Friday, January 6, 2012

Noh told to stop UMNO's sabotage of municipal services   


Selangor UMNO's deputy liaison chief Noh Omar (pic) has been told to stop any plans by the party to disrupt municipal councils' garbage collection in the state following the state government's move to take over waste disposal services from private company Alam Flora.

Saying Noh and Selangor UMNO could be involved, Selangor PAS information chief said the acts to disrupt garbage collection schedules as reported in many residential neighbourhoods were done to protest the replacement of Alam Flora with companies awarded the contract through open tender.

"The issue is deliberately raised when Alam Flora’s contract was terminated by the state government,” Saari Sungib told a joint press conference with his counterparts from DAP and PKR, Jenice Lee and Shuhaimi Shafiei.

UMNO-owned media had earlier reported delays in garbage collection, saying this was due to the state's decision to terminate Alam Flora.
Earlier, Harakahdaily reported that Hebat Abadi, a subsidiary of state-owned Kumpulan Darul Ehsan Berhad tasked with rubbish collection in Shah Alam, had lodged three police reports claiming its workers were threatened by several men.

Toll-free hotline

Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim meanwhile said that his administration had evidences to prove that the sabotage was a well-coordinated effort by certain parties.
"A scenario, for instance, when the local authorities come and clear an area of rubbish; within a few hours these parties would unload rubbish enough to fill a lorry.

"The state government has found out that this irresponsible act is taking place in housing areas under the jurisdiction of four main local authorities in Selangor - Shah Alam and Petaling Jaya city councils and the Klang and Subang Jaya municipal councils," he told reporters in Shah Alam yesterday.

Khalid said the state was mulling the setting up of a toll-free hotline through local authorities to facilitate complaints about municipal services.

"The complaints will be immediately directed to the local councils for further action and it must be acted upon within 48 hours from the time it is received," he added.

-Harakahdaily

Amalina dan isunya apa?

Apabila masyarakat Malaysia bercakap isu Nur Amalina Che Bakri dan tudungnya, adakah disebabkan peduli atau menyibuk urusan peribadi orang lain? Sementara apabila masyarakat Malaysia membisu mengenai pelbagai ketempangan dalam negara, adakah ia disebabkan terlalu sibuk atau tidak prihatin? 

Saya memulakan komentar terhadap isu ini dengan lontaran persoalan ini memandangkan terlalu ramai masyarakat Malaysia yang mengambil bahagian dalam isu tersebut, sambil sebahagian yang lain buat tidak endah dalam isu rasuah, kezaliman dan lain-lain. Isu tudung adalah dosa peribadi, adapun isu penindasan dan kezaliman adalah dosa yang melibatkan kepentingan banyak pihak yang lain. 

Amalina mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menuruti atau melanggar arahan bertudung, dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menasihati beliau supaya menjadi seorang Muslimah yang praktis, sementara selebihnya terserah kepada kedua ibu bapanya dan Allah swt. 

Hal ini sejajar dengan antara asas utama yang menjadi pegangan kita iaitu "Agama itu nasihat" sebagaimana terdapat dalam surah al-'Asr dan hadis nabi saw. Adapun isu rasuah, penyelewengan wang zakat, kezaliman dan lain-lain, melibatkan hak manusia lain, justeru semua kita wajar menentang dan mencegahnya semampu kudrat yang ada. Ia merupakan dosa yang memberi kesan sosial dan melanggar hak manusia yang lain. 

Justeru konsep nasihat dan mencegah kemungkaran seperti ini berbeza dengan konsep nasihat dalam bab dosa peribadi, kemungkaran sebegini wajar ditentang dan disebar supaya masyarakat awam mengetahui, kerana isu tersebut melibatkan hak mereka juga. 

Saya melihat, di sinilah kekurangan kita dalam memahami falsafah dosa pahala. Tidak sewajarnya kita menjaja kisah peribadi manusia lain selagimana dosa tersebut hanya berkait dengan dirinya sahaja. 

Kita wajar menasihati, bukannya mencerca dan memaki tanpa henti. Sementara dalam masa yang sama, segelintir manusia lain buat tidak reti dan peduli dalam isu hak dan kepentingan mereka sendiri sendiri seperti pencabulan demokrasi, kezaliman, rasuah, kronisme dan sebagainya. Aneh. 

Berbalik kepada isu Amalina, ada beberapa isu yang wajarnya kita perhatikan iaitu perkaitan antara mahasiswa dan budaya ilmu, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara dalam memberi jaya, kepentingan peranan institusi keluarga (termasuk kursus perkahwinan yang lebih mementingkan lawak lucah berbanding bab tanggungjawab berkeluarga), apa yang ditumpukan dalam kursus-kursus perguruan (adakah nilaian A semata-mata?) dan seumpamanya, bukannya menyebarkan kesilapan Amalina dan disertai pelbagai cemuhan. Kepada yang mencela, jangan lupa anda ada anak atau setidak-tidaknya bakal mempunyai anak yang akan hidup dalam dunia yang sangat berbeza. 

Jangan terlalu bermudah-mudah berasa puas hati dengan amalan kita, lantas lupa melihat segala kelemahan diri kita. Seorang tidak bertudung yang berasa malu kepada Tuhan atas dosanya lebih baik daripada seorang yang "soleh" namun takabbur dan memandang hina kesalahan orang lain. Selain itu, apabila membincangkan soal dosa tidak bertudung, kita sentiasa lupa bahawa pertimbangan dosa pahala dalam Islam sangat penting. 

Contohnya dosa tidak bertudung dan dosa seorang pelajar yang membazir dan menyalahgunakan wang biasiswa dan zakat tidak sama, dosa tidak bertudung melibatkan dirinya dan Tuhannya sementara dosa berkaitan wang biasiswa dan zakat berkaitan dengan amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dan zakat. (Perkara harus masih lagi dibenarkan, termasuk membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Bukan bererti hanya membeli kitab dan membayar yuran sahaja. 

Contoh salah guna dan pembaziran ialah membeli rokok dan untuk tujuan maksiat yang lain. Adapun dalam bab harus, sebaiknya sentiasa dimuhasabah supaya perbuatan harus itu menjadi ibadah. Wallahua'lam.) Kita sentiasa terlebih sentimen dan emosional dalam menilai keburukan dan kelemahan orang lain, namun sebaliknya kita sentiasa bersangka baik dan memujuk diri sendiri apabila menilai keburukan dan kelemahan kita. 

Sesungguhnya kejujuran kita dalam menasihati dan menegur kesalahan seseorang terbukti menerusi kesungguhan kita mentaati perintah agama. Selain kita diamanahkan untuk emnjadi umat yang saling menasihati dalam persoalan dosa peribadi, kita juga dipinta supaya menentang segala dosa yang memberi kesan kepada sosial dan negara. 

Akhirnya, marilah kita merenungi dan menginsafi sebuah hadis nabi saw: “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari). 

Sesungguhnya tugas kita bukanlah untuk menghukum dan memberi pelbagai label kepada manusia, biarlah Allah yang menilainya. Kepada yang berbuat demikian, sudahkah anda membelah dada dan melihat hatinya? 

Wallahua'lam 




- http://www.marwanbukhari.com/

Thursday, January 5, 2012

Lagi Kesalahan BN : 20 Tahun Membanting Tulang Orang Lain Raih Untung

Oleh Sheridan Mahavera

KLANG 5 JANUARI : Usaha gigih sekumpulan penduduk kampung di sini tidak ke mana apabila tanah yang mereka teroka dan bercucuk tanam selama 20 tahun akhirnya dipercayai diseleweng dan diberi kepada orang lain semasa pentadbiran Barisan Nasional(BN) Selangor yang lalu.

Tanah seluas 157 ekar berhampiran Batu Tujuh, Jalan Kebun itu diusahakan 63 orang penduduk Kampung Jalan Kebun sejak tahun 1984.

Akan tetapi geran milik tanah tersebut diberikan kepada individu-individu yang tidak kenali pada tahun 2002. Ini berlaku walaupun penduduk kampung telah memohon hak milik tanah itu 18 tahun dulu.

Wakil kumpulan peneroka itu, Abdul Aziz Rashid mendakwa lesen hak milik sementara (TOL) telah diberikan kepada individu yang bukan penduduk kampung malahan bukan orang yang mengusahakan tanah itu.

Tindakan tersebut menunjukkan bagaimana pemimpin BN dengan sewenang-wenangnya mengurniakan tanah percuma kepada kroni-kroni mereka, dakwanya.

Ketika ditemui seorang dari peneroka tanah itu, Haripin Tauhid, 49, menceritakan latarbelakang kawasan tersebut.

“Tanah ini dulu hutan terbakar dan belukar. Kita pun tidak ada akitiviti dan kawasan ini tak maju, jalan ini pun jalan mati. Sambil mengisi masa lapang, kita bercucuk tanam dan kalau boleh, masa itu kita nak mohon supaya tanah ini diberikan hak milik pada kita,” ceritanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka, Manaf Pamar memberitahu mereka meneroka tanah ini di awal tahun 1980an sehingga tahun 2000.

“Asal usul tanah ini memang hutan terbakar jadi ramai-ramai penduduk mengerjakannya. Seorang satu ekar. Tetapi akhirnya musnah, tak apa benda yang kita dapat,” kata Manaf yang berharap dapat memperjuangkan kawasan yang diteroka dahulu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pada tahun 1984, bekas Adun mereka Datuk T M Thurai berjanji kepada peneroka untuk memohon dan mendapatkan milik tanah itu.

Apabila usaha itu menemui jalan buntu, penduduk kemudianya berjumpa dengan bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Salamon Selamat pada 1995 untuk meminta pertolongan tetapi tiada kata putus.

Akhirnya, peneroka mengambil keputusan berjumpa dengan bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada tahun 2000.

“Saya pergi ke rumah Khir Toyo dan tunggu hampir tiga jam dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan Khir Toyo di rumah beliau dan saya memberi surat yang sama.

“Dia berjanji dan beritahu pada saya dan rakan-rakan lain, Aziz sekiranya tanah ini tidak dimiliki mungkin akan diluluskan kepada peneroka. Tetapi kalau ada pihak pihak lain mendakwa dia mempunyai milik dia tidak akan meluluskan kepada individu.

“Kalau ada permohonan dia akan ambil tanah tersebut untuk dimajukan untuk buat perumahan.
“Bermakna seorang akan mendapat rumah pada harga yang berpatutan,” Abdul Aziz berkata.
Tetapi, permohonan mereka senyap dengan begitu sahaja hingga dua tahun kemudian apabila Abdul Aziz didatangi seorang individu yang bukan daripada kampung itu dan bukan seorang peneroka.

“Saya terkejut. Macam mana orang yang tidak meneroka tanah yang tidak tahu lokasi tanah boleh dapat geran tanah dengan pelan.

“Di sini saya nampak ada satu penyelewengan dan pemberian hak milik tanah. Itu saya nak kata. Di mana kejujuran kepimpinan dahulu, kepimpinan barisan nasional khususnya yang sepatutnya membela nasib rakyat,”  Abdul Aziz berkata.

Menurut Abdul Aziz, pada masa sekarang sebahagian daripada tanah tersebut telah di wartakan sebagai tanah pertanian revolusi hijau bagi kawasan Johan Setia.

Difahamkan pemegang TOL yang bukan dari kumpulan peneroka tersebut telah menjual lesen mereka kepada pihak lain.

Abdul Aziz berharap pentadbiran Pakatan Rakyat dapat mengambil perhatian terhadap masalah mereka. Beliau berkata kumpulan peneroka itu sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

KENYATAAN MEDIA BIRO PENERANGAN, PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

BIRO PENERANGAN, PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

5 JANUARI 2012

KEADILAN Selangor sangat mengalu-alukan kenyataan positif yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein yang sedia mempertimbangkan untuk membenarkan perhimpunan aman pada 9 Januari di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara dalam kenyataannya juga membayangkan kesediaan untuk berbincang dengan pihak penganjur. Kenyataan oleh kedua mereka yang berkuasa ini, di lihat sebagai satu cara bagi membolehkan kelancaran perhimpunan yang hanya bertujuan menyatakan sokongan moral secara aman kepada Dato Sri Anwar Ibrahim.

KEADILAN Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Ditegaskan, perhimpunan rakyat pada 9 Januari di ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.

Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam. Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang.

Perhimpunan 901 ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh dunia yang telah banyak berjasa dalam melaksanakan reformasi atas rasa denyut nadi kesusahan rakyat terbanyak.

Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat. Harus di sedari, semestinya sokongan padu rakyat yang menyokongnya pada 9 Januari bukan satu perkara yang wajar dihalang secara paksaan.

KEADILAN Selangor berasakan sebagai sebuah negara yang rakyatnya menghormati demokrasi berparlimen, sewajarnnya anggota parti turun dan menyatakan sokongan moral kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang jelas di fitnah secara berterusan selama hampir 15 tahun.

Deklarasi Permatang Pauh pada 12 September 1998 menyatakan; Gerakan Reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan' mestilah terus dipertahan dan diperjuangkan.

Kesediaan mendengar oleh Ketua Polis Negara dan nada lembut Menteri Dalam Negeri sudah lama di tunggu tunggu oleh rakyat Malaysia.

Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan.

Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI
KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR /
ADUN SRI MUDA
 

PKR Selangor Sasar 20,000 Ahli Sertai 901
Oleh TVSelangor
05/01/2012
164 View
Share


SHAH ALAM 5 JAN: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini.

"PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.
"Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam.

"Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang." jelas beliau yang juga Adun Sri Muda.
Ujar beliau,Perhimpunan 901 merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang berhubung perhimpunan 9 Januari ini.

"Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan.

"Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat." tegas beliau lagi.

Wednesday, January 4, 2012

PKR to go ahead with 'Free Anwar 901' campaign

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) will go ahead with its "Free Anwar 901" campaign although no application for a police permit has been made by the organisers.

"We definitely don't intend to apply for a permit to hold the campaign rally as we know a permit will not be issued (by police) as had happened before," said Selangor PKR information chief, Shuhaimi Shafie.

The gathering planned for this Jan 9 is said to be aimed at seeking justice for Datuk Seri Anwar Ibrahim when the Kuala Lumpur High Court gives its verdict on the sodomy case involving the opposition leader on that day.
Asked on the 336 police reports lodged by various groups from throughout the country up to yesterday against the campaign, Shuhaimi said PKR would not bow to such pressure.

He said besides the Kuala Lumpur High Court, the campaign would also be carried out at other locations in the federal capital, but these had not been determined yet. -

Bernama

Anwar : Keputusan 9 Jan Tidak Jejas Peluang Jadi PM

Wednesday, 04 January 2012
Oleh : Mohd Hafiizh Mokhtar

PETALING JAYA, 04 JANUARI : Soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari bertanding tidak timbul kerana muafakat yang kukuh di antara parti komponen.

Sebaliknya, Anwar berkata, jika PR dan rakyat tetap mahunya sebagai Perdana Menteri, soal kelayakannya bertanding tidak relevan kerana dia masih boleh dijadikan Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan bahawa jika berlaku senario di mana PR menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum ke-13, seorang pemimpin dari PR boleh menjadi Perdana Menteri sementara dan mengembalikan kelayakan bertanding kepada beliau.

Beliau berkata ini berlaku di dalam kes negara Turki, di mana Perdana Menteri sekarang, Recep Tayyib Erdogan, dihalang daripada bertanding semasa partinya AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) memenangi pilihanraya umum pada 2002.
“Siapa yang pegang sementara itu bukan perkara pokok. Sepertimana beberapa pemimpin PR kata kalau kita pilih Anwar dalam atau luar penjara bukan soalnya. Rakyat sokong maka dengan izin Allah ia akan berlaku.”

Beliau berkata demikian di dalam temubual Fokus Berita terbitan TVSelangor.

Anwar tidak akan layak bertanding pilihanraya sekiranya mahkamah menjatuhi hukuman di dalam kes liwatnya pada 9 Januari .

Seorang hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya selama satu penggal sekiranya dia dihukum tidak kurang dari setahun penjara atau denda dua ribu ringgit.

Tambah Anwar, soal siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bukan perkara perlu dirunsingkan kerana Pakatan Rakyat membawa dasar bersama yang jelas.

“Hubungan saya dengan Tuan Guru Hadi dan Tok Guru Nik Aziz terlalu baik. Kami saling mempercayai, saling memohon nasihat dan pendapat.

