Kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang semakin hari semakin panas apabila hampir setiap malam, Umno dan Pakatan Rakyat masing-masing mengadakan sesi ceramah serentak di beberapa kawasan yang sama.
Terbaru siri keganasan Umno dan Barisan Nasional menyerang beberapa petugas hingga cedera parah di markas Pas dan Pakatan rakyat juga hangat diperkatakan.
Tahap keselamatan petugas di tingkatkan dari masa ke semasa. Samseng-samseng umno semakin mengganas, ini kemungkinan ada kaitan dengan laporan dari risikan khas polis yang mengatakan peluang Pas dan Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ini semakin cerah.
Ini berikutan pendedahan beberapa laman web Umno sendiri yang dilihat secara tidak langsung membantu kempen Pakatan Rakyat dengan menyiarkan beberapa fakta menarik
Siri-siri ceramah juga semakin panas dari masa ke semasa. Pemimpin pakatan rakyat bergabung tenaga bagi memastikan kemenagan calon Pas berkenaan ketidakpuasan penduduk Teluk Kemang dan Bagan Pinang.Zulkifly Omar.
Malam ini dijangka kehangatan akan lebih dirasai apabila Dato Sri Anwar Ibrahim dijangka akan hadir beberapa lokasi ceramah di sekitar Bagan Pinang. Tahap keselamatan juga ditingkatkan berikutan maklumat yang diperolehi, Umno dan BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka menang dalam pilihanraya ini.
Sama-samalah kita berdoa agar pilihanraya ini dapat berjalan dengan baik dan lancar dan semiga Allah memberi kemenagan kepada Pakatan Rakyat. Insyaallah
No comments:
Post a Comment