Thursday, August 14, 2008

Gerakan Kempen Kesedaran Kebersihan

Petang 12/08/2008 pukul 5.00 petang, Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow bersama En. Paparaidu telah mengetuai rombongan pegawai Pelesenan, Kesihatan dan penguatkuasa MBSA, mengadakan lawatan ke Sek. 25 Sri Muda menjalankan kempen kesedaran kebersihan restoran di kawasan tersebut.

Hasil lawatan didapati banyak pengusaha restoran masih belum mencapai piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu MBSA. Pengusaha-pengusaha berkenaan telah diberi nasihat dan peringatan untuk memperbaiki tahap kebersihan kedai masing-masing dalam tempoh tertentu. Manakala pengusaha yang menghalang lalulintas awam juga dimaklumkan perkara yang sama.

Kebersihan kawasan adalah tanggungjawab semua bersama demi untuk memelihara kesihatan semua penghuni-penghuni di situ.














Penubuhan Psukan Bomba Sukarela, Johan Setia

MInggu lalu, Pasukan RELA atas bantu Bomba Malaysia telah menubuhkan sepasukan Bomba Sukarela di Kampong Johan Setia. Acara perasmian ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah dan turut hadir memeriahkan majlis termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei, Ahli Majlis Perbandaran Klang En. Azmizam, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kos, Setiausaha Kehormatan Zon 12 MBSA En. Anthony Das dan jemputan-jemputan khas yang lain.






Gotong Royon Pangsapuri Nervilia, K. Kemuning

Pada 10/08/08 pukul 8.00 pagi, jawatankusa penduduk pangsapuri ini telah berjaya menganjurkan gotong royong besar-besaran. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei; turut hadir bersama Ahli Majlis Shah Alam En. Tan Ah Kow (Pengerusi Zon 12 - Sek 31 & 33) dan pegawai-pegawai MBSA telah bantu menjayakan program gotong royong ini.

Didapati tahap kebersihan sekitar masih boleh diperbaiki dengan luas, keadaan infrostruktur yang sudah uzur, tapak permainan yang agak cacak (lihat gambar di bawah).

Melalui program sedemikian, ia bukan saja boleh menyumbang tenaga mmperbaiki keadaan kebersihan setempat; malahan semangat kerjasama ini boleh memperatkan semangan kejiran dan silaturahim antara penduduk-penduduk yang berlatar belakang berbeza-beza.











Larian Adidas King of The Road

Subuh 10/08/08, 6.30am pagi MBSA dengan tajaan beberapa syarikat antarabangsa seperti Adidas, 100 Plus dan sebagainya telah berjaya menganjurkan Larian Adidas King of The Road.

Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, turut hadir bersama termasuklah EXCO YB Eliziberth Wong, EXCO YB Yakob dan EXCO YB Dr. Xavier, Dato Bandar MBSA Tuan Mazalan, Ahli-ahli Majlis MBSA serta jemputan-jemputan khas.

Larian ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori bagi kumpulan yang berbeza meliputi kumpulan OKU.












Saturday, August 9, 2008

Operasi Kesedaran Kebersihan K. Kemuning

Pada 05/08/08 pukul 5 petang, Pengerusi Majlis Perwaikilan Penduduk Zon 12 (Kota Kemuning) selaku Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakahn satu Operasi Kesedaran Kebersihan di Kota Kemuning.

Matlamat utama operasi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pengusaha kedai makan akan kepentingan kebersihan dan peraturan-peraturan yang wajib mereka patuhi.

Operasi ini turut sertai operasi ini termsuklah Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En Azahar, Pegawai Kesihatan, Pelesenan, Penguatkusa dan Setiausaha Kehormat MPP En. Anthony Das, Wakil Pejabat ADUN Sri Muda En. Nazari, ketua JDM Kota Kemuning En. Mohd serta pegawai-pegawai lain.