lebih ramai anggota layak memilih pemimpin mereka.
"Ini adalah satu usaha terpuji dan membantu meningkatkan ketelusan dalam proses pemilihan dan dapat mengurangkan potensi pengaruh politik wang dengan ketara," katanya.
Katanya, pemimpin politik yang dipilih melalui proses sah tanpa pengaruh politik wang akan menikmati lebih kepercayaan dan kerjasama daripada pengundi mereka pada masa hadapan. - Bernama, 27 September, 2013.

Thursday, September 26, 2013

Tan Sri Azizan Razak Kembali Ke Rahmatullah , Al-Fatihah


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 69 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu.
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini.
"Ye, Ustaz sudah meninggal kira-kira lima minit lalu di hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Kompleks PAS kedah, Pokok Sena dan akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum selepas solat Asar nanti.
Sejak dua hari lalu, Azizan berada dalam keadaan kritikal apabila kadang-kadang jantungnya berhenti berfungsi dan terpaksa digunakan alat bantuan untuk berfungsi semula.
Pada 9 Mei lalu, selepas pilihan raya umum ke -13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 4 Ogos selepas keadaannya agak stabil.
Azizan meninggalkan dua isteri iaitu Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta lapan anak.
Azizan sebelum ini adalah Pesuruhjaya PAS Kedah sebelum diambil alih oleh Datuk Mahfuz Omar.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2008 selepas PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP menang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Namun kerajaan Kedah yang dipimpinnya tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu apabila BN berjaya menang dengan majoriti di DUN Kedah.
Dua hari selepas itu, Azizan dimasukkan ke hospital dan menjalankan pembedahan pada kakinya.
Pada PRU13, Azizan menang di kerusi DUN Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.
Sebelum menyertai politik sepenuh masa, Azizan adalah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perundangan Islam dan beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di sebuah universiti di Filipina.
Ketika masih bertugas dengan UKM, Azizan pernah menjadi wakil PAS dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN) dan menghasilkan satu kertas dasar yang penting untuk badan perunding yang dibentuk kerajaan pada 1989.
Sejak itu nama beliau mula bersinar dalam PAS. Azizan kemudiannya menyertai Lembaga Pengarah Harakah, organisasi media PAS dan seterusnya menjadi Pengarah Urusan Harakah bagi menggantikan rakannya, Dr Sanusi Daeng Mariok yang menang pilihan raya umum 1990 di kerusi Parlimen Rantau Panjang.
Azizan melepaskan jawatan itu pada tahun 1995 apabila menjadi wakil rakyat selepas menyertai pilihan raya umum pada tahun itu dan menang.
Azizan terus menjadi Adun apabila menang lagi pada tahun 1999 dan juga 2004 dan seterusnya menang lagi pada pilihan raya umum 2008 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar. - 26 September, 2013.

TMI

Muhammad Taib Yakin PRU-14 Milik PR


Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.
Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama.
“Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.
“Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.
“Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.
Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.
Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza.
“BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya.
“Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula ‘berakar’. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar.
“Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar,” katanya dengan nada tegas.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa.
Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, Muhyiddin berkata, BN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS kerana pati komponen BN itu sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.
"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan umat Islam di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa kerajaan.
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) turut mendapati majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan BN menjalinkan kesepakatan dengan PR selepas  pilihan raya umum baru-baru ini.
Hasil kajian itu menunjukkan 69 peratus daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya berkata lebih mengejutkan, sebanyak 70 peratus responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67 peratus lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan dari 15 Ogos hingga 10 September baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang mengamalkan "baik sangka" terhadap BN.
Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu. – 26 September, 2013.

sinarharian

TPPA Berat Sebelah , Negara Berpontensi Disaman


SHAH ALAM –  Kerajaan Malaysia berpotensi untuk disaman jika menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) namun pada masa yang sama, cuba untuk mengekalkan dasar-dasar sedia ada yang memberi perlindungan kepada usahawan tempatan.
      
Sekutu Kanan Polisi dan Kluster, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Rizal Jaapar berkata, tindakan boleh diambil jika syarikat asing gagal mendapat kontrak kerajaan menerusi TPP setelah perjanjian ditandatangani.

"Menerusi TPP, syarikat-syarikat besar tajaan Amerika Syarikat (AS) akan memastikan kepentingan mereka didahului dan adanya undang-undang memihak kepada mereka.

Saya yakin mereka akan mendesak supaya diberi kebebasan membawa keluar masuk modal dan keuntungan perniagaan mereka di Malaysia serta mahu layanan sama rata dengan usahawan tempatan.

“Mereka juga mahu pastikan bahawa teknologi dicipta dilindungi selama-lamanya di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.

“Mereka juga mahu pastikan bahawa teknologi dicipta dilindungi selama-lamanya di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.

Mohd Rizal berkata, jika AS mendapati Malaysia cuba mengurangkan keuntungan mereka dengan melaksanakan program berkepentingan awam seperti mendahulukan usahawan tempatan atau melindungi usahawan Bumiputera, beliau yakin negara kita akan dikenakan tindakan kerana mencabuli perjanjian.

“Jika kerajaan disaman, kemungkinan besar kita akan kalah. Malah kita bakal disaman dengan jumlah yang amat banyak hingga membebankan rakyat dan negara. Saya mengatakan perkara ini, sekiranya kita merujuk kepada kesan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara AS dan negara lain,” katanya.

Beliau berkata, TPP yang sedang dirunding dilihat banyak merugikan negara dan bukan satu usaha membantu negara menjadi lebih kaya.

“TPP lebih kepada usaha memaksa kerajaan berdagang mengikut telunjuk AS dan jika ingkar, mereka mahu kita dihukum menggunakan undang-undang mereka.

“Perkara ini diakui pelbagai pihak di peringkat antarabangsa dan dipersetujui pemimpin negara yang rata-rata berpendapat TPP adalah usaha mengekal monopoli AS,” katanya.

Mohd Rizal mengakui bimbang lawatan Presiden AS, Barack Obama yang akan menghadiri Persidangan Keusahawanan Global (GES) bulan depan akan mendorong kerajaan bersetuju menandatangani TPP.

“Justeru rakyat Malaysia harus lebih prihatin dan segera menyuarakan bantahan mereka sekiranya mereka mahu negara ini terus kekal merdeka dan berdaulat,” katanya.

sinarharian

MBSA Akan Menggunakan Aplikasi WhatsApp Meningkatkan Efisiensi Komunikasi


SHAH ALAM 26 SEPT: Orang ramai kini boleh berkomunikasi secara terus dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan ahli majlis kawasan masing-masing menerusi aplikasi mesej tidak berbayar, WhatsApp.
Langkah itu bagi meningkatkan akses orang ramai membuat aduan atau pertanyaan mahupun aduan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata aplikasi itu sudah dipraktik di peringkat antara jabatan dalam MBSA dan ahli majlis.
“Kita sudah guna WhatsApp dan ahli majlis pun ada yang praktikkan. Kini terbuka kepada orang ramai untuk melicinkan urusan MBSA.
“Tapi, jangan gunakan bahasa ringkas yang susah mahu faham atau guna perkataan yang sengaja menyakiti hati,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kali ke-9 di Wisma MBSA di sini, semalam.
Mohd Jaafar berkata, kelancaran komunikasi sesama ketua jabatan dan orang ramai bakal meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pembayar cukai di Shah Alam.

selangorku

Selangor Terajui Teknologi Perusahaan Produk Halal


SUBANG JAYA 24 SEPT : Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan mengiatkan usaha meneroka bidang teknologi perusahaan halal. Perkara ini akan dimuatkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 nanti.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri menekankan peralihan teknologi perusahaan produk halal, melahirkan kumpulan yang mahir memanfaatkan teknologi itu, serta membina sektor perkhidmatan perusahaan berteraskan teknologi tersebut.
Penubuhan Makmal Halal Saintifik Selangor juga sedang dikaji bagi membantu menangani isu-isu pensijilan halal bagi produk-produk tempatan.
Melalui strategi, beliau berharap Selangor di masa hadapan akan menjadi peneraju teknologi industri halal.
“Idea ini kita boleh lakukan kerana Selangor mempunyai kelebihan dan kemudahan yang diperlukan,” tegas Abdul Khalid.
Pada 2011, pasaran produk halal dilaporkan bernilai USD632 bilion setahun pada skala global. Pendapatan per kapita yang meningkat serta reputasi barangan produk yang bersih dan selamat menguja permintaan yang tinggi dari pengguna pelbagai budaya dan agama.
“Kita boleh jual teknologi dan kita boleh jual barangan dari teknologi itu, di samping kita mahirkan kumpulan usahawan dalam teknologi diteroka. Kapasiti pasaran ini boleh digunakan lebih 5.2 juta orang di Selangor,” kata Abdul Khalid.
selangorku

Indeks Rasuah Negara Umpama Barah, Tindakan Berkesan Wajib Dilaksana


KUALA LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran Perdana Menteri itu semakin parah.
Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman setimpal.
“Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu.
“Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM itu diperkasa.
“Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali,” katanya kepada TV Selangor.
Najib kononnya mahu menjadikan rasuah sebagai perkara silam demi masa depan negara.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, martabat SPRM diangkat jika tiada campur tangan mana-mana pihak dan ‘tangan-tangan eksekutif’.
“Jangan bermain dengan kata-kata. Kerana kewibawaan itu penting dalam mana-mana pentadbiran. Ia hanya dapat dipertahan dan dimuliakan kalau SPRM menjadi badan bebas dan tidak terikat,” katanya

selangorku

Wednesday, September 25, 2013

Peniaga Makanan Akan Naikkan Harga Akibat Kos Meningkat


KUALA LUMPUR: Harga makanan dan minimum berkemungkinan akan naik dari 10 sen hingga 20 sen jika harga gula naik ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Pada waktu yang sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyaran kerajaan mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Astro AWANI membuat tinjauan di beberapa restoran di ibu kota dan meminta pendapat mereka jika harga gula benar-benar naik oleh faktor kenaikan harga minyak dan juga cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

"Kami memang bercadang untuk naikkan harga pada bulan depan. Sebagai contoh teh o ais akan naik dari RM1.50 ke RM1.60. Milo Ais naik 20 sen dari RM2.00. Harga teh tarik tidak naik kerana banyak permintaan," kata pemilik restoran Makanan Islam Alma Zainol Abdullah.

Beliau juga akui agak sukar untuk menaikkan harga dengan tinggi kerana restoran beliau berhampiran dengan sebuah universiti.

"Kalau naik 10 sen pun para pelajar akan memilih untuk makan di tempat yang lain," tambah beliau.

Sebuah restoran di Pudu juga akan menaikkan harga makanan dan minimun mereka namum belum ditetapkan masa untuk melaksanakan harga baru.

"Kalau harga gula naik, mesti harga barang di restoran kami akan naik. Naik ke tak, gula tetap satu keperluan. Cuma boss sahaja tidak memberitahu bila ia akan naik," kata pekerja Restoran Anuja Mohan Thilak.

Omar Farooque dari restoran Husen Cafe memberitahu bahawa beliau tidak akan menaikkan harga untuk menjaga hati pelanggan.

"Kalau naik harga, saya risau pelanggan akan marah jadi kami tidak akan menaikkan harga.

"Sebagai contoh harga teh tarik tidak akan naik. Walaupun kami rugi disitu tetapi ia akan seimbang dari keuntungan milo ais kerana ia tidak memerlukan kandungan gula yang banyak. Kami rugi dari sesetengah miniman tetapi minuman yang lain, ada keuntungannya," kata beliau.

Tambah beliau aspek lain juga penting dalam kos perbelanjaan seperti kos sewa dan gaji pekerja yang kian meningkat. Harga makanan dan minuman tidak bergantung kepada harga gula semata-mata.

"Dalam tempoh 15 tahun, sewa naik 500 peratus namun harga makanan naik 10 peratus sahaja dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh, harga roti canai naik 20 sen sahaja dalam tempoh 15 tahun. Ia langsung tidak seimbang. Saya harap pelanggan paham dengan situasi kami juga jikalau harga makanan naik." kata Omar.

astroawani

Belanjawan Negara Harus Mencapai Matlamat Yang Dibentangkan


Keadaan kewangan negara berada dalam keadaan lemah lagi rapuh dengan penurunan ‘rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch, diganding dengan unjuran penunjuk negatif perkembangan ekonomi sedunia memestikan kerajaan mengusulkan sebuah belanjawan yang jujur lagi berani (an honest and brave budget).
Negara telah masuk tahun ke-16 dengan belanjawan defisit sejak tahun 1998 walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan surplus yang membanggakan.

Pakatan Rakyat memandang dengan penuh prihatin pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada:

(1) RM14.13 billion untuk "perbelanjaan bekalan"; dan
(2) RM888.46 juta untuk "perbelanjaan tanggungan"

Andaikan jika tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, perbelanjaan pembangunan, pemulihan pinjaman dan KDNK (dalam harga terkini), nisbah belanjawan kepada KDNK untuk 2013 akan melonjak kepada 5.5 peratus. 

Nisbah defisit kepada KDNK 5.5 peratus ini menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan pimpinan BN gagal mencapai sasaran defisit 4 peratus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September 2012. 

Harus diingatkan kerajaan pimpinan BN juga telah gagal mencapai sasaran defisit 4.5 peratus dalam tahun 2012.
Dalam laporan The Star 17 Ogos 2013, pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata:

"Pengurangan lebih pesat ke atas defisit fiskal dan hutang negara perlu menjadi keutamaan... sekiranya kita tidak melakukan ini, berkemungkinan ekonomi negara akan terus jatuh mendadak."

'Bailout' ranapkan negara
Perbelanjaan tambahan untuk 2013 ini berkemungkinan akan menyebabkan nisbah hutang awam kepada KDNK akan melebihi sempadan 55 peratus (naik dari 45 peratus pada Julai 2009 dan dari 40 peratus pada April 2008) di hujung 2013, selepas melangkaui 53.3 peratus pada hujung 2012 - antara rekod tertinggi di Asia Tenggara.

Sekiranya kita mengambil kira pinjaman yang dijamin kerajaan yang dianggarkan bernilai RM147 bilion, juga dikenali sebagai ‘liabiliti luar jangka' - pendedahan pinjaman berkemungkinan bakal mencecah 70 peratus daripada KDNK hujung tahun ini. 

Ini mempunyai suatu risiko yang tinggi, yang akan menekan akaun kerajaan persekutuan sekiranya gagal dibayar. Kos menyelamat atau ‘bailout' yang tinggi akan terus meranapkan kewangan negara.
Rakyat memerlukan ‘belanjawan jujur dan berani' yang akan membina daya saing, melebarkan sumber pendapatan negara dan menstrukturkan ekonomi agar meninggalkan amalan ekonomi kronisme, pembaziran dan pengherotan pasaran dengan kadar segera.
Justeru, Pakatan berhasrat membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang akan tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mampan melalui reformasi struktur belanjawan seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran serta ketirisan dan kos yang melampau. 

Ia juga akan mengukuhkan dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.
Akhir sekali, kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa masa depan perkembangan ekonomi negara bukan sahaja akan terjamin malah akan berkembang dengan teramat pesat sekali jika reformasi politik dilaksanakan.

Ia akan menjadi penimbang tara dan penentu dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan semua rakyat dan bukan segelintir kecil rakyat terpilih.

NURUL IZZAH ANWAR ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR. STEVEN SIM ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, HATTA RAMLI ahli Parlimen PAS Kuala Krai.

Keharmonian Politik Negara Harus Di Semai


Pakatan Rakyat (PR) menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan keikhlasan mereka ketika berbincang soal perpaduan nasional.
Ahli Parlimen PR yang ditemui The Malaysian Insider berkata, hanya dengan cara itu idea perpaduan nasional antara kedua-dua parti politik berkenaan akan terlaksana.
"Perpaduan tidak akan wujud selagi keharmonian tidak diwujudkan. Bagi merealisasikan keharmonian nasional, yang lebih banyak dipersoalkan adalah iltizam politik kerajaan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, kerajaan perlu tegas menunjukkan bagaimana mereka mahu bawa politik yang harmoni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam berkata, BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang itu mengamalkan "baik sangka" terhadap parti pemerintah itu.
"Itu tujuan tidak ikhlas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bercakap mengenai perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum.
"Apa yang kita lihat selepas itu hanyalah politik balas dendam dalam tempoh sejak setengah tahun lalu," kata ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Naib Pengerusi DAP itu berkata, tindakan BN itu menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan sedangkan rakyat sebenarnya mahu melihat mereka bekerjasama secara "gentleman".
"Ini yang rakyat marah dengan BN. Rakyat mahu lihat kita kerjasama secara gentlemen," katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut mengharapkan Shahidan ikhlas dalam kenyataannya, dan mengharapkan tawaran berkenaan akan kekal meskipun tamatnya pemilihan Umno pada Oktober depan.
"Saya harap beliau ikhlas, kita tunggu masa semeja, saya harap tawaran ini akan berjalan sehingga perhimpunan Umno.
"Saya harap Shahidan akan amalkan khusnuzon (sangka baik)," katanya.

Naib Presiden PKR itu berkata, pihaknya mengharapkan Shahidan berjaya meyakinkan anggota Kabinet berkenaan kenyataannya itu.
Nurul Izzah Anwar.Nurul Izzah Anwar."Saya harap dia berjaya yakinkan Kabinet, kami sentiasa bersedia untuk duduk semeja, namun pasti ada prasyarat yang perlu diganding dengan kenyataan tersebut," katanya.
Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
Abdul Hadi berkata, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin PAS dan Umno boleh bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. - 25 September, 2013.

themalaysianinsider

Tuesday, September 24, 2013

Ketua Umum & Tun M Bersama Di Pentas TPPA ?


PETALING JAYA - Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan petisyen bagi mempertemukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas sama.

Kedua-dua pemimpin ini ingin dipertemukan di pentas kemuncak jelajah Bantah TPPA pada 10 Oktober ini.

Siri Jelajah TPPA di seluruh negara bermula sejak 17 September lalu.

Oleh yang demikian, kedua-dua NGO ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhasrat mahu kedua-dua pemimpin ini yang dilihat menolak perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) untuk berada di pentas raksasa anjurannya.

Menurut Pengerusi SMM, Safwan Anang, tujuan utama penganjuran jelajah ini ialah untuk membangkitkan kesedaran umum tentang bahana perjanjian TTP.

"Perjanjian ini akan mengawal ekonomi negara kecil seperti Malaysia, ianya akan menjadi barah yang sama sekali boleh menggangu gugat kedaulatan negara," katanya ketika menyerahkan petisyen undangan ini kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Farhan di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu petisyen undangan Tun Mahathir diserahkan oleh SMM di pejabatnya di Perdana Leadership Foundation Putrajaya.

Namun petisyen tersebut hanya dapat diserahkan kepada pengawal keselamatan kerana ketiadaan Dr Mahathir di pejabat.
.
Sementara mengulas lanjut mengenai pemilihan dua nama pemimpin besar ini, Safwan berkata, dengan kehadiran kedua-dua pemimpin ini diharap akan memberi kesan dan aspirasi yang besar kepada rakyat khususnya dalam usaha menentang Perjanjian TTP.

"Rakyat harus disedarkan betapa perjanjian ini adalah 'keganasan ekonomi' yang bukan sahaja bakal menyebabkan rakyat ditindas oleh konglomerat bertaraf dunia yang bersifat 'samseng antabangsa' secara terus, malah maruah negara turut tergadai," katanya.

#BantahTTPA ini adalah anjuran bersama SSM, SAMM dengan kerjasama Gabungan membantah TTP (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Sinar Harian

Belanjawan Selangor 2014 Selaras Dengan Slogan Meneruskan Kecemerlangan Selangor


SUBANG JAYA -Kerajaan negeri merangka Belanjawan Selangor 2014 dengan mengambil kira kehendak rakyat melalui hasil perbincangan bersama pemimpin masyarakat dalam sesi Majlis Dialog yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, mulai hari ini hingga esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan itu penting supaya perlaksanaan Belanjawan Selangor 2014 selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut melaksanakan sesi dialog serupa bagi membincangkan perlaksanaan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Maklum balas dari sesi dialog itu dimuatkan dalam Pelan Tindakan Lima Tahun.

“Ia untuk mendapatkan maklum balas daripada pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen, pensyarah dan lain-lain untuk dibincangkan bagi Belanjawan 2014 Selangor.

“Ia ambil kira kehendak rakyat walaupun mereka tahu sekatan belanjawan melalui hasil negeri antara RM1.4 hingga RM1.6 bilion,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di sini.

Abdul Khalid berkata, penekanan kepada belanjawan berimbang masih menjadi keutamaan pentadbiran beliau. Sebarang program dan pelan tindakan hanya akan dirangka berdasarkan kepada had Belanjawan dan mengikut hasil pendapatan kerajaan negeri.

“Belanjawan bagi Selangor ialah belanjawan berimbang dengan tiada perbelanjaan defisit. Apa yang kita hasilkan itu sahaja yang boleh kita gunakan,” tegas beliau.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mahu meneruskan usaha memuktamadkan pengambilalihan industri air negeri menjelang Disember tahun ini.

Turut diberi penekanan adalah pengagihan saham-saham air kepada rakyat Selangor sekiranya pengambilalihan ini berjaya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata skim air percuma 20 meter padu juga dapat diteruskan 10 tahun lagi dengan pengambilalihan itu.

Menyedari permasalahan perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor akan dirancakkan lagi melalui dasar baru Rumah Mampu Milik Berkualiti (AQH), serta peranan semi-otonomi kepada unit bertanggungjawab di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Antara tujuan lain yang diberi penekanan adalah pembinaan Pengkalan Data Bersepadu bagi semua program-program yang dibiayai kerajaan negeri termasuk statistik penerima bantuan dan penerima manfaat agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), penyenaraian program-program baru dan butiran penambahbaikan program sedia ada.

Bagi membantu menjana ekonomi usahawan, semua aktiviti dan program keusahawanan akan dipusatkan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri yang menjadi agen sehenti pembangunan keusahawanan setempat, serta menambah daya program-program komuniti yang dibiayai Kerajaan Negeri.

Kerajaan negeri juga akan melaksanakan kaji selidik menyeluruh sebelum menubuhkan Makmal Halal Saintifik Selangor, yang bertujuan membantu menangani isu-isu pensijilan halal bagi produk-produk tempatan.

Selangorku


Rakyat Selangor Akan Menikmati Air Percuma Lebih Dari Tahun 2020 Kelak


KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER: Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jaminan itu dinyatakan Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.

“Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dipetikSelangorku.

Sebelum ini, Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.

Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

“Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.

“Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik,” katanya.

keadilandaily