Sunday, February 8, 2009

Pemeriksaan Kesihatan Kedai

Sejajar dengan hasrat MBSA untuk menjadikan sebuah bandaraya yang bersih dan indah. Pemeriksaan berkala melakukan pemeriksaan mengejut ke atas semua kedai-kedai makanan dalam kawasan pentadbiran majlis. Kadang-kala Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam juga turut turun padang bersama-sama dengan penguatkuasa.












Kebersihan Kedai Tidak Memuaskan

Walaupun pemeriksaan berkali-kali telah dilakukan oleh MBSA, namun demikian masih ada kedai yang tidak memuaskan kerana masih kotor seperti berikut:










Thursday, February 5, 2009

MENGHADIRI MAJLIS WALIMATUL URUS SEKITAR DUN SRI MUDA






DUN SRI MUDA - Biarpun di hambat kekanggan masa yang menghimpit namun YB SHuhaimi Hj Shafiei masih berupaya meluangkan masa untuk menghadiri kebeberapa majlis walimatul urus di sekitar DunSri Muda.Rasa letih dan penat tidak pernah terlintas dibenak sanubari seorang pemimpin yang telah tekad untuk berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya.Seawal jam 9 pagi beliau telah hadir ke majlis - majlis rasmi dan tidak rasmi serta mengunjungi kebeberapa JDM untuk bertanyakan apakah cabaran - cabaran baru yang timbul dan yang sedang di hadapi oleh rakyat sekitar kawasan yang beliau wakili.


Rakyat sekitar Dun Sri Muda boleh datang berjumpa Yb Shuhaimi Hj Shafiei pada setiap hari Selasa dan Khamis di pejabat yang terletak di Kota Kemuning jam 9.30pagi sehingga 5.00ptg.
walau bagaimanapun beliau tidak sekadar menanti rakyat datang ke pejabat untuk bertemu dengan beliau tetapi apabila berkesempatan beliau sendiri yang akan melawat sekitar kawasan Dun Sri Muda.




LAWATAN DAN TINJAUAN KE TAPAK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN RIMAU INDAH

TAMAN RIMUA INDAH - YB Shuhaimi Hj shafiei dengan di iringi oleh beberapa orang kepimpinan JDM Bukit Rimau telah melakukan lawatan dan tinjauan serta bertemu pembeli rumah yang terbengkalai di Taman Rimau Indah pada hari Sabtu yang lalu.Projek yang sepatutnya sudah di siapkan dan boleh diduduki beberapa tahun lalu kini yang menjadi mimpi ngeri kepada pembeli - pembeli projek perumahan tersebut.Dalam lawatan tersebut Shuhaimi Shafiei telah meninjau keseluruhan kawasan tapak pembinaan dan melahirkan rasa dukacita beliau terhadap pihak pemaju diatas kegagalan menyiapkan projek tersebut mengikut perjanjian yang telah dimenterai bersama pembeli.

Ujar Shuhaimi Shafiei selain tiadanya pengawasan yang dilakukan oleh pihak pemaju untuk memastikan sekitar kawasan tapak projek tersebut berada didalam keadaan baik dan selamat.Pemaju juga di lihat gagal untuk membina pagar disekeliling tapak projek tersebut untuk menghalang induvidu yang tidak bertanggungjawap dari memasuki kawasan tersebut.Kerana dikhuatiri kawasan tersebut akan menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes serta bintang berbisa yang akhir penduduk setempat akan ditimpa kesusahan.Shuaimi Shafiei menyatakan dan melahirkan keyakinan serta kesanggupan beliau untuk menbantu para pembeli untuk mencari jalan penyelesaian bagi merungkai pemasaalah pembeli yang terlibat.Ujar beliau walaupun permasaalah projek perumahan yang terbengkalai adalah dibawah bidang kuasa kerajaan pusat namun kerajaan negeri tidak akan bersikap lepas tangan untuk menyelesaikan masaalah tersebut.

Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat melalui EXCO yang bertanggungjawap YB Tuan Iskandar Bin A. Samad akan dimaklumkan berkenaan dengan permasaalahan yang timbul itu agar dapat diselesaikan dengan kadar seberapa segera.Shuhaimi Shafiei juga berpesan dan menasihati kepada semua pembeli rumah di projek Taman Rimau Indah itu agar bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi yang getir ini.


Hanya semak samun yang terdapat di tapak projek dan tiada tanda - tanda kerja akan dimulakan.

Walaupun sudah hampir 80% siap akan tetapi ia terbiar begitu sahaja.

Semak samun yang semakin menghalang pandangan di taman Rimau indah

YB Shuhaimi Hj Shafiei mendengar dengan teliti aduan serta luahan dari salah seorang pembeli.

Mengabadikan kenangan bersama - sama sebahagian pembeli

PESTA PONGGAL TAMAN BANDAR PUTRA 2009'

BANDAR PUTRA - Kemesraan,Keriangan dan perpaduan jelas kelihatan ketika berlansungnya majlis sambutan pesta ponggal ditaman Bandar Putra Klang beberapa hari yang lalu.Kehadiran dari orang ramai yang diluar jangkaan telah memberikan semangat dan azam kepada pihak penganjur untuk menganjurkan majlis seperti ini dengan lebih tersusun.Turut bersama - sama pada majlis tersebut adalah YB. Puan Hajah Dr Siti Mariah,YB.Shuhaimi Hj Shafiei serta beberapa orang Ahli Majlis dari MPK dan MBSA.Rakyat merasa cukup terharu kerana dapat beramah mesra dengan kepimpinan yang hadir pada hari tersebut. Malahan Shuhaimi Shafiei tanpa merasa janggal telah sudi untuk menikmati ponggal yang telah dimasak oleh pesta.

Shuhaimi Shafiei dalam ucapan yang telah disampaikan ada menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan dasar - dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan memberikan munafaat
serta faedah kepada seluruh rakyat Selangor.Antara yang menjadi perhatian Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat adalah memberikan bantuan kepada seluruh sekolah - sekolah jenis kebangsaan di seluruh negeri Selangor yang selama tidak mendapat perhatian sewajar dari kerajaan yang terdahulu.Ujar beliau lagi apa yang sedang dilaksanakan ketika ini dan yang akan dilaksanakan dimasa hadapan adalah disebabkan rasa tanggungjawap Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan seluruh Rakyat negeri Selangor dapat menikmati bersama - sama tanpa mengira kaum.
Majlis sambutan pesta Ponggal tersebut juga akan menjadi satu sejarah yang pastinya amat berharga kerana Orang ramai yang hadir dengan secara sepontan telah melancarkan tabung derma kilat untuk di salurkan kepada rakyat Palestin.Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Slogan kearah Malaysia yang baru bukan hanya sekadar kata - kata kosong kerana sudah terbukti dengan penglibatan serta kehadiran semua kaum disetiap majlis yang dianjurkannya.
Kain rentang mengalu - galukan kehadiran tetamu dilaluan masuk ke majlis
Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan bulan,bintang dan matahari kepada rakyat tetapi insya ALLAH rakyat akan lebih terbela selepas ini (Shuhaimi Shafiei)
Apa rahsia resepi Ponggal masakan kaum melayu...Mungkin itu yang ditanyakan oleh Shuhaimi Shafiei Kepada kuam melayu yang turut serta memasak ponggal pada hari tersebut.
Warna - warna Malaysia itu yang jelas terpancar disetiap wajah Skuad Suri Dun Sri Muda.
Pertunjukkan seni mempertahankan diri turut menyerikan majlis.

Tuesday, February 3, 2009

PIDATO INTIFADAH PALESTINE

SEMUA DIJEMPUT HADIR




Monday, February 2, 2009

Monday, February 2, 2009

Program Remaja Pelbagai Kaum di Kota Raja

Dalam kesibukan, semalam saya sempat merasmikan Cabaran Futsal Terbuka Parlimen Kota Raja 2009. Program yang dirangka pada penghujung tahun 2008 ini adalah bagi tujuan mengujudkan program yang berfaedah bagi remaja tidak mengira kaum di Kota Raja. Alhamdulilah berkat kerja keras pembantu-pembantu saya dari Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Pemuda PAS Kota Raja akhirnya program ini dapat dijayakan dimana lebih 300 remaja berjaya dikumpul kan dalam program ini.
Alhamdulillah saya sempat menasihatkan golongan remaja ini agar dapat menjalankan cara hidup yang sihat, mentaati perintah ibu bapa dan menjauhkan diri dari najis dadah dan mereka amat faham dan gembira sekali dengan program seperti ini.
Terima kasih kepada YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda yang hadir sama dalam program ini.


Thursday, January 29, 2009

AKHIRNYA KUNCI DEWAN PENTADBIRAN JKKK KG.JALAN KEBUN DISERAHKAN

Papan Tanda yang terdapat dihadapan Dewan JKKK KG. Jalan Kebun 40460 Shah Alam



Selama tujuh bulan terkunci bermula 30hb januari 09' Dewan ini akan beroperasi semula

JALAN KEBUN - Setelah hampir tujuh bulan berjuang dan menanti akhirnya kunci dewan pentakbiran JKKK telah diserahkan kepada Pengurusi yang baru Tuan Ahmad Shahrom oleh Tuan Hj Rahsidi.Selama tujuh bulan Tuan Shaharom berusaha untuk mendapatkan kunci dewan tersebut dengan dengan pelbagai cara namun menemui jalan buntu kerana keengganan pihak pentakbiran yang terdahulu menyerahkannya.

