Wednesday, October 28, 2009

SESI SINGGAH TARAWIKH DI SETIAP SURAU & MASJID SEKITAR DUN SRI MUDA DITERUSKAN....

SRI MUDA - Seperti tahun lalu pada bulan ramadhan Shuhaimi Hj Shafiei akan singgah untuk berbuka puasa serta solat sunat tarawikh di surau serta masjid yang terpilih.Kerana jumlah surau yang terdapat di kawasan Dun Sri Muda begitu besar jumlahnya Shuhaimi Hj Shafiei tidak dapat untuk singgah di kesemua surau tersebut.Namun akan tetapi keutamaan akan diberikan kepada surau - surau yang beliau tidak kunjungi pada bulan ramadhan tahun lalu.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt dan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat kerana pada setiap surau dan masjid yang di kunjungi pada sesi singgah berbuka puasa dan solat tarawikh sambutan dan kehadiran jamaah begitu mengalakkan.Beliau melahirkan kesungguhan untuk singgah bersolat di surau serta masjid yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda walaupun bukan di bulan ramadhan.



Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan tazkirah ramadhan kepada jamaah yang hadir


Sebahagian jamaah yang menunaikan solat fardhu maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa.


Golonggan muslimat turut tidak ketinggalan untuk bersama - sama menunaikan silat sunat tarawikh bersama .

Ahli Jawatankuasa Masjid tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama shuhaimi Hj Shafiei selepas selesai solat sunat tarawikh.



No comments: