SHAH ALAM 16 SEPT: Tanpa cadangan dan desakan pimpinan Pakatan Rakyat, hari ini bukan cuti umum, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua mengingatkan rakyat negara ini betapa cuti umum yang dinikmati hari ini hasil perjuangan berterusan pemimpin Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, ia hasil cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mulanya ditolak pemimpin Umno BN tetapi melaksanakannya berikutan mahu menjaga kepentingan politik di Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, katanya, pimpinan kerajaan memberi alasan kononnya sambutan Hari Malaysia boleh memecah belah perpaduan sedia ada dan mengelirukan rakyat.
“Tarikh Hari Malaysia ini disembunyikan BN selama ini. Setiap kali kita sebut Hari Malaysia dikatakan akan pecah belahkan Malaysia.
“Ini hanya fitnah tidak berasas. Akhirnya selepas kita memperjuangkan, akhirnya diterima bukan kerana kebenaran tetapi tunduk kepada kehendak rakyat,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Hari Malaysia disambut setiap 16 September sejak beberapa tahun lalu untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia merangkumi Sabah dan Sarawak pada 1963.
Ia antara projek Pakatan yang kemudian diciplak Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, penghayatan Hari Malaysia perlu disemai selari dengan Perlembagaan negara sekali gus menghakis amalan politik adu domba antara kaum amalan Umno BN.
“Kita tidak lihat semangat merealisasikan (Hari Malaysia) dengan hanya menyambutnya sahaja.
“Kita menyambut 50 tahun (pembentukan Malaysia) tetapi sehingga sekarang politik Umno-BN masih mengamalkan adu domba antara kaum,” katanya.
-FZL
selangorku
No comments:
Post a Comment