Wednesday, January 4, 2012

Anwar : Keputusan 9 Jan Tidak Jejas Peluang Jadi PM

Wednesday, 04 January 2012
Oleh : Mohd Hafiizh Mokhtar

PETALING JAYA, 04 JANUARI : Soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari bertanding tidak timbul kerana muafakat yang kukuh di antara parti komponen.

Sebaliknya, Anwar berkata, jika PR dan rakyat tetap mahunya sebagai Perdana Menteri, soal kelayakannya bertanding tidak relevan kerana dia masih boleh dijadikan Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan bahawa jika berlaku senario di mana PR menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum ke-13, seorang pemimpin dari PR boleh menjadi Perdana Menteri sementara dan mengembalikan kelayakan bertanding kepada beliau.

Beliau berkata ini berlaku di dalam kes negara Turki, di mana Perdana Menteri sekarang, Recep Tayyib Erdogan, dihalang daripada bertanding semasa partinya AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) memenangi pilihanraya umum pada 2002.
“Siapa yang pegang sementara itu bukan perkara pokok. Sepertimana beberapa pemimpin PR kata kalau kita pilih Anwar dalam atau luar penjara bukan soalnya. Rakyat sokong maka dengan izin Allah ia akan berlaku.”

Beliau berkata demikian di dalam temubual Fokus Berita terbitan TVSelangor.

Anwar tidak akan layak bertanding pilihanraya sekiranya mahkamah menjatuhi hukuman di dalam kes liwatnya pada 9 Januari .

Seorang hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya selama satu penggal sekiranya dia dihukum tidak kurang dari setahun penjara atau denda dua ribu ringgit.

Tambah Anwar, soal siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bukan perkara perlu dirunsingkan kerana Pakatan Rakyat membawa dasar bersama yang jelas.

“Hubungan saya dengan Tuan Guru Hadi dan Tok Guru Nik Aziz terlalu baik. Kami saling mempercayai, saling memohon nasihat dan pendapat.

“Saya tidak fikir ada masalah. Kalau ada muafakat esok siapa yang harus jadi pemimpin sementara dari PKR atau PAS, DAP tidak menawarkan mana-mana calon, saya tidak fikir itu satu masalah.”
PR dijangka menurunkan lebih ramai muka muda dan profesional kali ini berbanding pilihanraya umum lalu.
Bahkan sudah ada tokoh individu menawarkan diri dan badan-badan bukan kerajaan turut menyarankan calon tersendiri untuk membantu Pakatan Rakyat.
“Kes yang saya hadapi ini sudah hampir tiga tahun. Sejak saya didakwa kita sudah jangka muslihat untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Maka oleh yang demikian kita memulakan beberapa langkah dan persiapan menjangkakan (muslihat) ini dan Alhamdulillah kita sudah hampir selesai.
Anwar yakin pemenjaraan beliau di tangan pemerintah Barisan Nasional tidak akan mengugat kerjasama PAS-DAP.
“Apakah ia akan jadi longgar andai Anwar dipenjara? Saya tidak percaya kerana hal ini (pilihanraya, dasar bersama) telah ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti.”

Anwar berkata, harapan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya cerah kerana mereka telah membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Tambahnya rundingan tentang strategi pilihanraya dan pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR sudah hampir selesai.

Bahkan Pakatan Rakyat kini lebih bersedia untuk mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional walau tanpa beliau selaku tonggak dalam PRU-13 nanti.

Jentera ini dikendalikan pemimpin ketiga parti oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Urusetia dikendalikan oleh wakil ketiga-tiga parti. Walau ada sedikit gambaran seolah-olah saya memainkan peranan yang besar, sebenarnya ia adalah rangkaian pemimpin bekerja sebagai satu pasukan.

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah | Print |
Muhammad Faizal   
SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangkan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.

Umno Dalang Sabotaj Kutipan Sampah di Selangor?

Wednesday, 04 January 2012

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 4 JANUARI

Tindakan segelintir kontraktor yang menamatkan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor bagi menyusahkan hidup penduduk dan memberi imej buruk kepada kerajaan negeri disyaki didalangi oleh Umno Selangor.

Menurut Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie tuduhan Menteri Pertanian, Perikanan dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan negeri tidak cekap mengurus kutipan sampah dibuat sebaik sahaja segelintir kontraktor memberhentikan kutipan secara mengejut.

Kontraktor tersebut bertindak memberhentikan perkhimatan dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir kontrak mereka mengakibatkan longgokan sampah di kediaman.

“Terdapat kontraktor yang memberhentikan perkhidmatan kutipan sampah, terutama sampah domestik di beberapa kawasan terpilih.

“Kemudian diadakan aduan sepertimana yang tersiar dalam media beberapa hari yang lepas,” jelas Shuhaimi.

Tambah Shuhaimi, Umno Selangor mengarahkan sebilangan kontraktor yang rapat dengan mereka supaya tidak mengutip sampah di kawasan kediaman. Kemudian, aduan diadakan oleh penduduk untuk menampakan kerajaan negeri tidak memberi perkhidmatan kutipan sampah yang baik.

Bagi Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, tindakan sabotaj ini menunjukkan Umno terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencalar imej kerajaan negeri.

“Mereka sengaja tidak membuang sampah pada hari kutipan sampah dan kemudian membuat aduan kononnya sampah tidak dikutip.

“Dan ini adalah tindakan tidak waras memandangkan memberi kesan menyusahkan diri sendiri,” beritahu Saari kepada wartawan.

Tindakan kerajaan Negeri yang menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dilihat satu keputusan berani dan bijak demi menjimatkan wang negeri sebanyak RM20 juta setahun di samping dapat memberi lebih peruntukan kepada PBT untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

“Terma terbaru, kontraktor harus memperbaharui kontrak pembersihan sampah setiap tahun. Maka, jika kerja mereka tidak memuaskan rakyat berhak membuat aduan dan mereka menghadapi kemungkinan kontrak mereka di tamatkan,” terang Jenice Lee pula berkenaan syarat terbaru dikenakan kerajaan negeri.

Selangorkini

Tuesday, January 3, 2012

MBSA Tubuh Unit Khas Pantau Kontraktor Sampah

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 3 JANUARI : Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal diurus dengan baik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menubuhkan Unit Pengurusan Sisa Pepejal di bawah Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk memantau 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik.
Perkara itu disahkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media di Wisma MBSA, di sini dengan menjelaskan kesemua kontraktor yang dilantik itu akan melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di seluruh kawasan MBSA bermula 1 Januari sehingga 29 Februari depan.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh pihak MBSA kepada kontraktor setelah menerima arahan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 29 Oktober lepas.
“Pada 31 Disember, kita (MBSA) telah memanggil semula 71 kontraktor yang berkhidmat di kawasan MBSA dan 60 kontraktor hadir. Kita telah maklumkan kepada mereka tentang keputusan kerajaan negeri untuk menyambung kontrak mereka selama dua bulan lagi dan menjelaskan perkhidmatan kontrak akan dipanjangkan kepada 3+2 tahun lagi jika layak,” jelasnya.
Mohd Jaafar berkata, 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik itu terdiri daripada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kontraktor sedia ada (26) manakala selebihnya adalah kontraktor tambahan.
Beliau berkata, pihak MBSA berharap masalah kutipan sampah ini akan dapat diselesaikan dan di atasi segera selain turut menyeru orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk membuat laporan sekiranya berlaku masalah kutipan sampah di kawasan mereka.
“Saya tidak nafikan yang MBSA masih lagi menerima laporan daripada penduduk, misalnya di kawasan pasar malam di Seksyen 2 dan 28 di mana sampah tidak disapu dan anjing berkeliaran. Kita akui dan terima perkara ini kerana ia adalah melibatkan pembersihan awam. Kita ada beberapa unit yang dilantik untuk memantau perkara ini,” jelasnya.
Tambahnya, sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kutipan sisa pepejal, penduduk boleh menghubungi Unit Sisa Pepejal, Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 371 atau 570.
Pihak MBSA juga menyediakan talian 24 jam kepada orang awam yang ingin membuat aduan dan melaporkan masalah setempat seperti banjir, tanah runtuh dan pembuangan sampah haram dan sebagainya dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana MBSA di talian terus 03-55105811.
Dalam sidang media sama, Mohd Jaafar turut menjelaskan pihak MBSA turut berhadapan dengan masalah dan rintangan semasa melakukan kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan Seksyen 2, Seksyen 7 dan Seksyen 17.
Bagaimanapun, jelasnya tiga laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini.

