Thursday, June 23, 2011

Jual baju BERSIH: Penyokong ditahan polis
Aidila Razak
Jun 23, 11
12:32pm
Kongsi 88
Seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.

NONEKatanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.

Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?

"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV Selangor.

NONESementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.

"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.

NONEShuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.

"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.

"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.

Komen:

  • Zul Mohamed · Pengulas Tertinggi · U PUTRA
    P*K* MAK punya umporno, juai tshirt bersih kena tahan... sebar video lucah boleh... Polis jgan jadi pencacai umporno... Negara undang2 rimba... Ayoh ramai2 turun 9 Julai nnti. Kita kuningkan KL... kita perkosakan perkasa....
  • Bryan Khoo · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
    Oh no... I think the first person will be catch by police is MC DONALD!
  • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
    Kajian terbaru olih pakar2 dr Korea dan US mendapati warna kuning yg berlebihan boleh merosakkan mata. Sebagai kerajaan yg prihatin dan mngambil brat kesihatan rakyat, penggunaan warna kuning mungkin diharamkan, terutama pada baju. Ini adalah supaya tidak menyakitkan mata, terutama mata pemimpin2.
    • Jett Lizdaf · Pengulas Tertinggi
      jersi bola sepak malaysia mungkin xkan ada lagi warna kuning :)
  • Harry Tan Hailee · Pengulas Tertinggi
    Bodoh punya polis....mengapa tidak boleh jual T-shirt.
    Saya akan bagi percuma pada kawan kawan...(T-shirt kuning) nanti.
  • Ahmad Iqbal · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penumpang Di Dunia
    ..kuning melambangkn kedaulatan dan kesetiaan kpd raja..so mari ramai2 "menguning"kan diri...yeah..bertepatan sgt dgn tujuan kite ke istana negara...
  • Nik Abdul Razak · University of Malaya
    kat mana nak beli baju BERSIH 2.0 ni bro? ada sape2 tahu, inform kat gua, xsabar nak pakai ni!
  • Mohd Ryne Abdullah · Top Commenter · UNITEN
    edar cd lucah..buat bodoh jer...baju bersih lagi tak lucah yang ditangkapnya..bangang..ni lah byk sgt mkn rasuah...yang hak dan batil pun tak tau beza.
  • Vander Shar · Top Commenter
    apa kata kita pakai jersi bola sepak negara..yg warna kuning...kat belakang baju tu kita print nama bersih dan nombor pla 02... amcam? x kan polis nak tangkap juga kot? hehe
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Kuning lambang kuasa rakyang yang AGUNG.
    Biarlah KL jadi warna kuning , kalau penyangak nak pakai pun kita tak halang. PERKOSA nak kuning dan tshirt bersih... kita akan jual juga. Kah kah kah.
  • Wahid Dinar
    bahaye la jual baju bersih...kene jual baju kotor la plok....hahaha
  • Noor Azly · Top Commenter
    aik.... jual baju jer kena tahan... apa lahhh...........
  • Jett Lizdaf · Top Commenter
    Pulak dah..pasal baju pon the kna tangkap? bistu kalau jersi bola sepak malaysia warna kuning,,, nak buat mcm mana?
  • Azamai Abu Kassim · Top Commenter
    laknat punya dajai umno....pdrm telah mereka jadi mcm anjing barua jalanan.
  • Azman Ripin · Top Commenter · UPM'04
    Warna2 yang diharamkan di Malaysia:HITAM, KUNING, HIJAU dan...
  • Azman Ripin · Top Commenter · UPM'04
    Kalu demo takyah pakai baju camne? ok tak...pakai kaler sawo matang jer..
  • Teeja Klenz
    Nampak sangatlah bukan sahaja pemimpin tak bersih sampai Polis pun takut BERSIH.. Apa yang PDRM takut sangat pada BERSIH? Dah nampak tak perlu kita bersangka Buruk pada PDRM lagi kerana terang terangan PDRM memang sebenarnya tak BERSIH kerana itu lah dia takut akan BERSIH.. Hinggakan baju T pun jadi kesalahan pada PDRM. Mana undang undang yang melarang perkataan bersih. Lucah sangat ke perkataan tu atau ada unsur unsur jenayan ke. Sepatut kita hargai orang yang menaja kerana mengajar kita kejalan yang BERSIH hanya ini saja jalan yang ada. cakap kerajaan tak dengar pada sapa lagi nak mengadu. Dimana hak kami? Dasar Rejim ZIONIS UMporNO>.
  • Hazman Sharit · Universiti Teknologi Malaysia
    kenapa bersih nak buat demo tu kat kg baru, sogo dan dataran merdeka, kawasan tu kan kws peniaga melayu, kenapa tak buat perhimpunan tu kat bangsar, bukit bintang atau petaling street, kita tengok org cina sokong ke tak, jgn lah tabur pasir dlm periuk nasik peniaga orn melayu aje.org cina sekarang bertepuk tangan
  • Ismail Petrus · Top Commenter · Works at ILS
    Edar CD XX3 tak apa.. tp jangan jual baju..kerana ganggu kettraman awam.
KERAJAAN NEGERI SELANGOR PAKATAN RAKYAT TERUS MEMBANTU PELAJAR


SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat bukanlah sebuah kerajaan yang hanya sekadar memberikan janji manis apabila menjelang pilihanraya semata - mata untuk memenangi hati pengundi. Banyak yang telah dibuktikan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat semenjak memenangi pilihanraya pada tahun 2008 sehingga ke hari ini.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengamalkan prinsip Negeri berkebajikan demi memastikan semua rakyat tanpa mengira taraf hidup serta kaum akan dapat menikmati sumber kekayaan yang di miliki oleh Negeri Selangor. Terbaru dan terkini Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Selangor mengumumkan Tawaran Pinjaman Pelajaran bagi sesi Jun 2011 dan September 2011 untuk Rakyat kelahiran Negeri Selangor atau yang telah menetap lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor.

Tawaran Pinjaman Pelajaran oleh Yayasan Selangor adalah khas untuk mereka - mereka yang akan memulakan pembelajaran bagi sesi Jun dan September 2011 ke mana - mana Pusat pengajian Tinggi awam atau pesendirian dan pemohon tidak menerima sebarang biasiswa,dermasiswa,pinjaman atau lain - lain bantuan kewangan dari mana - mana organisasi dalam atau luar negera.Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web :www.yayasanselangor.org.my


Wednesday, June 22, 2011

Perhimpunan Malaysian Indian Voice di Dewan Hamza, Klang pada 07/05/2011

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERLU DI UTAMAKAN OLEH SEMUA MASYARAKAT

TAMAN SRI MUDA - Demi memastikan kehidupan yang sempurna keselamatan dan kesihatan perlulah di utamakan dalam kehidupan oleh semua golonggan masyarakat tanpa menggira usia serta kedudukkan.Penganjuran Program berkenaan keselamatan dan kesihatan amatlah dipuji dan perlulah disokong demi memastikan kehidupan yang sempurna.

YB Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan demikian ketika hadir ke majlis kempen keselamatan dan kesihatan yang di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk ( MPP ) MBSA Zon 9 baru - baru ini.Hampir 2 jam beliau berada di majlis tersebut seterusnya meluangkan masa untuk melawat ke setiap gerai pameran yang disediakan seterusnya bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada hari tersebut.











RAKYAT MEMBERIKAN SOKONGAN DAN SAMBUTAN LUAR BIASA


SUNGAI BESAR - Sambutan luar biasa daripada rakyat yang hadir di setiap siri ceramah Jelajah Selangor TAWAN MALAYSIA ( JELAS ) semenjak dilancarkan memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putra Jaya pada PRU13 nanti akan menjadi kenyataan.

Baru - baru ini satu lagi siri ceramah JELAS berlangsung di Sungai Besar yang kehadiran rakyat pada malam tersebut amat diluar jangkaan kerana hampir 8000 orang yang hadir mendengar kupasan isu - isu terkini dari penceramah jemputan.Hadir sama pada malam tersebut adalah seorang ADUN yang sememangnya cukup popular masa kini iaitu YB Shuhaimi Hj Shafiei yang mana telah memberikan satu ucapan yang cukup baik dengan kupasan isu - isu yang telah di putar belit oleh umno dan BN.Dengan kehadiran yang begitu menggalakkan dari rakyat pada malam tersebut ia menberikan satu gambaran yang cukup jelas bahawasanya perjalanan Pakatan Rakyat untuk menggambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Pusat di Putra Jaya semakin cerah dengan sokongan padu rakyat Malaysia.












JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

BUKIT KEMUNING - Semangat kejiranan yang tinggi mampu untuk membina satu ikatan serta jalinan yang cukup baik kerana banyak kebaikkan yang dinikmati bersama.Bertempat di Taman Bukit Kemuning baru - baru ini telah berlangsung satu program gotong royong untuk membersihkan sekitar kawasan taman perumahan tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei telah hadir ke program tersebut untuk perasmian seterus bersama - sama penduduk setempat menjayakan program gotong royong tersebut.Turut hadir ke program tersebut adalah Ybhg Tuan Haji Buang Ismail ketua Kampung,kampung Bukit Naga.YB Shuhaimi dalam ucapannya memuji semangat kejiranan yang cukup tinggi dikalanggan penduduk taman tersebut yang mana sanggup meluangkan masa untuk hadir seterusnya menjayakan program tersebut.





TERKEJUT DAN TERHARU DI KUNJUNGI OLEH YB SHUHAIMI

SRI MUDA - Rasa terharu menyelubungi hati dan perasaan seorang warga emas serta seluruh ahli keluarga apabila tetamu yang hadir untuk menziarahi beliau adalah seorang wakil rakyat.YB Shuhaimi Hj Shafiei sememang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana akan sentiasa berusaha meluangkan masa untuk bertemu dengan rakyat yang beliau wakili tanpa menggira fahaman politik mahu pun kaum.

Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 1 jam untuk menziarahi seorang warga emas yang sedang uzur dengan diteman oleh Encik Kamarulzaman Ahli Majlis MBSA serta kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat.Rasa terharu dan terkejut jelas terbayang diraut wajah warga emas tersebut bila menerima kunjunggan YB Shuhaimi kerana memahami kengkangan masa dan tugasan YB Shuhaimi sebagai seorang wakil rakyat.Dalam kunjunggan tersebut Yb Shuhaimi turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga warga emas tersebut.






Tuesday, June 21, 2011

Fw: BERSIH 2.0, PDRM akur perintah siapa?


            KENYATAAN MEDIA
      PARTI KEADILAN RAKYAT
          NEGERI SELANGOR
                21 JUN 2011
   
BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan 'Walk for Democracy' pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara 'berjalan untuk demokrasi dan keadilan' 
demi rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.  

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, 'hendak seribu daya' wajar di dalami mereka dari 'seribu daleh' yang mengesah 'cop mphor' SPR adalah antara 'alat kawalan' pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.

KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.

KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap  pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!

KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari  Dato Seri Hishamudin Hussein.  Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari 'drama minggu ini' yang diarahkan oleh 'Director PERKASA', Ibrahim Ali. 

Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan 'turun taraf' oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya 'ada suara' menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin 'kecut perut' dengan kebangkitan rakyat kali ini.

KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai. 

Segala macam ugutan dan tafsiran 'zaman batu' oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.

PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!

PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

TINDAKAN PENGEDARAN VIDEO LUCAH KEPADA KETUA - KETUA KAMPUNG PERBUATAN YANG KETERLALUAN


SRI MUDA - Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawap mengedarkan video lucah kepada ketua - ketua kampung sekitar Dun Sri Muda amatlah keterlaluan dan biadap.Baru - baru ini kesemua ketua - ketua kampung yang berada dibawah Dun Sri Muda telah hadir ke Balai Polis IDP Shah Alam yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam untuk membuat laporan polis berkenaan penerimaan video lucah yang mereka terima.Turut hadir pada hari tersebut YB Shuhaimi Hj Shafiei yang juga Adun kawasan bukan sekadar memberikan sokongan tindakan Ketua kampung namun beliau juga turun membuat laporan Polis berkenaan kejadian pengedaran vcd lucah yang berlaku ketika program solat hajat baru - baru ini.

Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku berkenaan dengan pengedaran vcd lucah yang semakin berleluasan kebelakangan ini.Biarpun seperti seluruh rakyat MALAYSIA mengetahui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa bahawa hanya satu salinan video sahaja yang ada dalam simpanan pihak Polis namun akan tetapi bagaimana video tersebut boleh tersebar luas ketika ini ? Sehingga ke hari ini Polis atau pihak Peguam Negara tidak dapat memberikan jawapan berkenaan dengan tepat persoalan tersebut dan pihak mana yang menyebarkan video tersebut kerana dua badan tersebut yang bertanggungjawap menyimpan salinan asal video tersebut.