Tuesday, July 12, 2011

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

Baca: Kisah 709 seorang paderi: Air mata saya mengalir demi tanahair ini

Monday, July 11, 2011

PAS desak Ketua Polis Negara dan Timbalannya letak jawatan

PAS | Jul 11, 2011 11:43:44 am

PAS mengecam tindakan melampau yang diambil oleh pihak polis dalam menangani isu perhimpunan aman BERSIH 2.0, dan sudah terbukti aman 9 Julai 2011 yang lalu.

Tindakan ganas dan melampau polis langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul - jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.

Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta BERSIH 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat.

Dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.

Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya.

Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ketua dan Timbalan Ketua Polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri.

PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan.

PAS juga mengucapkan syabas kepada setiap peserta BERSIH 2.0 kerana kini kuasa sekarang di tangan anda.

Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman BERSIH 2.0 mereka kepada 10 seorang - maka 500,000 rakyat akan terasa - dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang - maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik UMNO-Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka.

PAS juga ingin mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan UMNO Barisan Nasional terhadap penyokong BERSIH 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.

Rakyat menyokong BERSIH 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di"offset"kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.

Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan UMNO-Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.

PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.

Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital

MerdekaReview | Jul 11, 2011 04:38:26 pm

Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian. Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.

Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas. Seorang pembaca MerdekaReview memuatnaikkan satu klip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.

Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital. Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.

Beliau sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk berkongsi klip video ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.

Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.

Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai.


Saturday, July 9, 2011

Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat

MerdekaReview | Jul 09, 2011 06:52:42 pm

Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih. 【Baca: Peserta perhimpunan meninggal kerana sesak nafas terhidu gas pemedih

Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap. Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini.

Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari.

Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang

Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang.

Hatta Ramli terus berucap, menyeru mereka yang masih mempunyai T-shirt kuning BERSIH 2.0 untuk memakai baju tersebut. Sebelum ini, polis menangkap mereka yang berpakaian kuning di sekitar pusat bandar, sejak awal pagi, malah mereka yang tidak berpakaian kuning juga ditangkap.

Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007.

Gas pemedih mata dan meriam air berkimia


Polis dan FRU tiba di Menara MayBank pada kira-kira jam 1.30 petang. Meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak secara bertalu-talu ke arah peserta perhimpunan. Sekumpulannya berlari ke arah Jalan Petaling, dan satu lagi kumpulan berlari menuju ke arah Pudu. Tangkapan dilakukan, tahanan digari dengan tali plastik, malah kekerasan digunakan sehingga terdapat tahanan yang berdarah di bahagian kepalanya.

Pemerhatian wartawan mendapati sesetengah anggota FRU menembak gas pemedih secara mendatar menghala ke kelompok manusia, dan bukannya menghala ke atas jika diikut peraturan. Angin yang berbaur dengan gas pemedih menyebar secara luas dalam masa yang singkat apabila helikopter terbang dengan lebih rendah ketika itu.

Kelompok orang kemudian berlari ke arah Hospital Tong Shin, dan sesetengah pula berlari untuk berkumpul di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Bekas Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Timbalan Setiausaha Agong Ngeh Koo Ham cuba berunding dengan pihak polis. Menurut Sivarasa Rasiah, pihaknya meminta polis membuka Jalan Sultan, supaya peserta boleh bersurai secara aman, dan permintaan ini disetujui peserta perhimpunan.

Bagaimanapun, polis akhirnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malah Sivarasa Rasiah diheret oleh polis. Polis melepaskan meriam air, dan peserta perhimpunan melarikan diri ke dalam hospital. Polis kemudiannya masuk ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan.

Dengan ini, polis semakin menguasai keadaan di depan Hospital Tong Tsin, selepas menguasai kawasan di Menara MayBank pada kira-kira jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang.


Tiada molotov cocktail


Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.

Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan.

Khairy ditangkap

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengepalai perhimpunan PATRIOT, juga ditangkap polis. Perhimpunan PATRIOT yang bermula dari Jalan Bukit Bintang, menarik penyertaan kira-kira 500 orang sebagaimana yang dilaporkan.

Di samping itu, tiada yang menyahut seruan Presiden PERKASA Ibrahim Ali untuk "bersiar-siar" di Taman Titiwangsa, menurut laporan Bernama.

dataran Maybank!.jpg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DSAI dikasari!(1).jpg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 7, 2011

Benarkah ada pihak ketiga arah polis sekat Bersih?

Posted on Thursday, July 07 @ 07:04:29 PDT by tokdalang
Berita
KUALA LUMPUR: Tindakan ‘agresif’ polis menyerbu, memenahan, menyekat dan memenekan penyokong Bersih 2.0 mungkin kerana ada pihak ketiga yang mempengaruhi pasukan polis, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohammmmad Sabu berkata demikian ketika ditemui 5 Julai lalu di Kuala Lumpur sebelum Timbalan Presiden PAS itu bertolak ke Merbok, Kedah.Beliau melontarkan pertanyaan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar apakah pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dua minggu sebelum bersara daripada polis bahawa adanya campur tangan pihak ketiga terhadap polis masih lagi berlaku kini.


Beliau hairan, polis dilihat cukup agresif dan bertindak hingga membelakangi hak-hak rakyat, termasuk ada tindakan ke atas penyokong PAS yang mendengar ceramah di dalam premis PAS. “Mengapa mereka betul-betul menekan Bersih, penyokong parti politik yang mahukan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik?

“Apakah ada salahnya dalam lapan tuntutan yang dibawa Bersih 2.0 dalam memmemmemurnikan perjalanan pilihan raya di negara ini?.Adakah ada pihak yang sebenarnya menekan pihak polis untuk bertindak sedemikian?” soalnya.

Mohamad Sabu mahu Ketua Polis Negara yang ada hari ini memberi penjelasan kerana tindakan polis mutakhir ini dilihat seolah-olah terdesak.

Beliau percaya, apa yang pernah dilontarkan bekas KPN ada kebenarannya memandangkan Musa Hassan melontarkan isu itu sebelum bersara.

Sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju-T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju-T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

Di Melaka, Mahkamah Majistret Jasin hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap 17 ahli PAS termasuk seorang pemimpin yang ditangkap dipercayai terbabit mempromosi perhimpunan Bersih 2.0, di Simpang Kemendor, semalam.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin itu dipohon oleh pegawai Penyiasat, Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan. Bagaimanapun, sebelum itu, peguam yang mewakili 17 ahli PAS terbabit, Damian Yeo memohon mahkamah membatalkan permohonan reman tersebut dengan alasan mereka telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan percakapan rekod di Balai Polis Jasin.

Tangkapan dibuat ketika serbuan di Dataran Hamas, Markas PAS Jasin.

Polis mendakwa ketika mereka terbabit ditahan, terdapat 113 kemeja-T tanpa kolar berwarna kuning di atas sebuah meja dengan tertulis perkataan Bersih telah dirampas manakala orang yang berada di sekeliling meja ditahan.

Di Kota Bharu 5 Julai lalu, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-T perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, 3 Julai, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yangtertera perkataan Bersih 2.0.

Pada 4 Julai, tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat polis berhubung kenyataan mereka dalam ceramah baru-baru ini.

Mereka ialah anggota Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua Adun Ng Swee Lim (Sekinchan) dan Shuhaimi Shafie (Sri Muda) yang didakwa bercakap tentang Bersih 2.0 yang diharamkan kerajaan.

Pada 1 Julai lalu, seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-T Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam. Kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.
MENINJAU PERMASALAH KAMPUNG JOHAN SETIA BERSAMA MPK

JOHAN SETIA - Menjadi tanggungjawap sebagai seorang Wakil Rakyat yang telah di amanahkan oleh rakyat telah memilih beliau pada pilihanraya telah mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa mengambil berat permasalah yang dihadapi oleh rakyat dan berusaha untuk menyelesaikannya.Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 3 jam melawat dan meninjau permasalah yang sering dihadapi oleh penduduk kampung Johan Setia dan akan berusaha memanjangkan permasalahan tersebut kepada pihak yang berwajid untuk tindakan segera.Dalam tinjauan tersebut Yb Shauhaimi Hj Shafiei telah mengarahkan wakil dari Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) dan Jabatan Parit dan Saliran ( JPS ) untuk hadir bersama kerana banyak permasalah yang timbul dibawah bidang kuasa MPK dan JPS.











MAJLIS PERBANDARAN KLANG ( MPK ) TUTUP MATA BIARKAN RAKYAT SENGSARA

JALAN KEBUN - Entah dimana letaknya rasa tanggungjawap kakitangan yang di amanahkan untuk memantau setiap kerja - kerja yang sedang beroperasi agar tidak memberikan bebanan kepada rakyat keseluruhannya.YB Shuhaimi Hj Shahfiei yang mendapat terlalu banyak runggutan serta keluhan dari penduduk di sepanjang jalan Kampung Baru 2, Jalan Kebun berkaitan dengan kerosakan jalan raya serta habuk dan air yang bertakung di hadapan kediaman mereka.

YB Shuhaimi Hj Shafiei telah turun untuk melihat sendiri kebenaran dari aduan serta runggutan orang ramai berkenaan dengan permasalah tersebut.Jalan utama yang menghubungkan Jalan Kebun dengan Kampung Kebun Baharu Kuala Langat mengalami kerosakkan yang semakin kritikal disebabkan kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawap pihak pemaju yang sedang melakukan kerja - kerja penambakkan tanah di kawasan tersebut.Apa yang cukup dikesali adalah sikap Jabatan yang bertanggungjawap yang seolah - olah bersubahat dengan pihak pemaju kerana tidak mengambil sebarang tindakan kepada pemaju tersebut biarpun kesalahan yang dilakukan begitu ketara dan jelas.
















Wednesday, July 6, 2011

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENINJAU KEADAAN JALAN BERSAMA JURUTERA JKR


JALAN KEBUN - Demi memastikan rakyat akan mendapat hak serta menikmati segala kemudahan tanpa mengira bangsa,agama serta faham politik telah mendorong YB Shuhaimi untuk turun sendiri dan meninjau segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dengan kemudahan jalanraya yang sesungguhn ya terlama dibiarkan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Setelah hampir 20 tahun Jalan yang menghubungkan Kampung Jalan Kebun dengan Kampung Lombong tidak mendapat pembelaan dan penyelenggaraan yang baik oleh pimpinan Kerajaan Umno kini YB Shuhaimi Hj Shafiei untuk membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.baru - baru ini telah berlangsung satu perjumpaan antara YB Shuhaimi,Ketua kampung dan juga jurutera JKR Daerah Klang.Kerja - kerja membaik pulih jalan tersebut akan bermula pada minggu hadapan dan semoga ia akan dapat menyelesaikan yang berlarutan sekian lama.






RAKYAT SERTA AHLI PAKATAN RAKYAT DISERU HADIR KE MAHKAMAH SEKSYEN PJ


SRI MUDA - RAKYAT MALAYSIA yang ingin menuntut satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih di seru untuk hadir beramai - ramai ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya pada hari Khamis 07hb Julai 2011 jam 08.00pagi.Tujuan kehadiran bukanlah untuk membuat kekacauan atau gangguan namun akan tetapi adalah bertujuan untuk menzahirkan sokongan kepada rakan dan sahabat seperjuangan bermula pada tahun 1998 lagi yang mana akan menghadapi satu pertuduhan kerana memilik baju yang berwarna kuning.

Saudara Bob Puchong adalah di antara ratusan lagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan kezaliman Umno dan BN yang semakin terdesak dengan kebangkitan rakyat Malaysia yang menuntut satu pilihanraya yang telus dan bersih dari unsur - unsur penipuan.Hanya kerana memiliki baju berwarna kuning dan tertera dengan tulis BERSIH ia sudah di anggap satu kesalahan yang cukup besar di sebuah Negara Malaysia yang kononnya menggamal sistem demokrasi.Ayuh seluruh rakyat Malaysia yang berkelapangan dan menyokong sebuah sistem pilihanraya yang bersih hadir ke Mahkahmah Seksyen esok.