Friday, March 18, 2011

PROGRAM SEHARI YB SHUHAIMI HAJI SHAFIEI BERSAMA KETUA KAMPUNG BUKIT NAGA ZIARAH DAN MELAWAT WARGA EMAS SERTA PENDUDUK YANG UZUR



BUKIT NAGA - Hampir seharian YB Shuhaimi Hj Shafiei dengan ditemani Datuk Ketua Kampung Bukit Naga serta AJK JKKK Bukit Naga dan kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat meluangkan masa untuk melawat dan ziarah warga emas dikampung tersebut serta melawat penduduk yang sedang uzur.Tujuan lawatan dan ziarah pada hari tersebut adalah untuk menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh warga emas tersebut demi kebaikkan kampung selama ini.Aktiviti seperti ini akan diteruskan dimasa - masa yang akan datang demi merapatkan dan menambah kemesraan antara Wakil rakyat dengan penduduk setempat tanpa mengira faham politik dan agama.
































































BERTEMU TERUS DENGAN RAKYAT UNTUK MENGETAHUI PERMASALAHAN YANG DI HADAPI

SRI MUDA : Tiada istilah bersenang - senang atau bersantai didalam dairi seharian YB Shuhaimi Hj Shafiei selepas bergelar Wakil Rakyat yang mewakili Kawasan Dun Sri Muda.Menjadi kemestian kepada YB Shuhaimi untuk meluangkan masa bertemu sendiri dengan rakyat untuk mengetahui dan menyelami permasalahan setempat yang di hadapi rakyat kemudian sedaya upaya untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang segera.

Berikut Lensa camera yang merakamkan tinjau YB Shuhaimi Ke Jalan Ladang Harun baru - baru ini.
















Monday, March 14, 2011


SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 3, PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI

SELANGOR DARUL EHSAN PERINGKAT KOTA RAJA





TURUN PADANG MENYAMPAIKAN BUAH LIMAU KEPADA ORANG RAMAI

SRI MUDA - Orang ramai berasa cukup gembira bila dapat bertemu dan beramah mesra dengan YB Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini.Sesuatu yang membuat setiap hati tersentuh dan merasa bangga adalah kerana apabila melihat YB Shuhaimi tanpa rasa segan silu membibit sendiri kotak dan beg plastik yang berisi buah limau dan cenderehati untuk di agihkan kepada orang ramai tanpa menghiraukan rasa panas dan terik pada hari tersebut.



















MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN SATU KEMESTIAN

SRI MUDA -Setiap undangan majlis Perkahwinan atau kenduri kendari yang diterima dari orang ramai akan cuba di penuhi oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei sekira tiada pertembungan yang melibat program rasmi Kerajaan Negeri Selangor.YB Shuhaimi lazimnya akan bertemu dengan penduduk setempat yang hadir di majlis - majlis keraian seperti itu kerana peluang sedemikian adalah satu ruang yang terbaik untuk beramah mesra dengan rakyat dengan lebih dekat.











Sunday, March 13, 2011

Saturday, March 12, 2011

Anwar Ibrahim: Selamatkan Malaysia Dengan Tawan Putrajaya!!

Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".

Selain itu, Anwar meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.

Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang.

Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.

Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.

Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga.

"Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.

Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.

Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat".

Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."

Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.

Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan.

Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.

Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Friday, March 11, 2011

PERMASALAHAN YANG MEMBELEGGU SEKITAR PEKAN TAMAN SRI MUDA AKAN DI ATASI

SRI MUDA - Aduan serta rungutan orang ramai berkenaan dengan masalah perparitan di sekitar Pekan Sri Muda akan cuba di atas dengan kadar yang segera demi keselesaan orang ramai.YB Shuhaimi dan YB Dr Siti Mariah telah melihat sendiri berkenaan permasalahan tersebut dengan di iringi Oleh Ahli Majlis MBSA Encik Puspa Linggam baru - baru ini.Satu jalinan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan serta orang ramai diperlukan untuk mengatasi permasalahan tersebut kerana setelah tinjauan dilakukan peniaga serta orang ramai turut menyumbang kepada permasalahan yang timbul.








RAKYAT NEGERI SELANGOR BERTERUSAN DIBELA DI BAWAH PAKATAN RAKYAR ( PR )

SRI MUDA - Slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ) bukanlah slogan kosong yang hanya sekadar untuk mengambil hati rakyat namun akan tetapi telah berjaya di terjemahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan pada Mac 2008.Banyak program serta skim yang telah dilaksanakan khusus untuk membantu rakyat disemua peringkat oleh Kerajaan Negeri melalui Adun serta Jabatan di bawah kerajaan Negeri.Baru - baru ini sebuah rumah kebajikan telah menerima kunjunggan Adun Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei yang mana telah meluangkan masa menziarah rumah kebajikan tersebut untuk beramah mesra dengan penghuni di situ seterusnya menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut.












MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS SERTA YANG KURANG BERKEMAMPUAN
SRI MUDA - Kerajaan Pakatan Rakyat ( PR ) yang mendapat mandat serta kepercayaan daripada Rakyat untuk memerintah Negeri Selangor telah berusaha dengan sebaik yang mungkin untuk menjalankan tanggungjawap untuk mentadbirurus Kerajaan Negeri dengan sebaik yang mungkin.Baru - baru ini satu majlis telah dilangsungkan untuk meraikan golonggan warga emas serta yang kurang berkemampuan bertempat di Taman Sri Muda.



























BERTEMU DAN BERAMAH MESRA DENGAN WARGA PENDUDUK TAMAN SRI MUDA
SRI MUDA - Hampir seharian Adun Sri Muda Yb Shuhaimi dan Ahli Parlimen Kota Raja Yb Dr Siti Mariah meluangkan masa di sekitar Taman Sri Muda untuk beramah mesra dengan warga penduduk serta orang ramai baru - baru ini.Program yang memberikan ruang dan kesempatan kepada rakyat untuk bertemu dengan pemimpin peringkat Dun Dan Parlimen untuk mengeratkan lagi jalinan kemesraan disemua peringkat.




















NASIB SERTA KEBAJIKAN PENIAGA - PENIAGA DI PASAR SRI MUDA MENDAPAT PERHATIAN

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafie serta YB Dr Siti Mariah Telah bersama - sama turun padang untuk bertemu dan bertanyakan khabar kepada peniaga - peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Taman Sri Muda.























Wednesday, March 9, 2011

Pelancaran Buku Jingga & Ulang Tahun Ke-3 PR







ADUN Sri Muda hadir dalam Majlis Pelancaran Buku Jingga peringkat Selangor dan ulang tahun ke-3 Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Tuesday, March 8, 2011

Rakyat mula nikmati janji PR

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail menegaskan Kerajaan Selangor telah melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan kepada rakyat selepas mentadbir negeri ini.

Menurutnya, selepas tiga tahun, sebanyak 12 program telah dilaksanakan dan terbaru ialah skim mikro kredit miskin bandar (Mimbar) bagi membantu golongan berpendapatan rendah menambahkan pendapatan mereka.

“Selama tiga tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Negeri telah menunaikan manifesto dan melaksanakannya dengan baik dengan mengukur prestasi sudut program berjaya dan mendapati kebajikan yang dilakukan merupakan keperluan rakyat.

“Antara program yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan adalah program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) apabila kita mendapati penerima bertambah seramai 1,000 hingga 2,000 bayi didaftarkan setiap bulan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rodziah berkata, Tawas telah berjaya apabila pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kini menyasarkan 60,000 bayi didaftarkan tahun 2011.

“Pada tahun lalu, seramai 37,000 telah mendaftar dan melebihi sasaran sebanyak 2,000 orang, kini pihaknya hanya memantau apa yang boleh dilaksanakan dan kenal pasti kebajikan yang dilaksanakan akan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Kejayaan lain ialah pemberian air percuma bagi 20 meter pertama setiap bulan kepada rakyat di negeri ini telah mengatasi masalah isi rumah di kawasan flat apabila mereka menggunakan meter persendirian untuk menikmati pemberian tersebut,” katanya.

Menurutnya, kini menjayakan program MiMBAR sebanyak RM20 juta dan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel).

“Dari aspek kebajikan, Kerajaan Negeri telah mencapai 65 peratus dan melibatkan fasa 1, 2 dan 3 manakala fasa keempat, dalam perbincangan dan harapan 100 peratus akan tercapai sepanjang lima tahun ini,” katanya.

Antara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ialah Tawas, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Memberi wanita bekerja 90 cuti bersalin, memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin dan memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami.

“Kemudahan lain ialah program Takaful orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM2,500,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei menafikan Kerajaan Negeri gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan sebaliknya mengakui ia dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, ia dilaksanakan mengikut kesesuaian iaitu yang perlu didahulukan, didahulukan dan tidak perlu didahulukan, ia dilambatkan kerana Kerajaan Negeri mengkaji baik dan buruk ia dilaksanakan

“Antara yang masih belum dilaksanakan ialah mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dam cukai premis komersial sebanyak 10 peratus, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah

“Kita laksanakan ikut keutamaan, secara berperingkat dan ada juga perkara yang tidak ada dalam manifesto telah dilaksanakan antaranya pemberian imbuhan kepada guru Kafa dinaikkan RM1,000 dan kini tambahan sebanyak RM300,” katanya.

Menurutnya, manifesto yang dijanjikan dilaksanakan secara sistematik setelah kerajaan negeri melakukan analisis kekuatan kewangan negeri melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 1, MES 2 dan MES 3.

“MES mempunyai tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan SMUE, Tawas, pemberian air percuma dan RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.

“Fasa kedua, lima projek telah dilaksanakan antaranya ialah pembangunan Sungai Klang sepanjang 50 meter dan pemuliharaan bandar Petaling Jaya, Kajang, Klang dan Petaling manakala fasa ketiga pula adalah Skim Sel, Mimbar, perkhidmatan mamogram percuma kepada golongan wanita,” katanya.

Shuhaimi berkata, apa yang telah dilaksankan Kerajaan Negeri ini cuba diperlekeh dan dinafikan BN.

“Jumlah pendapatan negeri juga turut dinikmati oleh 365 kampung di seluruh negeri Selangor,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Monday, March 7, 2011

Selangor Jamin Semua Pelajar Tajaan Akan Sambung Belajar Di Mesir
Oleh Suara Keadilan

sgor1Kerajaan Selangor akan memastikan setiap pelajar dari negeri ini tidak disisihkan dalam misi menghantar pulang pelajar ke Mesir yang bermula 12 Mac ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata setiap pelajar akan diberi layanan seadil-adilnya untuk membolehkan mereka pulang dan menyambung pelajaran yang tertangguh ekoran pengolakan politik di Mesir.

Beliau berkata, semua kos menghantar pulang pelajar ke Mesir ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri tanpa mengira pelajar terlibat adalah pelajar tajaan, persendirian atau tajaan lain.

"Ini adalah tanggung jawab kerajaan negeri dan wajib kepada kita untuk membantu pelajar-pelajar ini. Soal kewangan kita tidak perlu risau kerana kerajaan Selangor mempunyai simapanan mencukupi hasil perbelanjaan berhemah dan jimat cermat," katanya ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 1,000 pelajar Mesir di Masjid Negeri, Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah menghantar pegawai ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.

Katanya, kesemua pelajar akan ditempatkan di satu pusat untuk memudahkan urusan menghantar mereka ke lapangan terbang.

"Kita juga akan menguruskan urusan-urusan yang melibatkan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia. Kita lakukan semua ini kerana pelajar-pelajar ini adalah aset penting kepada Selangor dan negara," katanya.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kesediaan kerajaan Selangor menanggung semua kos penghantaran ini adalah selaras dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan slogan negeri berkebajikan yang diperjuangkan.

Beliau juga menasihatkan pelajar-pelajar supaya ambil tahu dan peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi di Selangor dan negara biarpun sibuk belajar di luar negara.

Sebanyak lima penerbangan disediakan untuk menghantar pelajar pulang ke Mesir bermula 12 hingga 16 Mac 2011. Semua pelajar perlu mendaftar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula 11 hingga 15 Mac 2011.



SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Thursday, March 3, 2011

Saman ekor : Ketahui hak anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)