Wednesday, July 22, 2009

Perbincangan Dengan Exco Selangor

"MASA ITU EMAS" Walaupun jadual serta perjalanan persidangan Dewan Negeri Selangor begitu padat, YB Shuhaimi berkesempatan juga membawa wakil penduduk Taman Sri Muda bertemu YB Ronnie Liu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi membincangkan permasalah berkenaan pembangunan di Taman Sri Muda.

Waktu rehat makan tengah hari merupakan peluang keemasan untuk YB Shuhaimi menemukan wakil penduduk Taman Sri Muda dengan Exco Kerajaan Negeri itu di tingkat satu Bangunan Annex yang juga menempatkan Dewan Negeri Selangor. Kesudian Exco tersebut meluangkan masa rehat beliau juga memudahkan lagi perbincangan mereka.

Dalam pertemuan tersebut YB Ronnie telah memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Taman Sri Muda dengan seberapa segera. Diakhir pertemuan penduduk mengkagumi keikhlasan serta kesediaan para pemimpin pakatan rakyat membantu serta melayan bagi meringankan beban mereka tanpa mengira tempat dan masa walaupun diketika padat menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor.





Tuesday, July 21, 2009

YB Bersama Penduduk Putra Height

Pada pagi 03/07/09, YB Shuhaimi Shafiei sekali lagi turun padang mendengar aduan persatuan penduduk berkenaan dengan pembinaan kiosk penjaja Majlis Perbandaran Subang Jaya tidak sesuai dan tidak miliki TOL daripada pejabat tanah.

Turut hadir bersama adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Height Pn. Selina dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri YB Murugiah.

Pn. Selina telah memberikan penjelasan atas aduan persatuan penduduk di tapak berkenaan.










Friday, July 17, 2009

DEMO DI BANGUNAN SPRM - 7 ORANG DITAHAN

Sehingga jam 5.00 pm peserta perhimpunan yang ditahan masih belum dibebaskan.

Antara yang ditahan :
1. YB Manikavasagam - Ahli Parlimen Kapar
2. YB Dr Xavier Jayakumar - Exco Selangor
3. Razak Ismail - (PA Exco)
4. Telai Ambalan - (PA Dr Xavier)
5. Loh Boon Keat - (PA YB Hee Loy Sian)
6. Shahruddin B Abu Bakar (PA YB Amiruddin)
7. Richard Yap (PA YB Dr Cheah)

kesemuanya masih ditahan di Balai Polis Sek 11 Shah Alam....

Sila Hadir.. Untuk Beri Sokongan...

Thursday, July 16, 2009

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM


Jul 16, 09 5:20pm


kemaskini 6.23pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor Dapat Sokongan Tinggi - Merdeka Center

Petikan Selangor Kini

Wednesday, 15 July 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 15 Julai - Baru-baru ini, satu kajian tahap kepuasan rakyat Selangor terhadap prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapati mereka amat berpuashati malah memberi sokongan yang tinggi kepada pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini.

Seramai 1,360 responden yang berumur lebih 21 tahun ke atas mengambil bahagian dalam soal selidik tersebut yang dikendalikan oleh organisasi bebas iaitu Merdeka Center.

Video temuramah TVSelangor

Soal selidik yang melibatkan pengundi berdaftar di Selangor itu, dibuat melalui panggilan telefon, berdasarkan kawasan parlimen, kaum dan jantina dari 5 hingga 15 Jun tahun ini.

Kaji selidik ini juga mendapat pembiayaan dari Pejabat Menteri Besar Selangor.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berpendapat keputusan soal selidik amat memberangsangkan walaupun ketika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya 8 Mac lalu adalah zaman kegawatan ekonomi dunia namun sokongan rakyat tetap tidak berubah.

“Keputusan ini amat memberangsangkan setelah mengambilkira faktor yang tidak memihak kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana dalam kegawatan ekonomi kita mengambilalih, dalam keadaan di mana Kerajaan Persekutuan tidak memberi subsidi yang sepatutnya, tidak memberikan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri dan memandangkan media utama yang dikawal Barisan Nasional, keputusan ini amat memberangsangkan”, katanya.

