Tuesday, November 11, 2008

Operasi Banteras PATI

Minggu lalu, satu operasi besar-besaran telah dijalankan oleh RELA dan Polis. Oerapsi ini dijalankan pada pukul 12.00 tengah malam yang disertai oleh hampir seratus orang anggota pasukan beruniform.

Antara sasaran utama operasi kali ini adalah di Pangsapuri Nervilia, Kota Kemuning. Hasil daripada berhempas-pulas anggota-anggota RELA dan Polis, mereka berjaya menahan 300 orang yang warga asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan atau bekerja yang sah.

Memang sokongan RELA dan Polis amat dihargai oleh semua penduduk pangsapuri tersebut demi keselamatan dan ketenteraman setempat.






Monday, November 10, 2008

Majlis Dialog Bersama Penduduk


Majlis Dialog penduduk bersama Dato Bandar Shah Alam, polis, bomba yang turut dihadiri oleh Adun Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Wakil YB Dr Siti Mariah (Sdr Azmi) serta ahli majlis kawasan Sdr Kamarudzaman





Saturday, November 1, 2008

Written by Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh   
SHAH ALAM, 22 Okt (Hrkh) - Sesi soal jawab lisan menjadi kecoh apabila Dato' Abd Rahman Palil (Sementa-BN) berang dengan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bahawa kerajaan BN sebelum ini tidak bersedia untuk dikritik dan menerima pandangan daripada Pegawai Kerajaan. Image
Beliau yang menjawab soalan lisan daripada Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda -KeADILan) menerangkan, dalam mesyuarat bersama Pegawai Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat memberi peluang kepada pegawai kerajaan supaya memberi pandangan dan mengkritik pelaksanaan kerajaan baru Selangor.
"Budaya seperti ini tidak ada dalam BN...," katanya.
Serentak itu suasana menjadi bising kerana Adun pembangkang tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Adun pembangkang bangun antaranya Rahman Palil sambil mengeluarkan kenyataan tidak puashati walaupun telah diarahkan duduk oleh Speaker.
Speaker, (Teng Chang Khim); "duduk..duduk...duduk, kalau tidak saya akan halau.
Sementa duduk, kalau tidak saya akan gunakan peraturan. Jangan cabar saya. Sementa dah empat penggal, saya tengah cakap ni...Sementa, nak cabar lagi." Image
Arahan Speaker tetap tidak dihiraukan oleh Sementa sehinga beliau terpaksa memberi amaran; "Jika tidak puashati dengan kenyataan yang dibuat oleh Gombak Setia Sementa boleh cabar kemudian.
Sementa terus bangun dan enggan mendengar arahan daripada Speaker. Saya sedang bercakap ni pun Sementa terus bangun. Saya minta duduk, saya arahkan duduk. Sebentar lagi jawapan akan diberikan oleh Gombak Setia. Kalau tidak puashati Sementa boleh bangun dan minta penjelasan."
Sementa enggan mendengar arahan tetapi terus bercakap dan bangun sambil menunding tangan ke arah Gombak Setia.
"Tengok saya sedang bercakap ni...Apabila Speaker sedang bercakap semua orang kena diam. Hendak cuba cabar lagi, saya bagi peluang... Saya sudah kata saya adil...Sri Serdang... Image
Saya bagi amaran terakhir, Sementa..kalau tidak saya gantung...," tegas beliau kepada Sementa.
Hasan Ali bangun untuk menyambung penjelasan berhubung soalan peranan agensi kerajaan terhadap aspek penyelenggaran infrastruktur di kawasan bandar dan kampung telah menimbulkan pertindihan kerja antara satu sama lain.
Sebelum itu beliau bertanya kepada Speaker; "Tuan Speaker tidak ambil tindakan...(terhadap Sementa) disambut dengan tepukan dan ketawa. Speaker; "Tuan Speaker bagi peluang sebab kita kerajaan baru kita memberi adil kepada semua. Kita mesti adil dan memaafkan kepada orang yang tidak tahu, yang jahil." Image
Hasan; "Sudah empat penggal orang macam ini hendak menyelaraskan...tak adalah..."
Kedengaran (nama saja Dr...)suasana bising.
Hasan; "Oh, ni dah main kasar ni serangan peribadi...(nama saja Dr)...inilah gambaran..."
Kedengaran; "Sapa main kasar....
Mengakhiri jawapan soal jawab Hasan menjelaskan, di peringkat negeri penyelerasan dibuat melalui Jawatankuasa yang ditubuhkan.
Menuruut beliau, selama Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kerjasama daripada Pegawai Kerajaan memang baik.-SH

Wednesday, October 29, 2008


MESYUARAT KETIGA (BAJET)

Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang ke 12 telah diadakan pada 20hb berakhir hari ini 29hb Oktober 2008.Persidangan yang berlansung selama 7 hari adalah yang terpanjang dalam sejarah sidang DUN Negeri Selangor setakat ini. Persidangan yang bermula dengan pembentangan Bujet 2009 oleh YAB Menteri Besar dan dibahaskan oleh Ahli Dewan.

Pelbagai isu dibangkitkan serta dibahaskan. Persidangan kali ini juga merupakan sidang dewan paling menarik dengan pertikaman lidah dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.


Persidangan kali ini juga melihatkan sikap Ahli Dewan dari BN melakukan perkara yang sama seperti Ahli MP BN ketika Ketua Pembangkang DSAI membahaskan Budjet 2009 di parlimen dengan tidak hadir didalam dewan.

Perkara yang sama juga berlaku ketika YAB Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri menggulung perbahasan Budget Selangor 2009 yang lepas.


(YB Sekinchan-DAP) Ng Suee Lim yang mengutuk perbuatan keji akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita-berita palsu, penulisan-penulisan berunsur ganas dan perkauman terhadap Adun Kinrara yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Teresa Kok pada 10 September, 12 dan 17 Oktober 2008.


Boikot Utusan kerana menyiarkan berita-berita palsu.





MENGHADIRI SERTA MERASMIKAN MESYUARAT BAHAGIAN PARIT BUNTAR

Pada 26hb Oktober yang lepas YB Shuhaimi berkesempatan meluangkan masa memenuhi undangan YB Yunus menghadiri serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Parit Buntar 2008 di Dewan Cempaka Parit Buntar Inn.



Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Adun Kuala Kurau Y.B Abdul Yunus Jamahari selaku pemangku Ketua Bahgaian PKR Parit Buntar.



Ketibaan YB Shuhaimi disambut oleh Adun Kuala Kurau Y.B Abdul Yunus Jamahari selaku pemangku Ketua Bahgaian PKR Parit Buntar.



YB Shuhaimi memberi sedikit ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat bahagian Parit Buntar 2008


Jutaan terima kasih dan sedikit buah tangan sumbangan AJK Bahagian Parit Buntar atas tanda terima kasih di atas kesudian YB menghadiri serta merasmikan mesyuarat Bahagian Parit Buntar 2008.


Tuesday, October 28, 2008

Sidang dewan Undangan Negeri Selangor

Diharap pada rakan rakan boleh hadir pada kali ini mulai 20 Okt - 29 Okt jam 10am

Untuk menyaksikan siaran langsung sidang dewan undangan negeri sila klik disini

http://multimedia.selangor.gov.my/main.php

Monday, October 27, 2008

Selamat Hari Raya Puasa / Deepavali

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda (N50) Selangor, Yang Berhormat Shuhaimi Shafiei; dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, En. Tan Ah Kow mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa dan Deepavali sekapa semua warga Sri Muda yang bergama Islam dan Hidu.





Saturday, October 25, 2008

Banjir di Jalan Kebun, Shah Alam

Minggu lalu, Kampung Jalan Kebun telah sekali lagi dilanda banjir. Semoga semua ahli-ahli majlis MBSA lebih pro-aktif lagi tanpa mengira mana-mana zon, kerana ia adalah tanggungjawab bersama semua ahli majlis dalam MBSA. Semoga belanjawan 2009 MBSA akan dapat memperuntukkan dana yang seimbang kepada Zon Selatan yang ditadbir oleh Cawangan Kota Kemuning MBSA. Lantaran itu, banjir di Jalan Kebun akan dimasukkan dalam catitan sejarah sahaja di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.









Seminar Kesihatan Kepada Pengusaha Restoran

Tarikh: 18 Oktober 2008
Tempat: Dewan Banquet, Menara MBSA.
Masa: 10.00am - 12.00pm.
Jemputan: Semua pengusaha kedai makanan dari Seksyen 31 & 33.
Penceramah: En. Karim, Pegawai Kesihatan MBSA.



Perasmian MPP Zon 14, MBSA

Pada 14/10/08, satu lagi pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Zon 14, di bawah pemantauan YB. ADUN Sri Muda telah merasmikan pusat khidmat rakyatnya. Majlis perasmian ini telah dirasmikan bersama oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Raja - YB Dr. Siti Mariah dan Yang Berbahagia Dato Bandar Shah Alam - Tuan Mazalan. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Pegawai Khas YB ADUN merangkap ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow.

Selain daripada perasmian pejabat, majlis ini turut memberikan sumbangan makanan dan wang kepada warga miskin dalam Zon 14 ini. Kemudian, semua hadiran-hadirin dijamu dengan hidangan makan malam.