Noh Omar Dicabar Tidak ‘Lidah Bercabang’ Cabar Selcat

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM,3 JANUARI : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar tidak bersikap ‘lidah bercabang’ dalam mempersoalkan kedudukan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.
Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak mengikut perlembagaan.
“Saya minta Noh Omar menyatakan pendirian sebenarnya, jika Selcat itu sah, maka mengapa Umno mencabar kedudukan Selcat di mahkamah, kalau dia cabar Selcat daripada segi kedudukan undang-undang, maka mengapa Noh Omar amat mengharapkan Selcat melaksanakan siasatan, apa pendiriannya yang sebenarnya pimpinan Umno ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Noh Omar mencabar Chang Kim untuk memperjelaskan situasi sebenar perjalanan kes KSSB dalam jawatankuasa tersebut yang turut menuduh Chang Kim mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyelesaikan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).
“Berhubung siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), semasa kes itu ditangguhkan pada masa itu dalam proses pendengaran telah pun dimaklumkan yang mana pendapat Selcat pada masa itu tidak ada bukti-bukti rasuah .
“Dan sebenarnya, saksi-saksi yang perlu hadir dalam kes ini telahpun menarik diri, justeru sebenarnya kes-kes seperti ini bergantung kepada kerjasama pegawai kerajaan dan orang ramai , kalau mereka tidak memberikan keterangan maka tidaklah dapat Selcat membuat sebarang rumusan,” jelas Chang Kim.
Menurut Chang Kim lagi, Selcat yang hanya dianggotai seramai tujuh anggota mempunyai bidang tugas dan kuasa yang terhad berbanding agensi PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membuat serbuan dan tangkapan dalam siasatan sesuatu kes.
“Selcat hanya boleh menyaman orang agar datang kepada kita, namun jika kita mengkehendaki seseorang itu hadir tetapi beliau sendiri tidak mahu hadir memberikan sebarang keterangan, maka Selcat pun tidak mempunyai apa-apa kuasa lain.
“Orang Umno yang disaman untuk hadir sendiripun tidak datang, seperti kes Khir Toyo dan isterinya yang tidak mahu hadir . Jadi dalam keadaan orang Umno sendiri yang tidak mahu memberikan kerjasama, maka bagaimana mahukan rumusan yang sempurna daripada Selcat,” katanya.
Justeru, Chang Kim mencabar Noh Omar agar membawa kes KSSB kepada SPRM jika yakin mempunyai asas dan bukti rasuah kerana SPRM mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Selcat.
“Seperti kes Khir Toyo dalam isu Balkis yang mana Selcat sudah mengeluarkan keputusan, pihak kerajaan persekutuan tidak membuat apa-apa tindakan.
“Jadi Noh Omar kena fahamlah yang mana dia pun peguam dan menteri yang lama di Parlimen, jadi dia perlu tahu bidang kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan bidang kuasa Parlimen,” katanya.

Jom Gerakkan 100,000 rakyat berhimpun Secara Aman Damai Pada 9 Jan 2012

Oleh Afix Redzuan

PETALING JAYA, 3 JANUARI : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes fitnah liwat II.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, muslihat Umno-Barisan Nasional yang merekasaya tohmahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar.

“Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat.

“Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti.
“Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”, katanya.


Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini.

Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama.

“Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman dengan jaminan atau tanpa jaminan kerana gerakan ini bukan bermusim.

“Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. Diharapkan beliau akan diberikan keadilan.
“Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut, kita akan ke Pulau Pinang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Januari jam 8 malam di tapak ekspo.

“Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut.
“Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan menggerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini.

“Saranan saya, jangan seorang pun membawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya menyeru ahli PAS untuk turun pada 9 Januari,” katanya.

Pakatan gerakkan 100 ribu rakyat berhimpun 9 Januari

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 3 Jan: Pakatan Rakyat akan menggembeling kekuatan 100 ribu rakyat untuk berhimpun secara aman menyatakan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk  Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu tarikh keputusan perbicaraan Fitnah II diketahui.

“KEADILAN dengan kerjasama DAP dan PAS akan gerakkan 100 ribu rakyat Malaysia untuk turun berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN.
Turut sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang hadir menyatakan sokongan bagi pihak Pas.

Bercakap lanjut, Azmin berkata keputusan perbicaraan Fitnah II tidak akan menggugat iltizam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ketujuh walaupun Umno BN gigih menggunakan kes Fitnah II untuk menggagalkan usaha itu.
“Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

“Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

“Pakatan Rakyat sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Azmin.

Menurutnya lagi, jika Anwar dibebaskan, rakyat yang turun berhimpun pada hari itu akan bersama-sama meraikan ‘kemenangan’ tersebut.

Pada hari sama keputusan Fitnah II diketahui juga, Anwar akan ke Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah, kata Azmin.

“Selepas keputusan mahkamah Anwar Ibrahim akan ke Pulau Pinang – samada untuk merayakan kebebasan atau meneruskan perjuangan,” kata Azmin.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus fokus memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Kemenangan tersebut adalah demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta demi Malaysia baru milik rakyat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25004

Monday, January 2, 2012

Lebih 80,000 Hadir Program Pengisian Ilmu Sambutan Tahun 2012Di Dataran Shah Alam.



SHAH ALAM, 1 JANAURI: Lebih 80,000 orang hadir ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang turut menggandingkan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya membawa pendekatan baharu dan berbeza pengisian ilmu malam tadi.



Difahamkan, jumlah ini jauh lebih hebat berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baharu anjuran Barisan Nasional di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Mengikut laporan-laporan di blog dan media sosial program yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengisi malam sambutan tahun baharu 2012 dengan pengisian ilmu dan bermanafaat memang dinanti oleh masyarakat.

Mereka juga menyatakan komen positif di atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam sambutan tahun baharu.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha, Dr Yaakob Sapari dan Shuhaimi Shafie serta Ahli Parlimen Shah Shah Alam, Khalid Samad.

Satu program lain yang juga menarik minat rakyat adalah di Pelabuhan Klang di hadiri oleh lebih 10000 orang peminat auto show, motosikal, vespa dan rakyat setempat. Hairan ya, kenapa tak ramai di I-City??


PKR: RPK ‘hired’ to smear Anwar ahead of Sodomy II verdict

January 02, 2012
PKR claims Raja Petra’s criticism was meant to dissuade the public from turning up in support of Anwar on January 9. — File pic
 
KUALA LUMPUR, Jan 2 — PKR today sought to discredit Raja Petra Kamarudin as a “hired Umno blogger” and part of a larger plot to smear Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim ahead of the latter’s sodomy trial verdict.
 
The PKR de facto leader will learn the verdict on his sodomy charge on January 9. He is accused of sodomising a former aide, a charge he has vehemently denied and claims is a conspiracy to destroy his political career.

Today, PKR secretary-general Saifuddin Nasution said Umno and Barisan Nasional were determined to see Anwar jailed, adding that the attacks against Anwar was meant to deflect from the government’s financial scandals.

“It should not be forgotten that Raja Petra Kamarudin, now more known as a ‘hired Umno blogger’, once made a sworn statement that (Datuk Seri) Najib (Razak) and (Datin Seri) Rosmah (Mansor) were involved in the brutal murder of Mongolian model Altantuya Shariibuu...
“The latest are spins by Utusan Malaysia and Berita Harian, Umno-owned media who ... pick and contort Raja Petra Kamarudin’s statement on lies and allegations about Anwar’s case in their front pages,” Saifuddin said in a statement.

The self-exiled blogger told Utusan Malaysia that Anwar was morally unfit to become prime minister as Malaysians could not accept a homosexual leading the country.
Raja Petra did not explicitly call Anwar homosexual but said there was no room in Malaysia for someone who is gay and wants to become PM.

He also said he was “90 per cent” sure the man in the “Datuk T” sex video was Anwar, and that many of the latter’s friends believed in the authenticity of the video.

Saifuddin said the interview was a part of Umno’s “desperation” to discourage Malaysians from turning up at the Kuala Lumpur High Court on January 9 to show support for Anwar.
“Anwar is the opposition leader of Malaysia, the Permatang Pauh MP and PKR de facto leader. As a political leader, he has his followers and supporters.

“The attendance of his followers and supporters and PKR members to support him should not be seen as an attempt to cause chaos,” added Saifuddin.

The Machang MP went on to claim that Umno would cause havoc on January 9, and urged Malaysians to see past Umno’s dirty tactics.

“All the discrepancies and financial abuse by Umno and Barisan Nasional has not been answered by Najib and his Cabinet,” added Saifuddin, referring to PKR’s allegations of abuse against Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her husband in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal.

Source: Malaysian Insider



Nuffnang Ads

Monday, January 02, 2012

Mahukah Anda Percaya Raja Petra Lagi?


Pening seketika dengan karenah seorang manusia yang berdarah kerabat diraja yang nampaknya masih tebal dengan unsur-unsur kemewahan dan tak boleh hidup susah.

Realitinya, berilah berpuluh-puluh wawancara eksklusif oleh media musuh sekali pun, jika sekali anda terpalit dengan kekotoran, maka selamanyalah ia berada di situ.

Nampaknya, tindakan aku untuk mem"block" Raja Petra bulan April tahun lalu di Twitter dek kerana "sumbangannya" terhadap penafian kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kini dirasakan tepat!

Kini kita tinggalkan saja nama Raja Petra Kamaruddin dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat kerana fikrahnya hanylah bersandarkan siapa yang boleh menyara hidupnya sepanjang pelariannya lebih empat tahun lalu.

Komen dan analisis Raja Petra sudah tiada maknanya lagi buat Pakatan Rakyat di sebalik beberapa saranan kununnya tindakannya diwawancara oleh The New Straits Times Press (NSTP) di Singapura hanya semata-mata mahu mengorek rahsia Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya.

Selamat jalan Raja Petra, bon voyage!

DI PETIK DARI BLOG JALAN PULANG

(cerita awal dahulu)
Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri

Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan ‘kotoran’ yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.

Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.

Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.

Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan blogger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.

Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger!
 
 DI PETIK DARI BLOG JALAN PULANG
 
Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut | Print |
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.
(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu.

Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu.

Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.
(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)
"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora.

Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

PKR: Keterdesakan melampau UMNO-BN semakin terserlah

Saifuddin Nasution Ismail | Jan 02, 2012 03:12:14 pm

 
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.

Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.  Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (gambar kanan) tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.  Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai "blogger upahan UMNO" juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini.  Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.  Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat.  Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya.  Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.  Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.

Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.  UMNO dan Barisan Nasional kini umpama "telur di hujung tanduk".  Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.  Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.  Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.  Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.  Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.

Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.

*Kenyataan media Saifuddin Nasution Ismail (gambar atas) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Monday, 02 January 2012 12:14

EXCO PEMUDA UMNO SOKONG POLIS PUKUL MAHASISWA : TUN FAISAL ADALAH ANTARA PUNCA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MAKIN HANCUR.

(Makluman: Di publish di blog ini seperti di email oleh pengirim tanpa sebarang edit di buat)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcM469-TyHWAGn-jw8bV_aSzsYUo9J2HoSQuAQqkY4HbJfd1m1DWipvUQ3ae5X2bnLLcQWxCB7yipVfVwLdHx10HNiPG58Tq7TxIdqZXS_-yie1RjLup8EFg3CLCubU1dLk130XP_GIW8/s400/tun+faisal+ismail+aziz.jpg







Menulis tentang malaon yang bernama Tun Faisal ini sebenarnya membuang masa tetapi kerana permintaan beberapa teman dari dalam dan luar UMNO aku tulis supaya dapat menyampaikan beberapa isu yang tidak difahami oleh seorang Pengerusi Unit Media Baru UMNO yang bernama Tun Faisal.

