Tuesday, August 9, 2011

Hentikan politik di kampus, titah Sultan Selangor
Ogos 9, 11 8:54am
Kongsi 64
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu.

selangor dun webcast 210508 sultanPara profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid Unisel Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, malam semalam.

Baginda bertitah adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di Unisel dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.

"Beta telah dimaklumkan bahawa terdapat pergolakan di dalam pengurusan Unisel tetapi Beta berangkat juga ke Unisel pada hari ini kerana merasmikan Masjid Unisel dan berjumpa dengan penuntut-penuntut di sini," titah Baginda.

Sekiranya politik dalam kampus terus berlaku, ia akan menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini akan menjadi projek Gajah Putih nanti, titah Baginda.

Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak pengurusan tertinggi Unisel termasuk dekan dan pensyarah institusi itu supaya sentiasa bersepakat menaikkan taraf Unisel sebagai sebuah universiti yang terbaik daripada segi teknologi, operasi dan pengurusan kewangannya.

Baginda percaya dengan persefahaman dan kerjasama erat di peringkat dalaman, Unisel akan menjadi satu institusi pengajian yang terunggul dan berkualiti yang diiktiraf di peringkat negeri, negara dan seterusnya antarabangsa.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

- Bernama
Sumber Malaysiakini dan Bernama
  • Komen:
  • Antu Opis · Pengulas Tertinggi
    Tuanku....harap kenyataan tuanku ini dibuat secara menyeluruh..bukan di UNISEL sahaja..tetap keseluruhan IPTA dan IPTS di dalam negeri SELANGAor..khusus nya UiTM....ampun tuanku...sembah patik hamba rakyat...DAULAT TUANKU.. :-D
    • Mohd Karim · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      kurang ajar..ko jgn menderhaka pada sultanlah..uitm ada agong..apa kene mengena dengan sultan..sultan cakappasal unisel stupid
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      a stupid person reply refleks in his comment...cerita negeri selangor. Semua univ dalam selangor bawah jajahan takluknye...semua lah terlibat..jg jd stupid bwh tempurung
    • Namia Aiman · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
      aper bender uitm ada agong? hahahahaha UNISEL nyer lembaga pengarah pon ader dalam bidang politik...menteri pengajian tinggi pon orang politik...Pengerusi lembaga pon politik (menteri besar)...semua berkaitan politik...takleh dipisahkan...
  • Panglima Comel · Pengulas Tertinggi · Kaki potong di Long Kaii dan Peminjam Wang Berlesen
    ampun tuaanku..patik, rakyat selangor memohon agar tuanku memberi perhatiaan kpd warga asing dan PENGUNDI2 HANTU yg telah dilaporkan oleh pakatan rakyat..patik nak pegi kompleks pun da tak selesa lagi..ramai giler warga asing..lately, tuanku ada turun kompleks kaa?
    • Safia Ramlan · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
      ampun tuanku patik pun hampir2 gila la kat ampang ni byk tul warga asing la.........hehehe
    • Abu Kasim · Pengulas Tertinggi
      huhhh pasal warga asing ni dah tak tau nak cakap mcmmana dahhh.....kat mana2 pon dia ada...siap berjiran dah la ni...kaya sgt ke malaysia ni.....
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      kalu takde warga asing sapa nak wat keje kt nanti....terutama mengundi.
  • Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Mula2 masjid. Lepas tu universiti. Jangan sampai Parlimen tak boleh cakap politik udah ler...
    • Jamal Ahmad · Pengulas Tertinggi · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.Sembilan
      Joseph , senang je kalau nak berpolitik berhenti saja belajar hah pergi lah berpolitik , bolehlah jadi menteri ke atau ape-ape aje lah .
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      kalu kt amik sains politik kt Univ kena la belajar berpolitik di kampus dulu. lgpun mahasiswa da umur 21 tahun boleh mengundi..kalu dulu dalam sekolah dah bole jd ahli putera umno..tak kan bila umur meningkat dan pelajaran meningkat tak boleh kot...zahid hamidi pun pelajar gak dulu..start politik di kampus..tak lak di tu berhendti belajar.. dah jadimenteri pertahanan pun..he,he,he
    • Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Jamal Ahmad: Kalau macam tu baik jadi hantu. Sekurang2nya boleh jadi pengundi hantu..hehe!!
  • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · UDM
    noh omar pegi atas kapasiti ape tu?
    • Fikrullah Iko · Al azhar
      sibuk je dia tu..hahaha
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      Sain politik boleh belajar tapi digunakan bila keluar nanti....lesen amik dulu pandu kemudian..sebab tu pensyarah tak boleh masuk politik...dia kena ajar anak murid saja...lepas tu anak murid dalam kelas tak boleh berpolitik....bila masuk u UMNO je baru diiktiraf boleh berpolitik.... jadi penuntut2 yg berumur 21 tahun ke atas dalam univ tak boleh mengundi..sebab tak dibenarkan .tak payah susah2 nak dftar
    • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
      AS, dia tu da gile meroyan gamaknya
  • Benludin Azhar · Pengulas Tertinggi
    politik AMNU bolehhhh.
    • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
      BA bkn amnu tp UM NOOOOO (tak de umphhh)
    • Safia Ramlan · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
      aha.....menderhaka sejak lahir..........mesti keturunan jebat derhaka ni .........
    • Amin Hafiz Mohamed · Pengulas Tertinggi · Sek Men Keb Agama Alawiyah, Arau Perlis
      Berkata benar walaupun pahit, adakah Raja lebih mulis dan tinggi kedudukan dari Nabi Muhammad saw? lebih tinggi dan mulia dari Saidina Umar Al-Khatab ra hingga tidak boleh disanggahj setiap titah baginda? sedang Rasulullah saw sendiri pernah disanggah sabda dan perbuatan oleh para sahabat, sedang Khalifah Umar Al-Khatab pernah dihunuskan pedang oleh salah seorang sahbat dihari beliau dilantik menjadi Khalifah, semua ini menunjukan bahawa Islam mementing kan kebenaran, atau Haq, Islam tidak memandang kedudukan siapa dan di mana, malah Islam senandiri mengajar umatnya untuk tegur menegur atas perkara yang Haq......ingat lah sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang termahsyur : DARI ABU SAID AL-KHUDRI ra, AKU MENDENGAR BAGINDA saw BERSABDA " BARANGSIAPA YANG MELIHAT MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA HENDAKLAH DIA MENCEGAH DENGAN TANGAN,...Lihat seterusnya..
  • Muhammad Myiddin
    setuju dengan Tuanku...."Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu....'' tapi Tuanku...apakah politik bukan sebahagian dari ilmu.
    • Mohd Nazif Arifin · Works at Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
      patik rasa perlu jgk politik dikampus Tuanku, sbb mahasiswa sudah pandai menilai baik buruknya...ampun Tuanku.
    • Mohd Mazran Mamat
      kalau camtu tuanku kena minta u buang la subject politik kat u tu. freng ambo pun amik tu.
    • Muhammad Myiddin
      mungkin lebih tepat jika tuanku bertitah...''BERSIHkan universiti dari sebarang unsur kepartian''....bukan nya menolak politik kerana politik juga sebahagian dari bidang ilmu yang bersifat akademik..
  • Safuan Karto · Top Commenter · Jerantut
    Pada pendapat peribadi saya Sultan Selangor sewajarnya menegur puak UMNO yang begitu ghairah membodeknya. UMNOlah yang telah menafikan hak kesultanan Melayu. Tetapi apabila sudah tersepit barulah nak bermuka-muka dengan Sultan.
  • Leslie Chan · Top Commenter
    Aik, Tuanku ada kuasa keatas IPTA/IPTS ke?
  • Izmil Amri · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara
    Noh Omar? Sudah konfiden mau jadi Menteri Besar ka?
    • Hafiz Md Yasin · Top Commenter · Works at Smk dato mohd taha
      Kesian ngn Dr Khir Toyo..xde owg2 UMNO yg mendampinginya lg..Noh Omar tentu suka...
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      adat ler..cepat naik cepat jatuh....itu ler yang terpaksa Khir TOyo hadapi...die dah balajar ler kot.....bila berkuasa jgn bagi penyapu kat orang...kalau lepas nih dia tak belajar dan amik iktibar juga...mmg sah ler doktor dia dapat tuh ..beli...
