Thursday, May 13, 2010

MENGAPA TIADA TINDAKAN DIAMBIL KEPADA PEMANDU SERTA PENGUSAHA LORI YANG MENGINGKARI ARAHAN DATUK BANDAR MBSA ??

JALAN KEBUN - Seperti ada kuasa serta tangan - tangan ajaib yang melindungi pemandu - pemandu serta pemilik lori yang menjalankan kerja - kerja mengangkut pasir serta bahan batuan di kampung Jalan Kebun. Biarpun terdapat satu papan tanda arahan yang dikeluarkan oleh pihak MBSA yang mana melarang semua kenderaan berat dari menggunakan jalan di Lorong Bani ke Jalan Pinggiran Kota Kemuning ,akan tetapi arahan serta larangan tersebut seperti tidak wujud dan dipandang sepi sama sekali.

Bertindak dari aduan orang ramai serta penduduk di sepanjang lorong tersebut satu tinjauan telah dilakukan oleh Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama kakitangan Pejabat Adun selama 2 minggu dan hasilnya aduan dari penduduk serta orang ramai terbukti dan berasas.

Ini kerana sepanjang tinjauan yang dijalankan tidak terdapat dan kelihatan sama sekali angota penguatkuasa dari MBSA menjalankan operasi untuk mengambil tindakan kepada pemandu - pemandu yang terus berdegil dan melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBSA.

Siapakah yang memberikan pemandu - pemandu lori tersebut keistimewaan untuk melanggar arahan serta larangan tersebut ?

Pihak yang berkemungkinan lebih mengetahui dan ada jawapan apada persoalan tersebut adalah pihak MBSA kerana arahan tersebut dikeluarkan oleh pihaknya majlis

Kita lihat tindakan selanjutnya...

Gambar yang sempat dirakamkan:

Padan tanda yang jelas akan maksud dan tujuannya!

Selamba saja lori ini lalu...

Lori pasir dan lori tanah pun tumpang senang..

lori bertayar 10 juga mengunakan jalan yang ditutup untuk kenderaan berat...


Deretan lori yang tidak putus-putus mengunakan jalan tersebut..tindakan tegas perlu diambil sebelum jalan rosak teruk.
Sekretariat Dun Sri Muda - Az
KEHADIRAN YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENCERIAKAN DAN MEMERIAHKAN MAJLIS YANG BERLANGSUNG



SEKSYEN 27 - Kehadiran tetamu pada majlis yang berlangsung pastinya akan memberikan satu makna dan kenangan yang terindah apatah lagi yang menghadirinya adalah pemimpin setempat.

YB Shuhaimi Hj Shafiei sedaya upaya yang mampu akan cuba memenuhi setiap undangan yang diterima kerana bagi beliau setiap undangan pastinya disertai dengan harapan agar beliau dapat hadir pada majlis tersebut.

Namun beliau juga sangat berharap kepada orang ramai yang menghulurkan kad undangan di masa yang akan datang agar dapat menghantar dan memaklumkan lebih awal setiap undangan kepada beliau kerana bimbang bertembung dengan aktiviti yang lain.

Pada minggu lepas beliau meluangkan masa menghadiri perkahwinan anakanda kesayangan Tuan Haji Ghazali, Nazir masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27 Shah Alam.


Kelihatan Nazir Masjid Al-Munawarah Ustaz Muhaiyat turut hadir menyerikan majlis ini
Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama YB Shuhaimi dan kedua ibubapa mempelai yang 'bagai pinang di belah dua'

YB Shuhaimi mengambil sendiri makanannya walaupun tuan rumah ada menyediakan meja khas...

YB Shuhaimi meluangkan masa memasak nasi sekitar 10 minit bersama jemaah muslimat Surau Addin yang menjadi 'kepala penanggah' pada hari tersebut

Bergambar kenangan bersama jemaah lelaki Surau Addin... Jangan ambil hati ya, seminggu dua nanti YB Shuhaimi akan berjemaah bersama di surau tuan tuan....

Sekretariat Dun Sri Muda - Az

Tuesday, May 11, 2010

Rela atau tidak? Keterangan Saiful canggah, kata Karpal


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat, kepada polis bercanggah dengan tuduhan sebenar dikenakan terhadap ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah membekalkan pasukan pembela dengan keseluruhan keterangan yang dibuat Saiful kepada polis.