Aku tidak pernah bertemu dan mengenali malaon ni. Cuma dari cerita yang aku kutip dia tidak ubah macam Pegawai Khas Menteri yang lain - bongkak , angkuh dan bodoh sombong.

Macam cakap kawan aku sorang ;

" cara bercakap angkuh mengalahkan Menteri..."

Siri pertengkarannya dengan ramai 'blogger jalanan' UMNO bukan perkara baru. Semua nya dek kerana Tun Faisal perasan pandai dan lebih tahu psywar kononnya.

Memang bukan mudah untuk mengawal blogger jalanan UMNO kerana sifir mudahnya adalah kerana 'rank Alexa' mereka jauh lebih tinggi dari blogger UMB dan blog Tun Faisal sendiri !

Mana mungkin 'blogger jalanan' UMNO ni nak dengar cakap kau ?

Maka Tun Faisal pun melatah , katanya ;

" aku ni buat kerja politik , bukannya tulis blog 24 jam , ada online ada offline..."

Tapi kawan aku menambah ;

" Kerja politik apa yang dia buat dekat Putrajaya tu...kalau dia tak buat kerja dekat Putrajaya tu pun kita (BN) menang jugak...apa la..."

" UMB ni patut bawak isu besar lawan blogger haram Pakatan ni..."

" Kalau dia anak jantan..bantu la UMNO Wilayah ni...kita teruk dekat KL ni...ada dia pikir ? "

Pertengkaran yang meletus dek sebab PRK yang lepas kerana kelemahan syahwat UMB dibalas dengan penuh keangkuhan oleh Tun Faisal.

Kami di TawanMalaysia.com dan rakan blogger Pakatan Rakyat sejujurnya tak rasa langsung akan kewujudan Unit Media Baru UMNO.

Kami rasa psywar kamu lemah dan tak ubah macam blogger baru nak belajar menulis.

Kawan aku tanya ;

" kau rasa budak-budak PKR dgn PAS ni tahu ke pasal UMB UMNO ni ? "

Aku jawab ;

" Aku sejak dia bergaduh dengan blogger UMNO baru aku tahu kewujudan malaon ni dengan UMB dia...kalau tak memang aku pun tak tahu "


Aku menambah ;

" Aku rasa sebab blogger UMNO ni asyik balun boss dia Dato Hisham , tu yang dia berbulu kot ..."


Kawan aku jawab ;

" Ye lah , biasa la tu , budak blogger UMNO ni kau pun tahu style diorang , patutnya Tun Faisal tu EXCO Pemuda takkan la level of thinking pun nak macam diorang..As a leader dia kena firm tangani budak-budak ni..."

" Ada ke nak dibawaknya ke Lembaga Disiplin ? Apa bodoh la tindakan...Dia ingat dia pandai politik..."

Aku cakap ;

" Kalau dia pandai politik , dia tak kalah dengan Zaki Zahid ..."

kah kah kah

kah kah kah


Melihat kepada kepimpinan Tun Faisal , malaon ini bukan sahaja gagal dalam membawa supaya Unit Media Baru UMNO ini digeruni pihak lawan , tapi turut gagal sebagai EXCO Pemuda UMNO.

Kawan aku menambah ;

" Aku tengok Pemuda sekarang tak boleh harap..satu benda la kan...masa kes yang malam tahun baru budak-budak Anwar kena pukul dekat UPSI tu..."

Aku tanya ;

" Budak-budak Anwar mana ? "

Dia tambah ;

" Ala...student-student tu...yang merusuh depan UPSI tu.."


Aku jawab ;

" Itu bukan budak Anwar , itu gerakan Mahasiswa ..."


Dia jawab balik ;

" Ala ...sama la tu...bukan ke diorang ni pembangkang yang plan ? "

( Aku tak mahu tulis perbezaan pendapat dengan kawan aku )


Kawan aku sambung ..

" Tak kisah la kan, patutnya aku rasa Tun Faisal ni sebagai EXCO Pemuda UMNO buat la sesuatu kepada insiden ni , take a political mile age out of it ..."

" Kau tahu apa malaon ni cakap ? Dia tulis dalam blog dia menyokong tindakan polis yang pukul mahasiswa  ! "

" Tak ke bangang kau rasa ? "


Aku jawab ;

" Itulah pendirian politik yang paling bangang sebagai EXCO Pemuda UMNO , aku rasa kalau dia setakat blogger jalanan ni , dia nak kata budak mahasiswa tu elok kena pukul kena libas aku rasa takpe..tapi dia ni EXCO Pemuda UMNO ....mana boleh keluar statement macam orang tak berpendidikan macam tu.."

Kawan aku tambah ;

" Aku pun bengang jugak dengan budak-budak (Mahasiswa) tu , tapi kena maintain la imej politik bro..takkan aku nak sokong pulak polis pukul Mahasiswa ? That is a political suicide for me , let alone aku nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian oiii..."


Aku jawab ;

" Tun Faisal ni confuse antara peranan dia sebagai Pengerusi Unit Media Baru / Blogger dan jawatan dia sebagai EXCO Pemuda...bacaan politik aku dekat dia...aku rasa next pemilihan dia 'out' .... bila ko start create ramai musuh dari dalam dan especially dengan blogger UMNO ni ...jangka hayat politik tak lama la...."


Aku tanya ;

" Ok...apa cerita baru UMNO ? sudah-sudah la dengan Tun Faisal ni...dia bukan ada nama pun...aku ingat level Ketua Pemuda PAS Putrajaya pun dah boleh lipat dudukkan dia dalam politik ni..."


Kami pun bersembang.....
 
 (Makluman: Di publish di blog ini seperti di email oleh pengirim tanpa sebarang edit di buat)

PKR: Keterdesakan melampau UMNO-BN semakin terserlah

Saifuddin Nasution Ismail | Jan 02, 2012 03:12:14 pm

 
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.

Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.  Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (gambar kanan) tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.  Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai "blogger upahan UMNO" juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini.  Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.  Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat.  Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya.  Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.  Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.

Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.  UMNO dan Barisan Nasional kini umpama "telur di hujung tanduk".  Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.  Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.  Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.  Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.  Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.

Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.

*Kenyataan media Saifuddin Nasution Ismail (gambar atas) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Insiden UPSI: Safwan akan ambil tindakan mahkamah | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.
Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider.
“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.
“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.
“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Sunday, January 1, 2012

VIDEO MAHASISWA SAFWAN ANANG DIPIJAK DAN BERDARAH MULUT : POLIS MENGAKU MEMUKUL MAHASISWA.

Written by MB Warrior

UPSI demo: Cop say scuffles happened in heat of moment

January 01, 2012
KUALA LUMPUR, Jan 1 — A Perak police officer defended today the force’s rough treatment and subsequent arrest of student activists, who refused to disperse in a pre-dawn campus rally, saying scuffles happened in the heat of the moment and were not planned.
Police (left) move in on protesters at the Sultan Idris University of Education (UPSI) campus this morning. — Picture courtesy of Solidariti Mahasiswa Malaysia
The boys in blue have come under fire from opposition parties following complaints from about 60 undergraduate demonstrators who took part in a midnight sit-down protest against the Universities and University Colleges Act (UUCA) at the Sultan Idris University of Education (UPSI) campus in Tanjung Malim, Perak. “During confrontations, scuffles can happen. These are unplanned and during the heat of the moment, things can happen and get out of control,” a policeman told The Malaysian Insider, playing down the allegations of assault that have emerged.
He identified himself as an investigating officer (IO) and only gave his name as Fazli.

sumber : Malaysian Insider

Jamil Khir cakap bohong atau Laporan Ketua Audit Negara yang tak tepat?

Jamil Khir jawab dakwaan seleweng wang zakat-Malaysiakini/Bernama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.
  
Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
  
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
  
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil  Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
  
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
  
Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah-Harakahdaily

Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.
"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Protes henti perkhidmatan bas
Masalah perkhidmatan yang dihentikan di laluan Jalan Kebun bukanlah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri atau ADUN, tetapi di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Di ulangi, kuasa kerajaan pusat!

Ia  tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan agensi kerajaan persekutuan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat atau SPAD. Walaupun demikian ia permasalahan yang di pandang serius oleh Kerajaan Negeri dan sehingga kini sudah dua kali perkara ini di bawa ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari jalan penyelesaian. Pertama mesyuarat dengan pengusaha bas dan kali kdua dengan wakil kerajaan pusat sendiri

Pernah beberapa kali pengusaha bas terlibat memberhentikan perkhidmatannya sebelum ini pada tahum 2009 dan 2010. Hasil usaha keras Ahli Majlis kawasan terlibat, Ketua Kampung dan seorang anak watan Kampung Jalan Kebun bersama Pejabat ADUN serta Pejabat Ahli Parlimen ia dapat ditangguhkan. Syarikat terlibat mendakwa mereka kerugian kerana tidak ramai penduduk menaiki bas bukan sahaja di Kg Jalan Kebun, tetapi juga di Kg Johan Setian 8 kampung lain di seluruh Daerah Klang. Ia bukan hanya dihentikan di Jalan Kebun sahaja.

Penduduk yang di dakwa terkesan dengan pemberhentian bas ini bukanlah 1000 orang seperti di dakwa oleh Ketua UMNO Cawangan Buang Basir. Difahamkan oleh penduduk kebanyakan yang menggunakan bas ini adalah warga asing terutama yang tinggal di sepanjang Jalan Bukit Kemuning. Hanya sebahagian kecil penduduk menggunakan perkhidmatan ini.