  • Hanafi Halim · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    Tuanku, dimanakah tuanku masa uitm dikudakan umnobn tuanku? dimanakah tuanku masa umnobn memerintah selangor tuanku? dimanakah tuanku masa khir toyo perabiskan berjuta duit rakyat selangor? kenapa setelah PR memerintah tuanku tersangat vokal? apa tidak baguskah rakyat dibawah PR? tidak amankan rakyat dibawah PR? semoga tuanku memberikan kenyataan yang adil kepada semua pihak.
    • Mekka Man · Top Commenter
      HH - stuju 300% ...
  • Pzal Omar · Top Commenter
    kembalilah kepada ajaran islam yang sebenarnya.
  • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
    Daulat Tuanku.. Molek benar ucapan Tuanku. Adalah lebih molek kiranya Tuanku nyatakan dengan jelas dan terang bahawa Tuanku inginkan IPTA dan IPTS di Selangor melaksanakan tanggungjawab secara profesional tapa berpihak kepada parti politik. Dan molek juga dalam suasana kerajaan PR yg ingin membawa kredibiliti demokrasi di Selangor dijadikan asas utk mewujudkan pusat2 pengajian yg profesional dan wibawa. Daulat Tuanku..
  • Sheikh Mad · Universiti utara malaysia
    TUANKU TITAH KITA SOKONG TAPI JANGAN DOK SOKONG PIHAK UMNO SUDAHLAH, JIKA UMNO BUAT SEMUA OK MAKLUMLAH PARTI UMNO AMAT MENJUNJUNG RAJA MELAYU DAN AMAT SETIA DAN SANGGUP KORBAN DEMI RAJA MELAYU. PARTI UMNO JENIS MENGAUT AIR YANG KEROH, TAPI SEBENARNYA DIA YANG LEH DAN EXTREME. BAIK SULTAN BIARKAN PIHAK ORANG AKEDEMIK SELESAI MASAALAH DALAMAN MEREKA..TAKUT TAKUT SULTAN JADI IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU LABU...AMIN.
  • Pak Abu · Top Commenter · Owner at Riverside Art Studio
    Ada ke pulak Menteri Pertanian hadir ke majlis universiti sebagai wakil kerajaan persekutuan. Sepatutnya Menteri Pendidikan Tinggilah yang datang. Oh ya kena seimbanglah. Seorang Menteri Besar. Seorang lagi Menteri Besar Bayangan. Entah lepas ni terus jadi bayang sampai bila-bila!
  • Che Intan Haque · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    Tuanku, buat pengetahuan Tuanku. seluruh jawatan kat IPTA IPTS Malaysia sudah sekian lama dipolitikkan. selama kita merdeka selama itulah segala yg ada kat malaysia ni dipolitikkan. Minta kiranya Tuanku memberi pandangan berkenaan pengundi hantu dan sikap berat sebelah SPR kpd parti politik PR. barulah rakyat percaya dengan AMPUN TUANKU.
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      betul tuanku...patik pon dah lama nak cakap kat tuanku..tapi..patik takut...since Che Intan Haque dah cakap kat tuanku ni..jadik patik pon mengambil kesempatan menyokong apa yang Che Intan sampaikan kepada tuanku ini....patik harap tuanku dengar lah yer....dan patik juga harap ramai ler lagi yang sokong stetment Che Intan nih dengan menokan butang like....ampoNNNNNNNNNNN Tuanku...
  • Altramentaro Saro · Top Commenter · Universidad Internacional de las Américas - UIA
    dauuuuuullllllllllllllllaa​aaaaaatttt tuankuuu...........
  • Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Perkara seumpana ini dah lama berlaku. UM, UKM, UiTM dan lain2 universiti berapa ramai pemimpin besar kerajaan berkempen demi politik mereka atas nama perasmian sesuatu, lawatan rasmi, majlis amal dan sebagainya.
  • Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji Alam
    Noh Omar datang atas dasar Menteri jaga lembu dan kambing.UNISEL masih ada lagi lembu kambing yg dicucuk hidungnya oleh UMNO. Apa hairan?
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      kih kih kih
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      mOnTori pertanian ler katakan..UNISEL kan ada Kursus Pertanian dan akulkultur...kursus ditarik dari UPM..itu pasai noh umar latang maaaa....
  • Ampun Tuan · Top Commenter
    Uitm shah alam bersebelahan dgn istana lagi hiruk pikok dgn politik! berahim katak dok lompat sana sini org tak nampak ke?
  • Mat Travolta · Top Commenter · Uitm
    sultan patut beri tumpuan tentang murtad sedang berleluasa di selangor....bukan unisel....
  • Hafiz Roslan · Top Commenter · Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    tuanku....klu politik x blh wat d u patik sarankn tuankn agr bertitah kpd kerjaan agr menghentikn program BTN...
  • Rakyat Skodeng · Top Commenter · Anadolu University
    Ya ampoon...kenape baru sekarang isu ni timbul? zaman selangor dibawah BE END xberlaku ke camni?
  • Ali Rustam · Top Commenter
    Warga asing di beri ic sewenangnya dalam project ic untuk undi BN ..ape crite tuanku..??
  • Zainal Abidin · Top Commenter · Pendakwah at Pendakwah
    dia pergi atas kapasiti bodek la....
  • Tengku Zasrul
    nak bagi komen macam sehgan ajer..... NO KOMEN
  • Slebet Encik
    Titah Sultan kena turuti. Hidup Tuanku.. Adakah wajar kerajaan menarik balik biasiswa Mahasiswa diTerengganu hanya kerana mengikuti Perhimpunan BERSIH?
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Bagaimana dg pehak yg merompak harta benda kerajaan? Patutkah kita tutup mata sebelah? Apa pandangan bijaksana dari Selebet Encik?
    • Slebet Encik
      UNTUK KEPASTIAN, PERKARA INI HENDAKLAH DIBAWA KE MAHKAMAH. BIAR MAHKAMAH MENENTUKANNYA. DENGAN HARAPAN IANYA BERSIH DAN ADIL.
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      mahkamah?...kih kih kih.....letih ler dgn mahkamah kat msia nih
  • Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
    kalau gitu x payah buat pilihanraya kampus.. bukan kah tu juga politik.. ermm demokrasi tapi politik di hadkan.. habis mcm mana dengan politik keagamaan di larang juga ke?
  • Ustaz Ahli Dap · Top Commenter · Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan
    Takkan hanya kerana melantik pemangku TNC dikatakan berpolitik?
  • Hazo Maliq · Top Commenter · Works at IPod Touch
    Daulat Tuanku..
    Beginilah tuanku..nasib negeri selangor, ada pemimpin tetapi langsung tidak cerdik untuk menjadi pemimpin.hanya pandai melakukan fitnah dan caci maki.Tuanku..kami berjanji yg terbaik kepada tuanku pd mase hadapan, kami akan berjuang membela Islam dan Melayu.
    DAULAT TUANKU..
  • Aiman Hakim · Top Commenter
    program dianjurkan kerajaan PR jemput juga wakil rakyat dan menteri UMNO /BN. kalau program dianjurkan UMNO/BN wakil rakyat dari PR tidak jemput.
  • Iskandarnaim Zulkarnain · Top Commenter · University of Missouri
    Kesudian Tuanku Mencemar duli menitahkan campur tangan politik patek junjung. Tempat pelajar belajar dijadikan medan politik oleh memanda menteri Tuanku yang penakut dengan DAP. Sehinggakan tindakan menyelamatkan Islam dari murtad pun disanggahnya. Pateh menyembah durhaka supaya Kebawah Duli Tuanku menitahkan supaya usaha menyelamatkan akidah Islam tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
  • Jiwa Kacau · BIG RIVERr SMK
    Cume di UNISEL je yg xboleh.Tp disemua Universiti di Malaysia boleh.Lebih2 lgi di UITM, siapkan bas lagi bile ade pilihan raya.
  • At Nok · Kuala Lumpur, Malaysia
    hanya universiti UMNO sahaja boleh berpolitik di IPTA...dunia2.
  • Cikgu Din Sas · Top Commenter
    Bakal MB dalam mimpi no!
  • Paklah Damansara · Top Commenter · University of Mumbai
    tuanku jangan punya dacing macam lambang bn lengkup negri
  • Arjuna Kayangan Layangan · Top Commenter
    kehidupan dengan politik tidak dapat dipisahkan...
    lebih malang apabila politik dan agama dipisahkan sedangkan agama mengajar erti politik yg baik...
  • Abkar Siddiq · Top Commenter · KUSZA
    AYO,,, MCM MANE X BOLE BERPOLITIK NI,,, ITU ARI SAYE PUNYE KAWAN DIA PUNYE ANAK JUGA MASO ITU U,,,, WORANG POLITIK JUGA ADE SAIN ITU SURAT CABEL,,, SKALI ADE HANTAR SUDA BOLE MASUK,,,
  • Satu Dua · Top Commenter
    : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    اقْرَØ£ْ بِاسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ الَّذِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َ [96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