Bagaimanapun, Teng akur kepada kelemahan-kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat setelah lebih setahun mentadbir negeri Selangor.

Beliau mendapati sistem yang digunapakai sekarang sudah lama digunapakai oleh Barisan Nasional dan perlu pembaharuan terutamanya dalam mengatasi kerenah birokrasi dan sistem penyampaian kerajaan.

“Kami Pakatan Rakyat juga menyedari kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran kita iaitu khususnya dari segi penyampaian (delivery system) tu, dan juga beberapa masalah pentadbiran yang perlu diperkasakan lagi untuk melicinkan pentadbiran kerajaan, dan juga mengurangkan birokrasi yang terlalu lama wujud dalam sistem pentadbiran kerajaan dan keseluruhannya ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat itu menuju ke halatuju yang begitu jelas, yang diterima oleh semua kaum dalam Selangor ini khususnya golongan muda yang menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat ini”, jelas Teng lagi.

Sementara itu, ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie pula berpendapat, tindakan segera perlu diambil bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat melalui beberapa cara.

Antaranya ialah mempromosikan program-program “Agenda Merakyatkan Ekonomi” melalui pemasangan papan tanda di setiap kawasan DUN seluruh Selangor.

“Saya mencadangkan oleh kerana kita kerajaan negeri ini kita dinilai oleh rakyat kepada apa yang mereka nampak, bukan kepada apa yang kita buat, jadi saya bersetuju pertamanya di peringkat PBT, di mana pihak berkuasa tempatan langkah pertama untuk menyakinkan rakyat ialah mesti menukar, menurunkan saki baki billboard, giant billboard yang lama, yang kusam, yang hodoh, yang buruk, turunkan segera dan kemudian kita kena gantikan satu billboard yang memasukkan apa agenda merakyatkan ekonomi yang dibuat. Kita kena tulis di dalam giant billboard ini di setiap kawasan DUN maknanya meliputi 56 kawasan DUN mesti ada billboard yang menerangkan tentang hal itu”, katanya.

Selain itu, Suhaimi juga mencadangkan agar PBT sentiasa peka dan bertindak segera terhadap sebarang aduan rakyat bagi memastikan kualiti kehidupan mereka tidak terjejas.
“Saya mintak supaya PBT pantas mengambil aduan-aduan yang diadukan kepada mereka oleh rakyat contohnya sampah pukal, ada kita perasan perhatikan sampah-sampah pukal ini tidak dikutip, oleh kerana ianya berada di bawah pihak JMB ataupun MC yang menguruskan satu-satu bangunan itu. Rakyat tidak melihat itu kegagalan JMB atau MC, apa yang rakyat nampak itu kegagalan pihak berkuasa tempatan”, kata Suhaimi lagi.

Suhaimi juga turut menegur sikap kakitangan kerajaan negeri Selangor yang sering tidak mematuhi waktu rehat terutamanya sarapan pagi yang perlu dihadkan.

“Saya nampak tidak kiralah sama ada di mana-mana agensi kerajaan, pejabat-pejabat kerajaan masa untuk kakitangan minum pagi itu dihadkan, rakyat nampak sejak dari dulu, di mana kalau pergi ke jabatan kerajaan, akan nampak pegawai-pegawai yang mengendalikan kes itu tidak ada di kaunter”, tegas Suhaimi yang mahukan pembaharuan segera. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai: Tak Terlalu Manis, Tak Terlalu Pahit

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azzawajalla PAS dan Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Manek Urai. Terdapat terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar, dan kejadian ini sememangnya banyak kebaikan dan hikmat khususnya dalam usaha kita mentadbir negara di peringkat pusat.

1. Pengarah Pilihanraya PAS;

Tindakan sdr. Abdul Fatah Harun selaku Pengarah Jentera Pilihanraya jelas mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan 'lebih 2000 undi' walaupun tidak dapat dibuktikan. Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan 'PAS sudah pasti menang'. Sekiranya PAS kalah, bagaimana mungkin dapat kita memperbetulkannya?

2. Perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen PR;

Isu Timbalan Presiden PAS dan TG Nik Aziz, TG Hadi Awang dan Husam Musa, tidak dilupakan 'sengketa' antara ahli PR di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi. Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya. Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi.

3. 'Adaabul Ikhtilaaf' atau kaedah menegur sesama pimpinan PR secara terpuji;

Sehingga kini, Pakatan Rakyat masih gagal membuktikan bahawa 'keterbukaan' dalam pimpinan berbanding sifat 'yes man' boleh diterima rakyat sebagai sesuatu yang positif. Setiap ucapan, kritikan dan masalah komunikasi yang melanda dilabel sebagai 'skandal, boikot dan tanda perpecahan'. Kemungkinan bagi pimpinan itu sendiri perkara ini tidak begitu besar, tetapi kesannya kepada keyakinan rakyat tidak dapat dinafikan. After all, "politics is based on perception, not actual truths - Amir Hamzah Amha, 2009"

4. Jambatan yang tidak berupaya dibina selama 19 tahun PAS memerintah.

Sememangnya isu jambatan yang menghubungkan kawasan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sememangnya suatu yang sensitif. 5 unit peti undi di DUN Manek Urai mengaku bahawa 'umpan jambatan BN' sememangnya menggiurkan walaupun ia jelas lagi bersuluh suatu rasuah politik. Kegagalan semua pihak agar melihat perkara ini sebagai punca utama kemenangan PAS yang sedikit ini akan menyebabkan analisa post-mortem yang salah. Bagi UMNO ia akan menjadi asas yang memakan diri sekiranya mereka menjangka UMNO sudah mula diterima rakyat, dan kepada PAS pula, kemungkinan besar PAS akan kecundang kerana jambatan baru tidak dibina walaupun sudah 19 tahun berada di bawah PAS kecuali seketika pada 2004.

Secara keseluruhannya, PAS menang sikit sebab 'Getok', bukan sebab UMNO semakin kuat. Calon profesional? saya rasa rakyat menyampah tengok calon-calon UMNO yang gemuk-gemuk nak dibandingkan pengundi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok.

Sumber puterabatu.blogspot

ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA

Sri Muda - Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa kesal diatas tindakan segelintir masyarakat yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang masih berleluasa di sekitar kawasan Jalan Kebun dan Johan Setia serta kawasan - kawasan sekitarannya.
Beliau menyeru agar orang ramai tidak berterusan melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh menyebabkan permasalah pencemaran udara yang teruk.Beliau juga tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang terlibat dengan aktiviti pembakaran terbuka dan akan memberikan kerjasama kepada pihak yang berwajib agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Saya akan pastikan mereka yang terlibat dengan pembakaran terbuka akan dikenakan
tindakan yang sewajarnya demi memastikan kesihatan rakyat terjamin.






























Kepulan asap hitam memenuhi ruang udara Kg Jalan Kebun
akibat pembakaran yang berlaku.


























Kelihatan Angota Bomba dan penyelamat bersiap sedia untuk jalan kerja - kerja operasi memadamkan kebakaran kebun yang berlaku.





ZIARAH DAN MINUM PAGI BERSAMA TOK KETUA KAMPUNG



Masa yang terluang telah diambil kesempatan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk ziarah dan minum pagi bersama Ketua Kampung,Kampung Johan Setia.


Ziarah yang bertujuan untuk mendengar dan berbincang perkara - perkara yang perlu diutamakan demi kesejahteraan rakyat setempat.

Program ziarah dan minum pagi bersama - sama ketua kampung ini akan diteruskan melibakan kesemua ketua - ketua kampung yang berada dibawah kawasan Sri Muda.

Setiausaha JKKK Kg, Johan Setia mencatat setiap perkara
penting yang dibincangkan









PAKATAN RAKYAT MENANG DI MANEK URAI

Tepat jam 9.01 malam, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan kerusi N41 Manek Urai dimenangi calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Fauzi Abdullah.

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Fauzi menujukan kemenangan ini kepada kepimpinan dan akar umbi Pas yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.

“Memang sengit pilihanraya ini, walaupun kecil, tetapi semua menteri turun ke Dun Manek Urai ini,” katanya.

“Saya ucap terima kasih kepada rakyat yang tidak termakan dengan sogokan dan janji-janji yang dibuat, yang saya fikir kerana ketahanan diri mereka yang kuat. Faktor kemenangan ini juga kerana hubungan rakyat dengan akar umbi kerana kalau kita tidak hampir kepada rakyat, kita tidak mungkin dapat mempertahan Dun Manek Urai,” tambah Fauzi.

Sementara itu, Exco Kelantan Husam Musa berkata Pas mampu meraih sokongan lebih besar sekiranya politik wang Umno-BN dibendung SPR.

“Kemenangan ini sesuatu yang berharga pada kami, kerana politik wang amat berleluasa, tetapi rakyat mampu bertahan dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pusingan ke enam. Kalau kena tiga lagi pusingan, dengan izin Allah, Umno tumbang,” tegas Husam.

“Secara teori, Umno percaya menjadi alat untuk memenangkan kawasan luar bandar, tetapi kerana kekuatan iman dan kefahaman politik para pengundi, rakyat dapat bertahan disebalik serangan wang yang begitu dahsyat sekali,” katanya.

“Saya ingat BN tentu amat kecewa sekali. Dengan pelaburan sebesar itu mereka masih gagal. Ini satu pukulan hebat kerana walaupun dengan 11 tawaran Perdana Menteri, masih mereka belum menang disini,” kata Husam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang mengikuti perkembangan Manek Urai dari Nottingham, United Kingdom menyaggah dakwaan media perdana bahawa sokongan terhadap Pas semakin terhakis.

“Tidak sekali-kali berkurangan. Di kawasan Manek Urai, dengan rakyat yang banyak bergantung kepada kerajaan dari segi bantuan, namun mereka masih memilih calon Pakatan Rakyat – walaupun dengan majoriti yang kecil – tetapi ini adalah petanda positif rakyat Kelantan masih bersama-sama Pas dalam apa keadaan sekalipun,” tegas beliau.

“Kita bersyukur rakyat telah cuba dirasuahkan tetapi rakyat masih lagi berpegang kepada perjuangan bersama Pas, disebalik ugutan dan rasuah dari pihak Umno-Barisan Nasional,” tambahnya.

Sumber Keadilan Online...

Sunday, July 12, 2009

Assemblymen discover new illegal sand mine on surprise visit


NINE lorries and four excavators were seized in the Gombak District during the last two months in the wake of the increase in illegal sand-mining activities in the area.

The vehicles were seized from illegal mines in Kuang and Kundang.

However, no arrests were made.

This was revealed during a surprise visit by Rawang assemblyman Gan Pei Nei and Sri Muda assemblyman Mat Shuhaimi Shafiei recently to Taman Tun Perak in Rawang to check on the illegal activity.

Evidence: Fresh excavator tracks can be seen at the new illegal site which Gan and Shuhaimi discovered during their recent surprise visit to Taman Tun Perak, Rawang.
Mat Shuhaimi, who is a special assistant to Selangor state agriculture modernisation committee chairman Yaakob Sapari, warned all operators that those who conducted sand-mining activities illegally would be blacklisted by the state.

"We are cracking down on the illegal operators and have conducted joint operations with the police, Land Office, Road Transport Department and other authorities.

"We appreciate the public providing us with information on these acivities and hope we can bust this huge syndicate. The state is losing millions of ringgit due to illegal sand-mining and this has to stop," he said.

According to Gan, she received complaints from residents last month and visited the site several times. She also forwarded the complaints to Gombak Land Office district officer Huzaini Samsi, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Yaakob.

"The illegal sand-mining in Taman Tun Perak has been taking place for more than a year. The operators conducted their activities after 5pm to evade the authorities," Gan said.

During their surprise visit, Gan and Mat Suhaimi noticed that the operators were stealing sand at a new site without obtaining any permits.

Gan said the contractor had been given two months to remove sand from a specific lot but they discovered that the contractor had excavated a new site without any state approval and Shuhaimi ordered the contractor to stop its operations immediately.

Last week, Gan had seen a contractor taking sand samples and asking the lot owners for the sand.

She had told the contractors then that any sand-mining there was illegal as the lot owners had never received any permits from the state, and warned those who encroached on the land that they would be prosecuted.

Friday, July 10, 2009

Lawatan Pelajar Program Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda ke Dewan Negeri Selangor


Buat pertama kalinya Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini turut disaksikan 69 pelajar Tingkatan 5 di bawah Program Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda, yang mewakili tiga buah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah, SMK Taman Seri Muda dan SMK Jalan Kebun.

Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Dun Sri Muda, Rizal Omar berkata, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perjalanan sidang dewan Negeri yang sedang berlangsung ini.

"Tujuan adalah memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat melalui dan melihat terus cara perjalanan dewan Negeri Selangor,itu adalah matlamatnya," jelasnya.

Rizal berkata, ini adalah lawatan kali pertama pelajar terbabit untuk mengetahui cara bagaimana rang undang-undang digubal.

Pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana dewan ini bersidang.

Bagi Aruna Devi, berasa sungguh gembira kerana dapat lihat bagaimana cara seorang berbahas, dan ini mengalakkannya untuk menjadi seorang ahli politik.

"Tujuan saya datang sini untuk melihat sendiri apa yang selama ini saya belajar, selama ini saya rasa benar-benar ingin tahu bagai mana dewan bersidang rasa sangat gembira," katanya.

Pelajar-pelajar juga berkesempatan bertemu serta beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri YB Teng Chang Kim dan Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei serta melawat kawasan sekitar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang juga merupakan tempat terletaknya pejabat-pejabat kakitangan kerajaan negeri termasuk YAB Menteri Besar.


Video Temuramah TVSelangor.com



Thursday, July 9, 2009

Sultan: Usah Guna Kedudukan YB Untuk Kepentingan Peribadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan wakil rakyat supaya tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi yang boleh menghancurkan kesejahteraan rakyat dan negeri Selangor.

Titah baginda, wakil rakyat tidak boleh mengunakan kepentingan peribadi sehingga hilang pemikiran yang waras dan timbul perasaan tamak haloba.

"Sukacita beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan kepada ahli-ahli yang berhormat bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Berparlimen semenjak Negara mencapai kemerdekaan. Sistem ini telah termaktub…
di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

Berita Penuh.....

Saturday, July 4, 2009

Perasmian Karnival Sukan Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai suatu ´keperluan asas´ bagi kedua-dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Disebabkan itu Surau An-Nur Bandar Puteri Klang menganjurkan aktiviti Karnival Sukan
yang juga merupakan acara tahunan Surau tersebut. Disamping dapat mengeratkan ikatan ukhwah sesama ahli kariah, ianya juga dapat membuka ruang kepada semua penduduk mengenali dengan lebih rapat seluruh penduduk Bandar Puteri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Amiruddin selaku Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor. Turut hadir YB Shuhaimi Shafiei yang merupakan Adun kawasan Sri Muda.

Rombongan Meminang YB Shuhaimi

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.








4hb Julai 2009 pasti akan terpahat dalam memori sebagai hari yang paling bersejarah.

2 insan bercinta mengikatkan tali pertunangan sebagai tanda perjanjian kesetiaan untuk sehidup semati.

Hari ini pertama kalinya dalam sejarah setelah bergelar Yang Berhormat diminta menjadi wakil bagi pihak lelaki untuk melamar bunga ditaman.

Walaupun nampak sedikit kekok, YB tetap cool. Tahniah kepada Ridwan dan tunang. Semoga ikatan kekal sehingga ke akhir hayat.





pungguk merindu dengan berangan
bulan juga ternanti-nanti
tapak tangan satu perjuangan
biarlah kekal bersatu hati

banyak dapat ikan tembakul.
ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
biar sampai dunia akhirat

Kempen Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas Kota Kemuning


Kempen Pendaftaran besar-besaran bermula seawal jam 6.00 pagi lagi.

Bertempat di Padang Permainan Kemuning Palma petugas-petugas Pejabat Adun Sri Muda sudah memulakan sesi penerangan kepada warga emas yang memenuhi Taman Permaianan Kemuning Palma, kehadiran penduduk cukup di luar jangkaan.

Kira-kira jam 9.00 pagi kami diserang sekumpulan warga emas yang baru selesai melakukan senaman tai-chi bertentang kaunter kami. Bertanyakan Skim Warga Emas dan pelbagai lagi tawaran kerajaan negeri Selangor.

Tidak cukup tangan kami melayan pertanyaan serta membantu mereka mendaftar, YB Shuhaimi juga turut hadir membantu dan melayan tetamu yang hadir.

Memandangkan jadual yang agak ketat dan keadaan cuaca yang semakin panas kami hanya membuka kaunter sehingga jam 12.00 tengahari sahaja.

Namun pun begitu kempen kami tidak berakhir disini , perancangan kami selepas ini akan tertumpu ke kawasan bandar, surau, masjid dan lain-lain. Tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan usaha anda.

Wednesday, July 1, 2009

Dialog Pemimpin Bersama Rakyat

Pada malam minggu yang lepas Persatuan Penduduk Putra Height telah menganjurkan satu pertemuan Penduduk Putra Height bersama YB Shuhaimi Adun Sri Muda. Kehadiran penduduk cukup membanggakan sesi dialog juga berlangsung aman. Rata-rata penduduk menyatakan kegembiraan bertemu serta berdialog sendiri dengan pemimpin mereka.






Beberapa penduduk yang ditemui menyatakan perasaan terharu beliau bertemu sendiri YB Shuhaimi dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Shuhaimi kerana sudi bertemu serta mendengar luahan penduduk Putra Height. Malah ada yang menyatakan inilah pemimpin yang kita cari.

Mereka juga menyatakan perbezaan ketara antara pemimpin Pakatan Rakyat kini dengan pemimpin Barisan Nasional dulu yang lebih mementingkan kekayaan dan pangkat. Mereka juga menyatakan ucapan tahniah serta meminta agar YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan rakyat meneruskan usaha membantu serta merakyatkan ekonomi negeri Selangor.






YB Shuhaimi dalam ucapannya meminta agar seluruh penduduk dan pendokong pakatan rakyat membantu kerajaan negeri dalam usaha-usaha membantu rakyat serta merakyatkan ekonomi Selangor. YB Shuhaimi juga meminta agar penduduk Putra Height harus memastikan Pakatan rakyat agar terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada pilihanraya akan datang.

YB Bertemu Ketua Kuil Sri Mahamariaman Bukit Kemuning

"Pemimpin Pakatan Rakyat" dari rakyat kepada rakyat, tidak mengira bangsa dan agama, inilah kekuatan Pakatan Rakyat, inilah juga keikhlasan perjuangan Pakatan Rakyat. Ikatan inilah yang membuka mata seluruh rakyat memilih Pakatan Rakyat.




YB Shuhaimi Adun Pakatan Rakyat hadir sendiri bertemu Ketua Kuil Sri Mahamariaman Bukit Kemuning bagi mendengar permasaalahan serta meninjau kawasan kuil yang pernah dilanda banjir pertengahan tahun lalu.




Atas usaha YB Shuhaimi dan Pasukan Skuad Bencana Sri Muda kini banjir kilat di kawasan kuil Sri Mahamariaman bukan lagi masalah utama.

Kerja-kerja penambahbaikan sisitem pengaliran air di sekitar Bukit Kemuning segera dilakukan bagi mengelak permasalahan sama berulang.

Kini masalah banjir kilat di Bukit Kemuning hampir selesai 100%. Walaupun ini merupakan kawasan mejoriti kaum India, YB Shuhaimi tetap membantu rakyat yang memerlukan walaupun berbeza Agama dan Bangsa.




Dalam pertemuan itu pihak kuil menyatakan jutaan terima kasih serta menyerahkan cenderahati kepada YB Shuhaimi dan memohon agar YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan usaha membantu rumah-rumah ibadah serta seluruh rakyat rakyat tanpa mengira kaum.

Tahniah YB Shuhaimi dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat.