Wednesday, January 5, 2011

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

Sejak dari dia muda di ITM sehinggalah dia tua, jarang teramat jarang saya menyokong Datuk Ibrahim Ali. Hari ini, saya terjumpa ucapannya di Dewan Rakyat pada 18/1/93. Saya jumpa dalam blog Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (mengenai Shuhaimi, lihat berita Malaysiakini hari ini “Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina“).

Melihat ucapan Ibrahim di Dewan Rakyat itu, saya harap saya tidak dihukum gantung kerana saya amat berterima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kerana ucapannya yang begitu pro-rakyat itu. Saya sudah lama dan sudah berulang kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginisiatifkan pindaan perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.

Dalam soal menghadapi perangai raja-raja, tidak ada mana-mana pemimpin politik Melayu yang berani seperti Dr Mahathir. Tak dapat saya lupakan betapa meluatnya saya kepada sikap beberapa pemimpin PAS ketika pindaan perlembagaan itu. Dengan Allah menjadi Saksi kepada keikhlasan hati saya, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih, Tun!



Berikut ialah ucapan Ibrahim yang saya copy аnԁ paste dari blog Shuhaimi (srimuda.blogspot.com).


Powered Bу iWebRSS.com

Artikel ini dipetik oleh pelawat TukarTiub dari website Gο tο Source

Beramah Mesra serta Membantu Penghuni Rumah Kebajikan Taman Iswara, Taman Sri Muda

Walaupun dalam menghadapi kecaman serta serangan hebat dari mainan Media Arus Perdana BN terhadap YB Shuhaimi, namun itu tidak menghalang beliau meneruskan tanggungjawab beliau sebagai Adun kawasan Sri Muda.
Pagi tadi YB Shuhaimi dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda meluangkan masa melawat sebuah rumah kebajikan di Taman Iswara, Taman Sri Muda meninjau permasalahan penghuni rumah kebajikan ini yang memerlukan bantuan dan sokongan orang ramai bagi meneruskan usaha melindungi mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam lawatan tersebut YB Shuhaimi turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai kepada penghuni yang kebanyakan adalah insan yang tidak diterima oleh keluarga mereka dan ada yang dulunya merayau2 di tepi jalan tanpa haluan.

Kenyataan Media Ketua AMK Kota Raja / Keadilan Dun Sri Muda


Kenyataan YB Dato Ibrahim Ali - 18 Januari 1993


Penyata Rasmi Parlimen - 18 Januari 1993

Penyata Rasmi Parlimen berkenaan ucapan YB Tuan Haji Ibrahim Ali (Pasir Mas) pada 18 Januari 1993



Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

NONE“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONEShuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali. Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.


Sumber: Malaysiakini

Pemimpin Umno Berbeza Pendirian Berhubung Kuasa Sultan



SHAH ALAM 5 JAN : Pemimpin Umno kini bercanggah pendapat berkenaan hasrat kerajaan Negeri Selangor yang mahu meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa Sultan dalam soal perlantikan pelantikan tiga jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu.

Laporan akhbar semalam melaporkan ADUN Kuang(Umno), Abdul Shukur Idrus telah mengatakan Barisan Nasional bersetuju dengan peruntukan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan mereka akan memberikan sokongan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mengulas isu ini, Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata isu dua pertiga sokongan majoriti tidak menjadi isu besar kerana pindaan tersebut mendapat sokongan daripada Adun Umno-Barisan Nasional.

Mengikut kenyataan ADUN Kuang itu, Teng menjangka Pakatan Rakyat bakal mendapat sokongan seratus peratus dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk pihak pembangkang.

"Kalau begitu, kita mungkin boleh dapat sokongan seratus peratus.

"Berrhubung isu dua pertiga majoriti yang diperlukan itu, jangan anggap oleh kerana Pakatan Rakyat hanya ada 35 kerusi, kita tidak ada jumlah(majoriti) tersebut," katanya dalam sidang media semalam.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sr Khalid Ibrahim dan Exco itu beliau berkata keputusan pindaan itu harus ditunggu sehingga pindaan rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan di Dewan yang akan datang.

Berhubung kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa pindaan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan yang ada sekarang tidak ada majoriti 2/3.

