Friday, March 27, 2009

Keadaan Dewan MBSA

Selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih mandat pemerintahan kerajaan negeri Selangor, namun sehingga bulan ini, masih terdapat parti politik bekas pentadbir ENGGAN menyerah balik dewan orang ramai MBSA.

Inilah contoh keadaan dewan orang ramai MBSA yang disalah guna sebagai pusat aktiviti parti politik di kawasan Sungai Buloh.







Tuesday, March 24, 2009

Najib sudah menunjukkan belang!
24 Mar 2009


Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan bermula serta-merta dan seterusnya tindakan polis menyembur gas pemedih mata pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim - kedua-duanya berlaku semalam - menandakan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memulakan pemerintahannya.

Di sebalik kata-kata manis bahawa beliau sedar keperluan UMNO memulakan perubahan, Najib berbalik kepada kitab usang Perdana Menteri ke-4 untuk mengekang nasib UMNO yang merudum.

Tetapi rakyat ada peluang untuk membuktikan, sekarang keadaan sudah berubah. Rakyat hari ini berbeza. Kita tidak akan tunduk kepada tindakan bacul sebegini.

Tuesday, March 17, 2009

Selangor Uses Provisions of Section 425 National Land Code

Mar 16th, 2009 | By nizam | Category: News

SHAH ALAM, Mar 16 - The state government today has decided to use the provisions of Section 425 of the National Land Code and laws under the local authorities (PBT) to settle problems relating to illegal building of squatters, places of worship and certain party buildings on state government land.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said based on this decision, enforcement parties comprising of land administrators and PBTs have been given instructions to take action on cases which have been identified.

He said, 258 cases have been detected involving 23 squatter homes, 220 houses of worship and 15 party buildings, built without authorisation by the state government.

Hence he said, the state government had set up a Subcommittee on Non-Muslim Houses of Worship which will handle both existing and new cases or applications.

“We have also drafted policies whereby demolition of non-muslim places of worship first must be referred to the state authority,” he said in reply to Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) on actions that have been and will be taken by the state government in settling this issue.

He added, the state government would continue to enforce related laws such as the National Land Code 1965 and National Forestry Act 1984 (1993 Amendement) to prevent further trespass and development on government lands.

“We have also decided to create an information management system on government-owned land, to ensure easier detection and monitoring of these lands,” he said.

He said, where trespass involved government lands which had a high source of sand the state government would provide additional mechanismes under the Program Rakan Pasir and freeze permits for sand with the exception of Kumpulan Semesta Sdn Bhd. - MURIZA ABDUL HAMID

Monday, March 16, 2009

Maulidur Rsaul- Badan Dakwah Islam S'or

LORONG SARKAWI JALAN KEBUN - Pada 9hb Mac 2009 hari Isnin yang lalu telah dilangsungkan satu majlis ceramah bersempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1430 Hijrah anjuran Badan Dakwah Islam Selangor (Badis).Kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan telah menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyediakan kanvas dilaluan masuk tapak ceramah.

Penceramah yang tidak asing dikalangan umat Islam di malaysia iaitu Ybhg.Dato' Ustaz Ismail kamus telah di undang untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut.Turut hadir mendengar tazkirah pada hari tersebut adalah Yb,Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda) serta Ybhg.Norhalim Sirome (Pengurusi MPP Zon 11).Orang ramai menyatakan rasa terharu diatas kesungguhan pihak penganjur yang mengundang Ustaz Ismail Kamus untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut oleh kerana sudah agak bemiau tidak hadir ke Jalan Kebun untuk menyamapikan ceramah agama.

Pihak BDIS selaku penganjur juga melahir rasa syukur kehadrat ALLAH swt kerana dengan izinnya majlis yang julung kalinya di anjurkan telah dapat dijalankan dengan jaya.Ybhg Tuan Hj Patali mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ajk dan orang ramai yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.


SEBELUM MAJLIS BERMULA USTAZ ISMAIL KAMUS SEMPAT BERGURAU DENGAN PENGURUSI BADIS TUAN HJ PATALI


USTAZ ISMAIL KAMUS KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAH

NORHALIM SIROME (KIRI) DAN SHUHAIMI SHAFIEI (KANAN)

BERSAMA - SAMA RAKYAT TANPA MEMPEDULIKAN TARAF DAN KEDUDUKAN


DARI KIRI, SHUHAIMI HJ SHAFIEI,USTAZ ISMAIL KAMUS DAN HJ PATALI

APA YANG DIBINCANGKAN DI ANTARA TOKOH - TOKOH INI ?

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL "1430 HIJRAH"

JALAN KEBUN SEKSYEN 30 - Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang oleh umat islam di seluruh dunia pada 9hb Mac 2009 hari Isnin yang lalu.Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ZON 11 dengan kerjasama JKKK Jalan Kebun telah menganjurkan satu majlis ceramah agama bertempat di padang masjid Al - Naim pada 8hb mac 2009.Penceramah yang di undang khas pada majlis tersebut adalah seorang bekas penyanyi kumpulan rock yang terkenal iaitu meal ( Wings ) serta seorang bekas mat rempit yang kini telah menjadi seorang pensyarah.

Majlis yang turut di hadiri oleh Adun kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei serta ahli parlimen kawasan Kota Raja Dr.Siti Mariah Mahmud telah di hadiri tidak kurang dari 1000 orang penduduk setempat.Sebelum bermulanya majlis pada malam tersebut Shuhaimi Shafiei telah diberikan penghormatan menyampaikan anugerah tokoh Maulidur Rasul bagi tahun 1430 hijrah kepada para tokoh tempatan yang terpilih.Orang ramai yang ditemui melahirkan rasa terharu dimana kebanyakkan majlis - majlis yang berlangsung disekitar Jalan Kebun akan dihadiri oleh wakil rakyat diperingkat DUN serta PARLIMEN.

Pada Malam majlis tersebut yang menjadi tumpuan adalah kehadiran teman - teman yang bukan beragama islam antaranya Sdr.Tan Ah Kow (Pengurusi MPP ZON 12),Sdr.Pappa Raidu (pengurusi MPP ZON 14) serta beberapa orang ajk dari MPP berhampiran yang turut hadir.


Shuhaimi Hj Shafiei bersama mantan kadi Jalan Kebun,Tuan Hj Muhgni (berbaju biru keADILan)


Tiada tempat Khas kepada yang disediakan.Shuhaimi Shafiei tidak merasa janggal apabila duduk bersama - sama orang ramai yang hadir.


Norhana Muhyidin tim/ketua Wanita PKR Kota Raja(kiri),Dr.Siti Mariah Mahmud ahli parlimen Kota Raja (kanan)

Kebanyakkan tempat duduk yang dikhaskan kepada kaum lelaki penuh dan ramai yang hadir terpaksa berdiri untuk mengikuti dan mendengar ceramah yang disampaikan pada malam tersebut.

LAWATAN KE JAWATANKUASA DAERAH MENGUNDI ( JDM ) BUKIT KEMUNING

BUKIT KEMUNING - Lawatan Shuhaimi Shafiei ke JDM Bukit Kemuning telah disambut dengan penuh kemesraan dari seluruh AJK yang hadir pada hari tersebut.Shuhaimi Shafiei menghabiskan hampir empat jam ketika berdailog dengan shaff kepimpinan JDM Bukit Kemuning.Shuhaimi Shafiei melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana kebanyakkan Ajk adalah mereka - mereka yang terlibat membantu beliau ketika kempen pilihanraya yang lalu.

Ujar Shuhaimi Shafiei semangat yang ditunjukkan oleh sebahagian ajk serta ahli di JDM Bukit Kemuning haruslah di contohi oleh semua ahli - ahli Parti keADILan Rakyat di dun Sri Muda.Ini kerana mereka yang terlibat di JDM Bukit Kemuning sering memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa membantu mana - mana penduduk setempat yang menghadapi masalah tanpa mengira latarbelakang parti dan agama.


Kita harus meneruskan usaha menjadikan PKR sebuah parti yang boleh diterima oleh semua golongan masyarakat di Selangor dan seluruh negara kata Shuhaimi Shafiei.

Shaff kepimpinan JDM Bukit Kemuning tekun mendengar amanat yang di sampaikan oleh Shihaimi Shafiei.
Salah seorang AJK menyampaikan kata - kata aluan

Beberapa perkara berbangkit di bacakan untuk tindakan lanjut dari Shuhaimi Shafiei

Shuhaimi Shafiei mendengar dengan penuh minat dan teliti setiap apa yang dibacakan oleh wakil JDM Bukit Kemuning agar dapat di ambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikkan semua.

Friday, March 13, 2009

MAJLIS PERTEMUAN YB SHUHAIMI SHAFIEI BERSAMA AJK JDM

SEK 25 TAMAN SRI MUDA - Biarpun di himpit dengan kesibukan tugasan yang tidak pernah ada penghujungnya selagi bergelar wakil rakyat shuhaimi Shafiei masih mampu meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan ahli serta ajk JDM di sekitar Dun Sri Muda.

Dipertemuan tersebut Shuhaimi Shafiei melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ajk,ahli serta pengundi yang berterusan memberikan sokongan kepada beliau untuk menjalankan amanah yang telah diberikan.Shuhaimi Shafiei menyeru kepada seluruh yang hadir agar dapat meneruskan semangat kerja berpasukan yang di tunjukkan kerana Pakatan Rakyat bukan hanya berhasrat memerintah sepenggal akan tetapi mungkin sehingga 100 tahun lagi.


Bersatu hati,Kerja berpasukan demi membantu Rakyat di negeri Selangor Kata Shuhaimi Shafiei

Barisan kepimpinan PKR JDM Taman Sri Muda 1


AJK PKR JDM Taman Sri Muda 2,

AJK JDM Taman Sri Muda 3

Gabungan AJK JDM Taman Sri Muda 1,2 dan 3 yang hadir pada hari tersebut.

Wednesday, March 11, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN & DAILOG

TAMAN SRI MUDA - Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Taman Sri Muda 3 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Mediterranean & Alora telah menganjurkan majlis perjumpaan serta dailog bersama ADUN Sri Muda dan Wakil MBSA pada 01 /03/ 2009.Majlis yang pada awalnya tidak mendapat kerjasama seperti yang diharapkan dari pada persatuan penduduk akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang harmoni telah di hadiri tidak kurang dari 150 orang penduduk yang mendiami pangsapuri Mediteranean dan Alora.Orang Ramai yang hadir berpeluang mendengar penjelasan terus daripada YB Shuhaimi Shafiei berkenaan dengan apakah dasar Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sepanjang hampir setahun pemerintahan di negeri Selangor.Di pertemuan tersebut Orang ramai mengambil kesempatan untuk bertanyakan apakah langkah - langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi menghadapi masalah ekonomi global yang sedang melanda ketika ini.

Dikesempatan itu juga penghuni yang mendiami kedua - dua kawasan tersebut berharap agar YB Shuhaimi Shafiei dapat membantu permasalah yang mereka hadapi sepanjang mendiami pangsapuri tersebut.Yb Shuhaimi Shafiei melahirkan keyakinan untuk membantu rakyat tanpa mengira latarbelakang dan kedudukan.


Sunday, March 8, 2009

Ceramah Jalan Kebun Di Sabotaj atau Kebetulan..???

7 Mac 2009 - Dewan MBSA Jalan Kebun - Ceramah Umum sempena 1 Tahun pemerintahan Pakatan Rakyat anjuran PKR Dun Jalan Kebun yang diadakan di Dewan MBSA Jalan Kebun yang sedang hangat terpaksa di hentikan berikutan bekalan eletrik di dalam Dewan dan beberapa rumah berhampiran dewan terputus secara tiba-tiba.





Majlis yang dihadiri oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berlangsung hangat sepanjang majlis berjalan bermula dari ucapan YB Shuhaimi Shuhaimi selaku tuan rumah


di hangatkan lagi dengan kelantangan pendedahan berita-berita sensasi di Parlimen oleh ahli parlimen Kuala Langat YB Abdullah Sani.

Program yang pada asalnya dirancang dibuat di padang bola bersebelahan Dewan tidak diluluskan oleh pihak polis Shah Alam dengan pelbagai alasan diberikan sepanjang proses permohonan permit bagi melengah-lengahkan urusan.



Akhirnya program tersebut dapat juga diadakan di Dewan MBSA Jalan Kebun Klang jam 8 malam.


Kehadiran pihak polis tidak menghalang lebih 5 ribu orang hadir untuk mendengar sendiri maklumat dari para pemimpin Pakatan RakyatMajlis lebih hangat dengan pengumuman kemasukan bekas 561ahli Umno, MIC dan MCA sekitar Dun Sri Muda diketuai oleh 6 Bekas Ketua Cawangan Umno.



Majlis bertambah hangat apabila YB Azmin Ali mendedahkan pembabitan Dato Sri Najib Razak dalam kes Altantuya seperti yang dilaporkan oleh beberpa akhbar luar negara beberapa hari lepas.


Lebih kurang pukul 11.00 malam kelihatan beberapa anggota polis berpakaian biasa kelihatan beredar dari dalam dewan. 10 minit kemudian kelihatan 2 orang petugas TNB berlegar disekitar kawasan berhampiran dewan. Dalam pukul 11.30 malam beberapa ahli PKR termasuk Ketua AMK Kota Raja Sdr Azmizam menerima mesej yang mana pihak tertentu sedang berusaha menghalang dari pendedahan oleh YB Azmin Ali diteruskan.

Tepat jam 11.40malam bekalan eletrik dalam Dewan dan beberapa rumah disekitar kawasan dewan telah dipotongPenyokong bertambah marah dengan tindakan tersebut, namun ianya dapat ditenangkan oleh Pengerusi Majlis Sdr Azwan Mat Amid yang dapat mengawal keadaan dengan baik.


Majlis bersurai dengan aman dan akhirnya tepat jam 1.00 pagi bekalan eletrik disambung semula.Ternyata Umno dan Barisan Nasional kini semakin tenat, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi menghalang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan masyarakat.

Sekian

Saturday, March 7, 2009

Kerajaan Negeri Pulihkan Projek Terbengkalai


Sinar Harian 06.03.2009 - SHAH ALAM - Sebanyak 144 projek terbengkalai dianggarkan bernilai sekitar RM7 hingga RM9 bilion telah dikenal pasti di seluruh negeri Selangor sehingga 31 Disember 2008 yang melibatkan 45,449 pembeli.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai ditubuhkan untuk membuat penilaian semula sama ada projek terbengkalai itu berdaya maju dan dapat dipulihkan.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dengan kerjasama tiga konsultan iaitu Rimbun Capital Sdn Bhd, RSS-PMC Sdn Bhd dan Kumpulan Muhandis Sdn Bhd.

“Setakat ini 80 projek telah disenaraikan ‘Task Force’ dalam proses kajian pihak konsultan dan berdasarkan kajian konsultan, terdapat 46 projek yang dilihat berpotensi untuk dipulihkan.

“Pada 2008, sebanyak lapan projek telah dipulihkan iaitu projek di daerah Hulu Langat, Shah Alam, Gombak, Puchong, Klang dan Hulu Selangor. Kelapan-lapan projek tersebut telah 100 peratus siap dengan jumlah unit sebanyak 2,710, “ katanya dalam ucapan di majlis Taklimat Prestasi ‘Task Force’ Projek-Projek Perumahan Terbengkalai dan Majlis Menandatangani MOU Antara Pemaju Asal Dan Pemaju Penyelamat di sini semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Mazalan Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib; ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei; ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.

Bagi 2009, terdapat empat projek terbengkalai akan dipulihkan iaitu Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor, Projek Platinum Damansara dan Projek Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Perniagaan & Pangsapuri Perkhidmatan di daerah Petaling serta Projek Perumahan di Gombak.

“Ada empat lagi projek yang sedang dalam perhatian 'Task Force’ kita dan mungkin jumlah bilangan unit yang akan dipulihkan adalah hampir kepada 7,000 hingga 8,000 unit. Kita bercadang untuk memulihkan dan menyiapkannya dalam tahun ini.

“Selepas ini, terdapat banyak lagi projek-projek yang akan diambil alih kontraktor-kontraktor baru. Saya rasa inilah cadangan kita supaya mereka yang berkemampuan sama-sama memberikan satu penyelesaian di mana kontraktor lama dapat menyelesaikan bebanan hutang dan kontraktor baru dapat keuntungan dari projek ini.

“Apa yang penting, kepada pembeli yang terpaksa bayar ansuran, tetapi belum tentu rumah mereka disiapkan dan kita berharap ketiga pihak ini dapat sesuatu yang bermanfaat dari apa yang dilakukan ini,” katanya.

Iskandar berkata, sebanyak lima projek perumahan terbengkalai berjumlah 694 unit yang telah diambil alih untuk dimajukan semula di negeri ini di mana pemaju asal dan pemaju penyelamat (baru) telah menandatangani perjanjian persefahaman semalam.

Ia melibatkan projek perumahan di daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Ampang.

Pembangunan semula projek perumahan terbengkalai ini adalah salah satu daripada lima ‘Rangsangan Baru Pakej Ekonomi Negeri Selangor yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kelmarin.

Editor : PAnet juga mendapat maklumat bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM240j kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) bagi meneruskan semula pembangunan terbengkalai di Alam Perdana, Bandar Puncak Alam.

Thursday, March 5, 2009

"KERAJAAN PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN"

"PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN" Bertepatan dengan slogan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat pada disember 2008 menjelang musim persekolahan yang baru untuk sesi 2009.Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda melalui dana yang disalurkan oleh kerajaan negeri telah menganjurkan program kembali ke sekolah yang mana telah berlangsung di Dewan Orang Ramai MBSA Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam.

Program yang bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan kepada ibu bapa serta penjaga yang berpendapat rendah yang kurang dari RM1500 untuk membuat persiapan menjelang musim persekolahan untuk sesi 2009.Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat telah memberikan bantuan berbentuk kopun kasut yang bernilai RM20 (Bata) serta sebuah Bag sekolah kepada setiap pelajar yang terpilih.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei banyak lagi bantuan yang akan di salurankan kepada rakyat di negeri Selangor dalam masa terdekat demi menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu.


YB,Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan sumbangan kepada pelajar - pelajar yang istimewa yang terpilih.


" Kerajaan Prihatin dan Berkebajikan" Penerima sumbangan terdiri daripada semua kaum terdapat di Malaysia.




MENGAMALKAN HIDUP SIHAT

KOTA KEMUNING - Seiring dengan kepesatan kemajuan serta kesibukkan mengejar kejayaan dan kemewahan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengabaikan penjagaan kesihatan diri.Kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian ramai dikalangan masyarakat tidak ambil peduli tahap kesihatan mereka.Malahan ada yang beranggapan mereka tidak perlu terlibat dengan aktiviti senaman kerana memandangkan kesihatan mereka sentiasa baik.

Demi menberikan sokongan serta galakkan kepada seluruh lapisan masyarakat untuk mementingkan penjagaan kesihatan.YB, Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk bersama - sama sebuah kelab berbasikal yang di anggotai oleh pelbagai peringkat usia dalam program berbasikal yang berlangsung di Shah Alam baru - baru ini.Beliau menyeru kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat usia,agama mahu pun fahaman politik untuk bersama - sama melahiran ganerasi yang mementingkan kesihatan.Kerana dengan kesihatan yang baik dikalanggan masyarakat impian untuk menjadikan negeri Selangor terus maju serta berdaya saing akan lebih mudah dicapai kerana rakyatnya yang sihat dan cergas.











ANTARA ORANG PENTING YANG TERLIBAT DIDALAM ACARA BERBASIKAL YANG BERLANGSUNG BARU - BARU INI.


BIARPUN KELETIHAN NAMUN SHUHAIMI SHAFIEI MASIH MAMPU TERSENYUM MANIS.



Monday, March 2, 2009

"HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT"

DUN SRI MUDA - Bersempena dengan sambutan ulangtahun yang pertama pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR,PAS,DAP) di negeri Selangor darul Ehsan.Pejabat ADUN kawasan Sri Muda dengan kerjasama Parti keADILan Rakyat Dun Sri Muda akan menganjurkan beberapa program yang mana akan menemui segenap golongan masyarakat setempat.

"HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT" adalah satu program yang akan dihadiri oleh kepimpinan yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat serta para pengundi setempat di DUN sri Muda.Rakyat di seluruh Dun sri Muda serta kawasan sekitar di jemput hadir beramai - ramai untuk mendengar dasar - dasar Kerajaan Negeri yang memberi faedah kepada seluruh Rakyat di negeri Selangor.Tidak ketinggalan juga rakyat yang hadir pada malam tersebut berpeluang mendengar penjelasan dan kupasan isu - isu semasa berkenaan senario politik tanahair.Pada majlis tersebut juga akan di adakan upacara penyerahan borang keahlian kemasukkan beramai - ramai Ahli - ahli dari umno,mic serta mca ke dalam Parti keADILan Rakyat yang dijangkakan tidak kurang seramai 300 orang.

Untuk panduan kepada orang ramai yang ingin hadir ke majlis yang akan berlangsung pada hari tersebut pihak urusetia penganjuran akan meletakkan papan tanda arah serta petugas di sepanjang laluan ke lokasi majlis berlangsung.

"HIMPUNAN SETAHUN SETAHUN SUARA RAKYAT"

TEMPAT : DEWAN MBSA JALAN KEBUN SEKSYEN 30 SHAH ALAM

TARIKH : 07 MARCH 2009 MASA : 08.00 mlm

PENCERAMAH YANG DIJANGKA HADIR :

1. YB, AZMIN ALI

2. YB, NURUL IZZAH ANWAR

3. YB, TENG (SPEAKER DUN)

4. YB, SHUHAIMI HJ SHAFIEI

5. YB, DR SITI MARIAH MAHMUD

6. YBHG, DR BADRUL AMIN