Disarankan kepada UMNO Jalan Kebun agar membuat demo bantahan di hadapan pejabat SPAD dan Pejabat Perdana Menteri kerana disitulah sepatutnya demo diadakan. Bukan di hadapan pejabat SUK kerana ia tidak membantu. Bantahan perlu diadakan di hadapan pejabat Noh Omar juga kerana bukankah Noh Menteri dari UMNO di Kerajaan Persekutuan yang amat berkuasa membantu keluhan orang UMNO..? Tambahan lagi bukankah Noh mempunyai 'kuasa veto' dalam UMNO Selangor..? Khir Toyo pun berjaya dikuburkannya! Simpati sungguh kami pada Khir..

Noh mendakwa sebanyak RM2.71 billion disalurkan ke Selangor, termasuk membina perhentian bas yang ada di Jalan Kebun. Kenapa ada perhentian bas, tetapi tiada bas yang lalu?. Jika ada pihak yang harus disalahkan, jari harus ditunjukkan kemuka Noh, PM Najib dan kerajaan persekutuan sendiri. Najib yang berjanji untuk membantu syarikat bas terlibat dengan menyediakan dana RM400juta ringgit, bukan ADUN mahupun kerajaan Negeri. Fakta ini harus di fahami oleh Shaari Basri dan Buang Basir. Umat disarankan belajar hingga ke liang lahat, jadi belajarlah.

Jika Buang dan rakan rakan UMNO mahu mengadakan demo atau bantahan, kami sedia turut bersama mereka. Beritahu sahaja masa dan ketikanya supaya kita sama sama demo depan pejabat Noh atau Najib. Atau di hadapan pejabat SPAD. Soalannya, beranikah Buang Basir ke sana? Ada baiknya pakai pampers sebelum kesana saudara Buang. Bimbang 'terkucil' bertemu orang no 1 UMNO.

Tempoh 7 hari sewajarnya di berikan pada Noh, PM Najib dan SPAD. Jangan memalukan orang kampung dengan tuduhan palsu dan jahat sdr Buang. Malu anak kariah dengan sikap tidak cerdik saudara... Walaupun usaha saudara Buang dan rakan rakan cuba memalukan kerajaan negeri dan ADUN, akhirnya malu itu jatuh ke mukanya sendiri. Bidang kuasa Pusat dan Negeri pun tidak faham, macamana nak demo depan pejabat PM? Buat malu orang kampung Buang ni... elok di buang sahaja dari kampung!

Bantahan yang diadakan semalam sememangnya bertujuan untuk memberi gambaran negatif terhadap ADUN dan Kerajaan Negeri namun perbuatan semua mereka ini dimaafkan kerana tindakan mereka akibat tidak mempunyai pengetahuan mendalam perbezaan kuasa negeri dan pusat. Apakah kita harus marah pada mereka yang jahil? Memaafkan orang yang berbuat salah adalah tindakan mulia. Kepada Buang dan rakan rakan, belajar bagi faham dahulu bidang kuasa, barulah demo... Nak belajar demo ajaklah orang KEADILAN, kami biasa di jalanraya bukan seperti orang UMNO, 'mmohh saja kuat ekor tercalit najis lembu"

kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami - Harap maklum. 

Oleh : SUBKHI SUDARJI
Tarikh : January 1, 2012
perhentian-bas
KLANG - Tempoh seminggu diberikan terhadap Kerajaan Negeri khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan bas henti yang ditutup operasi hingga menyusahkan penduduk.

Sekiranya isu itu masih gagal ditangani, penyerahan memorandum dan satu bantahan aman melibatkan penduduk Jalan Kebun serta kawasan sekitarnya akan diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Wakil penduduk, Buang Abdul Basir, 57, berkata, permasalahan itu sudah berlarutan hampir sebulan hingga memberi kesan kepada kira-kira 1,000 penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

“Hingga kini tiada respons positif atau keprihatinan Kera­jaan Negeri serta Penge­rusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sepatutnya peka dan mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

“Bayangkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos tinggi iaitu kira-kira RM35 untuk perkhidmatan kereta sewa dari Klang ke Jalan Kebun berbanding bayaran bas hanya RM3,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini penduduk boleh lagi bertahan memandangkan cuti persekolahan masih belum bermula.

“Mereka perlulah prihatin dengan permasalahan ini dan bukannya hanya sekadar pandai bercakap kerana yang menjadi mangsa kini adalah penduduk.

“Kita tidak mahu kejadian buruk berlaku disebabkan isu ini gagal ditangani.

“Kita harap perhimpunan aman ini akan membuka mata pihak bertanggungjawab untuk segera mengatasi masalah ini demi kebaikan bersama,” katanya selepas mengadakan perhimpunan aman terhadap perkhidmatan bas yang dihentikan di Simpang Empat, Lorong Abdullah Jalan Kebun Klang, semalam.

Sementara itu, Shaari Basri, 53, yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya berkata, tempoh seminggu diberikan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Penduduk sepakat untuk memberi masa dan ruang kepada pihak bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

“Usaha ini akan kita lakukan berterusan sehingga jalan penyelesaian yang memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk setempat dicapai,” katanya.