    Ø®َÙ„َÙ‚َ الإنْسَانَ Ù…ِÙ†ْ عَÙ„َÙ‚ٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
    ...See More
  • Satu Dua · Top Commenter
    Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup.
  • Satu Dua · Top Commenter
    Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
  • Ezam Razali · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Teringin sangat di hati ini melihat dan mendengar ucapan para sultan-sultan di Malaysia tercinta ini lahir dari hati sanubari dan kerisauan mereka sebagai sultan atau agung. Bukannya ucapan yang disampaikan melalui pembacaan yang saya sangat2 meragui skrip yang ditulis adalah dari banginda sendiri.Macam kita dengar khutbah jumaat sekarang ini, kebanyakannya khutbah yang dibaca...sebab itulah banyak yang ngantuk.
  • Jp Joe Pg · Top Commenter
    Apa kat u je? Patuntanya I seluruh malaysia la. Bantuan banjir, fakir miskin, royalti myk di Ktan dan Tganu, subsidi baja dan byk lagi perkara jangan tanya dah isi borang umno ka blum...
  • M Syafiq Roslan · Top Commenter · Shinjuku-ku, Tokyo, Japan
    uitm? mcm mana plak tu tuanku.. bnyk org2 politik amek kesempatan atas nama jawatan kerajaan..
  • Mohd Kharul Nidzam · Top Commenter
    Dosa apa lu bikin nak minta ampun bagai kan nak raaaaaaak. Sengal betul la ANTU ni
  • Satu Dua · Top Commenter
    Memetik kata-kata Sayyidina Abu Dardaa r.a;

