Wednesday, December 16, 2009

SELPROA Desak Hak Keselamatan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Diberi Perhatian

SELPROA Desak Hak Keselamatan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Diberi Perhatian

Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat menggesa isu pencabulan hak asasi terhadap pembantu Adun-Adun Pakatan dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Presiden SELPROA, Abdul Razak Ismail mengecam tindakan kerajaan Pusat mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata pekeliling ini satu-satunya perlindungan antara mereka dan tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock.

“ SELPROA menyarankan Pakatan Rakyat agar membangkitkan isu-isu pencabulan hak asasi pegawai-pegwai wakil rakyat khususnya hak bekerja dalam persekitaran yang selamat dan mendesak kerajaan persekutuan menarik balik saman mahkamah ini serta merta” ujar Abdul razak.

Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tan Sri Khalid mengeluarkan pekeliling mengarahkan soal-siasat keatas penjawat awam negeri Selangor dan pembantu-pembantu wakil rakyat Selangor hanya boleh dilakukan dalam waktu pejabat dan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai langkah keselamatan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun menyelar langkah itu dan menyifatkan pekeliling itu menghalang tugas SPRM.

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa soal-siasat hanya boleh dilakukan dalam waktu pejabat.

“ Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk bererja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin. Tindakan ini menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM”.

Malah menurut SELPROA ini merupakan satu lagi komplot Perdana Menteri Malaysia dan juga Peguam Negara dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan kerajaan negeri Selangor.

MAJLIS PEMYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SEKITAR NEGERI SELANGOR

SRI MUDA - Bertempat di dewan Sekolah Jenis Kebangsan (Cina) Chen Moh Petaling Jaya telah berlangsung satu majlis penyerah Sumbangan bantuan kepada sekolah - sekolah jeis Kebangsaan (Cina) yang telah di sempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato.Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu sebenarnya cukup bermakna kerana dapat memberikan satu bukti yang jelas bahawa Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat benar - benar perihatin kepada semua rakyat tanpa mengambil kira agama,bangsa dan keturunan.

Majlis yang sertai oleh barisan Exco Kerajaan Negeri itu juga turut di hadiri oleh Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei yang mana telah meluangkan masa sepanjang majlis berlangsung.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya berkata kehadiran beliau adalah untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada barisan kepimpinan Negeri selain untuk membuktikan kepada pihgak kawan serta lawan bahawa Pakatan Rakyat di negeri Selangor tetap bersatu hati dan utuh demi meneruskan usaha untuk merakyatkan ekonomi Selangor untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.















GOTONG ROYONG DI LAMAN PALMA SEKSYEN 30, SHAH ALAM.

SRI MUDA - Pagi hari ahad bukanlah alasan untuk Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei untuk berehat di rumah kerana ada beberapa program yang mana perlu beliau hadiri demi memenuhi tanggungjawap sebagai Wakil Rakyat.Bertempat di Taman Perumahan Laman Palma Seksyen 30, Shah Alam Shuhaimi Hj Shafiei dan disertai hampir 50 orang penghuni Taman tersebut telah bersama - sama berganding bahu menjayakan program gotong royong anjuran persatuan penduduk.
Dalam ucapan pada program tersebut Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan rasa bangga kerana dapat dilihat hampir keseluruhan penduduk telah hadir untuk menjayakan program tersebut.Selain dapat membersihkan kawasan sekeliling kediaman program tersebut juga dapat merapatkan ikatan persaudaraan antara sesama penduduk di taman tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei telah dimaklumkan oleh pihak persatuan penduduk program gotong royong di taman tersebut di laksanakan setiap 3 bulan sekali demi memastikan tahap kebersihan sentiasa terjamin.














MENINJAU DAN BERTEMU DENGAN PARA PENIAGA PASAR BARU TAMAN SRI MUDA

SRI MUDA - Walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Wakil Rakyat namun akan tetapi sekiranya ada masa yang terluang Shuhaimi Hj Shafiei akan meluangkan masa untuk bertemu dengan para peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Taman Sri Muda bagi meninjau dan mendengar permasalahn yang dihadapi oleh peniaga.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk bertemu dan bermesra dengan para peniaga yang berniaga di pasar tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei akan berusaha untuk membantu menyelesaikan setiap aduan yang diterimanya demi memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada para peniaga serta orang ramai yang berkunjung ke pasar tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga berharap kepada orang ramai yang ada sebarang aduan agar dapat terus memanjangkannya kepada pejabat beliau yang terletak di Kota Kemuning untuk tindakkan lanjut.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyatakan kesungguhan beliau untuk melawat dan meninjau kesetiap pasar basah serta pasar malam yang terdapat didalam kawasan Dun Sri Muda bagi memastikan kesemua para peniaga dapat menyuarakan sebarang pertanyaan dan aduan secara terus kepada beliau.





















TAWARAN PROJEK PEMBANGUNAN PASAR SRI MUDA DI TAMATKAN

SRI MUDA - Hasrat para peniaga serta penduduk Taman Sri Muda Seksyen 25' Shah Alam untuk memiliki sebuah pasar serba baru yang dilengkapi dengan kemudahan terkini tidak kesampaian bila mana tawaran pembangunan pasar baru tersebut kepada pihak pemaju telah ditamatkan oleh pihak Majlis Banraya Shah Alam (MBSA).Pembatalan pembangunan pasar tersebut dibuat oleh pihak MBSA kerana pihak pemaju telah gagal memulakan kerja - kerja yang sepatut telah dimulakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.YB Shuhaimi baru - baru ini telah hadir ke tapak pasar Taman Sri Muda yang sedia ada untuk bertemu degan pihak persatuan penjaja serta pemaju untuk memaklumkan notis penamatan tawaran memajukan pasar tersebut oleh pihak MBSA.Pertemuan tersebut juga turut disertai oleh pihak media agar maklumat yang tepat dapat di sampaikan kepada orang ramai berkenaan dengan notis penamatan tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya melahirkan kesungguhan beliau untuk memperjuangkan nasib para peniaga serta penduduk sekitar Taman Sri Muda agar impian untuk memilik satu bangunan pasar yang baru dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.Shuhaimi Hj Shafiei memohon dan berharap kepada semua para peniaga serta orang ramai agar bersabar kerana dalam masa yang terdekat beliau akan bertemu dengan YAB Tan Sri Dato menteri besar agar dapat Kerajaan Negeri memberikan perihatian yang sewajarnya kepada permasalahan yang timbul untuk memajukan pasar tersebut.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI,( DUA DARI KIRI),PUAN HASLINA (SETIAUSAHA PERSATUAN) & MR TAN (PENGURUSI PERSATUAN) MENUNJUKKAN KEPADA PIHAK MEDIA SURAT NOTIS PENAMATAN TAWARAN MEMAJUKAN PASAR SRI MUDA OLEH MBSA KEPADA PIHAK PEMAJU.
PIHAK MEDIA SERTA PERSATUAN PENJAJA MENDENGAR PENJELASAN BERKENAAN PENAMATAN TAWARAN MEMAJUKAN PASAR SRI MUDA OLEH SHUHAIMI HJ SHAFIEI.

WARTAWAN SINAR HARIAN DIBAWA MELAWAT SEKITAR TAPAK PASAR YANG AKAN DIMAJUKAN YANG KINI TIDAK TERJAGA SERTA DIPENUHI DENGAN SAMPAH SARAP.

SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENJAWAP PERSOALAN YANG DI UTARAKAN OLEH WARTAWAN DARI SELANGOR KINI.









Tuesday, December 15, 2009

Objection to proposed LRT route

Monday December 14, 2009
By FAZLEENA AZIZ

RESIDENTS of Taman Bunga Negara, Subang Alam and Putra Heights are urging Syarikat Prasarana Negara Sdn Bhd (Prasarana) to consider the new LRT route for the area proposed by the Shah Alam City Council (MBSA).

The residents are not pleased with Prasarana’s proposed route from Kelana Jaya to Putra Heights Station 11 and 12 that is sandwiched between housing areas in Shah Alam and Subang.

They said Prasarana had not allowed them to put forward their suggestions and objections with regard to the LRT line.

According the residents, the new route proposed by the MBSA runs an extra 1.2km compared with the Prasarana route.

They want the route to run via the industrial and commercial area in Shaha Alam to Putra Heights Station 13 (Kelana Jaya).

Representing the Putra Heights residents, Prem Kaur, 45, said Prasarana had not even consulted the MBSA on its proposed LRT route.

She said the MBSA had given the new proposed route to Prasarana even before the proposed route was made available for public viewing.

“Kota Raja MP Dr Siti Mariah Mahmud is aware of this matter and will bring it up to the mentri besar,” she said.

According to Prem, the MBSA route runs through commercial and industrial areas and the city council had said it was willing to alienate land for the project should there be a problem with land acquisition.

She added that the route affected more than 10,000 people from Shah Alam and Subang.

The Taman Bunga Negara, Subang Alam and Putra Heights joint action committee against Prasarana LRT Route Station 11 & 12 presented a memorandum on their objection to the proposed line to Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei at Masjid Al Munawarah in Shah Alam on Friday.

Shuhaimi pointed out that before any development was carried out, objections from the residents must be taken into consideration. A proper study of the matter was also needed, with input from residents, councils and all affected parties. However, no social impact assessment was made on the matter.

“In principle, the state exco has approved the project but it needs to be studied again to avoid any dissatisfaction among the people.

“The residents find that the LRT route is not appropriate as it is located near Tenaga Nasional Bhd’s (TNB) high voltage cables.

“The density of the area through which the line runs is low and the station will be located near the housing area, which will result in parking problems in the future,” he said.

He also said the proposed route for the feeder bus was not up to par based on previous experience as it involved main roads.

The different elevation of the land along the route was another concern raised by the residents.

Star

MENGETUAI ROMBONGAN PIHAK PENGANTIN LELAKI KE MAJLIS PERNIKAHAH

SRI MUDA - Tugasan beliau bukan hanya sekadar sebagai Ahli Dewan Negeri namun akan tetapi baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan selaku ketua rombongan pengantin lelaki ke majlis pernikahan seorang kenalan beliau.Pada hari berlangsungnya majlis tersebut Shuhaimi Hj Shafiei yang lengkap berbaju melayu telah tiba bersama - sama ahli rombongan pada sekitar jam 10.00 pagi dengan disambut mesra oleh keluarga pihak pengantin perempuan.

Pengantin lelaki Sdr Ridzwan Razali dengan sekali lafas telah sah menjadi suami kepada Puan Suzaiha Zabor.Dalam keceria pada majlis tersebut ada sedikit kesayuan bilamana pengantin perempuan telah menitiskan airmata kesyukuran dan kegembiraan setelah menanti penuh debar akhirnya mereka telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri.



ADA SESUATU YANG DIPERBINCANGKAN ANTARA SHUHAIMI HJ SHAFIEI DAN TUAN KADI SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG.


SENYUMAN PENUH KECERIA JELAS TERPANCAR DIRAUT WAJAH SHUHAIMI HJ SHAFIEI SELAKU KETUA ROMBONGAN KELUARGA PENGANTIN LELAKI.

MENANTI DENGAN DEBARAN PENGANTIN LELAKI SDR RIDZWAN SEBELUM MAJLIS NIKAH BERLANGSUNG.


ADA AMANAT DAN NASIHAT PENTING DISAMPAIKAN OLEH AYAH PENGANTIN PEREMPUAN KEPADA PENGANTIN LELAKI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN DI JALANKAN.
PENGANTIN PEREMPUAN SUZAIHA ZABAR DITEMANI AHLI KELUARGA TERDEKAT PADA HARI MAJLIS PERNIKAHAN BERLANGSUNG.














MEMENUHI 10 UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DALAM SEHARI...

SRI MUDA - Sepanjang musim cuti persekolahan semenjak bergelar Wakil Rakyat YB Shuhaimi Hj Shafiei menerima tidak kurang dari 6 hingga mencecah 15 undang majlis perkahwinan setiap hujung minggu.Shuhaimi Hj Shafiei Melahirkan rasa erharu dan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi untuk beliau hadir ke majlis yang dilangsungkan.Beliau dengan sebaik yang mungkin akan berusaha untuk hadir dan memenuhi semua undangan yang diterima walaupun ada ketikanya belaiu tidak mampu untuk hadir kesemua majlis tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua bakal pengantin serta selamat menerima menantu kepada semua yang akan dan telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang bulan december ini.Beliau juga mendoakan kebahagian yang berpanjangan kepada semua semoga ikatan yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan anak yang soleh dan soleha.


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI MENGABADIKAN KENANG - KENANGAN BERSAMA KEDUA MEMPELAI, HAMIDI & MAZURAH.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA TUAN RUMAH EN.HASHIM BIN UJANG YANG KURANG SIHAT KETIKA MAJLIS NERLANGSUNG.

Friday, December 11, 2009

PAS mahu bina manusia guna akal untuk kebaikan - Presiden PAS
Ahmad Hakim dan Azman Mohd

KLANG, 11 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak semua rakyat di negara ini supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapannya di majlis "Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal" anjuran Jabatan Amal dan Jabatan Pasti Dewan Pemuda Kawasan Kota Raja baru-baru ini.

Menurut beliau, penubuhan Jabatan Amal dan Pasti merupakan satu usaha PAS di dalam membina manusia.

Pembinaan manusia amatlah perlu bagi melahirkan mereka yang akan mentadbir dunia sebagai khalifah dengan menggunakan akal dan akhlak yang baik.

Jika pembinaan manusia diabaikan, ia adalah seperti yang berlaku sekarang ini di mana banyak malapetaka yang berlaku terhadap manusia di sebabkan oleh hasil tangan-tangan manusia itu sendiri.

"Semuanya adalah hasil dari kerakusan manusia yang melakukan tanpa menggunakan akal untuk kebaikan tetapi menggunakan akal untuk memastikan nafsu dan kepentingan diri sendiri tercapai tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal di alami.

"Sebagai contoh, senjata yang di cipta menggunakan teknologi yang moden hanya memudaratkan manusia kerana ia akan membunuh beribu-ribu manusia yang tidak berdosa di samping menghancurkan dunia," katanya.

Oleh kerana itu, beliau mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya bersama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

Makan malam yang di anjurkan bagi mengisi tabung Jabatan Amal dan Pasti Kota Raja itu juga turut di hadiri oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Suhaimi Shafie, Adun Sri Muda, Sdr Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Selangor dan Cikgu Jaafar Samsudin, YDP Kota Raja.

Selain itu, seramai hampir 50 orang ahli kelab penyokong PAS Kota Raja telah hadir pada malam tersebut.

Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian Anugerah Jasamu di Kenang yang telah di anugerahkan kepada Ustaz Haji Hambari yang banyak menyumbang kepada PAS di kawasan Kota Raja.

Tuesday, December 8, 2009

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENDOAKAN KEJAYAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN SPM 2009'

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan kepada semua pelajar - pelajar calon peperiksaan yang mana ketika ini menduduki peperiksaan SPM 2009 akan memperolehi keputusan yang cermelang.Peperiksaan adalah medan terbaik kepada pelajar - pelajar untuk membuktikan kepada Ibu Bapa serta kepada para pendidik bahawa apa yang di tuntut selama ini membuahkan hasil dengan mendapat keputusan yang terbaik.Beliau juga mengharapkan agar pelajar - pelajar yang menyertai kelas tiusyen Rakyat anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda akan memperolehi satu keputusan yang terbaik kerana akan memberikan galakan serta dorongan kepada pelajar - pelajar yang lain dimasa kan datang.



Shuhaimi Hj Shafiei didalam kenyataannya melahirkan keyakinan yang mana calon - calon SPM yang menyertai kelas tiusyen Rakyat anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda akan memduduki peperiksaan dengan hati yang tenang dan semangat yang jitu.Beliau juga menyatakan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat akan meneruskan Kelas tiusyen Rakyat percuma kepada pelajar - pelajar yang terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang akan di mulakan tidak lama lagi.



Shuhaimi Hj Shafiei Memanjatkan doa ke hadrat ALLAH SWT semoga calon - calon peperiksaan akan memperolehi keputusan yang cemerlang dan kejayaan didalam peperiksaan nanti.

Bukan mudah untuk memperolehi kejayaan sekiranya kita tidak berusaha dan berani menghadapi segala rintangan yang mendatang.

DECEMBER BULAN CINTA DAN KASIH SAYANG.

SRI MUDA - Bersempena dengan musim cuti persekolahan hujung tahun maka bulan desember seperti lazimnya akan menjadi pilihan kepada pasangan yang akan mengakhiri zaman bujang.Bulan desember menjadi pilihan kerana memudahkan sanak saudara untuk berkunjung dan menghadiri majlis yang di langsung kerana musim cuti persekolahan.Dairi YB Shuhaimi Hj Shafiei juga penuh dengan undangan majlis perkahwinan yang tidak kurang dari sepuluh undangan beliau terima pada setiap hujung minggu.Shuhimi Hj Shafiei pada kebiasaannya akan cuba untuk tidak menolak dan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut sekiranya majlis tersebut tidak bertembung dengan program kerajaan negeri atau melibatkan Tuanku Sultan.


