Thursday, February 11, 2010

YB Meraikan Kakitangan Pejabat ADUN

SRI MUDA - Hampir 2 tahun Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Adun Sri Muda beroperasi membantu melicinkan lagi urus tadbir YB Shuhaimi Hj Shafiei didalam kawasan Dun Sri Muda semenjak mendapat madat raykat dikawasan tersebut.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan untuk meraikan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat yang telah banyak membantu beliau untuk melancarkan pengurusan pusat tersebut semenjak mula beroperasi pada 2008.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu dan terkejut kerana majlis yang dilangsungkan pada malam tersebut sebenarnya adalah atas daya usaha dari kakitangan pusat tersebut yang telah bersama - sama bersepakat menjayakannya.

Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan serta induvidu yang telah menyokong serta membantu beliau didalam urus tadbir bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang terbaik berbanding kerajaan yang terdahulu.Shuhaimi Hj Shafiei juga melahirkan rasa terharu kerana kakitangan yang bertugas di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sebenar lebih kearah membantu kerana mereka semuanya tidak ditawarkan dan diberikan gaji yang lumayan namunkan tetapi hanya sekadar menerima sedikit elaun sahaja.Apa yang menjadi keutamaan adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat keseluruhannya tanpa mengira fahaman politik mahupun agama serta bangsa kerana itulah asas perjuangan Pakatan Rakyat semenjak awal lagi.

Hadir bersama Pegawai Khas Exco Negeri YB Iskandar En. Rosli, veteren Reformasi En. Sallehin, YB Shuhaimi dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

YB mengampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.


Ketua Wanita Cik. Ana dan Bendahari AMk Kota Raja En. Jaberi tidak keitnggalan.

Sukarelawan / pembantu pejbat ADUN>

Ketua Biro Pendidikan Cikgu Segar, Ahli Majlis MPK En. Azmizam, Ketua JDM En. Kazim dan En. Razak.

Mesyuarat Bulana J/K DUN Sri Muda

SRI MUDA - Jalinan kerjasama diantara pemimpin di peringkat atasan dan bawahan sangat diperlukan demi memastikan setiap apa juga yang akan dilaksanakan dapat di nikmati oleh semua golonggan sasaran.Ruangan masa yang seakan tidak memberikan kesempatan kepada seseorang pemimpin tidak boleh dijadikan satu alasan untuk langsung tidak bertemu dan bermesra dengan masyarakat di peringkat bawahan.Shuhaimi Hj Shafiei menyedari betapa pentingnya jalinan antara beliau dengan kepimpinan diperingkat JDM dan ranting di DUN Sri Muda telah menetapkan setiap bulan minggu pertama untuk di adakan majlis pertemuan dan mesyuarat yang mana akan di hadiri oleh kesemua ketua - ketua JDM serta Ranting.

pertemuan seperti itu adalah kesempatan kepada semua yang hadir untuk melahirkan pandangan serta memberikan buah fikiran demi menambah baik mutu perkhidmatan untuk rakyat dan juga demi memastikan setiap ahli akan merasakan mereka sentiasa di hargai oleh pemimpin mereka.Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada semua tidak mengira kedudukan didalam pemimpinan parti atau peringkat DUN mahupun orang ramai agar dapat memberikan maklum balas kepada beliau agar dapat beliau menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh keberkesanan selari dengan kehendak rakyat.



Wednesday, February 10, 2010

Menghadiri jamuan sempena Tahun Baru Cina

SRI MUDA - Keakrapan dan semangat persaudaraan di antara kaum semakin erat dan jitu semenjak Pakatan Rakyat ( PR ) mengambil alih tampok kepimpinan kerajaan di Negeri Selangor bermula 2008.Semua ini adalah kerana rakyat merasakan begitu selesaan dengan urus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang sesungguhnya telah melakukan suatu perubahan yang telah lama di impikan oleh rakyat selama ini.Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang untuk bersama - sama kaum cina di majlis jamuan makan bersempena sambutan tahun baru cina yang berlangsung di Kota Kemunng baru - baru ini.

Biarpun sambutan telah dijalankan lebih awal daripada tarikh yang sebenarnya namun akan tetapi kesemua tetamu yang hadir pada hari tersebut merasa cukup gembira dan terhibur kerana selain dapat bertemu dengan ADUN Shuhaimi Hj Shafiei tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pentas.Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang untuk bertemu dengan orang ramai yang hadir pada hari tersebut selain bermesra dengan mereka Shuhaimi Hj Shafiei juga berkesempatan bertukar - tukar pandangan serta pendapat dengan orang ramai.





KEMBALINYA KE RAHMATULLAH ALLAHYARHAM TUAN HJ SAMSI SATU KEHILANGAN YANG CUKUP BESAR..

SRI MUDA - Warga penduduk kampung Jalan Kebun di kejutkan dengan berita yang menyedihkan bila mana kembalinya kerahmatullah seorang tokoh agama yang cukup di kenali iaitu Tuan Hj Samsi.Allahyarham adalah seorang tokoh yang cukup dikenali dan di senang oleh penduduk kerana beliau adalah merupakan seorang guru agama yang mengajar pengajian Al-Quran semenjak sekian lama.Shuhaimi Hj Shafiei antara ratusan yang hadir menziarah dan memberikan penghormatan yang terakhir kepada Allayarham ketika hari pengebumian baru - baru ini.





Tuesday, February 9, 2010

KEALPAAN YANG HAMPIR MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN YANG BESAR..

SRI MUDA - Kerana tergesa - gesa untuk bersiap ke kelas tambah yang perlu di hadiri seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Shah Alam hampir mengakibatkan kemusnahan kediamannya sendiri.Ketika hari kejadian pelajar tersebut perlu bergegas ke sekolah kembali untuk menghadiri kelas tambahan dan dalam keadaan yang tergesa - gesa khuatir di tinggalkan bas pelajar tersebut terlupa untuk mematikan suis dapur memasak yang ketika itu sedang memasak air.Kerana kecuaian tersebut telah berlaku letupan dari dapur memasak dan telah mengakibatkan kebakaran di bahagian dapur kediaman tersebut namun akan tetapi keperihatinan jiran tetangga telah dapat mengelakkan kemusnahan yang lebih besar.


Shuhaimi Hj Shafiei yang perihatinan dengan musibah yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan serta semangat kepada keluarga mangsa agar tabah menghadapi segala dugaan dan musibah ini dengan penuh keimanan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari ALLAH SWT.Shuhaimi Hj Shafiei yang meluangkan masa hampir sejam dikediaman tersebut dengan di iringi oleh wakil PKR Perumahan PPR Puan Anida Abu Bakar.Shuhaimi Hj Shafiei sempat memberikan nasihat kepada pelajar tersebut agar tidak melakukan kesilapan yang serupa dimasa yang akan datang kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan serta kerugian yang cukup besar sekiranya gagal untuk di padamkan dari peringkat awal.
















SOKONGAN RAKYAT TETAP TEGUH KEPADA ANWAR IBRAHIM.

SRI MUDA - Seperti episod yang pernah di pertontonkan kepada rakyat Malaysia sepuluh tahun lalu kini ia seperti di ulang tayangkan kembali dengan harapan rakyat akan menerima dan percayai pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Saudara Anwar Ibrahim.Namun akan tetapi pihak - pihak yang berkenaan terlupa bahawa rakyat sudah bijak menilaikan segala pertuduhan tersebut benar atau lebih kepada niat buruk semata - mata untuk memburukkan serta membunuh karier politik saudara Anwar Ibrahim yang semakin mendapat sokongan serta penerimaan yang sangat baik dari rakyat keseluruhannya.

Baru - baru ini Saudara Shuhaimi Hj Shafiei telah hadir ke komplek Mahkamah Jalan Duta bersama - sama ribuan rakyat dan penyokong untuk memberikan sokongan moral kepada Saudara Anwar Ibrahim yang mana sedang menghadapi pertuduhan yang sama pernah beliau hadapi sepuluh tahun dahulu.Sepanjang berlangsungnya sesi perbicaraan pada hari tersebut barisan pimpinan dari Pakatan Rakyat bergilir - gilir memberikan ucapan berkenaan dengan maklumat serta perkembangan terkini berkenaan dengan sesi perbicaraan yang sedang berlangsung.Shuhaimi Hj Shafiei telah berpeluang bertemu dengan ramai kenalan dikalanggan reformis yang telah bersama - sama di dalam perjuangan lebih dari sepuluh tahun semenjak bermulanya gelombang REFORMASI pada 1998 lagi.






























Monday, February 8, 2010

HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PENDUDUK PUTRA HEIGHT

SRI MUDA - Keresahan warga penduduk Taman Putra Height berkenaan dengan cadangan pembinaan landasan LTR yang merintasi kediaman meraka sedikit terubat apabila kehadiran dua orang wakili rakyat yang mewakili mereka hadir memberikan sokongan baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei dan Dr Mariah Mahmud telah melapangkan masa untuk hadir memberikan sokongan kepada penduduk untuk menghantar memorendum bantahan berkenaan dengan pembinaan landasan LRT yang mana akan dibina terlalu hampir dengan kediaman para penduduk di taman perumahan tersebut.







BERSAMA - SAMA PENDUDUK GOTONG ROYONG MEMASAK DODOL

SRI MUDA - Kesempatan untuk bersama- sama rakyat tidak sama sekali akan di lepaskan begitu sahaja kerana ia adalah peluang untuk beramah mesra serta mengeratkan lagi kemesraan anatara pemimpin bersama rakyat yang di wakili.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah berpeluang untuk bersama- sama penduduk sekitar flat proton Shah Alam bergotong royong untuk memasak dodol yang telah berlangsung di Masjid Flat Proton.Usaha yang di jalankan oleh persatuan penduduk merupakan satu usaha murni kerana ia dapat mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama penduduk setempat.



















Thursday, February 4, 2010

Selamat Tahun Baru Daripada Menteri Besar


Sidang Media Oleh YB Shuhaimi Shafiei

SAtu sidang media telah diadakan oleh ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei di pejanbatnya pada pukul 11.30am 03/02/2010.

Tujuan sidang media ini diadakan untuk menjelaskan beliau tidak sama sekali terlibat dengan tuduhan menghasut membakar gereja. Sebenarnya, namanya disebut-sebut kerana bunyinya dengan orang tidak dikenali oleh YB Shuhaimi.




Majlis Walimatul Urus Menceria Warga Tmn Setia

SRI MUDA - Selama ini penduduk Taman Setia tidak pernah menyangka seorang wakil rakyat yang bergelar Yang Berhormat boleh bermandi peluh untuk turut serta bergotong royong memasak di majlis perkahwinan.Namun akan tetapi sangkaan tersebut sama sekali meleset bila mana Shuhaimi Hj Shafiei hadir ke majlis walimatul urus seorang penduduk di taman tersebut dan turut bersama - sama bergotong royong membantu memasak nasi minyak akan akan di hidangkan kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Kesemua tetamu yang hadir pada hari tersebut merasa cukup terharu kerana pada hari tersebut bukan sekdar dapat bertemu dan bermesra dengan wakil rakyat mereka tetapi dapat menikmati juadah yang di sediak pada hari tersebut hasil masakan beliau.Selama ini penduduk tidak dapat menyaksikan seorang wakil rakyat hadir dan turut serta membantu memasak juadah yang akan di hidangkan kepada tetamu namun akan tetapi peluang seperti ini mana mungkin dapat di lupakan sepanjang hayat mereka.

Pesta Ponggal Kota Raja 2010

SRI MUDA - Keakrapan dan perpaduan di antara kaum semakin jelas terpancar semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampok pemerintahan Negeri Selangor pada 2008 daripada kerajaan yang terdahulu.Kemesraan dan keakrapan yang dimaksudkan dapat di lihat daripada pelbagai majlis yang berlansung antaranya baru - baru ini di majlis sambutan pesta ponggal peringkat Kota Raja yang turut di hadiri oleh pelbagai kaum di semua peringkat.Antara yang turut hadir ke majlis tersebut adalah Shuhaimi Hj Shafiei Adun Kawasan Sri Muda yang mana telah meluangkan masa di majlis tersebut dari awal sehingga ke penghujung majlis tersebut berlangsung.

Kehadiran Shuhaimi HJ Shafiei serta orang ramai yang terdiri dari pelnagai kaum telah membuatkan tetamu yang hadir merasa cukup teruja dan terharu kerana dari apa yang mereka nyatakan suasana seperti ini amat sukar untuk dilihat pada tahun - tahun ketika era kepimpinan Kerajaan yang lama dan ia terlalu berbeza ketika era pemerintahan Pakatan Rakyat ketika ini.


Perniagaan Berasaskan Barang Suci & Halal

SRI MUDA - Kesedaran orang ramai untuk menitik beratkan penjagaan kesihatan telah membuka ruang serta peluang perniagaan yang cukup luas kerana pada ketika ini banyak barangan penjagaan kesihatan yang terdapat di pasaran.Maka peluang yang terhidang haruslah di ambil kesempatan oleh orang ramai kerana selain dapat merubah ekonomi dan pendapatan ia juga sebenarnya adalah satu ibadah sekiranya di usahakan dengan jujur dan mengikut landasan dan tuntutan agama islam.

Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berpeluang hadir ke majlis perasmian stokis untuk kawasan Klang bagi memasarkan barangan keperluan peribadi yang berasaskan kesihatan.Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapkan yang telah di sampaikan menyeru kepada orang ramai agar mementingkan penjagaan kesihatan dengan memilih barangan keperluan yang di pasarkan berasaskan mesra alam dan tidak mengunakan bahan kimia yang berlebihan yang mana akhirnya akan memudaratkan kesihatan dalam jangkamasa panjang.