    "Orang alim (guru) dan murid (pelajar) sama-sama pahalanya, sebab manusia itu hanya dua orang, guru dan murid, dan selain itu tidak ada gunanya" Kitab Tanbihul Ghafilin, dalam fadhilat menuntut ilmu.
  • Shaari Mat Saman · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    UMNO, ingat titah tuanku, jangan main politik di kampus. Jangan dah suruh sultan larang pemimpin PR saja. Kamu yang lebih. Yang amat parahnya penipuan SPR, sapa nak tegur? Ampun Tuanku, harap Tuanku tegur SPR yang dah melampau jadi barua UMNO dan penipu.
  • Sheikh Mad · Universiti utara malaysia
    INGATLAH SEMUA MANUSIA AKAN DISOAL MALAM APA YANG KITA LAKUKAN, TIDAK KIRA APA PANGKAT MAUPUN DARJAT, YANG PALING MULIA DISISI ALLAHTAALA IALAH DARI KALANGAN MEREKA YANG BERIMAN.
  • Mawar Desa
    Ada kursus political science di university, ape kejadah pulak ni kalau tak boleh ckp politik di university?
    • Mummy Muahs · Top Commenter · Kolej new era
      ish..mawar...tulung jgn menderhaka.....maksud tuanku..kalau nak cakap politik ...mesti pi kat pak guard main entrance unibersiti tuh....keluar skit dari kawasan berpagar uniberstiti...haa..lepak situ..cakap ler hal politik..dah abih bercakap...masuk ikut depan pak gad tuh kedalam kawasan berpagar unibersiti balik...itu ler maksud tuanku jgn bercakap hal politik lam kawasan universiti..hahahaha....Po​litical Science tuh....fakulti die luar kawasan berpagar universiti tauuu....ampun ya amat tuanku..hahahah
  • Mawar Desa
    Noh omar pegi untuk control switch....
  • Salam Ukhwah · UI
    tuanku!setahu patik bukan diU saja tapi puak umngok ni menggunakan sekolah sebagai medan politik jahanam mereka.apa pandangan tuanku?puak jahanam tu mmg dah lama menderhaka kpd tuanku sampai kuasa tuanku hilang entah kemana....ampun tuanku.
  • Prteluk Kepayang · Top Commenter · Bota
    Bukan ke semua orang berpolitik, tapi tak mengaku politik, itu le politiknya,, kalau tak ada badan politik, bagaimana universiti nak ditubuhkan?
Sumber Malaysiakini

Sunday, August 7, 2011

Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang

Mohd Aizat bin Mohd Salleh | Aug 07, 2011 01:04:42 pm

Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila JAIS menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam.

Apabila berhadapan isu agama dan sensitif, sewajarnya kita perlu mengambil kenyataan daripada sumber-sumber yang tepat agar tidakdisalah-tafsir atau salah memberi pandangan. Ia bukan sekadar menggambarkan keburukan kepada agama Islam, bahkan memberi nilai yang negatif kepada undang-undang yang menjadi rujukan kita.

Hassan Ali (gambar kiri), EXCO agama kepada kerajaan Selangor yang juga mewakili JAIS membuat kenyataan rasminya mendakwa bahawa terdapat seramai 12 orang Islam menghadiri majlis tersebut. Dan katanya lagi, terdapat perkataan 'Qur'an' dan 'Pray' diselitkan di dalam ucapan di dalam majlis tersebut. Tiada tangkapan dibuat, dan hanya pemeriksaan selepas rundingandengan pihak penganjur. (Rujuk: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali)

Namun, bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan. (Rujuk di sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cfm-kesal-tindakan-jais-dan-polis-mahu-sultan-campur-tangan/)

Dan bagi presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johordan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat. (Rujuk disini: http://www.malaysiakini.com/news/172122)

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa perlu menunggu laporan penuh daripada kerajaan Negeri Selangor sebelum membuat apa-apa spekulasi, kenyataan dan menuding jari (finger point) kepada mana-mana pihak. (Sinar Harian: 6 Ogos 2011, m/s: 1&4) Ia sangatselaras dengan pendirian Islam.

Hatta pemimpin politik Islam sekalipun, kenyataannya haruslah tidak menggambarkan keburukan kepada Islam, lebih-lebih lagi memecah-belahkan masyarakat dan kesepaduan kaum serta agama di Malaysia ini.

Antara Dakwah dan Undang-undang


Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam isu serbuan JAIS pada Rabu lalu adalah menilainya dari dua persepktif yang utama yakni perlaksanaan undang-undang dan aspek dakwah yang menjadi gambaran (view) agama Islam. Kedua-duanya sama penting dan memerlukan kebijaksanaan menguruskannya.

Sesungguhnya, undang-undang wajib ditegakkan. Namun ia sesekali tidak meninggalkan objektif utama penubuhan undang-undang itu yakni memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia. Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.

Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam.

Dari sudut undang-undang - Perlembagaan mahupun Syariah - kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan - bagi undang-undang Syariah - apa yang disebut Maqasid Syariah - yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia.

Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia - rahmatan lil 'alamin - maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia - orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam.

Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu - adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum.

Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah - yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang - iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasidsyariah itu.

*Mohd Aizat bin Mohd Salleh, B.A Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya (UM).

Saturday, August 6, 2011

PERIHATIN BERKEBAJIKAN TETAP BERTERUSAN DEMI RAKYAT

JALAN KEBUN - Semenjak mac 2008 selepas memenangi pilihanraya umum yang ke 12, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ( PR ) telah melaksanakan pelbagai usaha didalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ) agar segala hasil yang diperolehi oleh Kerajaan negeri akan dinikmati bersama oleh rakyat.Pelbagai helah serta kaedah yang digunakan oleh Pihak pembangkang umno dan barisan nasional untuk menyerang dan menggagalkan usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana hasad dengki mereka.

Namun akan tetapi walau apa cara sekali pun yang diguna pakai oleh umno dan bn untuk menghalang dan menggagalkan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat ia tidak sama sekali melunturkan semangat serta kesungguhan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus Merakyatkan Ekonomi Selangor.Keperihatinan serta kesungguhan YB Shuhaimi Hj Shafiei dalam membantu rakyat terbukti dengan lebih jelas bila mana baru - baru ini telah meluangkan masa hadir ke Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

Majlis serba ringkas telah berlangsung dihadapan ratus pelajar sekolah tersebut dan pelajar - pelajar menjadi saksi sumbangan yang telah disampaikan baru - baru ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei merupakan penaung bagi Sekolah Agama tersebut telah menghulurkan sumbangan bernilai RM50,000 ( Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu ) yang mana diharapkan pihak pentadbiran Sekolah tersebut dapat menggunakan sumbangan yang diterima dengan sebaik yang mungkin demi masa depan pelajar - pelajar yang menuntut di sekolah tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei ketika sidang media ringkas selepas majlis tersebut telah memaklumkan bukan hanya sekolah Rendah Agama Jalan Kebun sahaja yang menerima sumbangan daripada beliau akan tetapi hampir kesemua sekolah Agama serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada beliau.Untuk Sekolah Menenggah Kebangsaaan Jalan Kebun pula YB Shuhaimi telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia sepuluh ribu ) baru beberapa hari yang lepas.Ujar beliau biarpun umno dan barisan nasional menghalang dan menyekat pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki mana - mana sekolah bantuan penuh kerajaan pusat ia sedikit pun tidak menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk terus membantu sekolah - sekolah tersebut.










Friday, August 5, 2011

Isu Jais: Satu pandangan bersangka baik

Tuan Ibrahim Tuan Man | Aug 05, 2011 03:25:30 pm

Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan "sangka baik" kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini.


Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren.

Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G".

Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

"Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya.

Terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa ini,

Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk - apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.

Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.


Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.

Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah.
Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas.

Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada.

Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campur tangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak.

Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan - laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat.

Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima - jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan.

Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang elemen buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.

Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.

*Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Saiz Teks: A A A

Jasa turut dikaitkan dengan projek IC selain SPR, JPN

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara agensi kerajaan yang terlibat menjayakan projek IC untuk memenangkan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.

“Manipulasi (pilihan raya) ini melibatkan Umno-Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk Jasa,” kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Jasa diwujudkan untuk tujuan memberi penerangan polisi kerajaan, tetapi kini ia lebih kepada alat politik untuk mendaftarkan pengundi dan mendaftar pemilih dan keanggotaan Umno. Kita merasa dukacita apabila wang rakyat digunakankan untuk tujuan ini,” katanya.

Menurut Shuhaimi, isu individu bertaraf penduduk tetap dimasukkan ke dalam senarai pemilih sudah lama dikesan seperti di kawasan parlimen Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.

“Sebagai contoh di kawasan saya di parlimen Kota Raja sehingga suku kedua 2011 kami mendapati lebih 100 nama individu yang bertaraf pemastautin tetap berada dalam senarai pemilih. Saya berani katakan kerana ada bukti,” kata Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda.

Malah Shuhaimi berkata, beliau turut mendapat maklumat bahawa terdapat pekerja warga asing yang lebih mahir dengan cara untuk memperolehi kad pengenalan Malaysia atau mendapat status penduduk tetap.

“Saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Ia memperlihatkan betapa cemas, terdesak, panik dan gusarnya Umno-BN. Mereka tiada pilihan selain terpaksa terus menipu,” kata beliau.

Justeru katanya, KEADILAN terutamanya di Selangor akan meneruskan semakan daftar pemilih dan membuat bantahan terhadap percubaan mendaftarkan individu yang tidak sah sebagai pengundi.

Shuhaimi, baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastatutin tetap (PR) dikesan didaftarkan sebagai pengundi di Hulu Langat, Selangor sahaja.

Ia susulan pendedahan mengenai isu ‘Mismah’, seorang PR yang dikesan dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat status pengundi baru dalam laman web SPR.

Shuhaimi menjangkakan, ‘kaedah Jus Soli’ itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.


Keadilandaily

JABATAN KERJA RAYA ( JKR ) DAERAH KLANG TERLELAP DAN TIDAK PERIHATIN

JALAN KEBUN - ENTAH DIMANA LETAKNYA RASA PERIHATIN DAN PERTANGGUNJAWABAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) DAERAH KLANG KERANA MASIH TIDAK MENGAMBIL PEDULI AKAN PERMASALAH DAN KEROSAKAN PEMUKAAN JALAN UTAMA YANG MENGHUBUNGKAN ANTARA KAMPUNG JALAN KEBUN KE BUKIT KEMANDUL DAN KAMPUNG KEBUN BARU SEPERTI BOM JANGKA YANG AKAN MELETUP PADA BILA - BILA MASA.KERANA KERJA - KERJA PENAMBAKKAN TANAH OLEH PEMAJU YANG TIDAK MEMENTINGKAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA SERTA PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK YANG MENGHUNI DISEPANJANG JALAN TERSEBUT.

PIHAK JKR DAERAH KLANG SEPERTI TIDAK PERNAH MENINJAU ATAU BAHASA YANG AGAK KASAR KAKITANGAN JKR SEPERTI HANYA MAKAN GAJI BUTA KERANA MASALAH YANG BERLAKU SEPERTI ITU BAGAI TIDAK LANGSUNG BERLAKU.LALUAN TERSEBUT SEMEMANGNYA BERADA DALAM KEADAAN YANG TIDAK BAIK KERANA SERING KALI ROSAK AKIBAT KESAN DARI KERJA - KERJA PENGELUARAN PASIR DAN KINI BERTAMBAH PARAH BILA LORI - LORI TANAH PULA BERLUMBA - LUMBA MENGGEJAR TRIP DAN YANG AKHIRNYA RAKYAT MENERIMA MUSIBAH NAMUN AKAN TETAPI PEGAWAI JKR DAERAH KLANG SELESA BERADA DIDALAM PEJABAT YANG BERHAWA DINGIN.DI HARAP JURUTERA DAERAH KLANG AGAR BERTINDAK SEGERA MENYELESAIKAN PERMASALAH TERSEBUT SEBELUM ADA PENDUDUK ATAU PENGGUNA YANG AKAN TERKORBAN KETIKA MELALUI JALAN TERSEBUT KERANA YANG PASTI SEUMUR HIDUP NANTI ANDA AKAN DIPERSALAHKAN.





MBSA SEPERTI MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PENGUSAHA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH HARAM


JALAN KEBUN - Seperti ada satu jalinan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dengan induvidu yang menjalankan operasi pembuangan sampah haram di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.Kenyataan ini seperti ada kebenarannya kerana ketika Anggota Penguatkuasa MBSA serta Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan MBSA hadir ke lokasi pembuangan sampah haram tersebut tiada seorang pun Pegawai yang berani mengambil tindakan kepada pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut malahan pegawai - pegawai MBSA yang sepatutnya menjalankan tugasan pada hari tersebut bersikap lepas tangan.

Pada hari tinjau tersebut hampir 10 buah jentera pengangkut sampah telah memasuki ke dalam kawasan tempat pembuangan sampah tersebut namun yang amat di kesali tiada seorang pegawai MBSA pun yang bewrani atau pun mahu menahan jentera serta pemandu dari terus melakukan kerja - kerja pembuangan sampah di lokasi tersebut.Pegawai MBSA hanya mengarahkan pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut membersihkan kembali tempat tersebut dalam masa dua minggu.Kini sudah menjangkau ke 3 minggu namun tiada tanda - tanda pemilik serta pengusaha tempat pembuangan sampah haram tersebut melakukan kerja - kerja pembersihan.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sekali lagi menerima aduan dari penduduk sekitar berkenaan dengan permasalahan tersebut yang seperti tiada penghujungnya.Diharap Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSA agar menjalankan tugasan dengan telus dan adil serta tidak mengamalkan sikap pilih kasih agar rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana setiap masa rakyat akan memantau serta memerhatikan tindak tanduk kakitangan MBSA yang sememangnya diragui sekian lama.



Jasa turut dikaitkan dengan projek IC selain SPR, JPN

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara agensi kerajaan yang terlibat menjayakan projek IC untuk memenangkan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.

“Manipulasi (pilihan raya) ini melibatkan Umno-Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk Jasa,” kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Jasa diwujudkan untuk tujuan memberi penerangan polisi kerajaan, tetapi kini ia lebih kepada alat politik untuk mendaftarkan pengundi dan mendaftar pemilih dan keanggotaan Umno. Kita merasa dukacita apabila wang rakyat digunakankan untuk tujuan ini,” katanya.

Menurut Shuhaimi, isu individu bertaraf penduduk tetap dimasukkan ke dalam senarai pemilih sudah lama dikesan seperti di kawasan parlimen Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.

“Sebagai contoh di kawasan saya di parlimen Kota Raja sehingga suku kedua 2011 kami mendapati lebih 100 nama individu yang bertaraf pemastautin tetap berada dalam senarai pemilih. Saya berani katakan kerana ada bukti,” kata Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda.

Malah Shuhaimi berkata, beliau turut mendapat maklumat bahawa terdapat pekerja warga asing yang lebih mahir dengan cara untuk memperolehi kad pengenalan Malaysia atau mendapat status penduduk tetap.

“Saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Ia memperlihatkan betapa cemas, terdesak, panik dan gusarnya Umno-BN. Mereka tiada pilihan selain terpaksa terus menipu,” kata beliau.

Justeru katanya, KEADILAN terutamanya di Selangor akan meneruskan semakan daftar pemilih dan membuat bantahan terhadap percubaan mendaftarkan individu yang tidak sah sebagai pengundi.

Shuhaimi, baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastatutin tetap (PR) dikesan didaftarkan sebagai pengundi di Hulu Langat, Selangor sahaja.

Ia susulan pendedahan mengenai isu ‘Mismah’, seorang PR yang dikesan dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat status pengundi baru dalam laman web SPR.

Shuhaimi menjangkakan, ‘kaedah Jus Soli’ itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18272

Thursday, August 4, 2011

Raja-Raja usah dengar cakap Umno saja!

MINGGU ini Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menekankan dalam titahnya betapa perlunya Raja-Raja Melayu mempunyai penasihat yang berani menyatakan kebenaran.

Berucap dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam baru-baru ini, Raja Nazri mahu Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan.

"Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda seperti yang dilapor Bernama.

Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran.

"Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda.

Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam.

"Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin.

Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai.

"Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam.

"Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda.

Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

Meneliti apa yang ditekankan Raja Nazri, pada hemat saya, saranan baginda harus diimplementasikan dari kalangan golongan istana terlebih dahulu. Ini kerana Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam. Raja-Raja juga harus memerintah yang adil dan bijaksana. Raja-Raja juga harus menjadi contoh dan teladan terbaik untuk diikuti oleh rakyat jelata.

Ada dua elemen penting yang menentukan sama ada saranan Raja Muda Perak diambil kira atau tidak. Pertamanya ialah sikap Raja-Raja Melayu itu sendiri, yang harus kekal berkecuali. Kedua, Raja-Raja tidak seharusnya bergantung bulat-bulat kepada penasihat-penasihat sebelah pihak, khususnya Umno-Barisan Nasional sebagaimana yang dilihat rakyat kebanyakan.

Jika Raja-Raja tidak mempunyai sifat yang selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Raja Nazrin, jangan sesekali dipersalahkan, jika rakyat mempunyai persepsi yang negatif terhadap institusi Diraja. Raja-Raja harus membuka minda untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum baginda memutuskan tentang sesuatu perkara.

Yang menjadi punca di sini ialah Umno-BN. Kerakusan mereka di Perak pada Februari 2009 misalnya, menjadi antara punca utama rakyat semakin tidak selesa dengan institusi istana.

Dalam soal masa depan Melayu misalnya, kebimbangan Raja-Raja Melayu adalah amat wajar ditujukan kepada kegagalan Umno selama lebih 60 tahun berkuasa dalam negara, tetapi kedudukan ekonomi bangsa Melayu terhakis, bahasa Melayu semakin terancam dan sebagainya.

Begitu juga dalam soal Perhimpunan Bersih 2.0. Sepatutnya Raja-Raja Melayu tidak boleh campurtangan dan bersikap adil sebagaimana contoh yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, rakyat boleh melihat dan membaca dengan jelas terdapat kenyataan pihak istana yang menghentam Bersih 2.0 berikutan eksploitasi yang diadu-domba oleh media talibarut Umno-BN.

Oleh kerana itu, jika Raja-Raja Melayu hendak bersikap adil dan dilihat adil serta bijaksana, jika Raja-Raja mahu negara aman dan damai, mereka tidak harus mendengar nasihat Umno-BN secara bulat-bulat dalam isu berkaitan agama, politik, perkauman dan sebagainya.

Raja-Raja harus mendapat pandangan kedua tentang sesuatu isu yang dianggap sensitif terutamanya daripada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mewakili suara rakyat yang besar. Raja-Raja tidak perlu menunggu memorandum daripada rakyat.

Pada bila-bila Raja-Raja boleh memanggil pemimpin Pakatan Rakyat ke istana. Pakatan Rakyat akan memberikan sepenuh kerjasama kepada institusi Diraja kerana, kami mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dengan aman, tiada kekacauan.

Pakatan Rakyat mahu kerjasama semua pihak termasuk istana, tentera, polis dan jentera kerajaan, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dipelihara sebaiknya. Daulat Tuanku!


Written by MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 3, 2011

PR jadi warganegara, Najib dicabar perjelas pada Agong

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastautin Tetap (PR) yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia, kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi menjangkakan, ‘kaedah Jus Soli’ itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Sehubungan itu, beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan isu itu kepada seluruh rakyat Malaysia dan membawa mengadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

“Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera,” kata Shuhaimi dalam kenyataannya hari ini.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada negara, beliau juga menganggap ia taktik kotor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN di Selangor- untuk merampas negeri itu, sehingga sanggup menggadai tanah air kepada warga asing.

“Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?,” soal beliau.

Bagi mengukuhkan bukti itu, Shuhaimi turut melampirkan senarai nombor kad pengenalan pengundi di Parlimen Hulu Langat yang berjaya dikesan mempunyai status PR.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikesan mengubah status Mismah, selepas sistem talian pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berbuat demikian.

Status rekod terbaru menunjukkan permohonnya untuk mendaftar sebagai pengundi dalam laman SPR itu tertera ‘Dalam proses pengesahan daftar pemilih’.

Semalam Malaysiakini melaporkan Mismah dikategorikan sebagai PR dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan memegang My PR kad bernombor 640704715238, namun turut mempunyai rekod dalam draf daftar pemilih tambahan SPR.

Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu, status Mismah telah ditukar kepada warganegara dalam sistem pengesahan talian JPN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18167

Tuesday, August 2, 2011

Anwar kekal Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk menggantikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memandangkan Pakatan Rakyat (PR) masih memerlukan khidmat serta pandangan beliau untuk meneruskan cita-cita PR untuk ‘merampas’ Putrajaya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, setakat ini belum ada pemimpin yang dilihat layak untuk menggantikan kedudukan Penasihat PKR berkenaan.

“Dakwaan yang mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Anwar adalah bohong semata-mata apatah lagi ia dikeluarkan oleh pemimpin yang mempunyai nilai moral rendah serta tidak berintegriti.

“Malah, kita lihat Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tiada keperluan untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shuhaimi, Anwar menjadi faktor kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Kenapa perlu pertikaian kewibawaan Anwar kerana beliau adalah aset kepada PR dan layak dijadikan ikon kerana mampu menjadi penghubung penyatuan antara Timur dan Barat.

“Setakat ini kita belum melihat pemimpin yang mampu menggantikan kedudukan beliau,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi mempelawa Ku Li menyertai PR kerana Barisan Nasional (BN) sekarang dilihat tidak lagi mampu untuk menyatukan rakyat di negara ini.

“Walau bagaimanapun, kita tidak meletakkan sebarang prasyarat kepada beliau untuk menyertai PR. Kita tidak mahu tawarkan sebarang jawatan kepada beliau.

“Kita mahu beliau sertai kita atas keikhlasan, keterbukaan serta ketulusan diri beliau sendiri seperti yang diamalkan dalam PR,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Monday, August 1, 2011

Permit kepada pemandu teksi jika Pakatan tadbir Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

“Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

“Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku,”

“Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan,” katanya dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat, di majlis perhimpunan pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Jelas Anwar- seperti dilapor Malaysiakini- pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah rasmi Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

“Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi,” katanya yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Anwar berkata, seorang bekas menteri pernah diberikan 100 permit teksi walaupun telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

“Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu,” katanya lagi yang disahut dengan “laungan hidup datuk seri” daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17981

Kes PKFZ: Dakwaan terhadap Liong Sik sandiwara – Shuhaimi Shafiei

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, merupakan satu lagi sandiwara Kerajaan UMNO-BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyifatkannya perbicaraan tersebut yang bermula hari ini, merupakan satu lagi episod baru Kerajaan mengaburi mata rakyat-.

Ia katanya sama seperti kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan beberapa tokoh berprofil tinggi sebelum ini yang akhirnya dibebaskan.

“Pendakwaan Ling ini merupakan satu babak episod bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka terutamanya golongan atas pagar,”

“Sistem demokrasi Malaysia cukup sempurna bagi mata pemerintah namun dilihat jelek pada masyarakat malah di mata dunia,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Tambahnya, kerajaan UMNO-BN kononnya ingin menunjukkan mereka membasmi rasuah namun keyakinan rakyat tetap tipis.

Dakwaan terhadap Liong Sik hanya satu sandiwara menyemai kes-kes rasuah berprofil tinggi yang lain- Shuhaimi (Gambar dari Mkini)

“Kita tunggu dan lihat kerana jika diperhatikan rasuah yang melibatkan pimpinan BN tidak akan diberikan hukuman yang berat atau dilepaskan begitu saja”

Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17986

Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa

Monday, 01 August 2011 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR 1 OGOS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu.

“Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini,” katanya yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah,” kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini.

Menurut Anwar, Rasulullah SAW bersabda , “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

“Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa- rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sunday, July 31, 2011

Polis ganggu pelancaran Demi Rakyat di Petaling Jaya Selatan

KUALA LUMPUR: KEADILAN kesal kerana Umno memperalatkan polis bagi membuat gangguan dengan mengepung lokasi dijadual berlangsung pelancaran bilik gerakan Demi Rakyat di Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) kelmarin.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, sekurang-kurangnya 250 anggota bersama kumpulan n Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat membuat kepungan bagi menghalang program di Taman Medan itu.

“Sepatutnya program ceramah dan pelancaran bermula jam 9 malam tetapi polis terlebih dulu mengepung lokasi berkenaan.

“Akibatnya, restoran berdekatan mengalami kerugian kerana pelanggan tak datang. Pengurusan restoran ada beritahu, kemungkinan mahu saman pihak berkuasa,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Latheefa berkata, polis tetap berkeras enggan membatalkan kepungan itu walaupun pemimpin parti cuba mengajak pihak berkuasa itu untuk berbincang.

“Pengarah pilihan raya Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS), Maharul Ismail cuba berbincang tetapi mereka berkeras tidak benarkan ceramah dijalankan.

“Polis cuma benarkan 30 orang bagi majlis pelancaran. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Adun Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hanya mengedar pen Demi Rakyat kepada orang ramai,” katanya.


Sumber: Keadilandaily

Saturday, July 30, 2011

Thursday, June 30, 2011

POLIS KETAGIH SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?

Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?

Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.


Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .

Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?

Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.


Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?

Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .

Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahan

Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.

Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?

Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.

Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin.