Thursday, August 14, 2008

Gotong Royon Pangsapuri Nervilia, K. Kemuning

Pada 10/08/08 pukul 8.00 pagi, jawatankusa penduduk pangsapuri ini telah berjaya menganjurkan gotong royong besar-besaran. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei; turut hadir bersama Ahli Majlis Shah Alam En. Tan Ah Kow (Pengerusi Zon 12 - Sek 31 & 33) dan pegawai-pegawai MBSA telah bantu menjayakan program gotong royong ini.

Didapati tahap kebersihan sekitar masih boleh diperbaiki dengan luas, keadaan infrostruktur yang sudah uzur, tapak permainan yang agak cacak (lihat gambar di bawah).

Melalui program sedemikian, ia bukan saja boleh menyumbang tenaga mmperbaiki keadaan kebersihan setempat; malahan semangat kerjasama ini boleh memperatkan semangan kejiran dan silaturahim antara penduduk-penduduk yang berlatar belakang berbeza-beza.











Larian Adidas King of The Road

Subuh 10/08/08, 6.30am pagi MBSA dengan tajaan beberapa syarikat antarabangsa seperti Adidas, 100 Plus dan sebagainya telah berjaya menganjurkan Larian Adidas King of The Road.

Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, turut hadir bersama termasuklah EXCO YB Eliziberth Wong, EXCO YB Yakob dan EXCO YB Dr. Xavier, Dato Bandar MBSA Tuan Mazalan, Ahli-ahli Majlis MBSA serta jemputan-jemputan khas.

Larian ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori bagi kumpulan yang berbeza meliputi kumpulan OKU.












Saturday, August 9, 2008

Operasi Kesedaran Kebersihan K. Kemuning

Pada 05/08/08 pukul 5 petang, Pengerusi Majlis Perwaikilan Penduduk Zon 12 (Kota Kemuning) selaku Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakahn satu Operasi Kesedaran Kebersihan di Kota Kemuning.

Matlamat utama operasi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pengusaha kedai makan akan kepentingan kebersihan dan peraturan-peraturan yang wajib mereka patuhi.

Operasi ini turut sertai operasi ini termsuklah Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En Azahar, Pegawai Kesihatan, Pelesenan, Penguatkusa dan Setiausaha Kehormat MPP En. Anthony Das, Wakil Pejabat ADUN Sri Muda En. Nazari, ketua JDM Kota Kemuning En. Mohd serta pegawai-pegawai lain.
















Dialog Persatuan Penduduk Putra Height 8

Pada 26/07/08, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei serta diiringi oleh 2 wakil Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu En. Tan Ah Kow & En. Kamarulzaman telah mengadakan satu majlis dialog dengan Persatuan Penduduk Putra Height 8.

Semperna dengan majlis dialog tersebut, selain daripada mendengar aduan rakyat; YB juga mengambil kesempatan itu menyampaikan agihan sedikit barangan makanan dan kewangan kepada warga-warga yang kurang berada di sekitar Putra Height.




Karnival Rakyat Sek 27, Shah Alam

Pada pagi 27/07/08, Jawatankuasa Daerah Mengundi Sek 27, Shah Alam telah berjaya menganjurkan satu Karnival Rakayt perecuma untuk semua penduduk setempat.

karnival ini bermula dengan senam-robik beramai-ramai sebelum ia dirasmikan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda (N50), Selangor. Turut memberikan sokongan termasuklah wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam; iaitu En. Kamraulzaman dan En. Tan Ah Kow selaku Ahli MBSA.

Acara ini mendapat sambutan meriah daripada banyak agensi kerajaan san syarikat swasta mengambil tempat memberikan khidmat nasihat percuma seperti Zakat, Syabas dan sebagainya.