BUKIT KEMUNING - Penduduk disekitar Batu 7 dan Batu 8 Bukit Kemuning bukan hanya sekadar berhadapan dengan permasalahan longgokkan sampah yang tidak diseliakan dengan baik .Tetapi juga menghadapi satu lagi masalah yang lebih besar ketika tinjauan aduan YB Shuhaimi ke Bukit Kemuning baru baru ini.
Beberapa lokasi tapak pelupusan sampah haram turut ditemui yang mana berada jauh dari jalan utama dan sukar untuk dikesan oleh pihak berwajib.
Bertindak dari aduan penduduk YB Shuhaimi bersama sama pegawai dari Alam Flora dan MBSA telah meninjau sendiri ke lokasi tapak pelupusan sampah haram tersebut yang mana jelas kelihatan menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen dan kebenaran dari pihak yang berwajib.
Pengusaha telah melakukan pembakaran terbuka yang mana boleh menjejaskan kesihatan penduduk disekitar kawasan tapak operasi tersebut.
Ketika tinjauan asap yang berbau jelas kelihatan diruang udara kerana kesan dari kerja kerja membakar wayar untuk mendapatkan tembaga dan besi.
Pihak Alam Flora serta MBSA melahirkan kesungguhan bersama berganding bahu untuk mengambil tindakan yang paling tegas kepada mana mana pihak yang dengan jelas melanggar undang undang dan memudaratkan kesihatan rakyat.
Wakil penduduk dan wartawan yang bersama sama meninjau keadaan ditempat terlibat yang hampir 2 ekar luasnya..
Sekretariat DUN Sri Muda - Az