Saturday, August 9, 2008

Karnival Mesra Rakyat Kota Kemuning

Pada 03/08/08 Pakatan Rakyat Kota Kemuning berjaya menganjurkan program Karnival Mesra Rakyat di Padang Kota Kemuning.

Acara ini bermula dengan senam-robik dan kemudiannya dirasmikan oleh Ahli parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah. Turut hadir berikan sokongan termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow & En. Kamarulzaman; serta pegawai-pegawai daripada MBSA.

Sepanjang hari tersebut, pelbagai sukan tradisi dimainkan seperti pertandingan mewarna oleh kanak-kanak sekolah, bowling padang dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga kempen menderma darah serta khidmat guaman percuma dan pemberian banatuan makanan kepada golongan kurang berada.



















Thursday, July 24, 2008

YB Sri Muda Melawan Pencuri Pasir

Keratan akhbar hari melaporkan YB Sri Muda memang komited untuk melawan kegiatan mencuri pasir di seluruh Selangor dengan menjalankan operasi membanteras pencurian pasir 24 jam sehari.



Upacara Pecah Tanah Surau Bukit Rimau

Dua minggu lalu, YB Sri Muda telah merasmikan upacara pecah tanah pembinaan surau di Bukit Rimau berdekatan dengan Jalan Sungai Congkak 32/51E.









Majlis Dialog Johan Setia

Minggu lalu YB Sri Muda sekali lagi turun padang menemui penduduk Kampong Johan Setia menangani masalah hakmilik tanah yang telah membelenggui penduduk kampong selama 50 tahun. Turut hadir berama termasuklah Ahli Majlis Perbandaran Klang En. Azmizam dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow.








Wednesday, July 23, 2008

Majlis Perkahwinan Ahli PKR

Pada petang 17/07/08 di Dewan Banquet Bangunan MBSA telah menyaksikan satu majlis perkahwinan sepasang suami-isteri baru. Tetamu utama turut hadir menyerikan majlis termasuklah YB Shuahimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan En. Tan Ah Kow, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.




Melawat Kuil Hindu Bandar Putra

Sempena hari kebesaran kuil Hindu di Bandar Putra, barisan kepimpinan DUN Sri Muda yang diketuai oleh YB Shuhaimi Shafiei telah melawat kuil tersebut bersama-sama dengan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow, Timbalan Ketua DUN Sri Muda En. Anthony Das dan rakan-rakan lain menziarahi kuil tersebut.

Rombongan kepimpinan ini disambur meriah oleh penganut-penganut Hindu tempatan dengan menganugerahkan bunga. Sementara itu, sejajar dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang adil dan saksama, YB Shuhaimi juga turut mewakili kerajaan Selangor menyampaikan sedikit peruntukan bantuan kewangan kepada Jawatankuasa Kuil Hindu tersebut.






Dialog & Talimat Polis

Jawatankuasa DUN Sri Muda (N50) Selangor telah menganjurkansatu majlis dialog & taklimat khas kepada semua Ketua-Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) pada malam 18/07/08 di Pusat Khidma Rakyat YB Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning.

Majlis ini disambut oleh semua kepimpian JDM seluruh DUN Sri Muda dengan satu penglibatan yang cukup aktif. Matlamat utama majlis ini adalah untuk mengeratkan perhubungan dan kefahaman tugas-tugas polis dalam sistem pentadbiran negara.

Memandangkan kawasan DUN Sri Muda meliputi Ibu Pejabat Daerah Klang, Shah Alam & Subang Jaya; dengan itu jemputan rasmi telah disampaikan kepada ketiga-tiga Ketua Polis Daerah yang tersebut. Telah menjadi sedikit kecacatan kerana majlis dialog yang julong-julong kali diadakan sedemikian hanya disambut baik oleh Ibu pejabat Shah Alam dan Subang Jaya sahaja.









Melawat Tapak Letupan Batuan Putra Height

Lanjutan daripada aduan dan tindakan Pejabat Pegawai Daerah Petaling, satu lawatan susuran telah diadakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bersama dengan jurutera MBSA ke tapak untuk menilai sejauhmanakah kesan gegaran letupan merosakkan struktur rumah penduduk-penduduk Sek 27, Shah Alam.

Kerja-kerja letupan telah dihentikan sementara waktu menunggu laporan penuh daripada pemaju dan kontraktornya atas prinsip pematuhan peraturan-peraturan penggunaan bahan letupan.

Mesyuarat lanjutan akan diadakan semula selepas mengkaji laporan rasmi daripada pemaju di Putra Height yang telah menjejaskan penduduk di Sek 27.








Majlis Anugerah Sijil Ahli Majlis (PBT)

Pada 05/07/08, kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan majlis penganugerahan sijil perlantikan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di SUK. Ia meliputi perwakilan daripada majlis Bandaraya Shah Alam (terdiri Bahagian Shah Alam & Kota Raja).