Program Jelajah Dato’ Seri  Anwar Ibrahim Menjelang 9 Januari 2012. 

“BEBASKAN ANWAR IBRAHIM”
a)          Selasa 3 Januari 2012 – Johor

 9.00 mlm – Ledang –  Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang
11.00 mlm – Muar – Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad,  Muar

b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka

 9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9
11.00 mlm – Bukit Katil – Melaka

c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor
10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang

d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya

9.00 mlm –  Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ
11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu

7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang
3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan
9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas
11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang

f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan

7.00 ptg – Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut
9.00 mlm – Kampong Baru – Padang Kelab Sultan Sulaiman
11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan.

g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM

8.00 pagi – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta

KENYATAAN AKHBAR 29 DISEMBER 2011
 
ISU BANJIR KAMPUNG BATU 5, JALAN BUKIT KEMUNING, SHAH ALAM
 
Saya merujuk kepada artikel Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, laporan TV3 dan RTM bertarikh 25 Disember 2011 berjudul "Mana Wakil Rakyat?" dan artikel daripada sumber yang sama bertarikh 27 Disember 2011 berjudul "Banjir: Kerajaan Selangor didesak tunai janji". Kes ini memaparkan rungutan awam berkenaan masalah pengairan yang tidak berupaya menyalurkan air hujan dengan efektif hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.
 
Pertamanya, perlu ditegaskan disini bahawa lokasi terlibat BUKAN di dalam kawasan DUN Sri Muda, lalu saya tidak memahami apakah sebenarnya niat para demonstran dan khususnya individu-individu subversif yang seakan-akan menangguk di air keruh menulis nama saya di kad pemidang semasa berdemo dan bertanyakan kemana ADUN? Patutlah para demostran cari tak jumpa, saya tidak pernah berkempen disitu. Ia bukan di kawasan saya! Namun begitu, perkara tersebut telah diambil perhatian dan tindakan selanjutnya akan dibuat dengan seberapa segera oleh agensi berkaitan. Di ulangi, walaupun ia bukan di kawasan saya, saya sudah memanjangkan aduan berkenaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kerja Raya Selangor untuk di beri perhatian segera. 
Saya juga ingin tampil menyatakan bahawa pentadbiran negeri Selangor akan lebih maju dan efektif sekiranya dana pembangunan tidak disekat oleh Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO dan BN.
Sejumlah RM2.71 billion wang pada rakyat Selangor telah dirampas daripada pentadbiran YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Selangor dan disalurkan pula kepada badan-badan kerajaan persekutuan yang tidak diberi mandat untuk memerintah negeri naungan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sekiranya wang tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri, maka rakyat Selangor akan menikmati lebih banyak manfaat, lebih banyak pembaikan dalam masa yang lebih cepat dan lebih banyak prasarana untuk kemudahan mahupun keselesaan rakyat keseluruhannya.
 
Masalah banjir, khususnya banjir kilat dan lebih-lebih lagi dengan sistem pengairan dan saliran lapuk yang diwarisi daripada kerajaan UMNO dan BN, sememangnya diduga, malah hakikat ini terbukti apabila melihat
kegagalan UMNO dan BN dalam perlaksanaan projek terowong SMART yang mencecah belanja RM1.887 bilion namun gagal mengawal banjir di Kuala Lumpur.
 
Mengapa pula B.Kalai Vanar mahupun UMNO Kota Raja tidak mengkritik terowong tersebut? Kenapa UMNO di Johor, Pahang dan Sabah tidak mengkritik kerajaan negeri mereka yang dilanda banjir sekarang? Apakah banjir disana jauh lebih 'indah' dari di Batu 5? Yang nyata dan lebih jelas membazir wang rakyat disamping menjadi 'satu lagi projek UMNO dan BN' yang gagal adalah terowong SMART!
 
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor senantiasa dirakyatkan dan terbukti dengan perlaksanaan program Geran RM300 juta SelangorKu demi kebaikan rakyat disamping mendahului kerajaan UMNO dan BN yang lebih berminat membeli rumah agam dan kondo bernilai jutaan ringgit.
 
Saya ingin memberi amaran keras kepada sesiapa yang memalit nama saya dengan tohmahan yang tidak berasas, lebih-lebih lagi di kawasan yang jelas bukan dibawah kawasan saya, agar berhenti daripada membuat fitnah dan menghasut demi kepentingan diri. Peguam saya meneliti setiap laporan media dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika nama saya terus dikaitkan secara salah. Kepada Utusan Malaysia, TV3 dan RTM, sudah sudahlah menjadi 'lebih sudu dari kuah'. Rakyat terbanyak lebih mengenali siapa "pembelit fikiran rakyat" yang sebenarnya. Kepada B.Kalai Vanar, hentikan menjadi 'hero filem hindustan' seperti ketam yang mengajarkan anaknya berjalan. Berapa upah untuk kamu lakukan tugasan kali ini?
 
 
Shuhaimi Haji Shafiei
ADUN Sri Muda

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.