



Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali. Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Sumber: Malaysiakini
Adun Sri Muda kesal Utusan Malaysia putar belit kenyataannya
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini menyatakan rasa kesal terhadap putar belit akhbar Utusan Malaysia mengenai kenyataannya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.
Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK tidak memerlukan perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dimanipulasi oleh akhbar arus perdana tajaan Umno itu.
“Saya hanya mempersoalkan kenapa kaedah pelantikan SUK itu dibuat dengan membelakangkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),” katanya.
Shuhaimi berkata, sekiranya ada pihak yang terus melempar tohmahan sebegini maka Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja akan membongkar kisah penderhakaan Umno terhadap Kesultanan Melayu.
Beliau menjelaskan bahawa peribahasa “beraja di mata dan bersultan di hati” yang dinyatakannya bertujuan untuk mengingati semua pihak bahawa tindakan yang diambil mana-mana pihak tanpa mengambil kira peraturan dan adab tidak akan diterima rakyat.
Permasalahan ini dijelaskan oleh pegawai khas beliau, Azmizam Zaman Huri dalam satu sidang media dipejabatnya dekat sini petang tadi.
Azmizam memberitahu pihak media bahawa Adun Sri Muda tersebut sanggup meminta maaf kepada baginda meskipun kenyataannya telah diputar belit oleh beberapa pihak.
Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali di ibu pejabat polis daerah Shah Alam esok.
“Ini kerana ‘beliau hendak jadi hero mempertahankan sultan’ walhal beliaulah yang menderhaka kepada Kesultanan Melayu,” katanya.
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.
“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.
“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.
Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.
Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.
“Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut,” kata menteri pusat ini.
Noh juga menambah, tindakan Menteri Besar mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara adalah tidak wajar dan kurang bijak.
“Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan kedegilan sehingga mengambil tindakan untuk memulau sebarang majlis dan keraian yang melibatkan SUK yang baru.
“Malah dalam sidang akhbarnya semalam Khalid juga memutuskan bahawa Datuk Khusrin selaku SUK tidak dibenarkan hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata beliau yang menyifatkan langkah itu satu penghinaan kerajaan negeri Selangor tadbiran Pakatan Rakyat terhadap seluruh jentera pentadbiran awam di negeri Selangor.
“Dalam pada itu saya berpandangan bahawa cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor adalah tidak perlu,” katanya.
Katanya, ia membuktikan bahawa Khalid mengakui pelantikan Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan sedia ada.
“Maka dengan itu Tan Sri Khalid hendaklah akur dan menghormati perlembagaan negeri sedia ada, kalau beliau tidak dapat menerima pelantikan tersebut maka beliau tidak menghormati perlembagaan dan menderhaka kepada Sultan.
“Ini adalah kerana Sultan Selangor sudah memperkenankan pelantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru,” katanya.
Semalam, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mencadangkan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Pada sidang media tengah hari tadi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata Khalid perlu mengemukakan representasi bertulis kepada beliau bagi mengadakan sidang DUN.
Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.
Ketika ditanya sama ada kontroversi isu pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dianggap berkepentingan awam sehingga sidang DUN perlu diadakan, Teng berkata: “Sehingga kini saya tidak tahu apa yang akan dibentangkan.”
“Jadi saya tidak tahu representasi mengenai apa yang akan dikemukakan oleh Menteri Besar,” katanya.
Oleh yang demikian Teng berkata beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sama ada sidang yang bakal diadakan itu menyentuh pelantikan Khusrin atau mengenai isu-isu lain.
Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas manakala tempat Mohamad Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, berkuat kuasa 1 Januari.
Bagaimanapun Khalid menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.
Mengenai keperluan majoriti dua pertiga bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu dipinda dalam sidang DUN, Teng berkata walaupun kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor tidak memiliki majoriti dua pertiga di dalam DUN, kemungkinan Menteri Besar boleh mempengaruhi anggota dewan daripada Barisan Nasional untuk menyokongnya.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (14), DAP (13) dan PAS (lapan). Jumlah bagi majoriti dua pertiga ialah 38.
Sumber: Malaysian Insider
SHAH ALAM 4 JAN: Cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri bakal menguji kesetiaan Adun-Adun Umno-Barisan Nasional(BN) terhadap istana.
Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, bermakna sokongan ADUN BN adalah perlu bagi memulihkan kuasa Sultan yang ditarik balik oleh pemerintah ketika krisis perlembagaan pada tahun 1993.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang tiga untuk majoriti dua pertiga.
Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertujuan mengembalikan kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
Pindaan itu dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah Putrajaya memulau kerajaan negeri dan melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK, berkuatkuasa 1 Januari.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan mendakwa Sultan Selangor memperkenan perlantikan itu walaupun ia dibuat tanpa sebarang rujukan atau perbincangan dengan kerajaan negeri.
Namun dalam pertemuan dengan Tan Sri Khalid semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan baginda tidak ada kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Khusrin.
Ini kerana kuasa yang ada pada Istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan kerajaan negeri ditarik balik oleh Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993 bagi menambah kuasa kerajaan persekutuan.
Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Cheng Khim yakin ADUN-ADUN Umno-BN tidak akan bermasalah untuk memberikan sokongan kepada usul pindaan bagi memperkukuhkan kuasa Sultan.
“Saya akan meluluskan pindaan itu jika ia mendapat persetujuan dua pertiga ahli dewan. Kita tidak boleh menganggap ini tidak akan berlaku kerana Menteri Besar boleh menyakinan beberapa ADUN pembangkang(BN) untuk memberi sokongan,” beliau memberitahu sidang akhbar.
Menjawab soal wartawan, Teng berkata pindaan itu boleh dikuat kuasakan pada 1 Januari 2011 jika usul berkenaan dibentangkan sedemikian.
Jika ini berlaku, maka pelantikan Khusrin mungkin tidak sah kerana melanggar pindaan baru yang berkuatkuasa itu.
Teng berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan negeri untuk mengadaan sidang tergempar bagi membentangkan usul pindaan yang diumumkankan oleh Khalid semalam.
Namun beliau menjelaskan bahawa sidang DUN boleh dipanggil pada bila-bila masa tanpa jika Speaker berpuas hati atas keperluannya.
Sumber: TV Selangor
AN Indian citizen has been languishing in a detention centre for more than 36 months despite being sentenced to a four-month jail term for illegal entry, reported Tamil Nesan.
It said that S. Nallusamy, 37, was frustrated with his predicament that he had asked for poison from a social worker who visited him at the Lenggeng detention centre.
Nallusamy’s plight came to light when social worker S. Kamalanathan was contacted by the man’s family in Tiruchy, India.
He was earlier detained by the Immigration in 2007 for not having travel documents after entering Malaysia in 2002.
Kamalanathan said he was told by immigration officers that they had submitted documents to the Indian High Commission to enable Nallusamy to be repatriated back to India after completing his sentence. However, they had not received any reply.
> Makkal Osai reported that Seri Muda state assemblyman Shuhaimi Shafie has come to the assistance of a family with six children in Kampung Jala in Shah Alam, who have been dependent on rain water for their daily needs for several months.
It was reported that the water supply to their house was disconnected after they failed to settle a RM700 bill which arose due to underground water leakage. Four of the children stopped schooling as the family was unable to purchase exercise books, uniforms and shoes.
Souece: The Star| Zaid Zakaria |
| Seperti dinyatakan oleh Harakahdaily dalam satu tulisan tidak lama dulu, Selangor bakal menjadi medan pertempuran utama Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri. Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut. Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu. Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak. Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno. Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin. Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor, yakni Umno, dan merugikan kerajaan Pakatan. Kempen mereka juga dipertingkatkan menjelang pilihan raya umum yang dijangka beberapa bulan lagi. Akhbar harian dikuasai Umno telah menjadikan isu kemelut Selangor sebagai berita muka depannya selama dua hari berturut-turut. Laporan-laporan lain, seperti dakwaan menghasut oleh Shuhaimi Shafie, wakil rakyat Seri Muda kesemuanya bermatlamat menguatkan persepsi negatif terhadap Pakatan Selangor di mata orang Melayu. Di sinilah kumpulan-kumpulan Melayu pro-Umno memainkan peranan Mereka, menjadi penyerang barisan hadapan bagi Umno yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan meletakkan kempen 1 Malaysia dalam risiko. Mesej yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, kesemuanya berperanan mengukuhkan imej tidak mesra Melayu kerajaan Pakatan di Selangor. Berdasarkan perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, Umno dan BN menyedari undi bukan Melayu di Selangor tidak boleh diharapkan sangat untuk memenangi semula Selangor. Kerana inilah, Umno berusaha memenangi hati dan minda orang Melayu, seperti yang disebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucpaan semasa konvensyen Pakatan, menggunakan race (bangsa), religion (agama) dan raja. Seperti juga yang telah berlaku di Perak, kempen menggunakan formula bangsa di negeri itu berjaya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan. Apa yang dilakukan oleh Umno ini ditujukan kepada satu perkara dasar dalam Pakatan iaitu kerjasama melibatkan PAS dengan DAP dan PKR. Dengan menggugat kerjasama ini, hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan boleh terjejas dan memudahkan usaha Umno dalam pilihan raya umum nanti. Di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang PAS tidak menguasai pentadbiran negeri, isu Melayu terpinggir dimainakan oleh Umno. Negeri Pulau Pinang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh DAP sehingga mengabaikan orang Melayu manakala Selangor pula dikatakan didominasi PKR dan DAP dengan kesan yang sama seperti Pulau Pinang. Ini membolehkan sentimen Melayu dimanipulasi oleh Umno dan mendorong sejumlah pengundi memikirkan lebih baik memilih Umno kerana sekurang-kurangnya parti Melayu itu dominan dalam Barisan Nasional. Di sinilah Umno berjaya menarik sokongan Melayu, yang dibina sedikit demi sedikit sejak tewas di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Umno yang terjejas teruk selepas kalah di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sedang menumpukan kekuatan untuk merampas Selangor. Pakatan perlu strategi yang kuat dan setara untuk menentang kempen Umno menggunakan sentimen Melayu ini. PAS sebagai parti dianggotai Melayu terbesar selepas Umno dan berhasrat menggantikan Umno sebagai pejuang utama orang Melayu Muslim di negara ini perlu menunjukkan peranannya sebagai pemelihara kepentingan Melayu. Tindakan ekstrem Umno menggunakan agama dalam kes Selangor ini perlu ditangani oleh PAS dengan menunjukkan ada ruang yang lebih sederhana dalam membela kepentingan Melayu tanpa bertindak seperti Umno. Episod Selangor ini mendedahkan sensitiviti isu bangsa yang masih boleh dimanipulasi oleh Umno di Selangor, selepas berjaya mempalitkan imej negatif pada Pakatan selepas episod Perak. Pakatan kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah diperlihatkan sebagai menentang raja di Selangor dalam pertikaian pelantikan setiausaha kerajaan negeri. Sumber: HarakahDaily |
SHAH ALAM 3 JAN: Gabungan Utusan Malaysia dan Umno untuk melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berhasil kerana rakyat melihat kegigihan kerajaan Selangor memperjuangkan perkara yang baik untuk rakyat.
Justeru tomahan bahawa pemimpin PR menderhaka kepada Sultan tidak timbul ia taktik lapok.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi Tv Selangor hari ini berkata, sikap Umno-Barisan Nasional(BN) yang mahu mengambil kesempatan untuk menerap unsur negatif kepada masyarakat terutama orang Melayu bagi menghakis sokongan berterusan kepada PR.
"Pada dasarnya ini menunjukkan sikap mereka tidak boleh berhadapan dengan hujah sebaliknya berhadapan dengan kekuasaan dan kekerasan.
"Tetapi usaha Umno-Barisan Nasional untuk melagakan Pakatan Rakyat dengan Sultan saya rasa tidak begitu berjaya kerana rakyat boleh melihat apa yang diusahakan PR untuk kebaikan negeri Selangor dan begitu juga Sultan memahami bahawa itu hasrat Menteri Besar," ujar beliau.
Laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengarahkan kerajaan mengenakan tindakan ISA terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie kerana didakwa menghasut rakyat mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Selain itu Ahli Parlimen Bebas yang dipecat PKR, Zulkifli Nordin turut menyarankan Shuhaimi dikenakan tindakan mengikut Seksyen 121 menghina dan menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Saya rasa tiada orang yang ambil kira apa dia(ZulKifli) cakap secara serius melainkan pihak Utusan Malaysia yang cuba ingin mainkan isu ini," jelas Khalid lagi.
"Saya yakin bahawa baginda(Sultan Selangor) tidak menunjukkan sikap sepertimana yang Umno ingin tunjukkan dengan melabel orang derhaka dan sebagainya. Ada sedikit perbezaan pendapat dan pandangan terus mahu kata derhaka dan sebagainya," tambahnya lagi.
Menurut Khalid, beliau percaya masyarakat Melayu terutama tidak akan mudah terpedaya dengan kaedah Umno-Barisan Nasional mempropagandakan isu di negeri kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau walaubagaimanapun menggesa masyarakat melihat usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memperoleh individu yang paling sesuai bagi menerajui jawatan itu.
Disalin dari: TV Selangor
SHAH ALAM 3 JAN: Lantang bersuara dalam menyatakan pendapatnya secara terbuka mengenai hak kebebasan media di Malaysia, mengundang kontroversi apabila Hata Wahari dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media sebelum ini.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu menegaskan beliau mempunyai hak dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendapat atau menegur mana-mana media termasuk Utusan Malaysia atas kapasiti beliau sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia dan bukannya sebagai seorang wartawan di syarikat tersebut.
"Saya memperjuangkan kebebasan media. Jadi saya bercakap atas kapasiti sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, bukan bercakap sebagai wartawan Utusan Malaysia.
"Sebagai presiden NUJ Malaysia, saya berhak untuk membuat sebarang kenyataan media tentang kebebasan media dan berhak menegur mana-mana akhbar yang tidak mengamalkan kebebasan media dan menjadi alat propaganda kerajaan dan mengenepikan prinsip rukun negara dengan menyiarkan cerita yang berbentuk perkauman," katanya.
Hata ketika dihubungi TVSelangor tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan susulan yang diambil oleh pihak majikannya selepas ini, namun beliau akan terus memperjuangkan kebebasan total media Malaysia melalui NUJ.
"Kalau mereka nak menutup mulut saya dengan mengenakan siasatan dalaman supaya saya tak boleh bercakap, tanda amaran, terpulang pada mereka. Tapi bagi saya sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, dan tak akan berganjak dengan pendirian saya iaitu media perlu dibebaskan daripada kongkongan kerajaan atau parti politik atau kepentingan individu," jelasnya.
Biarpun mendapat tentangan dari beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya dalam menyatakan pendapat, beliau tetap berpegang teguh pada prinsip kebebasan media yang seharusnya memberi maklumat atau berita sebenar kepada masyarakat dan bukannya menjadi alat kepada kerajaan atau individu yang berkepentingan sahaja.
"Kalau mereka (Utusan) anggap itu menyindir apa masalahnya? Kalau mereka rasa itu menyindir maknanya perkara itu betul berlaku kan? Saya keluarkan pendapat NUJ, kalau tak betul mereka boleh beri kenyataan untuk menyangkal. Tetapi mereka kata saya menyindir, maksudnya itu semua benar belaka.
"Mereka melakukan itu semua. Apa yang pasti ialah, perkara itu benar-benar berlaku di Utusan Malaysia. Mereka sebagai boneka sahaja hanya menerima arahan sahaja," katanya.
Hata menerima surat daripada bahagian sumber manusia Utusan bertarikh 23 Disember yang mengarahkanya hadir bagi menjalani siasatan dalaman di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari depan.
Beliau turut menyatakan kesediannya berhadapan dengan Ketua Pengarang dan Pengarang-Pengarang Kanan Utusan Malaysia apabila dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita yang mengkritik Utusan Malaysia.
Disalin daripada: TV Selangor
The 28-year-old security guard is believed to have gone into hiding after his girlfriend, T. Vijayaletchmy, 21, lodged a police report against him at the Section 15 police station on Friday for injuring her daughters, Nishalini Sere, 2, and Harini, 1.
It is learnt that the security guard lost his temper and hit the two toddlers with his hands because they were crying and would not speak to him.
In the 4pm incident on Wednesday, the security guard allegedly also tied up the toddlers' wrists before he slapped and punched them.
Shah Alam police chief Assistant Commissioner Zahedi Ayob, when contacted, said police were looking for the suspect.
"We have yet to arrest the suspect, but we believe he is still in the Klang Valley," he said.
In the police report, Vijayaletchmy said she did not know why her boyfriend of four months resorted to violence and added that he was not drunk at the time.
The housewife also claimed that the suspect had never hit her children before and Wednesday's episode was the first time that he did so.
However, apart from the fresh injuries, there were also signs of old injuries on the toddlers' bodies, including burn marks which were healing.
It is believed Wednesday's incident was not the first time the suspect had abused the toddlers, whose father is serving time in Sungai Buloh Prison.
Nishalini and Harini are now warded at Tengku Ampuan Rahimah Hospital (HTAR) children's ward.
Nishalini's eyes are swollen shut, while her mouth is also swollen. Her younger sister, Harini, suffers a bruised left eye and some cuts to the mouth.
Also, the left arms of both sisters were fractured.
Meanwhile, Sri Muda assemblyman Shuhaimie Shafiei, who was at HTAR to visit the victims yesterday, said he had contacted the Klang Welfare Department and three officers had visited the victims on Friday.
"The officers informed me that they would be taking temporary care of the toddlers after they are discharged from the hospital," said Shuhaimie, who was alerted about the case by a concerned neighbour who heard the toddlers' cries.
Beginilah keadaan adik Nishalini berusia 2 tahun dan adiknya Halini berusia 1 tahun yang dideran dan dipukul.
Bersama Wanita Kota Raja menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Pegawai Perubatan memberikan bantuan segera selepas YB Shuhaimi membawa terus mangsa ke dalam wad kecemasan. Terima kasih kakitangan hospital yang perihatin. Menangis salah seorang pegawai perubatan melihat keadaan mereka It is learnt that the guard hit the two toddlers with his hands because they were crying and refused to speak to him.
The girls' 21-year-old mother, T. Vijayaletchmy, said both her daughters' faces were badly swollen from the beatings.
She said the eyes of one of her daughters, Nishalini, were swollen to the point she could not open them while her mouth was injured and also swollen.
Her younger sister, Harini, also suffered a bruised left eye and some cuts to the mouth.
In the 4pm incident, the 28-year-old guard allegedly tied the toddlers' wrists, slapped and punched them when they cried and refused to speak to him.
Vijayaletchmy said she did not know why the relative resorted to violence.
She also claimed that the man was not drunk at the time.
"I am not sure why he hit them," she said after lodging a police report at the Section 15 police station here yesterday.
The housewife also claimed that the man had never laid hands on her children and Wednesday's episode was the first time.
However, apart from the fresh injuries, the toddlers also carried signs of old injuries, including scars on their bodies.
The victims' paternal father was serving time in the Sungai Buloh prison.
Shah Alam police chief Assistant Commissioner Zahedi Ayob, when contacted, confirmed receiving the report.
"Police are now looking for the security guard to record his statement and assist in investigation," he said.
After the report was lodged, the toddlers were taken to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital (HTAR) for treatment by Sri Muda assemblyman Shuhaimie Shafiei.
Both have been admitted to HTAR because of the seriousness of their injuries yesterday evening.