Sunday, January 11, 2009

Gotong Royong MPP Zon 12, MBSA

Selaras dengan arahan kerajaan negeri Selangor, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 MBSA juga turut menganjurkan gerak kerja gotong royong di Taman Alam Indah (Seksyen 33) Shah Alam.

Sungguhpun program dirancang dalam tempoh masa yang singkat, namun sedemikian dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Indah dan MPP Zon 12, ia berjaya dilangusngkan dengan sempurna lalu mencapai objektifnya.

Taklimat dan kata-kata motivasi sebelum gotong royong bermula oleh Pengerusi MPP Zon 12 merangkap Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Pengerusi MPP Zon 12 menunjukkan keadaan longkang yang sudah tersumbat bertahun-tahun sambil mengambil rumput yang dicabut daripada longkang depan pintu masuk rumah.

Persediaan memasang peralatan gotong royong sedang dilakukan.
Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 En. Gan & En. Nazari sedang giat bantu kerja-kerja pembersihan.

Sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan bersama-sama sumbang tenaga.



Pegawai Penguatkuasa Cawang Kota Kemuning MBSA turut hulurkan tangan memberikan bantuan tanpa sebarang rungutan.


Keadaan longkang di bawah pintu masuk rumah menjadi punca utama menyebabkan air tertakung.

Sarapan ringan dan minuman dibekalkan selepas letih bergotong royong.

Pemandangan sekitar taman yang dipenuhi rumput-rumpai perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Saturday, January 10, 2009

Pemeriksaan Berkala MBSA

Sejajar dengan pengumuman Dato Bandar Bandaraya Shah Alam pada Mesyuarat Majlis 30/12/2008, bahawa 2009 adalah tahun penguatkuasaan. Ia bermaksub, MBSA telah merancang strategi penguatkuasaan sepanjang tahun 2009.

Lanjutan daripada itu, MPP Zon 12 telah mengatur plan tersendiri demi menyahut keputusan majlis. Pegawai penguatkuasa dan pegawai kesihatan daripada Cawangan Kota Kemuning dengan kerja sama MPP Zon 12 telah mengadakan pemeriksaan bersiri di sekitar Seksyen 31 & 33. Berikut adalah rekod pemeriksaan Pasar Pagi Seksyen 31 Kota Kemuning.

Gambar bersama En. Yap penjual sayur, En. Azahar Inspektor Kesihatan, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis & En. Rahman Pegawai Penguatkuasa.


Progres pemeriksaan lesen sedang dijalankan.

Pengurus Cawangan Kota Kemuning turut sertai kerja-kerja pemeriksaan.

En. Azahar Inspektor Kesihatan, En. Adzhar Pengurus Cawangan dan En. Tan AK Ahli Majlis sedang melihat sesuatu dokumen pelesenan.

Hasil daripada penguatkuasaan, pihak MBSA telah berjaya menghalang 7 peniaga tanpa lesen daripada menjalankan aktiviti pernaigaan di pasar pagi Sek 31 Kota Kemuning. Dengan itu, pemegang lesen dapat berniagaan dalam keadaan lebih tenang tanpa gangguan pendatang tidak berlesen.
Penjaja Warga Asing Tidak Berlesen
Juga didapati kebelakangan ini terdapat banyak penjaja tepi jalan tidak berlesen dikendalikan oleh warga asing. Memang menjadi Dasar MBSA tidak membenarkan mana-mana warga asing memegang sebarang jenis lesen perniagaan dalam kwasan pentadbiran majlis.
Rekod berikut adalah siri gambar di mana penguatkuasa MBSA menjalankan tugas sitaan ke atas suatu tempat penjaja tidak berlesen oleh seorang warga Indonesia di Seksyen 26.
Pemeriksaan kesahihan berniaga oleh pegawai penguatkuasa.
Setelah mengesahkan penjaja ini tidak berlesen dan dia adalah warga asing, penguatkuasa mulai membuat sitaan ke atas gerai.




Pagawai Penguatkuasa En. Sallehudin sedang menerangkan Rekod Inventori sitaan kepada warga asing tersebut.

Bantuan Kepada Pelajar Buka Sekolah

Pada 04/01/09 YB Nasir dengan kerjasama JKKK Kampung Sg Buloh telah berjaya menganjurkan majlis pengedaran bantuan kepada semua pelajar yang akan buka sekolah pada 05/01/09.

