Tuesday, November 17, 2009

KRUSUS CELIK IT UNTUK PEMIMPIN AKAR UMBI

SRI MUDA - Mengambil kira betapa pentingnya penguasaan dalam bidang IT dikalangan pemimpin diperingkat akar umbi telah mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei menganjurkan krusus celik IT kepada mereka.Baru - baru ini dalam suasana yang cukup santai satu krusus celik IT telah berlangsung dengan jayanya.Krusus yang dihadiri hampir kesemua pemimpin disemua peringkat JDM telah memberikan peluang yang cukup berharga kepada peserta krusus untuk mendalami pengetahuan didalam bidang IT kerana suasana politik yang berbeza ketika ini memerlukan setiap pemimpin disemua peringkat mengetahui bidang IT.

Krusus pada hari tersebut telah diserikan dengan perasmian penutup oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei yang mana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada segala bentuk usaha untuk memantapkan lagi kepimpinan diperingkat akar umbi dimasa yang akan datang.










Monday, November 16, 2009

JALAN PENYELESAIKAN KEPADA MASALAH BANJIR DI CARI.

SRI MUDA - Masalah banjir yang masih membelenggu penduduk di sekitar Dun Sri Muda telah mendorong Shuhaimi HJ Shafiei mencari jalan bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah tersebut dari berterusan.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah melakukan tinjauan ke Kampung Johan Setia yang sering mengalami kejadian banjir setiap kali berlakukannya hujan yang lebat.Dalam tinjau tersebut dapat dilihat dengan jelas bagaimana aliran peparitan yang tidak diselenggarakan yang mana dipenuhi rumput yang sama paras dengan paras jalan.

Dalam tinjauan tersebut juga Shuhaimi Shafiei telah menjemput pihak JPS Daerah Klang untuk bersama - sama meninjau permasalah tersebut agar dapat diambil tindakan dengan kadar yang segera memandangkan musim tenkujuh yang ketika ini sedang melanda Malaysia.


Shuhaimi HJ Shafiei dalam keadaan yang hampa melihat anak sungai yang dipenuhi rumput di Kampung Johan Setia.

Haruskah mereka - mereka ini akan berterusan menhadapinya apabila hujan turun dengan lebatnya di Kampung Mereka.


Shuhai Hj Shafie bersama - sama pegawai Jabatab Parit dan Saliran Daerah Klang ketika meninjau Sistem peparitan yang sedang dinaik taraf untuk memastikan aliran air dapat mengalir dengan lancar apabila tiba musim tengkujuh.
Mungkin dengan menaik taraf peparit disekitaran Kampung Johan Setia dapat mengatasi masalah banjir.
Shuhaimi Hj Shafiei begitu mengharapkan agar pihak JPS dapat segera membersihkan sistem peparitan dikampung Johan Setia yang kesemuanya dipenuhi dengan rumput rampai.








MAJLIS TAHLIL DI BILIK MESYUARAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SRI MUDA.

SRI MUDA - Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda telah berlangsung majlis Tahlil yang telah dihadiri oleh Kakitangan Pejabat, Ketua - ketua Kampung sekitar Dun Sri MUda serta ketua - ketua JDM.Shuhaimi HJ Shafiei berkata majlis tersebut dilangsung adalah kerana salah seorang kakitangan pejabat dun baru - baru ini kehilangan Ibu tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah.Dimajlis tersebut Shuhaini Hj Shafiei telah menyampaikan salam takhziah serta rasa sedih beliau diatas kembalinya Rahmatullah ibu kepada En Sha'ari baru - baru ini.



Antara sebahagian yang hadir dimajlis Tahlil yang dilangsungkan di bilik Mesyuarat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda.

MENZIARAH KE KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENIN GGAL DUNIA

SRI MUDA - Didalam kesibukkan untuk menghadiri sidang DUN Negeri Selangor Shuhaimi Hj Shafiei masih berkesempatan untuk hadir ke beberapa ke kediaman penduduk yang kehilangan ahli keluarga kerana meninggal dunia baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei telah ditemani oleh beberapa orang petugas Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda juga turut menyertai baca tahlil yang dilangsungkan untuk disedekahkan kepada arwah semoga roh mereka ditempatkan dikalanggan hamba - hamba yang soleh dan soleha di akhirat nanti.



Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama orang ramai yang hadfir mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Yahya di Kampung Baru 2 Jalan Kebun.


Shuhaimi Hj Shafiei ditemani Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda mengucapkan salam Takhziah kepada ahli keluarga ketika di Lorong Hj Kassim Section 30, Jalan Kebun.

Shuhaimi Hj Shafiei mengambil kesempatan bertanyakan khabar penduduk ketika di Section 36, Sungai Kandis.




PERASMIAN SUKAN TAHUNAN TADIKA AL-FIKH

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berkesempatan hadir dan seterusnya merasmikan sukan tahunan Tadika AL-FIKH yang telah dilangsungkan di Dewan Pusat Sukan Pandamaran.Dalam Ucapan Aluan Beliau telah menyentuh beberapa perkara yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat.Antaranya ujar beliau adalah memberikan segala kemudahan asas kepada ibubapa agar dapat menhantar anak - anak untuk menghantar anak mereka unruk memasuki alam persekolah diperingkat pra sekolah lagi.

Shuhaimi Hj Shafiei menambah lagi kerajaan negeri tidak pernah membezakan fahaman agama bangsa dan politik didalam memberikan segala kemudahan apa tah lagi didalam soal pelajaran, kesihatan dan keselematan.Justeru beliau berharap agar rakyat tampil utuk memberikan apa juga buah fikiran demi menambah baik lagi mutu perkhidmatan beliau kepada rakyat.


Bunting mengalu - alukan kehadiran tetamu serta ibubaapa dan pelajar - pelajar.
Shuhaimi Hj Shafiei berucap ketika majlis acara sukan tahunan Tadika AL-FIKH Baru - baru ini.

Sebahagian ibubapa serta tetamu yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pelajar - pelajar.


Shuhaimi Hj Shafiei (tengah) bersama Jaberi (kiri) pengurusi Tadika AL-FIKH dan Sdr Antony Dass mengabadikan gambar kenang - kenangan drngan sebahagian pelajar.



Wednesday, November 11, 2009

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI SELANGOR TOURISM


YB Shuhaimi Hj Shafiei (kanan) bersama - sama Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Puan Elizabeth Wong serta YB Iskandar Abd Samad antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Shuhaimi HJ Shafiei bersama Sdr Mazli Saring dan Sdr Wan yang menemani beliau.Majlis Penyerahan Sumbangan kepada anak - anak Yatim dan miskin dari Sg Pinang Klang.




SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA KAKITANGAN PEJABAT ADUN SRI MUDA KE MAJLIS AIDIL FITRI DI BANGUNAN ANNEX


HASLINA (KANAN), SHA'ARI , PUAN BB , PUAN ZACK DAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENIKMATI HIDANGAN.


TURUT HADIR DIMAJLIS TERSEBUT DARI KIRI ,TIMBALAN SPEAKER YB ANIZAH, YB DR XAVIER, YB RONNIE LIU DAN YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI.



MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA BAKAL JAMAAH HAJI 1430 HIJRAH


1.Shuhaimi Hj Shafiei diteman Azmizam Damahuri memberikan ucapan aluan pada majlis tersebut.


2.Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama jamaah yang hadir mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Hj Ustaz Yahya pengurusi Suarau.


3.Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan sumbangan kepada Bakal Jamaah Haji



SRI MUDA - Bertempat di Surau Kampung Baru 2, Jalan Kebun telah berlangsung majlis jamuan kesyukuran dan penyerahan sumbangan serta meraikan bakal jamaah haji pada tahun ini.Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan hampir 2 jam untuk berada dimajlis tersebut dan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada bakal jamaah haji yang hadir pada malam tersebut.
Dalam ucapan ringkas yang sempat beliau sentuh adalah bertapa pentingnya jamaah haji sentiasa menjaga kesihatan serta perlakuan dan amal ibadah sepanjang berada ditanah suci mekah nanti.Beliau yang telah beberapa kali berpeluang menunaikan ibadah umrah telah berkongsi pengalaman untuk panduan dan pendoman untuk dapat memberikan kebaikan bersama.









Tuesday, November 10, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN PERASMIAN PEJABAT BANDACAHAYA

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan oleh pemaju perumahan yang terkenal iaitu Bandacahaya untuk merasmikan pejabat serta acara simbolik penganugerah kecermelangan yang baru diterima oleh syarikat pemaju tersebut baru - baru ini.Majlis yang dilangsungkan serentak dengan sambutan aidil fitri tersebut telah memberikan ruang dan kesempatan kepada Shuhaimi Hj Shafiei untuk bertemu dengan lebih dekat kakitangan yang berkhidmat di syarikat tersebut.Pada majlis tersebut juga Shuhaimi Hj Shafiei juga melahirkan rasa terharu beliau kepada Syarikat Bandacahaya kerana kesungguhan syarikat tersebut melakukan kerja - kerja amal.
Shuhaimi Hj Shafiei ketika ucapan perasmian di pejabat Bandacahaya baru - baru ini.

Acara perasmian simbolik anugerah kecemerlangan yang diperolehi syarikat Bandacahaya

Shuhaimi Hj Shafiei memerhatikan bunting antara anugerah yang diterima oleh Syarikat Bandacahaya

Antara piala serta medal anugerah yang diterima Bandacahaya.
Tanda Bagus dan kebanggaan dapat dilihat antara Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama kakitangan Bandacahaya.










SUMBANGAN MESIN JAHIT UNTUK MERINGANKAN BEBANAN KELUARGA.

SRI MUDA - Setelah melihat sendiri kepayahan yang dilalui oleh pasangan suami isteri untuk menyara keluarga Shuhaimi Hj Shafiei telah mengambil keputusan untuk membantu pasangan tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei telah menyumbangkan sebuah mesin jahit untuk pasangan tersebut memandangkan kebolehan yang dimiliki oleh isteri pasangan tersebut.Dengan sumbangan mesin jahitan tersebut ia membolehkan mereka menerima tempahan menjahit baju dikalangan penduduk setempat.



PASANGAN YANG MENERIMA SUMBANGAN MESIN JAHIT DARIPADA SHUHAIMI HJ SHAFIEI
SHUHAIMI HJ SHAFIEI (KIRI),USTAZ ZAWAWI KETIKA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MESIH JAHIT.

DENGAN RASMINYA MESIN JAHIT INI DISERAHKAN DENGAN HARAPAN IA DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN SEDIKIT TANGGUNGAN KELUARGA.


SUMBANGAN RAMADHAN DAN AIDIL FITRI KEPADA MASJID DAN SURAU SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Bersempena kehadiran bulan ramadhan dan aidil fitri YB Shuhaimi Hj Shafiei melalui Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah mengaturkan majlis perjumpaan dan penyerahan sumbangan kepada Nazir serta wakil dari surau dan masjid yang terdapat dikawasan Dun Sri Muda.Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pihak surau dan masjid untuk melaksanakan sebarang aktiviti untuk penduduk sekitar.

Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapannya menyentuh betapa pentingnya keberkesanan pengurusan masjid untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti yang dapat melibatkan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik serta kaum.Kerana dengan cara yang demikian ia dapat menghakis pandangan mereka - mereka yang bukan beragama islam bahawa islam itu adil untuk semua kaum tanpa mengira AGAMA.


Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan cenderahati kepada wakil Surau Ar - Rahman Jalan Kebun

Dibahu mereka - mereka inilah yang diberikan amanah untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat menyatu padukan rakyat setempat.


Shuhaimi Hj Shafiei mengabadikan gambar kenang - kenangan bersama - sama sebahagian Nazir Masjid serta wakil dari surau sekitar kawasan Dun Sri Muda.
Ketika sidang meja bulat untuk membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit demi kebaikan bersama.




Friday, November 6, 2009

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DEEPAVALI KEPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN.

SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat menunaikan janji untuk membantu setiap golongan rakyat dinegeri ini.Ini di buktikan dengan penganjuran majlis penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib daripada kaum India bersempena dengan kehadiran perayaan deepavali.Majlis anjuran Pekawanis dengan kerjasama pejabat Adun Sri Muda,Sri Andalas,Kota Alam Shah,Pandamaran dan Parlimen Kota Raja.

Shuhaimi dalam ucapan yang telah disampaikan menyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk berterusan menyalurkan segala bentuk bantuan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira kaum , Agama , Bangsa mahu pun fahaman politik.Apa yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat seharusnya menyedarkan rakyat betapa kepercayaan rakyat tidak dipersia - siakan demi kemakmuran rakyat leseluruhannya.Diantara yang hadir pada majlis tersebut adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dr Xavier Jayakumar , YB Rohnie Liu , Yb Shuhaimi Hj Shafiei , Puan Sri Salbiah tunut (YDP Pekawanis) ,YB DR Siti Mariah Mahmud, Puan Jamilah (Isteri Yb Shuhami) dan Puan Shiela Jayakumar serta beberapa orang jemputan Khas.


Sesi pendaftaran pengesahan kehadiran dikalangan penerima bantuan.


Shuhaimi Hj Shafiei dan Isteri Puan Jamilah serta AJK Wanita Dun Sri Muda yang sentiasa bergerak aktif disetiap program.
Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan alu - aluan sebelum majlis penyerahan.


Di antara sebahagian penerima bantuan mendengar ucapan yang disampaikan olen Shuhaimi HJ Shafiei.

Antara barangan yang telah disediakan untuk disumbangkan kepada mereka - mereka yang hadir.

SAMBUTAN AIDIL FITRI & DEPAVALI ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN KRT SEKSYEN 28,

SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI & DEPAVALI ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN KRT SEKSYEN 28,

SHUHAIMI HJ SHAFIEI DAN EN,JAAFAR MESRA BERSEMBANG KETIKA MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN.




SAMBUTAN AIDIL FITRI ANJURAN PAS SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN KATA - KATA ALUAN KEPADA TETAMU YANG HADIR DIMAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI ANJURAN PAS SEKSYEN 27, SHAH ALAM.


PELBAGAI LAPISAN GOLONGAN MASYARAKAT HADIR UNTUK BERSAMA - SAMA MERAIKAN AIDIL FITRI PADA 1430 HIJRAH TAHUN INI.

MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI MPP ZON 15 & JKKK KAMPUNG SUNGAI KANDIS

KETIBAAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI TELAH DISAMBUT OLEH PENGURUSI MPPZON 15, EN ABDUL MANAF.

SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENIKMATI HIDANGAN DENGAN DITEMANI OLEH AJK JKKK & AJK MPP ZON 15.