Thursday, September 26, 2013

MBSA Akan Menggunakan Aplikasi WhatsApp Meningkatkan Efisiensi Komunikasi


SHAH ALAM 26 SEPT: Orang ramai kini boleh berkomunikasi secara terus dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan ahli majlis kawasan masing-masing menerusi aplikasi mesej tidak berbayar, WhatsApp.
Langkah itu bagi meningkatkan akses orang ramai membuat aduan atau pertanyaan mahupun aduan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata aplikasi itu sudah dipraktik di peringkat antara jabatan dalam MBSA dan ahli majlis.
“Kita sudah guna WhatsApp dan ahli majlis pun ada yang praktikkan. Kini terbuka kepada orang ramai untuk melicinkan urusan MBSA.
“Tapi, jangan gunakan bahasa ringkas yang susah mahu faham atau guna perkataan yang sengaja menyakiti hati,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kali ke-9 di Wisma MBSA di sini, semalam.
Mohd Jaafar berkata, kelancaran komunikasi sesama ketua jabatan dan orang ramai bakal meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pembayar cukai di Shah Alam.

selangorku

No comments: