Monday, October 27, 2008

Selamat Hari Raya Puasa / Deepavali

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda (N50) Selangor, Yang Berhormat Shuhaimi Shafiei; dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, En. Tan Ah Kow mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa dan Deepavali sekapa semua warga Sri Muda yang bergama Islam dan Hidu.





Saturday, October 25, 2008

Banjir di Jalan Kebun, Shah Alam

Minggu lalu, Kampung Jalan Kebun telah sekali lagi dilanda banjir. Semoga semua ahli-ahli majlis MBSA lebih pro-aktif lagi tanpa mengira mana-mana zon, kerana ia adalah tanggungjawab bersama semua ahli majlis dalam MBSA. Semoga belanjawan 2009 MBSA akan dapat memperuntukkan dana yang seimbang kepada Zon Selatan yang ditadbir oleh Cawangan Kota Kemuning MBSA. Lantaran itu, banjir di Jalan Kebun akan dimasukkan dalam catitan sejarah sahaja di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.









Seminar Kesihatan Kepada Pengusaha Restoran

Tarikh: 18 Oktober 2008
Tempat: Dewan Banquet, Menara MBSA.
Masa: 10.00am - 12.00pm.
Jemputan: Semua pengusaha kedai makanan dari Seksyen 31 & 33.
Penceramah: En. Karim, Pegawai Kesihatan MBSA.



Perasmian MPP Zon 14, MBSA

Pada 14/10/08, satu lagi pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Zon 14, di bawah pemantauan YB. ADUN Sri Muda telah merasmikan pusat khidmat rakyatnya. Majlis perasmian ini telah dirasmikan bersama oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Raja - YB Dr. Siti Mariah dan Yang Berbahagia Dato Bandar Shah Alam - Tuan Mazalan. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Pegawai Khas YB ADUN merangkap ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow.

Selain daripada perasmian pejabat, majlis ini turut memberikan sumbangan makanan dan wang kepada warga miskin dalam Zon 14 ini. Kemudian, semua hadiran-hadirin dijamu dengan hidangan makan malam.









Kebanjiran billboard Tanpa Lesen

Ini hanyalah satu contoh dipersimpangan Persiaran Selangor dan Persiaran Klang di Seksyen 27, Shah Alam. Ia terdapat 16 billoboard yang tersergam, manakala hanya di antara beberapa billboard yang bertulis numbor lesen sahaja.

Lantaran itu, ramai meragui akan kesahan billboard yang banyak bertaburan di setiap penjuru kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.





Rumah Terbuka Hari Raya Puasa

Anjuran:
ADUN Sri Muda - Y. B. Shuhaimi Shafiei,
Majlis Perwakilan Penduduk 12 - En Tan Ah Kow, MBSA;
Majlis Perwakilan Penduduk 13 - En. Uthayasorian, MBSA; &
Majlis Perwakilan Penduduk 50 - En Azmizam, MPK.

Tempat: Jalan Anggerik Vanilla R31/R, Kota Kemuning, Shah Alam.
Tarikh: 19 Oktober 2008.
Masa: 11.00am - 3.00pm.