Teng berkata, kenyataan Khir bukanlah merupakan perkara yang serius.

"Beliau bukan lagi Ketua Pembangkang lagi jadi saya tidak ambil kenyataan beliau serius.

"Kita perlukan orang yang mengambil bahagian dalam Dewan Negeri.

"Kalau beliau masih Ketua Pembangkang, kita akan memandang berat kenyataan tersebut...tetapi masalahnya beliau bukan lagi," ujar Teng.

Disalin dari: Rakyat Marhaen - Editor

Utusan putar belit isu SUK

K Pragalath | January 5, 2011

Adun Sri Muda kesal Utusan Malaysia putar belit kenyataannya

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini menyatakan rasa kesal terhadap putar belit akhbar Utusan Malaysia mengenai kenyataannya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK tidak memerlukan perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dimanipulasi oleh akhbar arus perdana tajaan Umno itu.

“Saya hanya mempersoalkan kenapa kaedah pelantikan SUK itu dibuat dengan membelakangkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),” katanya.

Shuhaimi berkata, sekiranya ada pihak yang terus melempar tohmahan sebegini maka Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja akan membongkar kisah penderhakaan Umno terhadap Kesultanan Melayu.

Beliau menjelaskan bahawa peribahasa “beraja di mata dan bersultan di hati” yang dinyatakannya bertujuan untuk mengingati semua pihak bahawa tindakan yang diambil mana-mana pihak tanpa mengambil kira peraturan dan adab tidak akan diterima rakyat.

Permasalahan ini dijelaskan oleh pegawai khas beliau, Azmizam Zaman Huri dalam satu sidang media dipejabatnya dekat sini petang tadi.

Azmizam memberitahu pihak media bahawa Adun Sri Muda tersebut sanggup meminta maaf kepada baginda meskipun kenyataannya telah diputar belit oleh beberapa pihak.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali di ibu pejabat polis daerah Shah Alam esok.

“Ini kerana ‘beliau hendak jadi hero mempertahankan sultan’ walhal beliaulah yang menderhaka kepada Kesultanan Melayu,” katanya.

Tuesday, January 4, 2011

Isu SUK: BN Selangor tolak pindaan perlembagaan

TERKINI @ 06:30:42 PM 04-01-2011
January 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.

“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.

“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.

Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.

“Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut,” kata menteri pusat ini.

Noh juga menambah, tindakan Menteri Besar mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara adalah tidak wajar dan kurang bijak.

“Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan kedegilan sehingga mengambil tindakan untuk memulau sebarang majlis dan keraian yang melibatkan SUK yang baru.

“Malah dalam sidang akhbarnya semalam Khalid juga memutuskan bahawa Datuk Khusrin selaku SUK tidak dibenarkan hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata beliau yang menyifatkan langkah itu satu penghinaan kerajaan negeri Selangor tadbiran Pakatan Rakyat terhadap seluruh jentera pentadbiran awam di negeri Selangor.

“Dalam pada itu saya berpandangan bahawa cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor adalah tidak perlu,” katanya.

Katanya, ia membuktikan bahawa Khalid mengakui pelantikan Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan sedia ada.

“Maka dengan itu Tan Sri Khalid hendaklah akur dan menghormati perlembagaan negeri sedia ada, kalau beliau tidak dapat menerima pelantikan tersebut maka beliau tidak menghormati perlembagaan dan menderhaka kepada Sultan.

“Ini adalah kerana Sultan Selangor sudah memperkenankan pelantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru,” katanya.

Semalam, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mencadangkan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Pada sidang media tengah hari tadi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata Khalid perlu mengemukakan representasi bertulis kepada beliau bagi mengadakan sidang DUN.

Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.

Ketika ditanya sama ada kontroversi isu pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dianggap berkepentingan awam sehingga sidang DUN perlu diadakan, Teng berkata: “Sehingga kini saya tidak tahu apa yang akan dibentangkan.”

“Jadi saya tidak tahu representasi mengenai apa yang akan dikemukakan oleh Menteri Besar,” katanya.

Oleh yang demikian Teng berkata beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sama ada sidang yang bakal diadakan itu menyentuh pelantikan Khusrin atau mengenai isu-isu lain.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas manakala tempat Mohamad Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, berkuat kuasa 1 Januari.

Bagaimanapun Khalid menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Mengenai keperluan majoriti dua pertiga bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu dipinda dalam sidang DUN, Teng berkata walaupun kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor tidak memiliki majoriti dua pertiga di dalam DUN, kemungkinan Menteri Besar boleh mempengaruhi anggota dewan daripada Barisan Nasional untuk menyokongnya.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (14), DAP (13) dan PAS (lapan). Jumlah bagi majoriti dua pertiga ialah 38.

Sumber: Malaysian Insider

Pindaan Untuk Kembalikan Kuasa Sultan Uji Kesetiaan ADUN Umno-BN
Ditulis oleh
04/01/2011 Share


SHAH ALAM 4 JAN: Cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri bakal menguji kesetiaan Adun-Adun Umno-Barisan Nasional(BN) terhadap istana.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, bermakna sokongan ADUN BN adalah perlu bagi memulihkan kuasa Sultan yang ditarik balik oleh pemerintah ketika krisis perlembagaan pada tahun 1993.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang tiga untuk majoriti dua pertiga.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertujuan mengembalikan kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pindaan itu dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah Putrajaya memulau kerajaan negeri dan melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK, berkuatkuasa 1 Januari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan mendakwa Sultan Selangor memperkenan perlantikan itu walaupun ia dibuat tanpa sebarang rujukan atau perbincangan dengan kerajaan negeri.

Namun dalam pertemuan dengan Tan Sri Khalid semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan baginda tidak ada kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Khusrin.

Ini kerana kuasa yang ada pada Istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan kerajaan negeri ditarik balik oleh Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993 bagi menambah kuasa kerajaan persekutuan.

Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Cheng Khim yakin ADUN-ADUN Umno-BN tidak akan bermasalah untuk memberikan sokongan kepada usul pindaan bagi memperkukuhkan kuasa Sultan.

“Saya akan meluluskan pindaan itu jika ia mendapat persetujuan dua pertiga ahli dewan. Kita tidak boleh menganggap ini tidak akan berlaku kerana Menteri Besar boleh menyakinan beberapa ADUN pembangkang(BN) untuk memberi sokongan,” beliau memberitahu sidang akhbar.

Menjawab soal wartawan, Teng berkata pindaan itu boleh dikuat kuasakan pada 1 Januari 2011 jika usul berkenaan dibentangkan sedemikian.

Jika ini berlaku, maka pelantikan Khusrin mungkin tidak sah kerana melanggar pindaan baru yang berkuatkuasa itu.

Teng berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan negeri untuk mengadaan sidang tergempar bagi membentangkan usul pindaan yang diumumkankan oleh Khalid semalam.

Namun beliau menjelaskan bahawa sidang DUN boleh dipanggil pada bila-bila masa tanpa jika Speaker berpuas hati atas keperluannya.


Sumber: TV Selangor

Kuasa Eksekutif : Pakar Perlembagaan Sangkal laporan Utusan
Ditulis oleh Fredrick Luccas
04/01/2011 Share


SHAH ALAM 4 DIS: Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK).

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani samada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam prlembagaan.

"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.

Beliau berkata kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baru.

"Kalau dah peruntukkan itu dipinda maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.

Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.

Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.

Aziz mendakwa upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

'Anehnya pula terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?

"Dalam perlembagaan negeripun ketetapan yang dibuat disitu adalah bahawa setiausaha kerajaan perlu mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar," tegas beliau.

Sumber: TV Selangor

Tuesday January 4, 2011

Indian national ‘overstays’ prison term by 32 months

OTHER NEWS & VIEWS
Compiled by CHRISTINA TAN, IZATUN SHARI and A. RAMAN


AN Indian citizen has been languishing in a detention centre for more than 36 months despite being sentenced to a four-month jail term for illegal entry, reported Tamil Nesan.

It said that S. Nallusamy, 37, was frustrated with his predicament that he had asked for poison from a social worker who visited him at the Lenggeng detention centre.

Nallusamy’s plight came to light when social worker S. Kamalanathan was contacted by the man’s family in Tiruchy, India.

He was earlier detained by the Immigration in 2007 for not having travel documents after entering Malaysia in 2002.