Keengganan pengurusan yang terdahulu membuka kunci dewan untuk digunakan bagi menempatkan mangsa - mangsa kejadian banjir yang berlaku pada beberapa bulan yang lalu benar - benar telah menggundang rasa tidak puashati mangsa serta penduduk Jalan Kebun.Namun kerana daya usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh Tok Ketua Kampung merangkap Pengurusi JKKK Tuan Shahrom Hj Ahmad serta campurtanggan dari YB. Shuhaimi Hj Shafiei Akhirnya Kunci dewan tersebut diserahkan sendiri oleh pengurusi Jkkkp.

Shuhaimi Hj Shafiei berkata setelah dewan pentakbiran JKKK sudah dimiliki beliau amat berharap agar pengurusan JKKK yang baru dapat mengunakan dewan tersebut untuk kebaikkan bersama tanpa mengira fahaman politik.Jika selama tujuh bulan semua perjumpaan yang melibatkan JKKK dijalankan ditempat - tempat yang tidak menentu serta tiada kesesuaian inilah masanya untuk pengurusan JKKK mengunakan dewan tersebut dengan sebaik mungkin.Orang ramai juga digalakkan untuk mengunakan dewan tersebut untuk pelbagai aktiviti agar ia akan menjadi salah satu lokasi yang dapat mengeratkan lagi perpaduan antara penduduk setempat.Beliau juga melahirkan rasa terharu dan mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada Tok Ketua Kampung Tuan Shahrom Hj Ahmad, AJK JKKK serta seluruh penduduk kampung Jalan Kebun diatas kesabaran dan sokongan yang padu dalam menyelesaikan perkara tersebut.
Kerana tidak dapat menerima kenyataan pertukaran pengurusan dewan ini terbiar sepi selama tujuh bulan tanpa sebarang aktiviti
Shuhaimi Hj Shafiei disatu majlis bersama - sama penduduk Kg, Jalan Kebun


Tuan Shahrom Hj Ahmad Pengerak utama dalam usaha mendapatkan kunci Dewan JKKK Kg, Jalan Kebun

Sunday, January 25, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow @ Tan Sie Wai mengucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada 26/01/2009 kepapa semua warga Shah Alam. Semoga tahun baru akan membawa tuah tambahan dan kemakmuran kepada masyarakat Selangor amnya, dan Bandaraya Shah Alam khasnya.

Kami sedar sungguhpun tahun 2009, Majlis Bandaraya akan terus menghadapi pelbagai cabaran baru, namun kami tetap yakin dengan kerjasama dan sokongan semua pihak sambil membuangkan perasaan politik kepartian; Bandaraya Shah Alam pasti boleh mencapai satu rekod yang lebih cemerlang daripada sebelum ini.


Friday, January 23, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

KotaKemuning - YB Shuhaimi Shafiei mengucapkan selamat menyambut tahun tahun baru cina kepada seluruh masyarakat tiong hwa yang akan menyambutnya pada 26 dan 27 Januari ini.Menurut Shuhaimi Shafiei perayaan seperti ini adalah kesempatan terbaik kepada seluruh rakyat untuk memupuk dan mengeratkan lagi perpaduan dengan mengunjungi teman - teman dan rakan taulan yang merayakannya.Walaupun sambutan pada tahun ini berkemungkinan disambut agak serderhana kesan dari krisis ekonomi global namun itu tidaklah menjadi penghalang untuk masyarakat tiong hwa merayakan perayaan yang terpenting itu
.
Shuhaimi Shafiei juga ingin berpesan kepada semua penguna jalanraya yang akan pulang ke kampung agar lebih berhati - hati dan menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu.Kerana dijangkakan orang ramai akan mengambil kesempatan musim cuti yang panjang ini dengan pulang ke kampung serta berehat dilokasi peranginan bersama - sama keluarga.kepada meraka - meraka yang mana akan bercuti panjang dinasihati agar memastikan kediaman berada didalam keadaan yang selamat dan memaklumkan kepada jiran tetangga serta kepada pihak keselamatan agar ada pihak akan memerhatian keadaan rumah sepanjang musim cuti nanti.


YB.Shuhaimi Shafiei dan YB.Dr Siti Mariah Mahmud bersama-sama Barisan kepimpinan keADILan JDM Tmn Sri Muda 3.