Loading...

Monday, June 29, 2009

20 Tahun Penduduk Velencia Apartment Menanti

Penantian hampir 20 tahun penduduk Velencia Apartment menanti kehadiran YB bagi mengadu serta menyelesaikan masalah mereka berakhir dengan kehadiran YB Dr Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja) bersama YB Shuhaimi Shafiei (Adun Sri Muda) dalam Majlis Dialog Bersama Penduduk Velencia Apartment yang di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9.


Pertemuan penuh bermakna itu berjaya merungkai masalah yang membelenggu pemilik-pemilik rumah di Velencia Apartment. Walaupun pemaju Velencia Apartment hanya menghantar wakil namun YB yang hadir telah mencadangkan beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan oleh penduduk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Ternyata pertemuan pertama mereka bersama YB Dr Mariah dan YB Shuhaimi telah membuka langkah awal menuju ke jalan penyelesaian terbaik kepada seluruh penduduk Velencia Apartment bagi menyelesaikan masalah mereka.

Wakil penduduk Velencia Apartment menyatakan jutaan terima kasih mereka kepada Pakatan Rakyat terutama YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi yang sudi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat.



Turut hadir di Majlis tersebut ialah Sdr Vembarasan Ahli Majlis Zon 9, Sdr Tan Ah Kow Ahli Majlis Zon 12, Sdr Anthony Dass selaku Pembantu Khas YB Shuhaimi dan Wakil Pemaju.

No comments: