Monday, October 26, 2009

SESI TEMUBUAL BERSAMA TV SELANGOR

YB Hannah Yeoh,YB Manikavasagam Dan YB Shuhaimi Hj Shafiei ketika sesi temubual berlangsung
Pelbagai Isu yang diperkatakan dan dibincang ketika sesi temubual berlangsing


Thursday, October 22, 2009

GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK TIDAK DILUPAKAN

SRI MUDA - Kerajaan perihatin dan berkebajikan bersesuaian dengan prinsip yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat.Pejabat Adun Sri Muda dengan kerjasama Pekawanis telah menganjurkan satu majlis khas untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.Bertempat di pejabat Persatuan kecacatan fizikal Klang berlangsungnya majlis tersebut yang dihadiri oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei serta Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut (Isteri YAB Dato' Menteri Besar Selangor) yang merangkap yang dipertua Pekawanis.


Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan Sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan sambil diperhatikan oleh Ybhg Puan Sri Salbiah.

Sumbangan dan bantuan sebegini haruslah diteruskan dimasa - masa yang akan datang.


Diantara sebahagian ahli persatuan kecacatan fizikal Klang yang turut hadir di majlis tersebut.


Ybhg Puan Sri Salbiah(kiri) Puan Jamilah dan Shuhaimi Hj Shafiei di majlis penyampaian sumbangn kepada ahli - ahli PKFK.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PMR DAN SPM 2009

SRI MUDA - Dizaman yang semakin mencabar ketika ini YB Shuhaimi Hj Shafiei begitu mengambil berat berkenaan dengan pencapaian pelajar - pelajar didalam bidang pendidikan yang berada di kawasan Dun Sri Muda.Satu Majlis pertemuan telah di atur oleh biro pendidikan Dun Sri Muda bagi menemukan Shuhaimi Hj Shafiei untuk bertemu dengan pelajar - pelajar bagi calon peperiksaan PMR dan SPM tahun 2009.Hampir 2 jam Shuhaimi Hj Shafiei meluangkan masa untuk beramah mesra serta memberikan kata - kata perangsang dan dorongan kepada pelajar - pelajar yang hadir dimajlis tersebut.


Shuhaimi Hj Shafiei memberikan ucapan serta kata - kata semangat kepada calon peperiksaan PMR dan SPM 2009 daripada Kawasan Sri Muda.


Sebahagian daripada seramai 100 orang pelajar - pelajar calon PMR dan SPM 2009 Dun Sri MUda tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh Shuhaimi Hj Shafiei.




LAWATAN TIDAK RASMI KE INSTITUT TAUFIQ ISLAMIK

SRI MUDA - Walaupun ruang masa yang agak terhad Shuhaimi Hj Shafiei masih berupaya untuk melakukan lawatan tidak rasmi ke salah sebuah pusat pendidikan yang terletak dikawasan Dun Sri Muda.Institut Taufiq Islamik yang terletak di Seksyen 30, menjadi pilihan Shuhaimi Hj Shafiei kerana institut tersebut menempatkan pelajar -pelajar daripada pelbagai latar belakang.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya menyatakan didalam bidang pendidikan tiada garis pemisah biarpun berlainan pandangan,Agama Dan Bangsa kerana semua rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik daripada pihak pemerintah disesebuah Negara.



Sesi perbincangan ringkas diadakan diantara pihak pengurusan sekolah bersama - sama Shuhaimi Hj Shafiei.

Ustaz Rumijan (kiri) bersama Shuhaimi Hj Shafiei ketika sesi perbincangan di Institut Taufiq Islamik.

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

SRI MUDA - Satu majlis ringkas telah dianjurkan untuk penyerahan sumbangan kepada pewaris Skim Mesra Usia Emas (SMUE).Bertempat di dewan orang ramai (MBSA) Kampung Teluk Menegun Seksyen 36, Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk menyerahkan sendiri sumbangan kerajaan Negeri Selangor kepada Pewaris Warga emas yang berdaftar dibawah skim mesra usia emas.Seramai 32 orang pewaris yang hadir dimajlis penyerahan tersebut.


Tanda Kerajaan Perihatin,Tiada perbezaan politik,bangsa serta agama dibawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)



Mengabadikan Kenang - kenangan bersama - sama penerima SMUE.



SOLAT BERJAMAAH SERTA BERTEMUA AJK MASJID AL - MUNAWARAH

SRI MUDA - Pada setiap hari jumaat YB Shuhaimi Hj Shafiei akan mengambil kesempatan untuk solat fardu jumaat berjamaah di masjid sekitar DUN Sri Muda.Selain menunaikan kewajipan ia juga dapat menemukan beliau dengan para jamaah yang turut hadir bersolat di masjid tersebut. Antara masjid yang didalam kawasan Dun Sri Muda adalah Masjid Al - Munawarah Seksyen 27 Shah Alam.


Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama Imam masjid Al - Munawarah sertas AJK masjid meninjau persekitaran masjid.
Shuhaimi Hj Shafiei mengambil kesempatan untuk bertemu AJK Masjid Al - Munawarah seterusnya melakukan perbincangan berkenaan aktiviti yang akan dianjurkan.

Wednesday, October 21, 2009

KERAJAAN PERIHATIN DITERJEMAHKAN...

SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat biarpun baru berusia 1 tahun 8 bulan telah berjaya melaksanakan beberapa program dan usaha demi membantu rakyat yang memerlukan.Antara yang telah dilaksanakan adalah seperti membina sebuah kediaman kepada seorang warga emas yang menetap di seksyen 30.Shuhaimi Hj Shafiei berharap dengan terbinanya rumah tersebut dapat memberikan keselesaan kepada warga emas tersebut untuk melalui kehidupan seharian.


Shuhaimi Hj Shafiei mengabadikan gambar kenang -kenangan bersama penerima Skim perumahan Kerajaan perihatin serta Ketua Kampung dan AJK keADILan Ranting Jalan Kebun.Shuhaimi Hj Shafiei meninjau rumah yang baru siap dibina untuk warga emas di seksyen 30.

ZIARAH KETUA KAMPUNG DITERUSKAN......

SRI MUDA - Yb Shuhaimi Hj Shafiei meneruskan sesi lawatan dan ziarah ke kediaman ketua - ketua kampung di Dun Sri Muda & Parlimen Kota Raja yang mana kali ini kediaman Ketua Kampung,kampung Sungai Kandis menjadi destinasi pilihan terbaru beliau.Dengan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan serta kerjasama diantara kedua - dua belah pihak bagi memantapkan lagi perkhidmatan kepada rakyat setempat.Ketua Kampung kampung Sungai Kandis Ybhg.Tuan Rizal Bin Ayop telah melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga diatas kesudian YB Shuhaimi melapangkan masa untuk bertandang ke kediaman beliau.

Sdr Rizal berharap agar usaha murni yang ditunjukkan oleh YB Shuhaimi dapat diteruskan dan dikekalkan demi kebaikkan bersama kerana dengan cara ini ia dapat memberikan satu semangat serta dorongan kepada kesemua ketua - ketua kampung untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat dimasa - masa akan datang.



Dalam suasana santai Shuhaimi Hj Shafiei bertukar - tukar pandangan dan pendapat.

Sdr Rizal berkopia(kiri),Shuhaimi Hj Shafiei dan seorang AJK MPP Zon 15 menikmati minum pagi.

Tuesday, October 13, 2009

PELAJAR - PELAJAR INSTITUT TAUFIQ ISLAMIK DIRAI

Sri Muda - Dalam kemeriahan menyambut syawal golongan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan serta dipinggirkan. Shuhaimi Hj Shafiei serta Dr Siti Mariah telah meluangkan masa dimajlis jamuan aidil fitri Dun Sri Muda Parlimen Kota Raja dengan bermesra serta menghulurkan sumbangan diut raya kepada pelajar - pelajar daripada Institut Taufiq Islamik Seksyen 30,
pelajar - pelajar yang menuntut di Institut tersebut adalah terdiri daripada pelbagai golongan serta latar belakang.Antaranya anak - anak yatim dan miskin serta dikalangan saudara baru juga turut menuntut di Institut tersebut.Semoga ALLAH SWT akan memberikan kekuatan kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor untuk berterusan membantu semua golongan masyarakat tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan demi kesejahteraan rakyat yang terbanyak.


Pelajar - Pelajar lelaki Institut Taufiq Islamik berbaris untuk bersalaman degan Shuhaimi Hj Shafiei

Dr Siti Mariah Mahmud dan Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan sumbang duit raya kepada pelajar - pelajar perempuan.

Monday, October 12, 2009

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA ANAK - ANAK YATIM

SRI MUDA - Bersempena dengan sambutan hari raya aidil fitri bagi tahun ni 1430 Hijrah / 2009 Masehi Shuhaimi Haji Shafiei telah menyediakan sejumlah wang ringgit untuk disampaikan kepada anak - anak yatim yang menghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Al - Munirah.Dengan bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak - anak yatim tersebut merasai nikmat hari raya seperti mana disambut oleh anak - anak yang mempunyai ibu dan bapa diluar sana.

Menurut Shuahimi Hj Shafiei walaupun jumlah yang diberikan tidak terlalu besar namun akan tetapi ia dapat menceriakan anak - anak yatim tersebut ketika menghadir majlis sambutan aidil fitri Dun Sri Muda.Beliau juga menyeru kepada orang ramai serta tokoh - tokoh perniagaan agar dapt memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik agar dapat merasai nikmat aidil fitri.


Ceria didalam sebak melihat wajah anak -anak yatim yang hadir di majlis sambutan aidil fitri.

Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak - anak yatim dari Rumah Anak yatim/miskin Al - Munirah.

YB SHUHAIMI BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK -ANAK ANGKAT

SRI MUDA - Pada Majlis Rumah terbuka Sambutan Hari Raya Aidil Fitri DUN Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 45 minit untuk beramah mesra dengan anak - anak angkat beliau yang terdiri daripada murid - murid yang terlibat didalam program kelas tiusyen rakyat anjuran Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat).

Selain beramah mesra Shuhaimi Hj Shafiei juga telah menyampaikan sumbangan diut raya kepada kesemua anak angkat yang hadir dimajlis tersebut.Turut serta pada majlis tersebut adalah YB.Puan Dr Hajah Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).Seramai 100 0rang anak angkat dari seluruh Dun Sri Muda telah menghadiri majlis pada hari tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei & Dr Hajah Siti Mariah Mahmud mengabadikan kenang - kenangan bersama - sama sebahagian anak angkat dari kaum lelaki.



Shuhaimi Haji Shafiei & Cikgu Gunasegakaran bersama - sama sebahagian anak angkat perempuan yang hadir.

Friday, October 9, 2009

YB Shuhaimi turut membantu kempen Dun Bagan Pinang

Kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang semakin hari semakin panas apabila hampir setiap malam, Umno dan Pakatan Rakyat masing-masing mengadakan sesi ceramah serentak di beberapa kawasan yang sama.

Terbaru siri keganasan Umno dan Barisan Nasional menyerang beberapa petugas hingga cedera parah di markas Pas dan Pakatan rakyat juga hangat diperkatakan.

Tahap keselamatan petugas di tingkatkan dari masa ke semasa. Samseng-samseng umno semakin mengganas, ini kemungkinan ada kaitan dengan laporan dari risikan khas polis yang mengatakan peluang Pas dan Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ini semakin cerah.

Ini berikutan pendedahan beberapa laman web Umno sendiri yang dilihat secara tidak langsung membantu kempen Pakatan Rakyat dengan menyiarkan beberapa fakta menarik

Siri-siri ceramah juga semakin panas dari masa ke semasa. Pemimpin pakatan rakyat bergabung tenaga bagi memastikan kemenagan calon Pas
berkenaan ketidakpuasan penduduk Teluk Kemang dan Bagan Pinang.Zulkifly Omar.

Malam ini dijangka kehangatan akan lebih dirasai apabila Dato Sri Anwar Ibrahim dijangka akan hadir beberapa lokasi ceramah di sekitar Bagan Pinang. Tahap keselamatan juga ditingkatkan berikutan maklumat yang diperolehi, Umno dan BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka menang dalam pilihanraya ini.

Sama-samalah kita berdoa agar pilihanraya ini dapat berjalan dengan baik dan lancar dan semiga Allah memberi kemenagan kepada Pakatan Rakyat. Insyaallah

Thursday, October 8, 2009

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN CABANG KOTA RAJA 2010 (AMK)

1. AHLI JAWATANKUASA CABANG KOTA RAJA




2. AHLI JAWATANKUASA (AMK) CABANG KOTA RAJA


3. AHLI JAWATANKUASA (WANITA) CABANG KOTA RAJA


Bagi tujuan melaksanakan keputusan tersebut, JPP telah melantik Timbalan Setiausaha Agung PKR Saudari Sharifah Shahidah sebagai Penyelia yang bertindak mengetuai satu pasukan petugas khas terdiri daripada pengawas-pengawas dan kakitangan Ibu Pejabat untuk menjalankan urusan Penjumlahan dan Pengiraan Undi bagi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja.

Proses pengiraan dan penjumlahan undi itu bermula dari jam 2:30 pagi, Isnin 27 September 2010 dan berakhir pada 4:17 petang, Selasa 28 September 2010.

Penjumlahan undi telah dijalankan mengikut satu demi satu kotak-kotak undi yang berjumlah 20 kotak undi semuanya.

Sejumlah kertas-kertas undi telah diasingkan ke dalam bekas kiraan mengikut calon-calon yang bertanding atau sebagai undi rosak. Pengiraan undi pula dijalankan mengikut satu demi satu jawatan yang dipertandingkan.

Kesemuanya melibatkan 8851 kertas undi terdiri daripada 8481 (95.82%) undi sah dan 370 (4.18%) undi rosak. Pertandingan bagi jawatan-jawatan dalam Cabang Kota Raja telah melibatkan kesemua 12 jawatan bagi pimpinan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang.

Setelah selesai urusan pengiraan dan penjumlahan undi, satu inventori dokumentasi urusan pengiraan dan penjumlahan undi bagi Cabang Kota Raja telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat pada jam 5:23 petang, Selasa 28 September 2010 bagi tujuan semakan dan pengesahannya.

Setelah disemak, Jawatankuasa Pemilihan Pusat mendapati bahawa proses pengiraan dan penjumlahan tersebut telah dijalankan dengan sempurnanya sejajar dengan kehendak Peraturan Penjumlahan dan Pengiraan Undi Pemilihan Pimpinan Cabang di bawah Tatacara Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh Abd Malek bin Hussin Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat








Sunday, October 4, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri Dun Sri Muda Meriah

Selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Dun Sri Muda bagi tahun ini. Kemeriahan masih terasa walaupun sudah berlalu. Jumlah pengunjung yang hadir pada tahun ini bertambah hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Pengunjung yang hadir tidak putus-putus sejak dari jam 11.00 pagi membuatkan para petugas tak senang duduk.

Kehadiran YB Dr Hajah Halimah pada jam 10.45 lagi, menandakan detik kunjungan tetamu yang bakal hadir bermula. Tepat jam 11.20 pagi, majlis Rumah Terbuka Dun Sri Muda dirasmikan oleh YB Dr Halimah, selepas sahaja selesai bacaan doa oleh Ybhg Tuan Haji Azman.

Dijangkakan pengunjung yang hadir pada tahun ini mencecah hampir 6000 orang. Tahniah kepada semua petugas dan Ahli Jawatankuasa yang berjaya menjayakan program pada hari ini.

Temuramah bersama TV Selangor... Sila Klik untuk berita selanjutnya..



Tahniah Kepada Semua..

Thursday, October 1, 2009

SESI DAILOG BERSAMA - SAMA PENDUDUK TAMAN MALINDO, SEKSYEN30.


Dari kiri : Sdr mahmud,Hj Mulaini,YB Shuhaimi Hj Shafiei & En.Norhalim Sirome.




Sebahagian penduduk yang hadir pada sesi dailog malam tersebut.
Seorang wakil penduduk mengutarakan soalan kepada ahli panel yang hadir.

SRI MUDA - Didalam keheningan suasana malam yang indah orang ramai yang menetap di Taman Malindo Seksyen 30, telah berkesempatan menghadiri sesi dailog yang di hadiri oleh YB Shuahimi Hj Shafiei serta Ybhg,En Norhalim Sirome (Pengurusi MPP Zon 11).Majlis yang berlangsung dalam suasan yang begitu santai dan penuh mesra telah berjaya mencapai beberapa keputusan yang dapat memuaskan hati hampir keseluruhan orang ramai yang hadir pada malam tersebut.
Penduduk yang menetap di Taman Malindo kini boleh menarik nafas lega kerana hanya tidak sampai sebulan selepas sesi dailog tersebut dijayakan.Jalan utama memasuki taman tersebut telah diturap dengan sempurna olehKerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) yang prihatin dan berkebajikan telah berjaya menjalankan tanggungjawap dengan jayanya.Penduduk juga melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda)
kerana usaha beliau dapat membantu menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu penduduk lebih dari 5 tahun.Semoga segala usaha murni seperti ini berterusan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat keseluruhannya.




Wednesday, September 30, 2009

SINGGAH MINUM PAGI BERSAMA KETUA KAMPUNG, KAMPUNG BARU HICOM

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei meneruskan aktiviti waktu pagi yang sedikit terluang dengan bertandang ke kediaman Ketua Kampung,Kampung Baru Hicom Ybhg Tuan Haji Kamal untuk singgah minum pagi.Kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei yang turut disertai oleh Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat serta Ketua JDM Kampung Baru Hicom Sdr.Rizal juga turut hadir Puan Zarina Ismail Ketua Wanita JDM Ketua Kampung Baru Hicom.

Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir dua jam untuk berbincang serta bertukar - tukar pendapat antara beliau dan Tuan Hj Kamal.Dalam suasana yang begitu mesra banyak pendapat serta cadangan yang dapat dikongsikan bersama untuk kebaikan rakyat yang bermastautin di Kampung tersebut.


Shuhaimi Hj Shafiei (kiri) bersama Tuan Haji Kamal

Antara yang turut serta sedang menikmati hidangan yang telah disediakan.


Ada sesuatu amanat penting yang sedang disampaikan oleh Shuhaimi Hj Shafiei


Mengabadikan kenang - kenangan.(kiri) Azmi Yusuf,Haji Kamal,Shuhaimi Hj Shafiei,En Nordin,Puan Zarina dan Puan Zaitun (Isteri kepada Haji Kamal)








KUNJUNGAN KE PERKIP CAWANGAN SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SRI MUDA - Ahli Dewan Negeri Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa selama satu jam untuk melawat serta bertemu dengan penghuni yang tinggal pusat jagaan PERKIP Cawangan Seksyen 27 Shah Alam.PERKIP adalah satu pertubuhan bukan kerajaan(NGO) yang ditubuhkan bertujuan membantu remaja - remaja yang menghadapi masalah sosial untuk kembali ke pangkal jalan serta masyarakat.


Dalam lawatan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penerangan berkenaan dengan halatuju serta operasi Pusat tersebut oleh Ustaz Roslan selaku pengetua Perkip cawangan tersebut.Antara yang diutarakan oleh Ustaz Roslan adalah berkenaan dengan permasalah penempatan tidak dapat menampung bilanggan penghuni yang semakin bertambah setiap hari.Remaja yang menghuni pusat tersebut ada dikalanggan mereka yang hadir dengan rela hati serta yang dihantar oleh keluarga mereka bertujuan agar dapat pulihkan dari gejala masalah sosial.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya ada menyentuh berkenaan dengan kesanggupan beliau untuk cuba membantu bagi mendapatkan penempatan yang lebih selesa kepada penghuni yang menghuni di pusat pemulihan tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga berkesempatan memberikan sedikit nasihat kepada remaja - remaja yang menghuni di pusat tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila keluar dari pusat tersebut suatu hari nanti.






Ustaz Roslan (kanan) memberikan penerangan kepada Shuhaimi Hj Shafiei (kiri sekali)



Kesemua penghuni tekun mendengar nasihat yang di sampaikan oleh YB Shuhaimi



Berkonsepkan satu rumah untuk semua.Ruangan inilah dijadikan tempat untuk mereka mendapatkan ilmu,menjamu selera serta untuk tidur pada waktu malam.