Beliau mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasang yang akan melangsungkan dan yang telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang musim cuti persekolahan serta mendoakan semoga ikatan yang dibina akan terus berkekalan sehingga ke akhir hajat serta dikurniakan dengan anak yang soleh dan soleha.Sekiranya beliau gagal untuk hadir ke majlis perkahwinan yang di langsungkan pada sepanjang desember ini terutamannya yang berada disekitar Dun Sri Muda beliau memohon kemaafan diatas kegagalan tersebut.Namun akan tetapi beliau akan cuba memastikan ada wakil dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat yang akan mewakili beliau untuk ke majlis tersebut.


YB Shuhaimi Hj Shafiei bersama tuan Majlis En Hashim ketika berkunjung ke Majlis perkahwinan yang di langsungkan pada 06/12/2009.

Dari Kiri.EN Sha'ari, YB Shuhaimi ( mempelai), Hamidi & Mazurah.Puan Zaiton serta Nazri gopeng mengabadikan kenang - kenangan.

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI.

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei merakamkan ucapan tahniah kepada semua jemaah haji Malaysia terutamanya dari Dun Sri Muda yang telah berjaya menunaikan ibadah haji bagi tahun 1430 hijrah.Bermula pada awal minggu ini telah bermulanya penerbangan yang membawa pulang jemaah haji ke tanah air setelah para jemaah berada di tanah suci Mekah hampir satu bulan di sana.Apa yang pasti kesemua jemaah haji telah melalui dan menjalani ibadah dengan penuh kesyukuran dan keimanan sepanjang berada di sana.




TAHNIAH KEPADA SEMUA HAJI DAN HAJAH YANG TELAH SELAMAT MENJALANI IBADAH DITANAH SUCI MEKAH SERTA SELAMAT KEMBALI.

TAHNIAH KEPADA PELAJAR - PELAJAR YANG BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2009'

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan tahniah kepada pelajar - pelajar tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada pelajar - pelajar yang berjaya agar menjadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang pendidikkan.Bagi pelajar - pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik agar tidak berputus asa untuk meneruskan dan melipat kali ganda usaha apabila memasuk alam persekolahan di peringkat sekolah menengah kelak.



PELAJAR HARUS BERTERUSAN UNTUK BERUSAHA AGAR MENDAPAT KEPUTUSAN YANG LEBIH CEMERLANG DI MASA- MASA YANG AKAN DATANG.

Saturday, December 5, 2009

Selangor Lantik 45 Ketua Komuniti India


Wednesday, 02 December 2009

(SelangorKini) - Kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat melantik ketua komuniti yang mewakili masyarakat India sebagai sebahagian dari struktur pentadbiran di negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sesi temuduga yang dijalankan selama dua hari telah berjaya melantik 45 orang sebagai ketua komuniti kaum India bagi 45 kampung dan kawasan perumahan.

Sesi temuduga yang dijalankan semalam dan kelmarin dihadiri oleh 90 orang calon dan ditemuduga oleh panel pemilihan yang diketuai exco kerajaan negeri Yaakub Sapari dan Dr Xavier serta pembantu exco yang juga ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie.

Jelas Xavier, antara lain matlamat perlantikan ini adalah untuk membolehkan kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada masyarakat India akar umbi melalui ketua-ketua komuniti yang akan dilantik nanti.

“Kita telah pun habis temuduga 45 jawatan untuk ketua komuniti India pada dua-dua hari Isnin dan hari Selasa dan kita telah dapatkan banyak permintaan dari itu kita telah pilih 45 wakil kerajaan negeri akan ditempatkan di 45 kawasan di seluruh negeri selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Kata Xavier lagi, pelantikan ketua komuniti India ini sebagai cara untuk membantu pentadbiran dalam sesebuah kampung dan kawasan perumahan terutama kawasan yang mempunyai kapasiti kaum India yang ramai.

“Mereka ini akan masuk sebagai ahli jawatankuasa JKK didalam kawasan bekerjasama dengan ketua-ketua kampung,penghulu dan pejabat DO untuk bawa aduan-aduan dan masalah-masalah tempatan didalam kawasan-kawasan tertentu.Ini semua untuk masyarakat India di negeri Selangor,pertama kali kita adakan program ini”.

Wednesday, December 2, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 2,

SRI MUDA - Demi menterjemahkan Kerajaan perihatin dan berkebajikan seperti yang diperjuangan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor.Baru - baru ini telah di Langsungkan satu majlis penyampaian sumbangan kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia untuk fasa yang kedua.Pejabat Daerah Dan Tanah Klang telah memberikan penghormatan kepada Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut.Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai MBSA Seksyen 30, Shah Alam itu telah dihadir oleh seramai 60 Orang waris yang berdaftar dibawah skim mesra usia emas(SMUE).
Shuhaimi Hj Shafiei dalam perutasannya telah menyampaian salam takziah di atas pemergian orang tersayang buat selama - lamanya kepada semua waris yang hadir pada majlis tersebut.Namun akan diatas keperihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat setiap rakyatnya akan mendapat penghargaan yang sewajarnya.Bagi skim SMUE Kerajan Negeri sedang meneliti beberapa penambah baikkan agar setiap induvidu yang didaftar dibawah skim mesra usia emas akan mendapat faedahnya ketika mereka masih hidup.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyatakan ada lagi faedah serta imbuhan yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk disalurkan kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dalam jangkamasa yang tertdekat dan yang akan datang.



SEBAHAGIAN WARIS PENERIMA SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS FASA 2,YANG MELIBAT DUN SRI MUDA,DUN SRI ANDALAS DAN DUN KOA ALAM SHAH YANG HADIR.


PARA PENERIMA TIDAK KETINGGALAN MENGABADIKAN GAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA BARISAN PEMIMPIN YANG BHADIR PADA HARI TERSEBUT.

KERJA - KERJA KUTIPAN SAMPAH OLEH KONTRAKTOR ALAM FLORA DIKESALI

SRI MUDA - Bertindak berdasarkan aduan yang di kemukakan oleh penduduk serta orang ramai kepada Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda berkenaan dengan mutu perkhidmatan kutipan sampah oleh kontraktor yang di lantik oleh Alam Flora.YB Shuhaimi HJ Shafiei bersama - sama kakitangan Pusat Khidmat Rakyat telah meninjau sendiri kerja - kerja yang di jalankan oleh pihak kontraktor Alam Flora baru - baru ini dibeberapa lokasi Dun Sri Muda.Dalam tinjauan tersebut aduan yang di kemukakan ada asasnya yang mana selain kutipan yang dijalankan tidak dengan begitu sempurna malahan sisa cecair yang keluar dari jentera yang di gunakan juga mengalir keluar dan meninggalkan bau yang amat busuk.
selain waktu kerja yang tidak bersesuaian di ketika waktu puncak ia memberikan rasa yang tidak selesa kepada orang ramai.Shuhaimi Hj Shafiei amat kesal kerana ketika tinjauan dilakukan terdapat sisa cecair yang di tinggalkan diatas jalanraya yang terdapat ulat - ulat yang masih hidup.Shuhaimi Hj Shafie memohon kepada pihak yang bertanggung jawap agar dapat memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang di lantik demi memastikan permasalah tersebut tidak akan berulang lagi dimasa- masa yang mendatang.


SISA CECAIR YANG MENGALIR JELAS KELIHATAN DARI JENTERA YANG DIGUNA OLEH KONTRAKTOR ALAM FLORA DI SEKSYEN 30, JALAN KEBUN.


INI YANG DITINGGAL SELEPAS SELESAI KERJA - KERJA KUTIPAN SAMPAH DIJALANKAN DI LORONG HAJI SAID SEK.30, PADA 28/11/2009 JAM 1.30 PETANG.


SAMPAH SARAP DIBIARKAN BERTABURAN DITEPI JALAN RAYA TANPA TINDAKAN OLEH KONTRAKTOR.

JIJIK DAN MELOYAKAN APABILA SISA CECAIR YANG DI TINGGAL OLEH JENTERA YANG BOCOR.

ULAT YANG MASIH HIDUP JELAS KELIHATAN DI ATAS JALAN RAYA DAN YANG MANA BOLEH MENYEBABKAN SERIBU MACAM MASALAH KESIHATAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT.









Tuesday, December 1, 2009

DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DALAM SEDERHANA

SRI MUDA - Sambutan Deepavali pada tahun ini disambut dengan meriah dalam sederhana oleh penganut agama Hindu diseluruh dunia.Baru - baru ini sambutan deepavali peringkat Dun Sri Muda telah telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda dengan kerjasama keADILan JDM Ladang Harun Batu Empat.Biarpun sepanjang majlis berlangsung hujan turun dengan lebatnya namun kehadiran orang ramai amat mengalakkan yang mana turut dihadiri oleh Adun Kawasan Sri MUda YB Shuhaimi HJ Shafie,Exco Kerajaan Negeri Selangor (Adun Sri Andalas) YB Dr.Xavier Jayakumar serta Ahli Parlimen Kota Raja YB. Puan Dr Hajah Siti Mariah Mahmud.
Pada majlis tersebut juga dilangsungkan acara penyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang terdapat disekitar JDM Ladang Harun.Apa yang istimewanya sumbangan yang diberikan bukan sekadar kepada kaum India sahaja namun akan tetapi ada dikalangan penerima terdiri dikalangan kaum Melayu dan Cina.Shuhaimi Hj Shafiei Melahirkan rasa terharu diatas usaha yang telah dilaksana oleh ketua JDM Ladang Harun Sdr Alagan kerana telah dapat memikul tanggungjawap dengan cukup berkesan sehingga majlis tersebut dapat dijalan dengan jayanya.Didalam persekitaran yang begitu cukup terbatas Sdr Alagan dapat mengumpulkan ramai tetamu dan dapat menjayakan majlis dengan meriah sekali.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha untuk membantu seluruh rakyat dinegeri Selangor tanpa mengira agama bangsa serta kaum dan fahaman politik kerana semua rakyat berhak untuk mendapat layanan yang sama rata.


SEORANG PENERIMA SUMBANGAN WARGA EMAS MENYATAKAN RASA TERHARU DAN TERIMA KASIH DIATAS KEPERIHATIN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DAN YB SHUHAIMI DIATAS SUMBANGAN YANG DITERIMA OLEHNYA.SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA SEORANG PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVLI DARI KAUM MELAYU.


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERIHATIN DAN BERKEBAJIKAN BILA MANA KAUM CINA JUGA MENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENDENGAR DAN BERBINCANG DENGAN SALAH SEORANG PEMIMPIN SETEMPAT.

ORANG RAMAI TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENGABADIKAN GAMBAR KENANG - KENANGAN BERSAMA-SAMA PEMIMPIN YANG HADIR PADA HARI TERSEBUT.



KADAR KEKERAPAN KEMALANGAN DI SEKITAR DUN SRI MUDA MEMBIMBANGKAN

SRI MUDA - Kadar kemalangan yang berlaku di sekitar kawasan Dun Sri Muda begitu membimbangkan kebelakangan ini.Dalam tempuh seminggu seperti yang dilaporkan kepada Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda tidak kurang dari lima kemalangan yang berlaku baru - baru ini.Dari lima kemalangan yang berlaku dua mengakibatkan kemalangan maut yang membabitkan remaja.Shuhaimi Hj Shafiei yang juga Adun bagi kawasan Dun Sri Muda melahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ujar beliau kemalangan tersebut dapat dielakkan sekiranya setiap penguna jalanraya dapat mematuhi setiap undang - undang yang telah ditetapkan serta dapat mengawal emosi diri selain saling hormat mengahotmati ketika dijalan raya.Dalam waktu yang sama beliau berharap kepada pihak yang bertanggungjawap agar dapat mempertingkatkan usaha dalam memastikan langkah - langkah pencegah dapat dilaksanakan dan Sekiranya perlu dibina bonggol disetiap lokasi yang fikirkan perlu dapatlah ia disegerakan.Selain dari itu beliau menyeru kepada ibu dan bapa agar tidak membiarkan anak - anak yang dibawah umur dan remaja yang tidak memiliki lesen memandu dari memandu diatas jalan raya demi keselamatan bersama.

ORANG RAMAI PERLU MEMATUHI UNDANG - UNDANG JALANRAYA DEMI MEMASTIKAN KESELAMATAN BERSAMA DAPAT DICAPAI.
SEORANG JURURAWAT DARI KLINIK DESA JALAN KEBUN SEDANG MEMBERIKAN RAWATAN KECEMASAN KEPADA MANGSA KEMALANGAN BARU - BARU INI.

SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL MENGALAMI KECEDERAAN YANG AGAK SERIUS AKIBAT KECUAIAN PENGUNA LAIN.
BEGINILAH KEADAAN KERETA YANG TERBABAS DALAM KEMALANGAN YANG BERLAKU DI BANDAR PUTRA BARU - BARU INI.