Wednesday, January 27, 2010

PENYERAHAN SKIM MESRA USIA RAKYAT (SMUE) FASA 2 PERINGKAT PARLIMEN KOTA RAJA

SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) meneruskan usaha murni yang telah di mulakan semenjak mendapat mandat rakyat untuk memerintahkan Negeri Selangor pada tahun 2008 dengan membuat pembayaran kepada waris warga emas yang berdaftar di bawah skim takaful mesra usia emas.Baru - baru ini satu majlis ringkas telah di anjurkan bertempat di Dewan Orang Ramai Sri Sentosa untuk waris warga usia emas yang telah meninggal dunia dan berdaftar di dalam skim tersebut untuk memerima baki bayaran fasa yang ke 2.
Majlis tersebut telah di Rasmikan oleh YB Shuhaimi Hj Shafie yang seterusnya berkesudian menyampaikan baki bayaran tersebut kepada semua waris yang hadir pada hari tersebut.Turut hadir adalah Ybhg Puan Shiela Jayakumar isteri kepada Exco Kerajaan Negeri YB Dr Xavier Jayakumar.Dalam ucapan perasmian Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada orang ramai yang mana ahli keluarga atau saudara mereka yang telah berusia 60 tahun dan keatas sekiranya masih belum berdaftar agar dapat mendaftar dengan kadar yang segera demi mengelak kesulitan di kemudian hari kelan.









LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT "MAJLIS PIMPINAN NEGERI" KE PKR CABANG KOTA RAJA

SRI MUDA - Ke arah memantapkan dan melancarkan lagi perjalanan parti untuk menghadapi suasana serta iklim politik yang semakin mencabar dekat ini di Malaysia khususnya Negeri Selangor, Parti keADILan Rakyat (PKR) di bawah Majlis pimpinan Negeri (MPN) telah melakukan kunjungan hormat ke Cabang Kota Raja baru - baru ini.Lawatan yang telah di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Ybhg Tuan Syed Shahir Syed Mahmood serta beberapa orang AJK MPN PKR Negeri Selangor baru - baru ini adalah satu kesempatan yang dapat memberikan ruangan serta kesempatan kepada semua yang hadir untuk memyampaikan pandangan serta pendapat bagi memantapkan lagi parti di masa yang akan datang.
Cabang Kota Raja telah di ketuai oleh Timbalan Ketua Cabang YB Shuhaimi Hj Shafei pada majlis kunjungan hormat tersebut berlangsung bagi mewakili YB Dr Xavier Jayakumar yang tidak bersama -sama pada malam tersebut kerana terikat dengan tugasan berkaitan Kerajaan Negeri.Shuhaimi Hj Shafiei di dalam kenyataan menyatakan bahawa pertemuan seperti ini haruslah dapat di perbanyakkan lagi kerana selain ajk Cabang dapat mengenali barisan kepimpinan parti peringkat negeri ia juga akan memberikan peluang kepada semua untuk menyalurkan pandangan serta pendapat demi memantapkan parti untuk kebaikkan bersama.






ZIARAH DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN DI TERUSKAN

SRI MUDA - Membantu dan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira fahaman politik serta bangsa adalah salah satu teras penting yang di perjuangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ( PR ).Agenda membela rakyat tanpa mengira waktu demi memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang di wakilinya mendorong Shuhaimi Hj Shafiei untuk sentiasa meluangkan masa untuk menziarahi keluarga yang kurang berkemampuan seterusnya menghulurkan bantuan.

Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa beliau yang sentiasa padat dengan berkunjung ke kediaman beberapa orang penduduk di sekitar Kampung Johan Setia untuk menziarahi penduduk yang sedang uzur serta menyampaikan sumbang agar sedikit sebanyak dapat meringgankan bebanan yang dihadapi.Kerajaan Negeri sedang merangka beberapa pendekatan baru untuk memberikan beberapa insentif kepada rakyat agar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat di rasai oleh segolonggan rakyat Negeri Selangor.










MEMASAK BUBUR LAMBOK BERSAMA - SAMA ANAK ANGKAT DUN DAN PENDUDUK KAMPUNG...

SRI MUDA - Pelbagai cara dan pendekatan yang di guna pakai oleh pemimpin untuk mendekati dan mengenali seterusnya bermesra dengan rakyat dikawasan yang diwakilinya.Bertitik tolak dari itu Shuhaimi Hj Shafiei dengan kerjasama JKKK Kampung Jalan Kebun telah mengaturkan satu majlis yang mana dapat merapatkan lagi jalinan dan kemersaan antara beliau dengan orang ramai iaitu acara memasak bubur lambuk.Istimewanya majlis tersebut turut dihadiri oleh anak - anak angkat DUN Sri Muda yang mana terlibat di dalam program kelas tuisyen Rakyat anjuran Pejabat ADUN Kawasan Sri Muda dan ketika acara berlangsung jelas kelihatan kemesraan jelas terpancar diwajah pada setiap yang hadir baru - baru ini.










Tuesday, January 26, 2010

MENZIARAHI DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT KURANG BERKEMAMPUAN DITERUSKAN

SRI MUDA - Usaha untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan diteruskan walaupun bukan di musim pilihanraya kerana itu adalah satu tanggungjawap yang di tuntut oleh rakyat selepas memberikan amanah kepada seseorang yang di pilih ketika pilihanraya berlangsung.Tidak ketinggalan usaha itu dilakukan oleh Shuhaimi Hj Shafiei apabila sering kali akan turun padang dengan mencari seterusnya melawat keluarga yang kurang berkemampuan dan setelah di kenal pasti keluarga tersebut beliau akan menghulurkan bantuan serta sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei membuktikan kepada seluruh rakyat yang diwakilinya bahawa setiap bantuan yang dihulurkan tidak sama sekali memilih sesuatu kaum sahaja kerena beliau diberikan kemenangan didalam pilihanraya yang lalu oleh semua kaum maka beliau perlu berlaku adil kepada semua.Disetiap lawatan dan kunjunggan beliau ke kediaman keluarga yang kurang berkemampuan pastinya barangan keperluan dapur akan dihulurkan dan di sertakan sumbangan wang ringgit agar dapat meringankan bebanan keluarga tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga nebyeru kepada mereka - meraka yang menerima bantuan agar meneruskan usaha untuk merubah kehidupan mereka dimasa yang akan datang kerana masih ramai lagi meraka yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan yang serupa.pada waktu yang sama shuhaimi Hj Shafiei juga menyeru kepada mereka - mereka yang berkemampuan agar tampil seterusnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya agar dapat sedikit sebanyak memberikan peluang kepada golonggan merasai nikmat sebuah kehidupan seperti insan yang lain.





















Monday, January 25, 2010

BERKUNJUNG DAN MELAWAT OPERASI KILANG MENGELUARKAN BISKUT DAN KUIH TRADISIONAL "RESTU REZEKI ENTERPRISE"

SRI MUDA - Melihat perkembangan terkini yang mana orang ramai lebih gemar membuat persiapan untuk sambutan hari raya atau majlis - majlis perkahwinan dengan membeli kuih dan biskut yang telah tersiap sedia di pasaran tanpa perlu memperuntukkan masa untuk membuatnya sendiri.mengambil kira perkembangan tersebut telah mendorong sepasang suami isteri untuk mengusahakan perniagaan membuat kuih moden serta kuih tradisional untuk memberikan lebih pilihan kepada orang ramai terutamanya kaum melayu di sekitar lembah Klang bagi mendapatkan kuih muih moden dan tradisional keluaran bumiputra.
Menyokong usaha pasangan suami isteri tersebut telah mengerakkan keinginan Shuhaimi Hj Shafiei untuk bertemu dan berkenalan dengan pasangan tersebut serta membuat lawatan dan tinjaun ke kilang tersebut.Restu Rezeki yang pastinya sudah di kenali orang orang ramai disekitar lembah Klang kerena hapir setiap hari ada pesanan yang diterima untuk membekalkan kuih muih kepada orang ramai yang akan menganjurkan majlis perkahwinan dan majlis - majlis rasmi.Shuhaimi telah luangkan hampir dua jam di kilang tersebut untuk melihat dengan lebih dekat operasi kilang tersebut.








PENJAGAAN BADAN DAN KESIHATAN ADALAH PENTING UNTUK SEMUA PERINGKAT USIA

SRI MUDA - Setiap insan sama ada lelaki atau wanita sudah pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik serta kesihatan yang sentiasa baik.Maka tidak menjadi satu kejanggalan sekiranya ada kelihatan kaum lelaki yang mengunjungi pusat - pusat penjagaan kecantikan dan kesihatan khusus untuk kaum tersebut demi memastikan penjagaan kesihatan serta keterampilan sentiasa terjaga.Mengambil kira permintaan yang menggalakan dari orang ramai yang ingin mendapat mendapatakan perkhidmatan untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan bentuk badan telah mengerakkan seorang usahawan muda untuk menjalankan perniagaan spa yang diberi nama SPA QASEH terletak di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.
Baru - Baru ini Spa Qaseh telah menganjurkan satu pertandingan cabaran bentuk badan idaman anda yang di khususkan untuk pelanggan - pelanggan mereka dan sekiranya berjaya memdapatkan bentuk badan yang menarik setelah mendapatkan rawatan di pusat spa tersebut akan memperolehi hadiah.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan untuk bersama - sama para perserta dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang yang telah turut serta didalam pertandingan cabaran bentuk badan idaman anda.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa bangga beliau kepada pihak pengurusan spa qaseh kerana berani untuk menjalankan satu perniagaan penjagaan kesihatan dan menjadikan Jalan Kebun sebagai lokasi Pusat spa tersebut dan beliau juga menyeru kepada orang ramai untuk tidak tidak melepaskan peluang untuk brtkunjung ke pusat spa tersebut kerana banyak faedah yang diperolehi selepas mendapatkan rawatan.















GOTONG ROYONG BERSAMA - SAMA AHLI KELAB KECACATAN FIZIKAL KLANG

SRI MUDA - Niat untuk membantu golongan yang kurang bernasib bukan hanya sekadar dengan menghulurnya dengan bentuk wang ringgit semata - mata namun ada pelbagai cara.Atas semangat ingin membantu telah mengerakkan niat murni ADUN Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei dan Wanita DUN Sri Muda menganjurkan gotong royong membersih dan mengindahkan Pejabat dan Pusat Kelab Kecacatan Fizikal Klang baru - baru ini.Sejak dari awal pagi telah ramai ahli dari KKFK berkumpul untuk bersama - sama wanita DUN Sri Muda Dan Shuhaimi Hj Shafiei untuk menganding bahu bagi menjayakan gotong royong tersebut dan kepuasan jelas terbayang disetiap wajah - wajah yang hadir pada hari tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu di atas kejayaan yang dicapai di hari majlis tersebut berlangsung kerana kehadiran yang amat mengalakkan serta kesungguhan ahli - ahli Kelab Kecacatan Fizikal Klang dalam melaksanakan tugasan biarpun mereka memiliki kekurangan namun kan tetapi kesungguhan mereka untuk turut serta adalah sesuatu yang perlu dijadikan contoh dan tauladan kepada semua golongan masyarakat.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyeru kepada orang ramai serta mereka - mereka yang berkemampuan agar tampil dengan menghulurkan bantuan untuk meringankan dan melicinkan persatuan dalam usaha untuk menganjurkan aktiviti kepada ahli persatuan.
















Friday, January 22, 2010

PEGAWAI DAN KAKITANGAN EXCO & ADUN PAKATAN RAKYAT JANGAN GOYAH

SRI MUDA - Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda menasihati semua kakitangan yang berkhidmat dengan Exco atau Adun Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor agar meneruskan tugasan seperti biasa dan lebih bersemangat biarpun pada ketika ini menghadapi situasi yang agak menekan.Rentetan penahan seorang kakitangan kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor di bangunan SUK baru - baru ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangkakan dari awal lagi.
Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada semua kakitangan dan petugas agar dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama untuk mencari kata sepakat bagaimana cara untuk menghadapi situasi ini dengan lebih tenang.Shuhaimi Hj Shafiei percaya kesemua kakitangan dan petugas yang berkhidmat dengan Exco dan Adun Pakatan Rakyat adalah terdiri dikalangan perjuang yang tidak mudah tunduk dan mengalah dengan sebarang tekanan dan serangan dari mana - mana pihak kerana telah tersemat didalam sanubari mereka kata - kata azimat yang sering dilaungkan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim "KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BERBICARA TENTANG PERJUANGAN"

Thursday, January 21, 2010

MELAWAT DAN BERTEMU DENGAN PARA PERNIAGA PASAR MALAM TAMAN SRI MUDA

SRI MUDA - Kebiasaannya pasar malan akan hanya di kunjungi oleh calon apabila menjelang pilihanraya untuk bertemu pengunjung dan perniaga semata - mata untuk mendapatkan sokongan.Namun begitu berlainan dengan Shuhaimi Hj Shafiei yang akan meluangkan masa beliau untuk turun ke pasar malam di sekitar kawasan DUN Sri Muda untuk bertemu dengan orang ramai sekerap yang mungkin untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi jalinan bersama rakyat. Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk melawat ke pasar malam Taman Sri Muda yang sememangnya terkenal kerana jumlah ruang niaga yang besar.Disepanjang lawatan tersebut orang ramai serta perniaga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bermesra dengan beliau kerana ada di kalanggan orang ramai menyatakan rasa terharu kerana sebelum ini begitu sukar untuk melihat seorang Wakil Rakyat hadir ke pasar malam sekiranya bukan dengan tujuan merai undi semata - mata.

Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan kesanggupan beliau untuk sentiasa melakukan lawatan ke mana - mana pasar malam atau pasar pagi didalam kawasanDUN Sri Muda kerana dengan cara demikian beliau berpeluang untuk bertemu dan bermesra dengan orang ramai.Selepas ini Shuahimi Hj Shafiei akan neneruskan amalan ini kerana sudah menjadi tanggungjawap beliau untuk bertemu dengan rakyat walau di mana sekali pun kerana dengan cara itu beliau akan lebih mengenali dan dekat dengan rakyat setempat.






MENINJAU DAN MELAWAT TERNAKAN IKAN KELI

SRI MUDA - Berusaha untuk merubah kehiduapan yang boleh menjamin kehidupan dimasa yang mendatang telah mendorong seorang anak muda yang berasal dari kampung Jalan Kebun Klang mengusahakan ternakan ikan keli secara sangkar.Namun usaha beliau berdepan dengan permasalahan apabila ternakan ikan keli yang di usahakan oleh Saudara Azhar bin Ahmad sebenarnya terletak di dalam parit yang mana dibawah seliaan Jabatan Peparitan Dan Saliran Daerah Klang.Sebagai tanda sokongan dan keperihatinan sebagai ADUN kawasan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dengan meninjau dan melawat lokasi parit yang telah di jadikan ternakan ikan keli tersebut.Shuahimi Hj Shafiei secara peribadi memuji usaha yang telah dilakukan oleh saudara Azhar itu kerana sebelum ternakan tersebut di usahakan parit tersebut telah dipenuhi dengan tumbuhan namun akan tetapi kini parit tersebut begitu bersih sekali.
Shuhaimi Hj Shafiei memberikan masa yang secukupnya kepada saudara Azhar agar dapat mencari satu jalan yang terbaik agar beliau dapat meneruskan usaha menternak ikan keli secara sangkar.Shuhaimi Hj Shafiei berkata beliau akan bertemu dan berbincang dengan pihak JPS agar memberikan ruangan dan peluang kepada Saudara Azhar meneruskan penternakan ikan keli tersebut dan dalam waktu yang sama meminta agar saudara Azhar dapat mencari lokasi yang lebih sesuai bagi membina kolam ternakan ikan keli tersebut.















KEHADIRAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI MEMBERIKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN

SRI MUDA - Ketika melalui situasi yang amat menyedihkan apabila ibu yang tersayang telah kembali ke rahmatullah kesedihan tersebut terubat sedikit apabila seorang Wakil Rakyat berkesudian melapangkan masa seterusnya membantu menguruskan jenazah ibunya. Encik Shalan merasa cukup terharu apabila Shuhaimi Hj Shafiei hadir dan membantu menguruskan jenazah ibu beliau sedari awal sehinggalah selesai solat jenazah dan menghulurkan sedikit bantuan untuk mengadakan majlis bacaan yasin selama tiga hari.
Encik Shalan menyatakan yang beliau tidak terfikir yang Shuhaimi Hj Shafiei akan hadir dan meluangkan masa yang begitu panjang ketika urusan jenazah sedang berjalan di Masjid Al Bakhri Kampung Bukit Naga.Shuhaimi Hj Shafiei turut bersama - sama Ketua Kampung Bukit Naga Tuan Hj Buang menunaikan solat jenazah pada hari tersebut.










Tuesday, January 19, 2010

JALAN RAYA YANG ROSAK DISEBABKAN KERJA - KERJA MENURAP TAPAK PROJEK PERUMAHAN DI KESALI.







SRI MUDA - Sikap tidak memikirkan keselesaan dan kurangnya rasa perihatin kepada penduduk serta orang ramai oleh sebuah syarikat pemaju perumahan telah mengakibatkan kemudahan jalan raya di Lorong Abdullah Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Akam rosak teruk.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah membuat tinjauan ke lokasi tersebut kerana aduan yang di terima oleh penduduk setempat perlu diambil tindakan segera kerana jalan tersebut menjadi laluan utama penduduk setempat serta pelajar - pelajar sekolah.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terkilan kerana ketika tinjauan dilakukan pihak pemaju tiada menempatkan petugas untuk mengawasi lori mengangkut tanah keluar dan masuk ke tapak projek tersebut.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak di ingini kerana pelajar - pelajar sekolah yang mengunakan laluan tersebut tidak memikir bahaya yang akan berlaku ketika melalui kawasan tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajib antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang agar dapat membuat pemantauan dengan lebih kerap serta mengarahkan pihak pemaju dapat memperbaiki jalan yang rosak dan menugaskan seorang petugas untuk menjaga lalu lintas sepanjang kerja - kerja penurap sedang dijalankan ketika ini.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan yang beliau tidak berniat untuk mencari kesalahan kepada mana - mana pihak namun akan tetapi semua ini dedahkan adalah demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan semua pihak.