Tuesday, June 21, 2011

LAWATAN DAN ZIARAH RAKYAT YANG KURANG BERNASIB BAIK

SRI MUDA - Sebagai seorang pemimpin yang memikul amanah dan tanggungjawap demi memastikan rakyat yang diwakilinya mendapat perhatian yang sewajarnya telah mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei untuk sering bertemu dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu.YB Shuhaimi yang tidak mengambil kira masa dan ketika sering berkunjung ke kediaman rakyat yang diwakilinya apabila mendapat perkhabaran yang kurang baik sedang di alami rakyat.




Konvensyen PKR Di SACC Shah Alam - 19/06/2011


YB Menghargai Hari Guru Tahun 2011


          

Monday, June 20, 2011

Kes ADUN Sri Muda disebut semula 19 Julai
Jun 20, 11 3:13pm
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 19 Julai depan untuk menyebut semula kes ADUN kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Disember tahun lepas.

NONEHakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Shuhaimi (kanan), 43.

Timbalan pendakwa raya, Mohamed Shah Reza Noor Azman mewakili pihak pendakwaan sementara Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amer ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon satu tarikh sebutan baru berikutan tarikh pendengaran permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya telah ditetapkan pada 13 Julai depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Kami ingin selesaikan dulu (permohonan di Mahkamah Tinggi) dan tunggu keputusannya sebelum Mahkamah Sesyen tetapkan tarikh bicara," katanya.

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut.

NONEADUN PKR itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, Shah Alam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada 1 April lepas, Shuhaimi memfailkan notis usul di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

ADUN itu yang juga timbalan ketua cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Selangor memperkenan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang baru.

- Bernama

Thursday, June 16, 2011

Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’

June 16, 2011

KLANG, 16 Jun — Pakatan Rakyat menyifatkan langkah Perkasa yang mahu mengadakan perarakan balas serentak dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak akan memberi sebarang ancaman terhadap gerakan menuntut pilihan raya adil dan bebas itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai “perkara kecil.”

“Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun.

“Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan,” katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0.

“Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi.

“Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini,” katanya.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan “Walk For Democracy” akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan.

Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

“Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.

“Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk,” katanya.

Turut hadir dalam program itu Pesuruhaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dan Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago.

Semalam jawatankuasa pemandu Bersih berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan polis bagi memastikan perjalanan perhimpunan aman itu dapat dijayakan.

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor itu menggesa rakyat negeri itu agar sama menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Kita mahu tuntut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memberikan keadilan, ruang dan tempat kepada kita.

“Kita mahu SPR lebih telus dan bukan mengadakan pilihan raya sebab nak berikan kemenangan kepada Umno-BN,” kata Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda.

Sementara itu, Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata sistem pemerintahan sedia ada perlu digantikan kerana ia dipenuhi dengan penyelewengan dan membebankan rakyat.

“Mengapa Himpunan Bersih 2.0 ini harus berjaya? Sebab kita mahu beri mesej kepada rakyat agar menukar kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Abd Rani yang juga Adun Meru pula berkata, kekecohan akan berlaku sekiranya polis mengganggu perjalanan Himpunan Bersih bulan depan selain provokasi daripada pihak lain.

“Kalau Umno-BN nak kata kita dengan apa sekali pun biarkanlah... dipersilakan sebab kita bukan nak timbulkan huru-hara.

“Kalau Perkasa kata mahu turut mengadakan perhimpunan kita sedia dan kita akan buktikan siapa yang lebih perkasa daripada Perkasa,” katanya.


Sumber: Malaysian Insider

Ancaman Perkasa ‘perkara kecil’, himpunan Bersih diteruskan

Fazy Sahir | June 16, 2011

Mat Sabu menegaskan perhimpunan Bersih ini akan diadakan secara aman dan berpendapat Perkasa sepatutnya mengadakan perhimpunan pada hari yang berbeza.

KLANG: Perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap diteruskan 9 Julai ini walaupun Pertubuhan

Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut memberi ancaman dengan menganjurkan protes serentak pada hari tersebut.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ancaman Perkasa hanya ‘perkara kecil’, namun beliau enggan membayangkan perkara tidak diingini akan berlaku jika terjadi pertembungan di antara kedua-dua kumpulan itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perhimpunan Bersih ini akan diadakan secara aman, dan berpendapat Perkasa sepatutnya mengadakan perhimpunan pada hari yang berbeza.

“Kita bukan timbulkan apa-apa, kita hanya berhimpun secara aman. Tiada provokasi dan tiada apa-apa akan berlaku. Kita minta agar polis menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat.

“Jika ada sesiapa yang mencetuskan provokasi maka pihak polis perlu bertindak segera dan bukan ke atas peserta himpunan aman,” katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu termasuklah pimpinan Pakatan Rakyat Selangor iaitu Pesuruhjaya PAS Dr Rani Osman, Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafie dan Naib Pengerusi DAP Charles Santiago.

Ujar beliau, “Perkasa ini……. hanya perkara kecil malah mereka sebenarnya boleh pilih hari lain. Inikan negara demokrasi. Jika ada ahli yang nak turut serta tidak jadi masalah.

“Maka kita serah kepada polis. Insya’Allah tidak akan berlaku provokasi dan kita meminta polis mengambil tindakan terhadap mereka yang mengundang perkara tidak diingini,” katanya.

‘Tiada senjata dan provokasi’

Beliau turut mengingatkan para peserta himpunan agar tidak membawa bendera parti politik mahupun senjata bagi mengelak tercetusnya ketegangan.

“Saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik, slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.

“Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan…… negara akan menjadi lebih teruk,” katanya.

Sementara itu, para pemimpin Pakatan Rakyat terus menggesa rakyat Selangor untuk turut serta dalam perhimpunan yang dianggarkan akan disertai 300,000 orang.

Shuhaimi mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih telus dan bukan memihak dengan membantu memberi kemenangan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kita mahu SPR lebih telus dalam mengendalikan pilihan raya,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda. Charles yang juga Ahli Parlimen Klang berkata himpunan Bersih memberi mesej jelas kepada rakyat agar pemerintahan sedia ada ditukar.

“Mengapa himpunan Bersih 2.0 ini harus berjaya? Sebab kita mahu beri mesej kepada rakyat agar menukar kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Rani pula mencabar Perkasa sambil mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli Umno-BN dalam perhimpunan itu.

“Kalau Perkasa kata mahu turut mengadakan perhimpunan kita bersedia dan kita akan buktikan siapa yang lebih perkasa daripada Perkasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meru.

Tuesday, June 14, 2011

PAS Selangor mula layar tanpa kemudi Hasan Ali

June 14, 2011

ANALISIS, 14 Jun — Selepas 10 hari hari muktamar tahunan ke-57, arena politik domestik menyaksikan satu lagi perkembangan mengejutkan banyak pihak dalam dan luar PAS.

Walaupun perkembangan itu bersifat mikro, di peringkat Selangor tetapi bahangnya dirasai di peringkat nasional.

Meskipun sudah lapan tahun mengetuai PAS Selangor dan di sebalik suasana tidak senang yang banyak diperkatakan mengenai kepimpinannya, difahamkan Datuk Dr Hasan Ali tidak menawarkan diri atau meminta beliau digantikan sebagai ketua peringkat negeri. Rata-rata pengikutnya pula masih terkejut dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan beliau sebagai pesuruhjaya negeri. Selain Selangor satu lagi negeri yang menjadi perhatian ialah Terengganu.

Awal tahun lalu, Hasan (gambar) yang dipanggil jawatankuasa disiplin PAS memutuskan untuk mengenakan hukuman amaran. Bekas timbalannya Khalid Abdul Samad yang turut dipanggil panel itu digantung daripada memegang jawatan selama enam bulan.

Kedua-dua mereka bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat parti 3 Jun lalu dan menang.

Malah, tindakan Hadi turut mengejutkan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat dan juga pesaing politik perikatan itu khususnya Umno.

Dalam reaksinya Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menggesa kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan rombakan barisan exco susulan pelantikan pesuruhjaya baru PAS. Maksud yang hendak disampaikan wakil rakyat Umno tidak jelas tetapi membawa pengertian tersirat dan boleh difahami.

Lebih mengejutkan keputusan itu diambil ketika pilihan raya umum ke-13 dikatakan semakin hampir tiba. Bagi Pakatan Rakyat, Selangor dilihat sangat penting. Dan, ia juga menjadi idaman pentadbiran Najib. Berdasarkan pengikutnya, Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah menyusun jentera pilihan raya parti sejak beberapa bulan yang lalu.

“Selalunya pelantikan ini dibuat oleh presiden parti atas kuasa beliau sebagai presiden, itu hak presiden. Tetapi di Selangor kami agar terkejut,” kata Iskandar A. Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, Iskandar yang sebelum ini merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor berkata, “kita berharap keputusan melantik pesuruhjaya yang baru ini akan membawa kebaikan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat di Selangor.”

“Kami berdoa ia akan membawa kebaikan,” kata Iskandar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Beberapa pemimpin PAS yang dilihat rapat dengan Hasan tidak dapat memberi sebab-sebab yang membawa kepada keputusan Hadi menggugurkan Hasan.

Sebagaimana Iskandar, mereka juga kelihatan terkejut dan tidak dapat memberikan reaksi spontan yang konkrit.

“Kami agak terkejut,” ujar Iskandar lagi sambil menambah, “saya tidak tahu (sebab keputusan ini).”

“Ada (banyak) tafsiran, dan cakap-cakap politik,” kata beliau yang mengakui bahawa kemungkinan perancangan pilihan raya akan “tersekat” buat sementara waktu sementara menanti kepimpinan baru.

Dalam komen dibawa Sinar Harian hari ini, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia mahu penggantinya Dr Abdul Rani Osman membuat persediaan awal jentera parti berdepan pilihan raya.

Menyifatkan keputusan menggugurkannya daripada terus menerajui PAS negeri sebagai perkara biasa, Hasan berkata, beliau tidak kecewa dan berharap ADUN Meru itu akan meneruskan perjuangan parti.

Sebelum dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum ke-12, Hasan merupakan Timbalan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor dan penceramah motivasi.

“Pemilihan berlaku dua tahun sekali dalam PAS, maknanya ada yang digugurkan, ada yang baru dan ada yang lama. Itu biasa.

“Mungkin masanya sudah tiba. Itulah sebabnya saya digugurkan. Suasana (saf kepimpinan) kini baru dan sesungguhnya kita memerlukan satu barisan yang baru, tenaga yang baru untuk menghadapi Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dilihat merujuk kepada keputusan pemilihan pusat 3 Jun lalu di mana kumpulan profesional menguasai barisan kepimpinan.

Hasan dilihat sebagai cenderung kepada kumpulan ulama. Malah, beliau juga dilabel sebagai antara mereka yang cenderung kepada idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

Ditanya sama ada penyingkiran beliau ada kaitan dengan pergeserannya dengan bukan sahaja di kalangan pemimpin PAS tetapi juga rakan dalam Pakatan Rakyat, Hasan berkata:

“Ini adalah pilihan presiden, yang mengutarakan nama itu dan kemungkinannya disokong oleh jawatankuasa PAS pusat, maka beliau dinamakan dan saya digugurkan.”

Hasan memegang kerusi pesuruhjaya selama empat penggal. “Bermakna sudah lapan tahun. Jadi, saya rasa sampai masanya, kalau hendak digantikan pun, eloklah digantikan selepas lapan tahun itu,” katanya.

“Walau apa pun saya menyarankan kepada yang baru dilantik supaya dapat betul-betul menyatukan PAS di Selangor ini dalam keadaan kita hendak menghadapi pilihan raya,” katanya.

Iskandar tidak melihat keputusan menggugurkan Hasan adalah ekoran perkembangan “tidak senang” dalam PAS negeri dan hubungan dengan komponen Pakatan Selangor sejak 2008.

“Saya tidak melihat begitu,” kata beliau dengan merujuk kepada isu yang menjadi perhatian iaitu kenyataannya mengenai status Selcat sudah diselesaikan.

“Nak kata isu arak, ia bukan keputusan Datuk Hasan seorang, tetapi keputusan pentadbiran negeri. Jadi, tak timbul isu ini,” kata Iskandar lagi.

“Saya pun tidak pasti, kita masih tercari-cari mengapa (perubahan) ini berlaku... mungkin dalam satu dua minggu akan jelas,” kata beliau.

Setakat ini, kepimpinan komponen Pakatan Rakyat kelihatan menyambut baik perubahan di peringkat PAS.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya sentiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini.

“Pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati. PKR Selangor sendiri sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca-2008 dan akan terus berubah demi rakyat,” katanya.

Ulas beliau, kecekapan Hasan menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar dan percaya pelantikan Dr Rani bakal memberikan satu “mimpi ngeri berpanjangan kepada seteru politik bersama iaitu Umno Selangor.”

ADUN Sri Muda ini menambah pelantikan itu juga memberi impak sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor.

“Komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen Jelas — Tawan Malaysia! anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini,” katanya lagi.

Seorang lagi pemimpin PAS Selangor yang mengekalkan kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat awal bulan ini, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat bahawa perubahan ini bukan soal ulama atau profesional tetapi PAS Selangor memerlukan kepimpinan yang boleh membawa jentera ke hadapan menghadapi pilihan raya umum dengan mantap.

“Ini soal kecenderungan dan pendekatan kepimpinan. YB Dr Rani dilihat sebagai seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua, dalam PAS dan luar PAS. Beliau seorang peka dengan isu orang Melayu, bukan Melayu, dalam PAS dan luar PAS,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Apa pun tempias kesan pemilihan pusat juga dirasai di peringkat negeri. Impaknya sudah pasti akan disaksikan.

Yang pastinya kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN akan cuba menikmati manfaat daripada perkembangan terbaru di peringkat Selangor dalam pilihan raya umum ke-13.

Sumber: Malaysian Insider

Monday, June 13, 2011

RM100 juta pemborosan Rais Yatim boleh bina jalan raya 60 km – Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan peruntukan bagi meraikan Hari Seniman yang dihabiskan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebanyak RM 100 juta sebagai pembaziran tahap melampau.

“Ini pembaziran tahap melampau di kala rakyat dibebani dengan penarikan subsidi oleh kerajaan. Duit sebanyak itu boleh dibuat jalan sejauh 60 km, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti ambil tindakan dan siasat segera peruntukkan yang begitu besar,” kata Shuhaimi kepada KeadilanDaily.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri terdapat penyelewengan dilakukan pihak tertentu.

“Najib tidak boleh berdiam diri apabila menterinya menghabiskan sejumlah wang hanya satu majlis kerana ini satu pembaziran yang dibimbangi ada komisyen kepada orang tertentu.

“Inilah menteri Umno BN yang sanggup melihat kesusahan rakyat demi mengkayakan kroni. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang merosot,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak sekiranya wujud kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus daripada wang peruntukan untuk program itu.

“Tidak sepatutnya sebanyak itu peruntukkan untuk Hari Seniman, tidak mustahil sekiranya ada kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus yang kita ragui yang pergi ke tempat lain,” kata beliau.

Bernama sebelum ini melaporkan Datuk Rais Yatim menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai “projek mee segera”.

Tindakan itu turut menghadirkan kecaman daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan, sebahagian jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Sumber: Keadilandaily.com

Saturday, June 11, 2011

JADUAL PROGRAM "JELAJAH SELANGOR TAWAN MALAYSIA!" ("JELAS- TAWAN MALAYSIA!") FASA 2

1.      10 Jun 2011 (Jumaat) PROGRAM (A)

Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm. Anjuran: Pejabat MB dan Cabang Sepang. Lokasi: Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.PIC: Pej Mb Azman dan Hairol 0193688847 (Ket Pen Cbg Sepang)Penceramah: DSAI, TSKI, EXCO SELANGOR 


PROGRAM (B)
9pm di Balai Masyarakat, Jalan 4/2 Taman Sri Andalas, Serdang Jaya. Penceramah: Yb Tharesa, Yb Amiruddin, Yb haniza. Shuhaimi PIC: Ramli. +60173232110

2.      11 Jun 2011 (Sabtu) Pelancaran "JELAS- Tawan Malaysia!" FASA 2 & Pelancaran Jentera Pilihanraya Selangor pada jam 3.00pm (Ceramah Perdana mula 9pm) Masa: 9pm-12am. Cabang: Tg Karang & Kuala Selangor. Lokasi: Dewan Kg Sg Gulang-Gulang. PIC: Sani 0196143090 (Ket Pen Cbg Tg Karang)
Nota: Perasmian 3.30pm: AZMIN ALI,
Penceramah sebelah malam mula 9pm: ZURAIDA, DR RANI, YB MANIKUMAR, AMINUDDIN HARON, SEMUA MPN SEL.

Nota: Semua Cabang wajib hantar minima 50 peserta / anggota Cabang mula jam 9pg (Detail seperti berikut: Gerak kerja Pilihanraya Selangor. Lokasi utama Kg Sg Gulang Gulang Tg Karang. Antara program yang dilaksanakan; 
 
1.Motivasi Peljar 8pg-5ptg (Kg Seri Tiram Jaya)

2.Kursus Pengurusan Jenazah 8pg-2ptg(Tmn Desa Mawar)

3.Prog Kesihatan Wanita 4-6ptg(Kg Pt Serong)

4.Majlis Penutup Motivasi Pelajar 4-5ptg(Kg Seri Tiram Jaya)

5.Perlawanan Bolasepak AMK 4.30-6ptg(Kg Permatang)

6.Bacaan Yaasin Wanita 5-6ptg (Kg Sg Yu)

7.Maj Pelancaran 2.00 ptg-3.30ptg(Kg Sg Gulang-Gulang),

8.Gerak Gempur Semua Kampung &Tmn Perumhan(4-6.30ptg)

9.Kuliah Maghrib 7.30-8.30mlm(Masjid Sg Terap, Kg Permatang, Bestari Jaya, Sawah Blok E,q,s & w, Surau Kg Sg Yu, Sawah Blok T)

10.Cermah Perdana - Dewan Kg Sg Gulang-gulang(8.30-11.30 mlm)

Pemimpin yg telah memberi komitment utk hadir;1. YB Azmin Ali 2 YB Zuraidah Kamaruddin 3. YB Rodiah Ismail. 4. YB Ronnie Liu 5. YB Teressa Kok. 6. YB Haniza Talha. 7. YB Suhaimi Shafie. 8. YB Dr Xavier Jayakumar. 9. YB Ir Mutiah. 10. YB S.Manikavasagam. 11. YB Aminuddin Haron. 12. YB Gan Pie Nie. 13. Dr Mohd Nur Manutuy. 14. Uts Syamsul Firdaus Al Hafis. 13. Hj Nik Yusof Nik Ismail. 14. Utz Mohd Syukri. 15. N.Surendren. 16. Hj Fauzi. 17. Hj,Borhan. 18. David Chong. 19. Mohd Azizi. 20. Hamidi. 21. Pimpinan Cabang, AMK dan Wanita Selangor. Maklumat boleh hubungi; Syamir (SU)0172929068,  Salam (SU Amk) 0132161973, Hassan (PKOM)0196143090 , Yahya Sahri 019-3223737(KC)

3.      17 Jun 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Sabak Bernam & Sg Besar. Lokasi: Stadium Sg Besar. PIC: Zulkifli 0193794026 (Ket Pen Cbg Sg Besar) & Talib 0194277034 (Tim Ket Cbg Sbk Bernam)Penceramah: AZMIN ALI, NURUL IZZAH, DR MANUTY, SIVAKUMAR Speaker DAP Perak 

4.      18 Jun 2011 (Sabtu) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pakatan Rakyat Kota Raja. Lokasi: Putra Heights, Subang Jaya. PIC: Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) & Sabri 0126154990 / 0132255005. Penceramah: MAT SABU, SHUHAIMI, DR MARIAH, FARIZ MUSA 

(NOTA MAKLUMAN: Pada 18 Jun jam 8-5ptg ada satu pgrm AMK di SACC Shah Alam anjuran AMK Malaysia)

5.      19 Jun 2011 (Ahad) – Konvensyen Khas Pilihanraya KEADILAN Seluruh Negara. Masa: 8.30am-6.30pm. Penganjur: KEADILAN Pusat. Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)
Nota ingatan: Semua Cabang wajib hantar minima 50 peserta ke program ini

6.      22 Jun 2011 (Rabu) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pakatan Rakyat Sepang dan Cabang Sepang. Lokasi: Dewan Orang Ramai Sungai Merab Luar, Dengkil. PIC: Hairol 0193688847 (Ket Pen Cbg Sepang)Penceramah: NIZAR JAMALUDDIN, SHUHAIMI

7.      24 Jun 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Kapar & Klang. Lokasi: Bdr Sultan Sulaiman. PIC: Zamsol 0126743308 (Ket Pen Cbg Kapar) & Chow Chee Lip 0193612217 (Ket Pen Cbg Klang). Penceramah: TIAN CHUA, AZAN ISMAIL, DR MANSOR, S. MANIKAVASAGAM 

8.      25 Jun 2011 (Sabtu) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Cabang: Hulu Langat & Serdang. Lokasi: Dewan MPKJ Kajang. PIC: Tarmizi 0122942848 (Ket Pen Cbg H.Lgt) & Shaffee 0124930259 (Ket Pen Cbg Serdang). Penceramah: DR MANSOR, AMIRUDDIN SHAARI, YB KESAVAN

9.      26 Jun 2011 (Ahad) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Cabang: Kota Raja. Lokasi: Dewan MPK Taman Klang Jaya. PIC: Sekar 0163601178 (Kota Raja)Penceramah: AZMIN ALI, DATO CHUA, DR XAVIER, SHUHAIMI, 

10.    1 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cbg Selayang & Cbg Hulu Selangor. Lokasi: Stadium KKB. PIC: Pej MB Azman dan Rosli 0122955139 (Slyg) & Khalid J 0123152928 (HS)Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR

11.    1 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Shah Alam. Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam. PIC: Hafez 0122955560 (Shah Alam) Penceramah: FUZIAH SALEH, MAT SABU, N.SURENTREN, YBY, RODZIAH 

12.    3 Jul 2011 (Ahad)
Majlis Hi-Tea & Pelancaran Jentera PRaya Kota Raja. Masa: 3pm. Cabang: Kota Raja. Lokasi: Dewan Bukit Naga. PIC: Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) Penceramah: AZMIN ALI, N SURENDRAN,

13.    3 Jul 2011 (Ahad)
Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Subang, PJU & PJS. Lokasi: Akan dikemaskini (Cabang2 meeting pd 12 jun) PIC: Emeemariana 0129654097 (PJS), Faizul 0124634625 (PJU), Manivanan 0166565339 (Subang)Penceramah: DSWA, CHUA JUI MENG, SIVARASA, YUSMADI

14.    9 Jul 2011 (Sabtu)
Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Cabang Kelana Jaya & Pej DUN Seri Setia. Lokasi: Stadium PKNS Kelana Jaya. PIC: Halimey 0192399809 (KJ) Penceramah: DSAI & PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 

15.    10 Jul 2011 (Ahad) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Selayang & Hulu Selangor. Lokasi: Stadium KKB. PIC: Rosli 0122955139 (Slyg) & Khalid J 0123152928 (HS) Penceramah: DSAI, AZMIN ALI 

16.    16 Jul 2011 (Sabtu) – Ceramah Perdana Masa: 9pm. Penganjur: Pej DUN Sri Muda dan AMK Kota Raja: Kg Johan Setia, Klang. Lokasi: Dewan JKKK Johan Setia. PIC: Hisyam 0162569093 dan Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) Penceramah: SAIFUDIN NASUTION, SALAHUDIN AYOB,

17.    22 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cabang Kuala Langat. Lokasi: Kuala Langat. PIC: Pej MB Azman dan Subra 0104384696 (Ket Pen Cbg Kuala Langat) Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR, RAFIZI

18.    23 Jul 2011 (Sabtu) – (Tentatif) Perhimpunan Anak Muda Selangor Sempena Hari Belia Sedunia. Masa: 9am-11pm. Penganjur: KEADILAN Selangor dan Pej MB Stanco Belia. Lokasi: Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya. PIC: Irwan Hidayat 0196665236 / YB Amirudin 0123468539 / YB Yunus. Penceramah: DSAI,

19.    24 Jul 2011 (Ahad) – (Tentatif) Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat oleh MB di Kuala Selangor. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cabang Kuala Selangor. Lokasi: Ijok. PIC: Hajiman 0192822355 Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR

NOTA:

Sebarang makluman dan pertanyaan hubungi
Sdr Hafez 0122955560, (Setiausaha Penerangan KEADILAN Selangor)

Atau

Irwan Hidayat 019666523
(Pen SU 1 Penerangan
KEADILAN Selangor)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar

June 11, 2011
Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi
SEPANG, 11 Jun — Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

“Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak... kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun,” katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas.

Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

“Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap... ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

“Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi... anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak,” katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

“Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

“Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah... dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)... mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan,” katanya.

Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya “membetulkan kesilapan” yang dilakukan BN dulu.


Sumber: Malaysian Insider

Friday, June 10, 2011

UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor!

| Jun 10, 2011 03:48:01 pm

UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang.

UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.

Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo (gambar kanan) yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!

KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.

Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu.

Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.

KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan.

Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.

Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.

Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda.


Di salin dari: merdekareview.com

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

“Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

“Ini gambaran bahawa pentadbiran Umno selama ini berlaku kebobrokan,” ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, beliau percaya Khir Toyo menjadi mangsa kambing hitam pimpinan Umno Selangor sendiri, iaitu Datuk Noh Omar yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

“Ini semua satu perangkap yang dipasang Noh serta rakan pimpinan Umno Selangor dan mangsa yang dikambing hitam ialah Khir,” kata Shuhaimi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Khir dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran daripada Pengarah Ditamas, Shamsudin Haryoni.

Bagaimanapun, Shamsuddin dibebaskan mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan Khir awal bulan ini.

Dalam pada itu, Shuhaimi menyuarakan kesangsiannya sekiranya Khir akan disabitkan bersalah, berdasarkan kes-kes rasuah sebelum ini yang ditutup dengan pelbagai alasan.

“Kes ini kemungkinan besar akhirnya ditutup seperti contoh kes melibatkan Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Rafidah Aziz, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi terlepas dengan alasan mengaitkan kesilapan teknikal dan sebagainya.

“Sebab itu kita menyarankan supaya memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diletakkan fungsinya dan diberi tanggungjawab kepada Parlimen,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya bijak memilih kerajaan yang menolak amalan rasuah.

“Rakyat boleh menilai dengan melihat apa yang berlaku dan selagi kes-kes rasuah ditutup dan disembunyikan, maka lagi bertambah keraguan rakyat kepada pemerintah.

“Oleh itu, rakyat perlu bangkit sokong usaha Pakatan Rakyat untuk menangani gejala rasuah dan penyelewengan oleh pemimpin Umno,” katanya.


Sumber: keadilandaily.com

Thursday, June 9, 2011

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 9 JUN 2011

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
9 JUN 2011

Salah satu misi Pilihan Raya Umum ke 13, Parti KEADILAN Rakyat Selangor (KEADILAN Selangor) adalah mensasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam PRU akan datang. Berdasarkan culaan dan statistik terkini KEADILAN Selangor mempunyai asas kukuh untuk yakin akan dapat mempertahankan 8 kerusi Parlimen sedia ada dan menambah majoriti iaitu di:

• P097 Selayang (PRU-12: +3,567)

• P098 Gombak (PRU-12: +6,867)

• P099 Ampang (PRU-12: +3,676)

• P104 Kelana Jaya (PRU-12: +5,029)

• P105 Petaling Jaya Selatan (PRU-12: +5,706)

• P107 Subang (PRU-12: +6,709)

• P109 Kapar (PRU-12: +12,297)

• P112 Kuala Langat (PRU-12: +989)

KEADILAN Selangor juga akan memberikan fokus khas menawan 3 kerusi Parlimen:

- Parlimen Sabak Bernam
- Parlimen Pandan
- Parlimen Hulu Selangor

KEADILAN Selangor telah melatih jentera pilihanraya yang tersusun untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh rakyat khususnya di Parlimen Hulu Selangor dalam rangka untuk menawan kembali kerusi tersebut yang telah tewas kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010. Jesteru ada dua kali siri penerangan perdana di Hulu Selangor iaitu pada 1 Jul 2011 dan 10 Jul 2011

KEADILAN Selangor bertekad membantu memenangi 3 lagi kawasan mejoriti melayu yang ditandingi oleh rakan Pakatan Rakyat di:

- Parlimen Sungai Besar
- Parlimen Tanjong Karang
- Parlimen Sepang

Bagi kerusi DUN, KEADILAN Selangor akan mempertahankan 14 kerusi DUN yang telah di menangi dalam PRU 12 yang lalu dan akan menawan 7 lagi kerusi DUN dalam PRU akan datang. Antaranya ialah:

- DUN Batang Kali
- DUN Permatang
- DUN Kuang
- DUN Semenyih
- DUN Dengkil
- DUN Sementa
- DUN Pelabuhan Klang

Oleh kerana itu gerak kerja Pilihan Raya bagi KEADILAN Selangor akan bermula secara rasmi di Tanjong Karang pada 11 Jun ini. KEADILAN Selangor akan melancarkan Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia Fasa 2 ("JELAS- Tawan Malaysia!") & Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Selangor jam 3 petang.
KEADILAN Selangor memilih gerak kerja bermula di Tanjong Karang kerana kawasan Parlimen ini milik Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Sri Noh Omar. Kami yakin pelancaran ini akan memberikan satu tamparan hebat kepada beliau dan seluruh jentera Umno-BN khususnya yang masih bercakaran sesama sendiri.

KEADILAN Selangor percaya perjuangan dalam pilihanraya akan datang ini akan disambut oleh rakyat kerana asas perjuangan kami adalah mengembalikan hak rakyat dan memertabatkan kedudukan rakyat yang sekian lama terpinggir.

Fasa Pertama "JELAS - Tawan Malaysia!" Sudah berakhir pada 5 Jun lepas dengan Kuala Langat menjadi lokasi terakhir. Sebanyak 33 program berjaya dijalankan dalam siri pertama ini. Fasa kedua sebanyak 19 siri akan berlangsung dengan pemidato hebat seperti Dato Sri Anwar Ibrahim.

Sambutan yang di terima dalam fasa pertama "JELAS- Tawan Malaysia!" amat memberangsangkan dan fasa kedua akan mempertingkatkan lagi keyakinan rakyat pada perjuangan mengembalikan hak rakyat!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda
9 Jun 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR lays out Selangor defence strategy

June 09, 2011
Muhyiddin expressed confidence BN will retake Selangor in the next general election. — file pic
KUALA LUMPUR, June 9 — PKR beat its Pakatan Rakyat (PR) partners to the draw today and revealed details of a polls strategy aimed at defending Selangor, a frontline state that Barisan Nasional (BN) is growing confident of recapturing.

Last week, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin talked up BN’s chances in Selangor for the coming polls, saying the coalition planned to recapture the state by securing at least 30 seats.

But Selangor PKR information chief Shuhaimi Shafiei claimed today that apart from retaining its eight parliamentary and 14 state seats, PKR was also gunning to boot BN from three parliamentary and seven state seats. PKR, he said, will concentrate all its campaign efforts in these areas during the run-up to the polls.

They are the Sabak Bernam, Pandan and Hulu Selangor parliamentary seats and Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa and Port Klang state seats.

PR currently has tenuous control over the country’s richest state and holds 36 seats in the 56-seat state assembly and 17 out of 22 parliamentary seats. A swing of seven state seats towards BN in the next general election, said likely to be held by next year, will allow the federal ruling coalition to recapture Selangor with a simple majority.

“Selangor PKR has already trained its election machinery to spread information to all voters, especially those in the Hulu Selangor parliamentary seat, in order to win back the seat which we lost to BN during the by election on April 25 last year.

“That is why there will be two prime events held in Hulu Selangor on July 1 and 10,” Shuhaimi said in a statement announcing the second phase of PKR’s “Jelajah Selangor Tawan Putrajaya” (Jelas) campaign today.

During the Hulu Selangor by-election, former Umno-turned-PKR leader Datuk Zaid Ibrahim failed to defend the previously PKR-held seat when he lost to MIC’s P. Kamalanathan by 1,725 votes. Zaid has since left PKR and is currently the president of the newly-formed Malaysian People’s Welfare Party (Kita).

Shuhaimi, who is also the Sri Muda assemblyman, claimed that according to current statistics and projections, PKR has “strong reasons” to be confident it would retain all the eight parliamentary and 14 state seats it presently holds.

“We will defend all our eight parliamentary seats and increase our vote majority even,” he said.

In Election 2008, PKR beat BN candidates in Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang and Kapar with a combined vote majority of 44,840.

Shuhaimi also pledged that PKR would help its PR partners wrest three BN-held Malay-majority seats during the coming polls — Sungai Besar, Tanjong Karang and Sepang.

He said this is why Selangor PKR plans to launch the second phase of Jelas and its election campaign in Tanjung Karang this June 11.

“We chose Tanjung Karang because it is the parliamentary seat of Selangor Umno’s deputy chairman Datuk Seri Noh Omar.

“We are confident that this launch will be a big blow to him and Umno-BN’s entire election machinery, especially to those who are still bickering among themselves,” he said.

In the first phase of Jelas, PKR organised 33 series of ceramahs across the state with top leaders like Datuk Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali headlining each programme. Phase II, said Shuhaimi, will have 19 such events.


Source: Malaysian Insider

PRU-13: PKR lancar kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia

June 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bagi memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui Selangor, PKR negeri itu merancang strategi berkesan – melancarkan kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa dua – menyasarkan kemenangan di kerusi-kerusi dimiliki BN pada pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei, selain mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan menawan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) milik BN.

“Salah satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi dan berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

“PKR juga akan mempertahankan 14 kerusi DUN dan menawan tujuh kerusi DUN milik BN iaitu di kawasan Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini Pakatan Rakyat memperoleh 35 daripada 56 kerusi DUN manakala BN sebanyak 20 dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Di peringkat kerusi Parlimen pula Pakatan Rakyat memperoleh 17 daripada 22 kerusi di Selangor.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu sudah bersedia untuk menawan balik negeri itu dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN.

Kata Shuhaimi, PKR juga yakin majoriti kemenangan akan meningkat berdasarkan daripada statistik dan kajian dilakukan parti itu.

“Parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat kita yakin jumlah majoriti akan bertambah.

“Selain itu, PKR Selangor juga telah melatih jentera pilihan raya yang tersusun untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya di Parlimen Hulu Selangor dalam rangka menawan kembali kerusi itu yang ditawan BN pada pilihan raya kecil 25 April 2010,” katanya.

Tambah Adun Sri Muda itu, PKR Selangor juga akan membantu PAS dan DAP untuk memenangi tiga kawasan majoriti orang Melayu iaitu di Parlimen Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang.

Untuk memastikan hasrat itu tercapai, jelas Shuhaimi, parti itu akan melancarkan gerak kerja pilihan raya bermula 11 Jun ini sehingga Julai depan.

“PKR Selangor akan melancarkan kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa dua dan pelancaran jentera pilihan raya PKR Selangor pada 11 Jun ini di Tanjong Karang.

“PKR memilih Tanjong Karang sebagai destinasi pertama kerana ia adalah kawasan Parlimen Datuk Seri Noh Omardan kami yakin pelancaran ini akan memberi tamparan hebat kepada beliau dan seluruh jentera Umno-BN khususnya yang masih bercakaran sesama sendiri,” katanya.

Tambah Shuhaimi, beliau percaya rakyat Selangor akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.


Sumber: Malaysian Insider

Wednesday, June 8, 2011

Tweet from @keadilandaily

Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu- kata Dr Aziz Bari http://fun.ly/mhxr

Maklumat lanjut lauyari keadilandaily.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 7, 2011



PERKHABARAN GEMBIRA BUAT PENDUDUK ISLAM TAMAN SRI MUDA




SRI MUDA - Setelah sekian lama menantikan sebuah Masjid yang lebih besar dan selesa untuk beribadat kini umat Islam di Taman Sri Muda boleh menarik lafas lega kerana penantian mereka akan berakhir tidak lama lagi.Selepas memenangi Pilihanraya pada tahun 2008 YB Shuhaimi Hj Shafiei telah berjanji pada diri sendiri serta kepada umat Islam di Taman Sri Muda bahawa Sebuah Masjid baru akan di bina Taman Sri Muda ketika beliau menjadi Adun bagi kawasan tersebut.



Setelah YB Shuhaimi Hj Shafiei berusaha sedaya yang mungkin dan dengan keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat Pimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya sebuah Masjid yang baru akan dibina di Taman Sri Muda.Jabatan Agama Islam telah mengesahkan kerja - kerja pembina masjid tersebut akan dimulakan pada tanggal 15 Jun 2011 dan dijangkakan dapat digunakan pada tahun hadapan.Dengan pembinaan Masjid yang baru tersebut akan memadamkan segala tomahan serta tuduhan-tuduhan liar yang di lemparkan oleh pihak pembangkang ( UMNO ) yang menyatakan Yb Shuhaimi tiada daya usaha untuk membina sebuah Masjid yang baru di Taman Sri Muda sehingga Pilihanraya Umum Yang akan datang.



Untuk rujukkan semua permohonan bagi membina sebuah Masjid yang baru di Taman Sri Muda telah dimulakan lebih dari sepuluh tahun yang lalu namun akan tetapi kerana sikap sambil lewa Wakil Rakyat terdahulu yang mewakili parti yang dikatakan perjuang Melayu permohonan tersebut tiada kesudahannya.Akhirnya dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat penantian umat Islam di Taman Sri Muda bakal berakhir tidak lama lagi dan sudah pasti rakyat dapat menilai siapakan yang sebenarnya memperjuangakan nasib rakyat di Negeri Selangor.



















Thursday, June 2, 2011

JADUAL "JELAS – TAWAN MALAYSIA!"

2 Jun (Khamis) Hulu Selangor
Lokasi: Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali
PIC: Sdr Khalid Jaafar – 0123152928
Penceramah: Yb Zuraida, Yb Shuhaimi, Yb Dr Dzul, Sdr N.Surendran, Sdr Fariz Musa, Sdr Hata Wahari, Sdr Saifullah AMK, Sdri Aisyah Srikandi

5 Jun (Ahad) Kuala Langat
Lokasi: Dewan Kancong Darat, Jalan Morib, Banting
PIC: Sdr Subra – 0104384696
Penceramah: Yb Nurul Izzah, Dato Chua Jui Meng, Yb Philip, Yb Dr Yunus, Yb Abdullah Sani, Irwan AMK

Umno semakin hilang sokongan Melayu bandar- kajian EIU

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.

Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

“Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan,” Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14635

Misteri orang ketiga ke Macau: Najib dicabar tunjuk pasport

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu- warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

“Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi,” ujar Saifuddin.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak- yang dikata menerima komisen bernilai 114 juta Euro.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau berkaitan urusan komisen pembelian kapal berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Lodin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002,” katanya.

Beliau turut mendedahkan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin kepada Dewan Rakyat pada 2006 bahawa tiada bayaran komisen melainkan bayaran dengan tujuan koordinasi dan khidmat sokongan.

“Ia bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaris, syarikat pembuat kapal selam bahawa komisen itu dibayar oleh kerajaanMalaysia,” katanya menjelaskan saksi tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki ‘Y’.

Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki ‘Y’ tersebut.

“Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut,” kata Tian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14604