Karpal berhujah bahawa pasukan pembela merasakan adanya ‘percanggahan’ antara keterangan yang diberikan kepada polis dan juga tuduhan sebenar terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sehubungan itu, perbicaraan kes liwat Anwar ini ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Saiful.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata bahawa Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Katanya ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa

Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam sesi soal balas semalam Saiful yang mengadu diliwat oleh Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi, laporan polis yang dibuatnya telah menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.

Kemudiannya Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.

Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya...Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.”


Sumber: Malaysian Insider

Monday, May 10, 2010

Jangan berselindung di sebalik kuasa istana - Anwar

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang mendakwa Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mempersenda titah Sultan Selangor agar tidak berselindung di sebalik kuasa istana.

Anwar sebaliknya berkata, pihak yang lantang menentang Zahid seharusnya tampil menyatakan hujah dengan cara yang baik.

"Kalau tidak bersetuju dengan dia (Zaid), kita harus bahas dengan baiklah. Jangan cuba berselindung di sebalik istana untuk menyerang musuh politik.

"Bagi saya orang yang bagi pandangan itu harus bagi pandangan hujah balas. Jangan guna media mereka untuk menyerang orang," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Jalan Duta selepas menghadiri perbicaraan ke liwat Anwar II hari ini.

Khamis lepas, seramai 20 ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR di Damansara bagi membantah kenyataan Zaid berhubung titah Sultan Selangor.

Tindakan itu ekoran tulisan Zahid di blognya www.myzaidibrahim.com yang menyifatkan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik sebagai pandangan peribadi, bukan satu perintah.

Anwar turut berkata, sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang dan perlembagaan, Zaid hanya menyatakan tafsiran undang-undang dan pindaan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

"Datuk Zaid ini peguam terkemuka terutama dari sudut undang-undang dan perlembagaan. Dia hanya mengesahkan tafsiran undang-undang dan pindaan yang dilakukan oleh kerajaan Umno (BN) pada masa itu yang menetapkan bidang kuasa Sultan.

Katanya juga, Umno BN sebenarnya yang sering melakukan tindakan menghina institusi istana sejak pindaan perlembagaan 1983.

"Yang menghina Sultan itu sejak pindaan perlembagaan 1983, adalah Umno BN. Baca hansard parlimen, baca ucapan-ucapan pemimpin Umno di Terengganu dan Kelantan dulu. Jadi saya kira bagi ruang kepada Datuk Zaid untuk mengemukakan pandangan. Kalau tidak bersetuju bagi ruang kepada orang lain yang tidak bersetuju kemukakan pendapat," katanya.

Zaid dalam tulisannya dipetik sebagai berkata, dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Katanya, menurut perlembagaan, segala kehandak sultan mesti disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.

Ujarnya juga, pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi yang sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja.

Tulisan itu terbit sebagai mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melanggar arahan Sultan Selangor apabila mengadakan ceramah di masjid di sekitar Selangor.

Sehubungan itu, beliau telah diberi amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melalui sepucuk surat yang ditulis oleh pengerusi Mais, Mohamad Adzib Mohd Isa.

Harakahdaily


Koperal polis didakwa tembak Aminulrasyid

TERKINI

SHAH ALAM, 10 Mei — Anggota polis Koperal Jenain Subi dikenakan tuduhan tengah hari ini berhubung kejadian menembak remaja Aminulrasyid Amzah di sini dua minggu lalu, yang mencetuskan kontroversi membabitkan rakyat pelbagai lapisan.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam tengah hari tadi.

Koperal Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Jenain yang didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 30 tahun.

Hakim M. Gunalan membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dan kes akan disebut semula 10 Jun ini.

Aminulrasyid mati ditembak selepas dikejar polis kira-kira enam kilometer awal pagi 26 April lalu dekat rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Dia sebelum ini didakwa mengundurkan kenderaannya dan cuba merempuh kereta polis.

Bagaimanapun rakannya Azamuddin Omar, 15, yang terselamat menafikan perkara itu.

Jemain yang berseluar jeans biru muda dan memakai t-shirt berwarna kuning dan oren dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 11.30 pagi.

Dia didakwa empat hari selepas polis menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kematian Aminulrasyid ke pejabat Peguam Negara.

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sebelum terbabas di Jalan 11/2G di sini kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin.

Peguam bela Salim Bashir pula memohon supaya ikat jamin ditetapkan pada kadar yang berpatutan kerana Jenain mempunyai empat orang anak yang masih kecil.

Katanya Jenain yang masih lagi seorang anggota polis tidak berpeluang untuk melarikan diri, dan mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa sekiranya beliau gagal membayar jaminan itu beliau akan ditahan reman sehingga perbicaraan selesai.

Salim juga memohon kepada mahkamah supaya tidak terdorong dengan pandangan-pandangan masyarakat berhubung kes itu, dan menurutnya anak guamnya itu hanya mampu membayar jaminan antara RM6,000 dan RM7,000 sahaja.

Jenain yang menyertai pasukan polis pada 1985 sebelum ini pernah bertugas di mahkamah, dan semasa kejadian, beliau merupakan seorang anggota polis peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.


Sumber: Malaysian Insider

Thursday, May 6, 2010

Umno-BN Tutup Skandal Padang Minyak Takut Kalah PRK Sibu


KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mengambil sikap membisu seribu bahasa berhubung skandal pengkhianatan Umno-Barisan Nasional menyerahkan dua padang minyak milik Malaysia kepada Brunei kerana tidak mahu menjejaskan peluangnya memenangi pilihan raya kecil Bandar Sibu 16 Mei depan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali ketakutan ini telah menyebabkan Speaker Dewan Negara menolak usul tergempar beliau untuk membahaskan isu penyerahan Blok L dan M yang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sejurus sebelum beliau melepaskan jawatan pada awal 2009.

"Saya lihat perkara ini berkaitan dengan pilihan raya kecil Sibu kerana mereka tidak mahu pengundi di sana mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan perkara tersebut. Kerajaan cuba sembunyikan sesuatu kebenaran dengan cara menggunakan media yang mereka kawal dan tidak mahu membahaskan perkara tersebut dalam badan yang berwibawa seperti Dewan Negara ini," kata Dr Syed Husin.

Beliau menyerahkan usul tersebut pada 3 Mei lalu tetapi telah ditolak atas alasan ia tidak perlu dibincangkan lagi.

"Saya telah mengemukakan usul bagi membincangkan hal penyerahan dua blok padang minyak iaitu L dan M pada 3 Mei yang lepas tetapi pagi ini saya menerima surat dari Dewan Negara yang mengatakan usul tersebut tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia bukan perkara yang mustahak dan perkara ini telah dibincangkan di dalam media.

"Saya berasa amat kesal dan bimbang dengan apa yang terjadi. Perkara ini melibatkan isu Perlembagaan dimana perubahan sempadan Negara telah dilakukan tanpa mengambil kira Perkara 2 Perlembagaan.

"Ini adalah satu isu yang amat serius yang melibatkan soal maruah dan kedaulatan Negara. Parlimen telah diketepikan dalam keputusan penyerahan tersebut, dan ini merupakan satu perlanggaran Perlembagaan yang amat serius.

"Apa yang dibincangkan dalam media banyak yang bercanggah dan tidak tepat antara Kementerian Luar dengan Perdana Menteri dan juga Petronas dengan Kerajaan. Banyak perkara yang tidak jelas bagi kita untuk mendapat jawapan yang tepat. Sekarang sidang Dewan Negara sedang berlangsung maka perkara ini paling tepat diberikan penjelasan di dalam dewan bukan melalui media.

"Bagi saya perkara ini amat mustahak dan perlu dibincangkan segera kerana ia melibatkan masalah kedaulatan Negara. Tindakan kerajaan yang cuba mengelak untuk memberi penjelasan adalah umpama ingin menutup suatu kebenaran yang rakyat perlu tahu," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Dr Syed Husin berharap Perdana Menteri dapat memberikan jawapan dalam bentuk bertulis agar segala persoalan tersebut dapat diketahui.

"Dalam keadaan ini saya berpendapat Mahkamah Persekutuan harus campur tangan untuk memperbetulkan kesalahan yang telah berlaku kerana mahkamah adalah penjaga Perlembagaan. Jika Parlimen telah melepas tangan, maka Mahkamah wajib untuk meneliti perlanggaranPerlembagaan ini. Jika tidak Malaysia akan berdepan dengan krisis Perlembagaan dan demokrasi yang amat membimbangkan.

"Perdana Menteri perlu mengambil sikap yang serius atas persoalan yang timbul mengenai perairan negara itu jangan hanya membuat penjelasan kepada media sahaja, tempat yang paling sesuai beri penjelasan adalah pada sidang Dewan Negara," tegas Dr Syed Husin.


Sumber: Suarakeadilan

10 Polisi Pentadbiran PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang UMNO Selangor tak mampu buat dan takkan buat !!!

Salam / Selamat sejahtera pembaca sekelian..

Bicara mengenai tajuk diatas; polisi itu harus melibatkan 'fact and figure' bukan semberono. Mainan politik retorik basi UMNO akan sampai ke penghujungnya pada PRU 13 ini.

Kenyataannya, Selangor akan terus kekal di bawah Pakatan Rakyat. Itu adalah satu kenyataan yang sukar untuk diterima oleh UMNO. Perubahan polisi yang sangat banyak yang telah terlaksana dan sedang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat melalui kepimpinan TSKI akan membuktikan bahawa Selangor ini adalah negeri yang kalau diurus tadbir dengan baik dapat memberi kesejahteraan kepada rakyatnya dan rakyat Malaysia dari negri negeri lain.

Perbezaan pentadbiran dahulu dan sekarang:

1.

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI):

MEMBERI AIR PERCUMA 20 meter padu untuk setiap isi rumah.

Dato Khir UMNO / BN:

Menandatangani satu perjanjian berat sebelah untuk keuntungan cukong kroni Khir Toyo dalam konsessi air Selangor.

2.

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI):

TAWAS kerajaan PR adalah untuk memberi tabungan kepada setiap anak Selangor dan apabila menjelang 18 tahun anak tersebut mendapat sekurang kurangnya RM 1,500.

Dato Khir UMNO / BN:

Tawas BN untuk letak dalam perigi hahahah... kah kah kah kah kah kah

3.

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI):

Hadiah untuk anak masuk Universiti sebanyak RM1000.00

Dato Khir UMNO / BN:

Bagi hadiah penyapu kah kah kah kah

4.

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI):

Mesra Usia Emas untuk khairat kematian sebanyak RM 2,500 bagi meringankan beban keluarga.

Dato Khir UMNO / BN:

Rasuah pengundi warga emas RM100 dan kain masa pilihanraya kah kah kah kah kah

5.

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI):

Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang

Dato Khir UMNO / BN:

Tabungan untuk akaun banknya di Switzerland dan Singapore.. kah kah kah kah kah

Ini baru 5 Polisi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat yang tidak pernah dikecapi dibawah UMNO / BN Selangor.

Aku akan tuliskan lagi Polisi Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat lagi nanti,

Tunggu.........

Pendedahan eksklusif aku ini akan membuatkan UMNO Selangor makin menyesal memilih Khir Toyo sebagai MB dulu kah kah kah kah


Karya ini sumbangan pembaca blog ini - editor

BERSYUKUR WALAUPUN KEDIAMAN YANG DIDUDUKI HAMPIR MUSNAH DALAM KEBAKARAN KERANA SEMUA AHLI KELUARGA TERSELAMAT

KAMPUNG BARU HICOM - Betapa luruhnya hati dan perasaan seorang bapa bila mana apabila pulang ke rumah melihat api sedang marak membakar kediamannya. Namun akan tetapi kerana sikap ambil berat serta keperihatinan jiran tetangga dapat membantu memadamkan api yang sedang marak dalam kejadian tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei yang mendapat berita tersebut telah meluangkan masa melawat dan bertanyakan khabar kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut pada 30hb April lalu. Shuhaimi Hj Shafiei meluangkan hampir satu jam dengan meninjau kerosakkan yang berlaku dan bermesra dengan keluarga mangsa.

Shuhaimi juga telah menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit berjumlah RM3000.00 untuk meringgankan sedikit bebanan kepada mangsa sekeluarga.Jumlah anggaran memperbaiki sekitar RM15,000.00 dan kepada mana mana pihak yang sudi membantu dialu alukan.


Shuhaimi melihat secara dekat kebakaran yang memusnahkan suis elektrik

Mendapatkan penjelasan lanjut dari anak kepada mangsa kebakaran En. M. Ramalinggam


Mencatatkan sesuatu bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan

Mendapatkan cerita sebenar dari mangsa kebakaran sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung


Menyampaikan sumbangan sebanyak RM3000.00 bagi embantu keluarga terlibat membaik pulih semula bilik dan ruang tamu rumah terlibat. Turut hadir adalah Ketua Kampung Baru Hicom Tuan Imam Kamal.

Saketeriat Dun Sri Muda - Az

Wednesday, May 5, 2010

RM28 billion Kerajaan Bazir Wang Kepada IPP

Tak cukup dengan nak gadai dua telaga minyak ditambah pula dengan kes pembaziran kerajaan dalam mengurus tenaga elektrik di negara kita yang mana rakyat wajib tahu!!

Pertama sekali kalu nak cerita pasal pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan ni, kita kena tahu apa itu IPP, reserve margin dan PPA.

IPP ialah Penjana Kuasa Bebas iaitu seperti YTL dan Malakoff.

Reserve margin ialah kesediaan IPP untuk menjana kuasa tambahan pada tahap tertentu dan kesediaan ini dibayar oleh kerajaan yakni merangkap duit rakyat walaupun tiada apa yang dijanakan sebagai kuasa tambahan. Untuk pengetahuan, dalam dunia ni reserve margin yang normal adalah pada tahap 20% hingga 30%.

PPA ialah perjanjian yang dibuat antara kerajaan dan IPP.

Di Malaysia perjanjian antara kerajaan dan IPP ini membawa hasil kepada keuntungan kepada IPP dan sekaligus merugikan Rakyat. Hari ni nilai reserve margin di Malaysia telah melonjak naik sehingga 47% yang mana diakui sendiri oleh menteri. Kalau di Jepun, kenaikan sebanyak satu digit pun sudah menyebabkan ketidakstabilan inikan pula kenaikan sebegini rupa.

Reserve margin tu sebenarnya macam ni. Jika permintaan maksimum adalah 14000MW, janakuasa yang tak dijana dengan kapasiti pepasangan 7000MW, maka yang 7000MW tu adalah reserve margin.

Kita sebenarnya hanya memerlukan 5%-15% sahaja reserve margin sebagai persediaan untuk perkara yang tidak diduga, tetapi di Malaysia telah dapat membezakan dengan kadaan sepatutnya sebanyak32%. Jadi kita bayar 32% untuk tangan kosong yang mengayakan IPP ni.

Apabila dihitung jumlah 32% ini adalah bersamaan dengan RM28 billion!!

Oleh kerana terlalu pandai dalam mengurus ekonomi kerajaan terpaksa mewujudkan skim-skim cepat miskin untuk rakyat antaranya ialah GST. Renungkan dan sebarkan!!

Inilah kerajaan yang mendahulukan rakyat dalam pembaziran!

Saketeriat Dun Sri Muda -Q

Selangor says no to nuclear power

SHAH ALAM, May 5 — The Selangor government announced today that it is against the building of a nuclear power plant in the state.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said that the state government will instead opt for more environmentally-friendly energy sources.

“The Selangor government is of the opinion that it would not allow the nuclear plant to be built in the state for reasons that we can find alternative energy which is environmental friendly such a solar energy and energy conservation through new technologies,” he told reporters at the state secretariat here.

Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin announced yesterday that the federal government has approved a nuclear power plant, which will start operating from 2021.

Malaysia is the first country in Southeast Asia to announce a nuclear power plant, a sensitive matter in the Asean grouping that has always espoused a nuclear-free zone. Malaysia now relies on a combination of fossil fuels and hydro-power to generate electricity.

Chin said his ministry has been given the go-ahead by the Economic Council to start identifying suitable sites but declined to reveal possible sites or the total power to be delivered.

Chin only disclosed that the nuclear plant needed to be built in an area with high power demand, which could possibly mean in any of the industrialised states in the west coast.

Khalid stressed today that the setting up of a nuclear plant should be discussed in Parliament.

“As a Member of Parliament, the matter of this nature is a very serious issue and should be tabled and discussed in Parliament. The people of Malaysia need an explanation as to why there is a sudden need by the federal government to use another energy source especially after the highly expensive Bakun dam.

“We thought by having the Bakun damn, all of our energy requirements will be resolved and there was no discussion with regard to building a nuclear plant as an alternative to Bakun dam,” he added.

Source: Malaysian Insider

Bicara Liwat Tidak Halang Anwar Kempen Di Sibu



Meskipun sibuk dengan perbicaraan kes liwatnya yang akan bersambung sepanjang minggu depan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan tetap berkempen pada pilihan raya kecil Sibu bagi menjamin kemenangan DAP.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, yang dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sibu untuk selama tiga daripada lapan hari berkempen itu.

Oleh kerana terpaksa menghadiri perbicaraan kes liwatnya, kehadiran Anwar hanya terhad pada hujung minggu sahaja.

Saifuddin, yang juga ahli parlimen Machang berkata Anwar akan berada di Sibu bermula Sabtu hingga Ahad ini untuk bersama khususnya kertika hari penamaan calon.

Ketua umum PKR itu juga akan sekali lagi ke Sibu semula pada Jumaat depan bagi menggulung kempen Pakatan Rakyat sebelum hari mengundi pada Ahad, 16 Mei nanti.

“Kami telah sediakan program yang rapi untuknya, termasuk lawatan ke pasar, ceramah, bermesra dengan rakyat dan sebagainya,” kata Saifuddin.

“Walaupun Anwar akan terikat pada hari bekerja dengan perbicaraanya, beliau tetap mahu memainkan peranannya dan membantu pembangkang di Sibu.

“Pemimpin PKR yang lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakar strategi parti, Tian Chua akan juga membantu kempen di sana.”

Semalam, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya.

Mereka tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful.

Dengan keputusan itu perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini kerana Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

P
erbicaraan Isnin ini akan bersambung dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Pada pilihan raya kecil Sibu ini, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh DAP yang menamakan ketua parti itu di Sarawak, Wong Ho Leng, yang juga ahli dewan undangan negeri, Bukit Assek untuk berdepan dengan BN yang memilih Robert Lau Hui Yew dari SUPP.

Sumber: Tawanmalaysia.com

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'


Mei 5, 10 3:15pm
Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil.

Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Dalam kenyataannya, Muhammad Faisal berkata, lima lagi resolusi ialah:

- Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

- Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

- Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam.- Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis.

- Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Malaysiakini

Tuesday, May 4, 2010

Lies, Lies and Lies!

Petikan dari blog: Din Merican


May 4, 2010

by Din Merican

Today the mainstream media reported that the friend of 15 year old Aminulrashid who was shot dead point blank by the Police gave a press conference. In that press conference, the surviving friend, Azamuddin Omar, gave his version of the shooting incident that totally contradicts the police’s version. If the police knew he would do this, he would have been hunted down and shot dead too! And what was the police version explained by IGP Musa Hassan?

According to IGP Musa, the dead boy tried to ram into the policemen, forcing the police to shoot. According to Musa, the boy is a criminal because a parang was found in the car, implying that the boy was a criminal, a fleeing felon who can be shot at will. According to Musa, a moving car is a dangerous weapon, obviously ignorant of the meaning of dangerous weapon/arm in the statute. According to Musa, he/the Police are telling the truth; there is no cover up and if the Malaysian public does not trust what he says, he will pull back the police from the streets and “confine to barracks”. Confine to barracks is a military term to indicate a boycott. That means Musa wants to boycott the public. That means Musa wants to boycott Malaysia, because under the Police Act and the Federal Constitution, it is the Police’s duty to maintain law and order in a civil times.

Let us pause for a moment. Let us analyse Musa’s words, can and should the Malaysian public trust Musa Hassan, the No.1 Policeman in the country?

Is this not the same man who climbed the ranks to become IGP after fixing up Anwar Ibrahim with his mattress carrying antics in Sodomy 1. Isn’t he the same Investigating officer who made up stories about the scene of the sodomy when the building was not even ready? Isn’t he also the one who worked hand in glove with the Along syndicate and released that criminal and twice RR detainee Goh Cheng Poh @ Tengku Goh while 6 of his officers and the Director of Commercial Crimes Dato’ Ramli Yusuff and his lawyer Rosli Dahlan got charged? Wasn’t he the one who worked with Dato Christopher Wan to create a fictitious blog to fix up Dato’ Johari Baharom. That blog is like the parang that the poice now planted in Aminulrasyid’s car. Bapa borek anak rintik.

Isn’t he the same IGP who appeared as the 75th Witness in Dato’ Ramli’s trial in Sabah who was denounced by Judge Supang Lian as ” an incredbible witness whose evidence is not to be believed”? That is legal phraseology to say Musa is a Liar!

Is that any surprise then that Razak Baginda go scot free while 2 rank and file officers get the hangman’s noose in the murder of Altantuya? Is there any surprise that Malaysians do not believe the police, the MACC, The AG, the judiciary and ultimately the Government? People like Musa Hassan, Gani Patail etc are cancerous cells, and more are growing to be like them because they are deemed successful for willing to do all the wrong and evil things. And we Malaysians are to be blamed for keeping mum!

Just look at the charade in Teoh Beng Hock’s Inquest. It is most revolting to see the lies and cover ups perpetrated by all these guardians of our public institutions. They have become so bold that they will even lie to us openly. Pak Lah, that supposedly religious ex Imam-PM even lied about the two oil wells he surrendered to Brunei and in return got nothing. He lied about getting sovereignty over Limbang. If an Imam-PM like Pak Lah can lie openly, what do we expect from PM Najib whose image is much improved now although he was implicated in the Altantuya Shariibu Murder?

I am expressing all these anger and disgust because I am just about to leave for the KL Criminal Sessions Court No.10, located at the left wing of the Jalan Duta Courts’ complex, where Judge Bakar Katar presides over the trial of Lawyer Rosli Dahlan. I have seen lies by the MACC Deputy Director of Prosecution Anthony Kevin Morais when he gave evidence previously. After 6 days, he is still on the stand. Today will be his 7th day. I expect to see and hear more lies spewing from his mouth when he is cross examined by Dato’ K Kumaraendran, Rosli Dahlan’s counsel.

I am revolted by all these lies. They do it in the newspapers, in Parliament and even in the courts while under oath. That Kevin Morais will lie in order to do in an innocent man like Rosli Dahlan has re-affirmed my resolve to expose all their lies. I will expose all these lies until we bring about genuine reforms!”

Pemimpin Umno/BN cuai kedaulatan negara

M Faqih - Harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Mei: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap tidak prihatin terhadap kedaulatan negara apabila dengan mudah menyerah dua blok pengeluaran minyak di Laut Cina Selatan kepada Brunei.

Blok terbabit iaitu Blok L dan Blok M dianggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nilai minyak berjumlah AS$100 billion (RM320 bilion).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat mengesahkan kerajaan BN tidak prihatin terhadap kedaulatan negara.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut satu siasatan dibuat bagi menyiasat ketelusan rundingan yang merugikan Malaysia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Baru-baru ini Dr Mahathir Mohammad mendedahkan kepincangan tersebut dalam blognya dengan merujuk laporan The Edge Financial Daily dan Brunei Times.

Bagaimanapun Perdana Menteri menganggap persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 sebagai formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak (Malaysia dan Brunei).

Isu tuntutan Brunei terhadap Limbang yang diapit daerah Brunei Muara dan Temburong dibangkitkan negara terbabit sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Ahmad Fadhli berkata, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal yang teramat sangat ekoran kecuaian kerajaan Malaysia dalam rundingan diplomatik tersebut sehingga mengakibatkan jumlah kerugian yang begitu besar terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.

“Persoalan yang timbul mengapakah pemimpin negara boleh melakukan rundingan yang secara jelas merugikan Malaysia.

“Jika pemimpin negara boleh menafikan hak rakyat Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak sebanyak RM2 billion, nampaknya mereka dengan senang hati melepaskan RM320 billion kepada pihak lain,” katanya.

Oleh itu menurutnya, Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan Najib memandangkan ketika mesyuarat kabinet pada 11 Februari 2009 beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Monday, May 3, 2010

Freedom House: Media Malaysia masih 'tak bebas'


Mei 3, 10 5:42pm
Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Malaysiakini

Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis


Mei 3, 10 3:48pm
Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Sunday, May 2, 2010

TINJAUAN DI SEKITAR BT 7 & 8 BUKIT KEMUNING

Bukit Kemuning - Hari ini YB Shuhaimi meluangkan masa lebih 3 jam melihat serta meninjau sendiri permasalahan di sekitar Bt 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning. Permasalahan seperti sampah sarap buangan warga asing, ketiadaan tong sampah Roro dan longkang tersumbat merupakan antara permasalahan berulang yang dilaporkan masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang berwajib,

Kehadiran serta merta beberapa pegawai MBSA atas permintaan YB Shuhaimi sedikit melegakan penduduk yang masih dibelenggu masalah berulang yang tiada kesudahan. YB Shuhaimi juga menghubungi Pengurus Besar Alam Flora dan Dato Bandar bagi memaklumkan berkenaan permasalahan tersebut dan mereka berjanji akan menyelesaikan perkara tersebut segera.




Selain itu juga masalah lain seperti jalan berlubang dan hakisan tanah juga dibangkitkan oleh penduduk sekitar Bukit Kemuning, mereka mengadu tentang kerja-kerja penurapan jalan yang tidak mengikut piawai yang betul dan banjir yang semakin kerap berlaku. Dipercayai punca kepada banjir ini adalah disebabkan oleh pembinaan lebuhraya baru sekitar kawasan terlibat dimana 4 kolam takungan telah 'hilang' disebabkan pembinaan lebuhraya ini.

Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 5 kali lori sampah berulang alik yang mana sampah ini dipindahkan oleh kontraktor Alam Flora yang turun membantu keesokkannya. Tahniah pada Alam Flora yang bertindak cepat dan penduduk mengharapkan agar mereka dibekalkan tong sampah memandangkan laluan sempit menyukarkan lori kontraktor Alam Flora memasukinya terutama di laluan Lot 1935.



Dikesempatan itu juga YB Shuhaimi meluangkan masa bertemu serta bertanya khabar penduduk sekitar Bukit Kemuning, kesempatan ini juga digunakan oleh penduduk untuk meluahkan sendiri permasalahan mereka kepada YB Shuhaimi seperti masalah bil air Syabas yang tinggi selepas menukar kersakan meter dan berharap agar YB dapat membantu mereka.

Lawatan susulan akan diadakan pada 10hb Mei depan bersama MBSA dan Alam Flora

Saketeriat Dun Sri Muda -Az

Thursday, April 29, 2010

Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 28 Apr - Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.

Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.

Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.

"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi.

"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.

"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam.

Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan.

Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.

"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau.

Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.

Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian.

Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya.

Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang.


Petikan: Suarakeadilan

Sunday, April 25, 2010

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan Tak Laku Di Felda Sg Tengi

Petikan: SUARA KEADILAN

KUALA KUBU BAHARU - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan di Felda Sungai Tengi apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Kejadian berlaku apabila beliau tiba di kawasan tersebut dan terus ke kumpulan wanita untuk bersalaman.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah.

Secara keseluruhan pengundian bagi pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar walaupun terdapat sedikit ketegangan di Batang Kali.

Cuaca setakat pukul 11.45 pagi kelihatan baik walaupun Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan hujan akan turun pada lewat tengahari.

Timbalan Pengarah I Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil, Shuhaimi Shafiei berkata di Batang Kali keadaan agak tegang apabila petugas Barisan Nasional cuba merobohkan khemah petugas Pakatan Rakyat.

"Kita bukan dirikan pondok panas atau barong, hanya pondok untuk petugas kita berteduh dan berfungsi sebagai pusat penghantaran makanan dan minuman bagi petugas kita. Lagi pun penyokong kita di kawasan tersebut kurang daripada jumlah penyokong BN tapi alhamdulillah mereka masih bertahan di situ," kata

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Muda.

Wartawan Suara Keadilan melaporkan penyokong BN bertindak liar sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hampir jatuh ditolak.

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar baru batang kali kira-kira pukul 11 pagi dan hanya sempat melawat seketika sebelum meneruskan lawatan ke pusat pengundian lain.

Shuhaimi berkata laporan petugas di Dulu Selangor menyatakan pergerakan trafik agak lancar kecuali sedikit kesesakan ketara dilaluan Rasa-Batang Kali.

Tiga petugas Pakatan Rakyat juga dilaporkan hilang apabila tidak sampai di kawasan yang mereka ditugaskan di Ampang Pecah.

"Kekeliruan juga berlaku di Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin kerana sekolah tersebut terdapat dua pusat pengundi dan pengundi agak keliru pada mula di mana mereka harus membuang undi," kata beliau.

Shuhaimi juga melaporkan dua khemah sewaan yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batang Kali hilang kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Sementara itu keadaan dikatakan tegang di Sekolah Rendah Agama Kalumpang apabila jarak antara kumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan BN dikatakan terlalu dekat.

Pusat mengundi di situ mempunyai 945 pengundi dengan tiga saluran.

Sebelum itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan seramai 200 daripada 1,350 pengundi berdaftar telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Di Kerling juga suasana panas apabila BN yang menggunakan remaja untuk mengejek penyokong Pakatan Rakyat yang lalu di kawasan tersebut.

Friday, April 23, 2010

GIANT BANNER DI HULU SELANGOR

Tinggal 3 hari lagi PRK Hulu Selangor akan berakhir, jam 4.00 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai Tim Pengarah 1 Bilik Gerakan Utama YB Shuhaimi dan beberapa petugas masih sibuk memasang "Giant Banner" sekitar Parlimen Hulu Selangor.




YB Shuhaimi (berbaju Biru) melakukan sendiri kerja-kerja mengikat banner di Hulu Kali bersama para petugas AMK Hulu Kali.