Sejumlah 50 bag dan keperluan sekolah lain telah diedarkan kepada semua pelajar yang layar menerima bantuan oleh YB Nasir dan Ketua Kampung Sg Buloh Cik Hoo. Hadir bersama majlis ini termasuk Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow.

Dewan di mana majlis ini dijalankan.

Gambar bersama dengan semua penerima bantuan dan YB Nasir, Ketua Kampong Sg Buloh Cik Hoo dan Ahli Majlis En. Tan AK.

Ketua Kampung mengiringi YB membuat edaran bahan bantuan.


Selepas majlis, pelajar disajikan dengan makanan ringan mengisi perut.


Dialog Dengan Pengusaha Kedai Makanan

Pada 05/01/09 pukul 2.30 petang, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, MBSA telah menganjurkan satu majlis berdialog dengan semua pengusaha kedai makanan daripada Seksyen 31 & 33.

Majlis ini dipengerusikan oleh Pengerusi Zon 12 merangkap Ahli Majlis En. Tan Ah Kow. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha kedai dalam kawasan zon ini. Turut menghadiri majlis dialog ini termasuklah Pengarah Pelesenan En. Rosli, Ketua Penguatkuasa Cawangan Kota Kemuning En. Sallehuddin, Inspektor Kesihatan En. Azahar, Setiausaha Kehormatan Zon 12 En. Anthony Das serta wakil Pengurus Cawangan En. Feros.

Tujuan utama majlis dialog ini adalah untuk memberikan penerangan dasar-dasar pelesenan dan kesihatan MBSA kepada semua pengusaha kedai. Lanjutan itu, sesi dialog juga membolehkan komunikasi dua-hala sambil menjawab soalan-soal daripada hadiran-hadirin.

Pandangan luaran pejabat MPP Zon 12.


Barisan Panel Majlis Dialog (kiri ke kanan) En Azahar Inspektor Kesihatan, En. Anthony Das Setiausaha Kehormat MPP Zon 12, En Tan Ah Kow Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 12, En. Rosli Pengarah Pelesenan, Wakil Pengarah Perkhidmatan Bandar, En. Sallehuddin Ketua Penguatkuasa Cawangan.

Hadiran-hadirin yang menyertai majlis dialog.



Lawatan & Pemeriksaan Kesihatan

Pada pukul 3.00 petang 09/01/2008, satu pasukan Pegawai Kesihatan & Penguatkuasa daripada Cawangan Kota Kemuning MBSA telah mengadakan lawatan sambil pemeriksaan kesihatan di kilang Gardenia yang terletak di Bukit Naga.

Rombongan ini turut disertai oleh 2 orang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, iaitu En. Uthayasorian dan En. Tan Ah Kow. Pegawai lain termasuklah Inspektor Kesihatan En. Azahar, Penolong Pegawai Penguatkuasa En. Mustafa dan pagawai-pegawai lain.

Perlu diakui kilang ini mempunyai sistem kawalan kesihatan yang sempurna dan cemerlang. Banyak pengalaman boleh dipelajari daripada kilang ini selepas lawatan.

Kawasan kilang yang dipenuhi lori hantaran yang beriklan Gardenia.


En Uthayasorian & En. Tan Ah Kow - Ahli Majlis serta En Azahar Inspektor Kesihatan di ruang tamu syarikat.


Gambar rombongan berkumpulan dalam kawasan kilang pengeluaran.

Pemandangan dalaman kilang pembuatan roti.

Pegawai MBSA di ruang tamu syarikat.

Monday, January 5, 2009

Majlis Makan Malam MPP Zon 12

Pada malam 26/12/08, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 telah menganjurkan satu majlis makan malam dengan jemputan khas kepada kepimpinan / perwakilan daripada persatuan penduduk dalam Sek 31 & 33.

Lebih kurang 50 orang menghadiri majlis tersebut, turut hadir sama termasuklah Ahli Parlimen Kota Raja Y. B. Dr. Siti Mariah.

Y. B. Dr. Siti Mariah sedang menurunkan tandatangan kehadiran.

Pengerusi MPP Zon 12 mernagkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan AK memberikan kata-kata aluan kepada para jemputan.

Ahli Parlimen Kota Raja Y. B. Dr. Siti Mariah memberikan ucapan dan merasmikan majlis jamuan makan malam.

Majlis diserikan dengan tarian daripada anak Kota Kemuning.

Kehadiran Ketua Penguatkuasa Cawangan Kota Kemuning En. Sallehuddin.

Kehadiran wakil persatuan penduduk Kota Kemuning.