Kamalanathan said he was told by immigration officers that they had submitted documents to the Indian High Commission to enable Nallusamy to be repatriated back to India after completing his sentence. However, they had not received any reply.

> Makkal Osai reported that Seri Muda state assemblyman Shuhaimi Shafie has come to the assistance of a family with six children in Kampung Jala in Shah Alam, who have been dependent on rain water for their daily needs for several months.

It was reported that the water supply to their house was disconnected after they failed to settle a RM700 bill which arose due to underground water leakage. Four of the children stopped schooling as the family was unable to purchase exercise books, uniforms and shoes.

Souece: The Star
Isu SUK: PKR bersyukur sultan serah pada MB
Jan 4, 11 1:23pm
Kongsi 0
PKR bersyukur dan menjunjung kasih setingginya kepada Sultan Selangor yang memperkenan menyerahkan kembali urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan menteri besar untuk mencari penyelesaian terbaik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

NONE"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam.

Dr Muhammad Nur berkata, PKR juga menyokong penuh tindakan menteri besar memanggil sidang tergempar DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif - SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang - kepada sultan dan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata PKR yakin ia adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya, kuasa pelantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada 1983 dan 1993 meskipun ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak Umno dan kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada 2008," tegasnya.

Dr Muhammad Nur berkata, krisis itu juga membuktikan, demi meraih kuasa politik, Umno bersedia melakukan apa sahaja meskipun dengan
mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

"Adalah jelas kepada kita bahawa Umno sedang dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya," tambahnya.

Lantaran itu, katanya, demi mengekalkan kuasa, mereka sedia mempergunakan apa jua slogan '1Malaysia', 'Ketuanan Melayu', 'Kedaulatan Raja-Raja' dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya. PKR ingin menjelaskan kembali komitmennya untuk terus menegakkan keadilan berasaskan keluhuran perlembagaaan dan undang-undang negara yang ada dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia umumnya.

Disalin dari Malaysiakini

Monday, January 3, 2011

Rampas Selangor, projek terbesar Umno untuk PRU 13
Zaid Zakaria

Seperti dinyatakan oleh Harakahdaily dalam satu tulisan tidak lama dulu, Selangor bakal menjadi medan pertempuran utama Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut.

Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu.

Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak.

Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno.

Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin.

Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor, yakni Umno, dan merugikan kerajaan Pakatan.

Kempen mereka juga dipertingkatkan menjelang pilihan raya umum yang dijangka beberapa bulan lagi.

Akhbar harian dikuasai Umno telah menjadikan isu kemelut Selangor sebagai berita muka depannya selama dua hari berturut-turut.

Laporan-laporan lain, seperti dakwaan menghasut oleh Shuhaimi Shafie, wakil rakyat Seri Muda kesemuanya bermatlamat menguatkan persepsi negatif terhadap Pakatan Selangor di mata orang Melayu.

Di sinilah kumpulan-kumpulan Melayu pro-Umno memainkan peranan Mereka, menjadi penyerang barisan hadapan bagi Umno yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan meletakkan kempen 1 Malaysia dalam risiko.

Mesej yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, kesemuanya berperanan mengukuhkan imej tidak mesra Melayu kerajaan Pakatan di Selangor.

Berdasarkan perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, Umno dan BN menyedari undi bukan Melayu di Selangor tidak boleh diharapkan sangat untuk memenangi semula Selangor.

Kerana inilah, Umno berusaha memenangi hati dan minda orang Melayu, seperti yang disebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucpaan semasa konvensyen Pakatan, menggunakan race (bangsa), religion (agama) dan raja.

Seperti juga yang telah berlaku di Perak, kempen menggunakan formula bangsa di negeri itu berjaya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan.

Apa yang dilakukan oleh Umno ini ditujukan kepada satu perkara dasar dalam Pakatan iaitu kerjasama melibatkan PAS dengan DAP dan PKR.

Dengan menggugat kerjasama ini, hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan boleh terjejas dan memudahkan usaha Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang PAS tidak menguasai pentadbiran negeri, isu Melayu terpinggir dimainakan oleh Umno.

Negeri Pulau Pinang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh DAP sehingga mengabaikan orang Melayu manakala Selangor pula dikatakan didominasi PKR dan DAP dengan kesan yang sama seperti Pulau Pinang.

Ini membolehkan sentimen Melayu dimanipulasi oleh Umno dan mendorong sejumlah pengundi memikirkan lebih baik memilih Umno kerana sekurang-kurangnya parti Melayu itu dominan dalam Barisan Nasional.

Di sinilah Umno berjaya menarik sokongan Melayu, yang dibina sedikit demi sedikit sejak tewas di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Umno yang terjejas teruk selepas kalah di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sedang menumpukan kekuatan untuk merampas Selangor.

Pakatan perlu strategi yang kuat dan setara untuk menentang kempen Umno menggunakan sentimen Melayu ini.

PAS sebagai parti dianggotai Melayu terbesar selepas Umno dan berhasrat menggantikan Umno sebagai pejuang utama orang Melayu Muslim di negara ini perlu menunjukkan peranannya sebagai pemelihara kepentingan Melayu.

Tindakan ekstrem Umno menggunakan agama dalam kes Selangor ini perlu ditangani oleh PAS dengan menunjukkan ada ruang yang lebih sederhana dalam membela kepentingan Melayu tanpa bertindak seperti Umno.

Episod Selangor ini mendedahkan sensitiviti isu bangsa yang masih boleh dimanipulasi oleh Umno di Selangor, selepas berjaya mempalitkan imej negatif pada Pakatan selepas episod Perak.

Pakatan kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah diperlihatkan sebagai menentang raja di Selangor dalam pertikaian pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

Sumber: HarakahDaily

Derhaka: Umno-Utusan Guna Taktik Lapok

03/01/2011 Share


SHAH ALAM 3 JAN: Gabungan Utusan Malaysia dan Umno untuk melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berhasil kerana rakyat melihat kegigihan kerajaan Selangor memperjuangkan perkara yang baik untuk rakyat.

Justeru tomahan bahawa pemimpin PR menderhaka kepada Sultan tidak timbul ia taktik lapok.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi Tv Selangor hari ini berkata, sikap Umno-Barisan Nasional(BN) yang mahu mengambil kesempatan untuk menerap unsur negatif kepada masyarakat terutama orang Melayu bagi menghakis sokongan berterusan kepada PR.

"Pada dasarnya ini menunjukkan sikap mereka tidak boleh berhadapan dengan hujah sebaliknya berhadapan dengan kekuasaan dan kekerasan.

"Tetapi usaha Umno-Barisan Nasional untuk melagakan Pakatan Rakyat dengan Sultan saya rasa tidak begitu berjaya kerana rakyat boleh melihat apa yang diusahakan PR untuk kebaikan negeri Selangor dan begitu juga Sultan memahami bahawa itu hasrat Menteri Besar," ujar beliau.

Laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengarahkan kerajaan mengenakan tindakan ISA terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie kerana didakwa menghasut rakyat mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Selain itu Ahli Parlimen Bebas yang dipecat PKR, Zulkifli Nordin turut menyarankan Shuhaimi dikenakan tindakan mengikut Seksyen 121 menghina dan menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya rasa tiada orang yang ambil kira apa dia(ZulKifli) cakap secara serius melainkan pihak Utusan Malaysia yang cuba ingin mainkan isu ini," jelas Khalid lagi.

"Saya yakin bahawa baginda(Sultan Selangor) tidak menunjukkan sikap sepertimana yang Umno ingin tunjukkan dengan melabel orang derhaka dan sebagainya. Ada sedikit perbezaan pendapat dan pandangan terus mahu kata derhaka dan sebagainya," tambahnya lagi.

Menurut Khalid, beliau percaya masyarakat Melayu terutama tidak akan mudah terpedaya dengan kaedah Umno-Barisan Nasional mempropagandakan isu di negeri kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau walaubagaimanapun menggesa masyarakat melihat usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memperoleh individu yang paling sesuai bagi menerajui jawatan itu.

Disalin dari: TV Selangor


Dipanggil Utusan: Hata Pertahan Hak Selaku Presiden NUJ

03/01/2011 Share

SHAH ALAM 3 JAN: Lantang bersuara dalam menyatakan pendapatnya secara terbuka mengenai hak kebebasan media di Malaysia, mengundang kontroversi apabila Hata Wahari dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media sebelum ini.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu menegaskan beliau mempunyai hak dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendapat atau menegur mana-mana media termasuk Utusan Malaysia atas kapasiti beliau sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia dan bukannya sebagai seorang wartawan di syarikat tersebut.

"Saya memperjuangkan kebebasan media. Jadi saya bercakap atas kapasiti sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, bukan bercakap sebagai wartawan Utusan Malaysia.

"Sebagai presiden NUJ Malaysia, saya berhak untuk membuat sebarang kenyataan media tentang kebebasan media dan berhak menegur mana-mana akhbar yang tidak mengamalkan kebebasan media dan menjadi alat propaganda kerajaan dan mengenepikan prinsip rukun negara dengan menyiarkan cerita yang berbentuk perkauman," katanya.

Hata ketika dihubungi TVSelangor tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan susulan yang diambil oleh pihak majikannya selepas ini, namun beliau akan terus memperjuangkan kebebasan total media Malaysia melalui NUJ.

"Kalau mereka nak menutup mulut saya dengan mengenakan siasatan dalaman supaya saya tak boleh bercakap, tanda amaran, terpulang pada mereka. Tapi bagi saya sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, dan tak akan berganjak dengan pendirian saya iaitu media perlu dibebaskan daripada kongkongan kerajaan atau parti politik atau kepentingan individu," jelasnya.

Biarpun mendapat tentangan dari beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya dalam menyatakan pendapat, beliau tetap berpegang teguh pada prinsip kebebasan media yang seharusnya memberi maklumat atau berita sebenar kepada masyarakat dan bukannya menjadi alat kepada kerajaan atau individu yang berkepentingan sahaja.

"Kalau mereka (Utusan) anggap itu menyindir apa masalahnya? Kalau mereka rasa itu menyindir maknanya perkara itu betul berlaku kan? Saya keluarkan pendapat NUJ, kalau tak betul mereka boleh beri kenyataan untuk menyangkal. Tetapi mereka kata saya menyindir, maksudnya itu semua benar belaka.

"Mereka melakukan itu semua. Apa yang pasti ialah, perkara itu benar-benar berlaku di Utusan Malaysia. Mereka sebagai boneka sahaja hanya menerima arahan sahaja," katanya.

Hata menerima surat daripada bahagian sumber manusia Utusan bertarikh 23 Disember yang mengarahkanya hadir bagi menjalani siasatan dalaman di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari depan.

Beliau turut menyatakan kesediannya berhadapan dengan Ketua Pengarang dan Pengarang-Pengarang Kanan Utusan Malaysia apabila dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita yang mengkritik Utusan Malaysia.

Disalin daripada: TV Selangor

Ahad, 2 Januari 2011

Isu SUK : GPMS Selangor Disaran Baca Keseluruhan,Kata Shuhaimi


SHAH ALAM 2 JAN : Dilabel sebagai biadap oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd Faizal Salleh dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei tampil membela diri.
Menurut Shuhaimi yang ditemui di Tv Selangor hari ini, pihak NGO itu tidak membaca keseluruhan pendapatnya yang boleh diakses dalam laman blog srimuda.blogspot.com mengenai hal tersebut dan ia berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang diwartakan pada tahun 1959.
Komen itu dibuat oleh Shuhaimi berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
"Mereka tidak meneliti. Dan kalau hanya merujuk kepada Utusan Malaysia dan akhbar lain yang melaporkan separuh, itu tidak adil dan saya menasihatkan mereka untuk meneliti penuh dan kalau sekiranya apa yang saya utarakan itu menyalahi Undang-undang kerajaan negeri, maka saya tidak ragu-ragu mohon kepada DYMM Tuanku untuk menghadap dan menjelaskan," katanya.
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor mendapat pertikaian dari Pakatan Rakyat kerana ia tidak berlandaskan norma undang-undang negara khususnya Fasal 52 (1) Undang-Undang tubuh kerajaan Negeri 1959.
Menurut entri 30 Disember lalu, Shuhaimi menyatakan Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, bahawa baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco negeri.
Selain itu, beliau turut menulis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dan tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.
Beliau menjelaskan hal itu adalah untuk memastikan Institusi Diraja dihormati dan bukan dilanggar dan dieksploitasi pihak lain.
"Apa yang kita luahkan ini adalah untuk mahukan institusi ini dihormati. Bukan sahaja kepada orang Melayu. Tapi kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Hasrat kita ialah mahu memperkukuh dan mempertahankan sebab ia lambang raja berpelembagaan yang wujud dalam negara kita sejak capai kemerdekaan," jelasnya.
Beliau turut menyatakan tidak kisah langsung dengan label biadap dan lain-lain yang diberikan GPMS kerana menganggap ia tidak bermakna.
"Saya bukan orang pertama yang pernah dilabel sebagai kurang ajar dan biadap oleh GPMS. Tapi label hanya sekadar label sahaja. Tiada maksud kerana bagi saya mereka ini tidak habis belajar," katanya sinis.

Sunday, January 2, 2011

Hunt for guard linked to abuse of 2 toddlers

2011/01/02

SHAH ALAM: Police are still looking for a security guard, who is believed to have abused his girlfriend's daughters, at their rented flat in Taman Sri Muda here on Wednesday.

The 28-year-old security guard is believed to have gone into hiding after his girlfriend, T. Vijayaletchmy, 21, lodged a police report against him at the Section 15 police station on Friday for injuring her daughters, Nishalini Sere, 2, and Harini, 1.

It is learnt that the security guard lost his temper and hit the two toddlers with his hands because they were crying and would not speak to him.


In the 4pm incident on Wednesday, the security guard allegedly also tied up the toddlers' wrists before he slapped and punched them.

Shah Alam police chief Assistant Commissioner Zahedi Ayob, when contacted, said police were looking for the suspect.

"We have yet to arrest the suspect, but we believe he is still in the Klang Valley," he said.


In the police report, Vijayaletchmy said she did not know why her boyfriend of four months resorted to violence and added that he was not drunk at the time.

The housewife also claimed that the suspect had never hit her children before and Wednesday's episode was the first time that he did so.

However, apart from the fresh injuries, there were also signs of old injuries on the toddlers' bodies, including burn marks which were healing.


It is believed Wednesday's incident was not the first time the suspect had abused the toddlers, whose father is serving time in Sungai Buloh Prison.

Nishalini and Harini are now warded at Tengku Ampuan Rahimah Hospital (HTAR) children's ward.

Nishalini's eyes are swollen shut, while her mouth is also swollen. Her younger sister, Harini, suffers a bruised left eye and some cuts to the mouth.

Also, the left arms of both sisters were fractured.

Meanwhile, Sri Muda assemblyman Shuhaimie Shafiei, who was at HTAR to visit the victims yesterday, said he had contacted the Klang Welfare Department and three officers had visited the victims on Friday.

"The officers informed me that they would be taking temporary care of the toddlers after they are discharged from the hospital," said Shuhaimie, who was alerted about the case by a concerned neighbour who heard the toddlers' cries.


Source: NST

Saturday, January 1, 2011

Menemani dua mangsa dera untuk di hantar ke hospital

Beginilah keadaan adik Nishalini berusia 2 tahun dan adiknya Halini berusia 1 tahun yang dideran dan dipukul.

Bersama Wanita Kota Raja menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Pegawai Perubatan memberikan bantuan segera selepas YB Shuhaimi membawa terus mangsa ke dalam wad kecemasan. Terima kasih kakitangan hospital yang perihatin. Menangis salah seorang pegawai perubatan melihat keadaan mereka

YB Shuhaimi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kecederaan kedua dua beradik itu daripada ibunya di Balai Polis Taman Sri Muda

Sekretariat DUN Sri Muda
Memenangi Jawatan MPP - PKR

Pada pemilihan parti 30/11/201, YB Shuhaimi Shafiei telah memenangi kedudukan ke-15 daripada 132 calon bertanding. Oleh itu, YB telah berjaya memasuki Majlis Pemimpin Pusat Parti Keadilan Rakyat sesi 2010-2013.











Untuk maklumat dan melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan sila layari:

http://maibincang.blogspot.com/2011/01/blog-post_01.html