S'gor pertahan papan iklan negeri papar wajah Anwar
Shakira Buang
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei mempertahankan pemasangan beberapa papan iklan di negeri itu yang menggesa pembebasan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Umno menuduh kerajaan negeri menghina mahkamah kerana membenarkan pemasangan papan iklan tersebut.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, berkata Anwar juga diiktiraf sebagai tahanan politik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Tidak ada isu berkaitan mencabar keputusan mahkamah, ianya suatu kempen membawa rakyat bersama dengan semangat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
“Penggunaan papan iklan adalah dengan kebenaran pihak berkuasa. Penggunaan logo parti adalah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut," kata Shuhaimi kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata Umno-BN tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor dalam hal itu.

“Kerajaan negeri melalui PBT juga tidak pernah menyekat papan yanda anggota BN seperti yang ada di Sabak Bernam.
"Bahkan papan tanda dan iklan politik 1Azam berada di mana-mana di Selangor. Kerajaan negeri percaya kepada kebebasan maklumat dan mempertahankan hak itu," tegas Shuhaimi.
Exco Pergerakan Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah dilaporkan sebagai berkata tindakan tersebut bukan sahaja menghina mahkamah malah membazirlan wang rakyat.
Beliau dijangka akan membuat laporan polis berhubung papan iklan itu hari ini
No comments:
Post a Comment