Sunday, March 29, 2009

Kota Kemuning Prihatin Alam Sekitar

Pada pagi 29/03/09, MPP Zon 12 denga usaha sama MBSA, Total Child dan Persatuan Penduduk Kota Kemuning telah menganjurkan program "Penjagaan Alam Sekitar Bermual Dari Saya" di Dewan Oncidium, Kota Kemuning.

Berikut adalah hasil pendidikan kesedaran penjagaan alam sekitar daripada murid-murid Toal Child di Kota Kemuning.

Apakah peranan anda dalam usaha penajgaan alam sekitar, sedangkan budak tadika suga memepunyai kesedaran demikian?



Lawatan Tapak Banjir Sek 32

Pada petang 02/03/09 selepas hujan, Sek 32 telah dilanda banjir kilat. Hasil daripada lawatan ke tapak banjir oleh Ahli Majlis En. Tan Ah Kow, Pengurus Cawangan MBSA En. Rauf, Setiausaha Kehormat MPP Zon 12 En Anthony Das dan pegawai-pegawai MBSA mendapati, punca utama banjir kilat disebabkan kerja-kerja projek Prolintas telah menumbat longkang pengaliran.

Dengan kerjasama daripada kontraktor projek, serta-merta memulihkan pengaliran air hujan dan membersihkan sekatan-sekatan dalam longkang, masalah ini dapat di atas dengan segera.







Lawatan Tapak/Kebersihan Berkala

Sejajar dengan dasar MBSA mensasarkan 2009 sebagai Tahun Penguatkuasaan, dan serangan wabak denggi yang merunsingkan dalam kawasan pentadbiran MBSA; oleh kerana MPP Zon 12 memandang serius perkara ini, maka AJK Zon bersama dengan Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan pegawai MBSA Cawangan Kota Kemuning sentiasa membuat lawatan berkala secara mengejut.

Berikut adalah hasil dan penemuan lawatan ke kawasan Aranda, Seksyen 31 bersama pada 03/03/09.

Pengurus Cawangan MBSA En. Rauf dan Ahli Majlis En. Tan sedang memerhatikan tapak gelanggang bola keranjang yang mempunyai banyak kecacatan di mana tapaknya tidak sama rata seperti ombak dan cat permukaannya gugur kerana masalah kualiti.



Longgokan sampah yang tidak dibersihkan oleh kontraktor penyelenggaraan.


Persekitaran yang semak-samun belum dibersihkan dan longkang yang tersumbat.


Pekedai tidak bertanggungjawab membuang sampah-sarap atas bahu jalan, menlonggokkan bahan jualan atas tempat letak kereta, menghalang lalulintas dan sebagainya di Seksyen 31.


Majlis Penerangan Di Jalan Kebun

Pada 07/03/09, ADUN Sri Muda telah mengaturkan satu majlis penerangan suasana terkini keadaan politik semasa dan penjelasan dasar-dasar kerajaan negeri di DEwan Orang Ramai Jalan Kebun.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dr. Xavier, ADUN Sri Andalas merangkap EXCO; YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat; YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Gombak; Ahli Majli MPK merangkap Ketua AMK Kota Raja En. Azmizam, Ahli Majli MBSA En. Tan Ah Kow.

Antara kemuncak majlis ini adalah penyerahan ahli baru PKR dari bekas Ahli-ahli UMNO Jalan Kebun kepada YB Azmin Ali.




Saturday, March 28, 2009

Pemeriksaan Kesihatan Berkala MBSA

Seperti masa lalu, MBSA & Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 memang komited dalam usaha untuk memperbaiki tahap mutu kebersihan dan kesihatan kawasan Kota Kemuning. Lantaran itu, pegawai MBSA bersama Ahli Majlis saban bulan turun padang membuat lawatan dan pemeriksaan berkala seluruh kawasan.

Di Seksyen 31, terdapat aduan orang ramai atas longgokan sampah kitaran semula di atas bahu jalanraya. Keadaan ini telah dipantau sendiri oleh Ahli Majlis MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow bersama dengan Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Rauf dengan bantuan pegawai penguatkuasa dan Inspektor Kesihatan En. Azahar Nikmas.

Keadaan ini telah dibersihkan oleh pengusaha syarikat selepas menerima teguran dan kompoun daripada pegawai penguatkuasa MBSA. Syabas, penguatkuasa dan Inspektor Kesihatan.


Selain daripada itu, pemeriksaan ke atas semua kedai-kedai makanan dan restoran juga tidak pernah berhenti. Saban hari, lawatan mengejut dilakukan, sunggupun kempen ini telah berjalan setengah tahun (6 bulan), namun masih terdapat kedai makanan yang seperti berikut: