Monday, December 6, 2010
Sunday, December 5, 2010
Demonstrasi tuntut hak Air ditembak meriam Air
Wong Shu Qi | Dec 05, 2010 11:47:23 am
Rakyat yang berdemonstrasi untuk "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" akhirnya terpaksa bersurai apabila dibalas dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis dan FRU. Demonstrasi anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini berakhir dengan penangkapan kira-kira 50 orang, sungguhpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berjaya menyerah memorandum ke Istana Negara.
Khalid Ibrahim akhirnya berjaya masuk ke dalam bilik tetamu Istana Negara bersama beberapa orang EXCO-nya, setelah berunding dengan polis. Dalam satu sidang media yang singkat selepas menyerahkan dua kotak dokumen kepada pihak Istana, Khalid memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyatakan kesudiannya untuk berunding semula dalam isu berhubung penstrukturan air, semalam.
Sementara itu, gas pemedih mata dan meriam air terus dilepaskan ke atas peserta yang enggan bersurai setelah MB bersama EXCO-nya menyerah memorandum. Mereka terpaksa melarikan diri ke dalam Masjid Negara. Pada jam 2.59 petang, polis telah masuk ke dalam perkarangan Masjid untuk menangkap kira-kira 10 orang. Malah, tiga baris anggota polis, iaitu kira-kira 150 orang berkumpul di luar masjid pada ketika itu, menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, rundingan ahli parlimen Kuala Selangor-PAS, Dzulkefly Ahmad dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh pada jam 3:30 petang berhasil, apabila Amar Singh berjanji untuk membebaskan kesemua tahanan, dengan syarat peserta demonstrasi bersurai secara aman.
Sebelum ini, Perhimpunan Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merupakan reaksi terhadap perhimpunan ini, telah bersurai apabila penganjurnya bersetuju untuk menghantar memorandum Istana Negara dengan dua buah kereta yang diiringi polis, tengahari tadi. Kira-kira 300 orang berpakaian hitam dilaporkan berkumpul di Stadium Merdeka pada pagi ini, merancang untuk menyerah memorandum kepada Yang Di-pertuan Agung berhubung 30 perkara penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Namun, perhimpunan "Kembalikan Hak Air kepada Rakyat" yang diteruskan itu terpaksa berdepan dengan tangkapan polis. Antaranya, ADUN Kota Damansara Nasir Hashim, dua orang pemimpin PSM iaitu Arutchelvan dan Selvarajan, jurukamera TV Selangor dan beberapa orang ahli PAS telah ditangkap, sebelum perhimpunan bermula.
Yang berikut adalah perkembangan perhimpunan:
3:40pm Perhimpunan "Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat" bersurai.
3:30pm Ahli parlimen Kuala Selangor-PAS, Dzulkefly Ahmad berunding dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh supaya membebaskan semua tahanan. Amar Singh berjanji tiada tangkapan selanjutnya dan semua tahanan sebelum ini akan dibebaskan, dengan syarat peserta bersurai. Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen dan Shah Alam-PAS, Khalid Samad memastikan semua peserta beredar dari masjid.
2:59pm Polis telah masuk ke dalam perkarangan Masjid untuk menangkap kira-kira 10 orang.
2:28pm Sekumpulan lagi peserta yang diketuai Tian Chua disekat di Jalan Istana, mereka bersetuju untuk berjalan menyusur Jalan Scott selepas rundingan, dan kini mereka menuju ke Masjid Negara.
2:20pm Sekumpulan peserta berarak di sepanjang Jalan Tun Sambathan, melalui Gereja Holy Rosary Church dan tiba di Jalan Istana. Kelihatan sekumpulan FRU sedang menunggu di luar Istana Negara.
2:15pm Polis menyekat Jalan Syed Putra. Peserta perarakan menggunakan jalan pintasan dari stesen KTM.
2:03pm Polis hanya membenarkan empat kereta Menteri Besar dan EXCO untuk melepasi halangan, sambil diiringi polis ke Istana Negara. Namun, gas pemedih dan meriam air dilepaskan ke arah peserta perhimpunan berdekatan dengan bangunan KTM Bhd, dan mereka melarikan diri ke dalam stesen KTM.
1:59pm Gas pemedih mula dilepaskan oleh FRU untuk menghalang perarakan rakyat ke Istana Negara.
1:55pm Kira-kira 5,000 berarak, berdepan dengan polis yang menghalang di depan bangunan KTM Bhd.
1:50pm Perarakan bermula. Pemimpin PKR Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard memimpin peserta untuk melaungkan "Daulat Tuanku".
1:40pm Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim tiba di Masjid Negara dan mula berucap.
1:38pm Pengacara perhimpunan "Bantah Kenaikan Harga dan Penswastaan Air" mengumumkan bilangan peserta sebanyak 15 ribu dan pihaknya berjaya mengumpul 250 ribu tandatangan.
1:30pm Barisan EXCO Selangor kini berbaris di Masjid Negara, menunggu ketibaan Menteri Besar Khalid Ibrahim untuk mengetuai perarakan. Wakil rakyat yang turut hadir termasuklah ahli parlimen Kapar Manikavasagam, ahli parlimen Batu Tian Chua, ADUN Rawang Gan Pei Nee, ahli parlimen Selayang William Leong, ahli parlimen Klang Charles, ADUN Batu Caves Amirudin Shari, ahli parlimen Puchong Gobind Singh.
1:00pm Sekumpulan mahasiswa tiba di Masjid Negara dan melaungkan slogan "Hidup Rakyat". Satu kain rentang "Mahasiswa bersama rakyat" digantung pada bagunan Masjid Negara. Jumlah peserta perhimpunan menghampiri 1000 orang.
12:35pm Lima orang ahli PAS telah ditangkap di Muzium Negara, menurut twitter Ketua AMK, Shamsul Iskandar.
12:15pm Kira-kira 500 orang yang berpakaian merah (Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat) berada di kawasan sekitar Masjid Negara.
12:10pm Jurukamera TV Selangor Hanafi telah ditangkap polis.
12:01pm ADUN Kota Damansara Nasir Hashim, pemimpin PSM Arutchelvan dan Selvarajan telah ditangkap polis di KL Sentral.
11:40am Polis telah membuat beberapa halangan di tempat berdekatan dengan Masjid Negara, dan Lebuhraya Persekutuan yang menuju ke arah Kuala Lumpur mula sesak.
*Wong Shu Qi ialah Wartawan Senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
Sumber: Merdeka Review
MB S'gor: Polis tak tunai janji, saya kesal
Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"
Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.
“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.
Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.
Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun
Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.
"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.
"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.
Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.
"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.
Saturday, December 4, 2010
Politik Kemiskinan Ala-Ketuanan Melayu UMNO
Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng
Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi. Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan. Ibu mengopek udang. Kakak mengopek udang. Aku satu-satunya anak jantan “keluarga tanpa ayah” juga mengopek udang. Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku. Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari.
Kromosom X yang diturunkan oleh ibu kepada aku bukan sahaja mengubah cara aku menguruskan rambut otak durianku, tetapi yang paling berharga buat diriku ialah cara bagaimana aku mengharungi, merasai dan memahami kemiskinan sebelum aku sempat membaca karya Edward Said yang membuka mataku terhadap wacana orientalisme. Jangan kita menghakimi kemiskinan orang Melayu dengan kaca mata orientalisme sehingga terpedaya dengan mentaliti pemikiran kolonialis lampau dan masa kini. Lebih kurang begitulah salah satu dimensi penafsiranku terhadap teguran Allahyarham Syed Hussein Alatas yang meskipun pada satu ketika dahulu berderingan kuat dari jauh tetapi kini semakin sepi dan lembut suaranya.
Siapakah “kolonialis masa kini” dalam konteks politik kemiskinan domestik hari ini? Bacalah paparan berita media perdana saban hari. Perhatikanlah senarai syarikat yang mendapat projek besar setiap kali pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Telitilah ke mana perginya hasil ekonomi negara setiap tahun Belanjawan Negara diumumkan oleh Menteri Kewangan. Kebarangkalian kumpulan-kumpulan orang yang sama mendapat projek besar terlalu tinggi.
Secara ringkas, dalam kalangan kumpulan tersebut, ada yang bergelar “kelompok Umnoputra”, ada juga yang bergelar “kelompok GLC”, yakni mereka yang berselindung di sebalik syarikat kerajaan berkaitan kerajaan.
Kumpulan-kumpulan sedemikianlah yang berbicara kuat mengenai pembasmian kemiskinan. Bahawa Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan bagi mencapai objektif kerajaan berdasarkan statistik kerajaan mengenai kadar kemiskinan di Malaysia seperti berikut:
Pembasmian Kemiskinan Yang Telah Dilakukan Kerajaan BN
| Tahun | Peratus (%) |
| 1970 | 52.4 |
| 1988 | 17.3 |
| 1990 | 16.5 |
| 1999 | 7.5 |
| 2002 | 5.1 |
Bahawa Model Ekonomi Baru wajar dilihat sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Persekutuan yang kononnya prihatin terhadap kemiskinan rakyat akan meneruskan projek dan program yang dapat membantu dan menaik taraf status golongan rakyat dalam kategori 40% berpendapatan rendah.
Tidak cukup setakat retorik mengaitkan politik kemiskinan dengan program ekonomi yang sebenarnya lebih menguntungkan sekumpulan “kelompok Umnoputra” dan “kelompok GLC”. Kelompok-kelompok elit seumpama yang kononnya prihatin dengan kemiskinan rakyat bawahan acap kali mengaitkan “Ketuanan Melayu UMNO” dengan politik kemiskinan. Bahawa “Ketuanan Melayu UMNO” merupakan pembela orang Melayu maka akan membawa penyelesaian kepada kemiskinan orang Melayu.
Ironisnya, siapakah yang menghakimi kemiskinan Orang Melayu dengan kaca mata orientalisme tetapi bertopengkan Dasar Ekonomi Baru dan “Ketuanan Melayu UMNO” yang pada satu ketika dahulu berniat baik tetapi hari ini bercampur-adukkan dengan budaya “rent-seeking” yang terlalu “embedded” dalam sanubari Melayu UMNO?
Oleh kerana tidak berupaya menjalani proses transformasi diri secara yang berimpak, maka “kelompok Umnoputra” terus-menerus membawa wacana “Ketuanan Melayu UMNO” ke seluruh pelosok desa dan berbicara tanpa segan silu mengenai politik kemiskinan.
Tetapi yang jarang-jarang sekali dianalisi dalam mesej politik kemiskinan seumpama ialah: Pertahankan “Ketuanan Melayu UMNO” maka dipertahankan kepentingan “kelompok Umnoputra”. Pertahankan kesinambungan politik kemiskinan ala-Dasar Ekonomi Baru meskipun dalam penjelmaan terbaru seperti Model Ekonomi Baru maka dipertahankan kepentingan “kelompok Umnoputra”.
Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?
- Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.
- Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.
- St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.
- Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.
- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.
- Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
- Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.
- Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.
- Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.
Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.
Jika aku orang Melayu yang hidup papa dan merana, setiap kali aku membaca berita atau mendengar pembesar politik berbicara mengenai kewajaran kelangsungan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu pada abad ke-21, akan ku dapatkan segera pembesar suara, menghadapkannya ke arah akhbar atau pembesar politik tersebut, lalu aku memekik dengan kuat sekali: Hentikanlah ketaksuban berpolitik yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu dengan menggadaikan maruah orang Melayu. Melayu bermaruah tidak lahir dalam konteks politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO. Melayu bermaruah akan lahir dalam konteks baru Ketuanan Rakyat yang berjiwa rakyat dan berpaksikan keperluan golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Demo diterus, perarakan bergantung keadaan
Friday, December 3, 2010
Pakatan Rakyat hormati titah Sultan
Wednesday, 01 December 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 1 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafie menegaskan Pakatan Rakyat atau Pakatan, menerima dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah berhubung segelintir individu yang mempersoalkan institusi Raja-raja Melayu dan keperluannya dalam sistem pemerintahan kini.
Shuhaimi berkata, sejarah membuktikan Umno yang menghancurkan Melayu dan Kesultanan Melayu, mengurangkan kuasa Melayu serta tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu.
Beliau berkata, pencabulan kuasa-kuasa istana berlaku sebanyak tiga kali pada zaman Tun Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Apa yang dititahkan oleh Sultan, kita hormati prinsip dan pada masa yang sama kita mengharapkan mereka yang berada di belakang yang membuat draf atau teks ucapan perlu memahami apa yg diperjuangkan Pakatan.
“Saya nak jelaskan, kelompok sebenarnya yang menghakis kuasa adalah di bawah pimpinan Mahathir Mohamad dulu,” katanya.
Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas isu berhubungmelahirkan dukacita kerana ada segelintir masyarakat yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya Melayu, sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, kerelevanan Institusi Raja-raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara.
Menurut Shuhaimi, Pakatan tetap mendukung Perlembagaan Negara dan menolak cubaan Umno untuk memutar belit isu Ketuanan Melayu demi kelangsungan politik parti itu yang semakin rapuh.
Sumber: Selangorkini
Wednesday, December 1, 2010
| Oleh Dzulkarnain Taib |
|
Sumber: Suara Keadilan |