“Saya tidak fikir ada masalah. Kalau ada muafakat esok siapa yang harus jadi pemimpin sementara dari PKR atau PAS, DAP tidak menawarkan mana-mana calon, saya tidak fikir itu satu masalah.”
PR dijangka menurunkan lebih ramai muka muda dan profesional kali ini berbanding pilihanraya umum lalu.
Bahkan sudah ada tokoh individu menawarkan diri dan badan-badan bukan kerajaan turut menyarankan calon tersendiri untuk membantu Pakatan Rakyat.
“Kes yang saya hadapi ini sudah hampir tiga tahun. Sejak saya didakwa kita sudah jangka muslihat untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Maka oleh yang demikian kita memulakan beberapa langkah dan persiapan menjangkakan (muslihat) ini dan Alhamdulillah kita sudah hampir selesai.
Anwar yakin pemenjaraan beliau di tangan pemerintah Barisan Nasional tidak akan mengugat kerjasama PAS-DAP.
“Apakah ia akan jadi longgar andai Anwar dipenjara? Saya tidak percaya kerana hal ini (pilihanraya, dasar bersama) telah ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti.”

Anwar berkata, harapan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya cerah kerana mereka telah membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Tambahnya rundingan tentang strategi pilihanraya dan pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR sudah hampir selesai.

Bahkan Pakatan Rakyat kini lebih bersedia untuk mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional walau tanpa beliau selaku tonggak dalam PRU-13 nanti.

Jentera ini dikendalikan pemimpin ketiga parti oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Urusetia dikendalikan oleh wakil ketiga-tiga parti. Walau ada sedikit gambaran seolah-olah saya memainkan peranan yang besar, sebenarnya ia adalah rangkaian pemimpin bekerja sebagai satu pasukan.

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah | Print |
Muhammad Faizal   
SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangkan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.

Umno Dalang Sabotaj Kutipan Sampah di Selangor?

Wednesday, 04 January 2012

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 4 JANUARI

Tindakan segelintir kontraktor yang menamatkan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor bagi menyusahkan hidup penduduk dan memberi imej buruk kepada kerajaan negeri disyaki didalangi oleh Umno Selangor.

Menurut Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie tuduhan Menteri Pertanian, Perikanan dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan negeri tidak cekap mengurus kutipan sampah dibuat sebaik sahaja segelintir kontraktor memberhentikan kutipan secara mengejut.

Kontraktor tersebut bertindak memberhentikan perkhimatan dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir kontrak mereka mengakibatkan longgokan sampah di kediaman.

“Terdapat kontraktor yang memberhentikan perkhidmatan kutipan sampah, terutama sampah domestik di beberapa kawasan terpilih.

“Kemudian diadakan aduan sepertimana yang tersiar dalam media beberapa hari yang lepas,” jelas Shuhaimi.

Tambah Shuhaimi, Umno Selangor mengarahkan sebilangan kontraktor yang rapat dengan mereka supaya tidak mengutip sampah di kawasan kediaman. Kemudian, aduan diadakan oleh penduduk untuk menampakan kerajaan negeri tidak memberi perkhidmatan kutipan sampah yang baik.

Bagi Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, tindakan sabotaj ini menunjukkan Umno terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencalar imej kerajaan negeri.

“Mereka sengaja tidak membuang sampah pada hari kutipan sampah dan kemudian membuat aduan kononnya sampah tidak dikutip.

“Dan ini adalah tindakan tidak waras memandangkan memberi kesan menyusahkan diri sendiri,” beritahu Saari kepada wartawan.

Tindakan kerajaan Negeri yang menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dilihat satu keputusan berani dan bijak demi menjimatkan wang negeri sebanyak RM20 juta setahun di samping dapat memberi lebih peruntukan kepada PBT untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

“Terma terbaru, kontraktor harus memperbaharui kontrak pembersihan sampah setiap tahun. Maka, jika kerja mereka tidak memuaskan rakyat berhak membuat aduan dan mereka menghadapi kemungkinan kontrak mereka di tamatkan,” terang Jenice Lee pula berkenaan syarat terbaru dikenakan kerajaan negeri.

Selangorkini

Tuesday, January 3, 2012

MBSA Tubuh Unit Khas Pantau Kontraktor Sampah

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 3 JANUARI : Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal diurus dengan baik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menubuhkan Unit Pengurusan Sisa Pepejal di bawah Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk memantau 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik.
Perkara itu disahkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media di Wisma MBSA, di sini dengan menjelaskan kesemua kontraktor yang dilantik itu akan melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di seluruh kawasan MBSA bermula 1 Januari sehingga 29 Februari depan.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh pihak MBSA kepada kontraktor setelah menerima arahan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 29 Oktober lepas.
“Pada 31 Disember, kita (MBSA) telah memanggil semula 71 kontraktor yang berkhidmat di kawasan MBSA dan 60 kontraktor hadir. Kita telah maklumkan kepada mereka tentang keputusan kerajaan negeri untuk menyambung kontrak mereka selama dua bulan lagi dan menjelaskan perkhidmatan kontrak akan dipanjangkan kepada 3+2 tahun lagi jika layak,” jelasnya.
Mohd Jaafar berkata, 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik itu terdiri daripada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kontraktor sedia ada (26) manakala selebihnya adalah kontraktor tambahan.
Beliau berkata, pihak MBSA berharap masalah kutipan sampah ini akan dapat diselesaikan dan di atasi segera selain turut menyeru orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk membuat laporan sekiranya berlaku masalah kutipan sampah di kawasan mereka.
“Saya tidak nafikan yang MBSA masih lagi menerima laporan daripada penduduk, misalnya di kawasan pasar malam di Seksyen 2 dan 28 di mana sampah tidak disapu dan anjing berkeliaran. Kita akui dan terima perkara ini kerana ia adalah melibatkan pembersihan awam. Kita ada beberapa unit yang dilantik untuk memantau perkara ini,” jelasnya.
Tambahnya, sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kutipan sisa pepejal, penduduk boleh menghubungi Unit Sisa Pepejal, Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 371 atau 570.
Pihak MBSA juga menyediakan talian 24 jam kepada orang awam yang ingin membuat aduan dan melaporkan masalah setempat seperti banjir, tanah runtuh dan pembuangan sampah haram dan sebagainya dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana MBSA di talian terus 03-55105811.
Dalam sidang media sama, Mohd Jaafar turut menjelaskan pihak MBSA turut berhadapan dengan masalah dan rintangan semasa melakukan kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan Seksyen 2, Seksyen 7 dan Seksyen 17.
Bagaimanapun, jelasnya tiga laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini.

Noh Omar Dicabar Tidak ‘Lidah Bercabang’ Cabar Selcat

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM,3 JANUARI : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar tidak bersikap ‘lidah bercabang’ dalam mempersoalkan kedudukan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.
Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak mengikut perlembagaan.
“Saya minta Noh Omar menyatakan pendirian sebenarnya, jika Selcat itu sah, maka mengapa Umno mencabar kedudukan Selcat di mahkamah, kalau dia cabar Selcat daripada segi kedudukan undang-undang, maka mengapa Noh Omar amat mengharapkan Selcat melaksanakan siasatan, apa pendiriannya yang sebenarnya pimpinan Umno ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Noh Omar mencabar Chang Kim untuk memperjelaskan situasi sebenar perjalanan kes KSSB dalam jawatankuasa tersebut yang turut menuduh Chang Kim mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyelesaikan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).
“Berhubung siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), semasa kes itu ditangguhkan pada masa itu dalam proses pendengaran telah pun dimaklumkan yang mana pendapat Selcat pada masa itu tidak ada bukti-bukti rasuah .
“Dan sebenarnya, saksi-saksi yang perlu hadir dalam kes ini telahpun menarik diri, justeru sebenarnya kes-kes seperti ini bergantung kepada kerjasama pegawai kerajaan dan orang ramai , kalau mereka tidak memberikan keterangan maka tidaklah dapat Selcat membuat sebarang rumusan,” jelas Chang Kim.
Menurut Chang Kim lagi, Selcat yang hanya dianggotai seramai tujuh anggota mempunyai bidang tugas dan kuasa yang terhad berbanding agensi PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membuat serbuan dan tangkapan dalam siasatan sesuatu kes.
“Selcat hanya boleh menyaman orang agar datang kepada kita, namun jika kita mengkehendaki seseorang itu hadir tetapi beliau sendiri tidak mahu hadir memberikan sebarang keterangan, maka Selcat pun tidak mempunyai apa-apa kuasa lain.
“Orang Umno yang disaman untuk hadir sendiripun tidak datang, seperti kes Khir Toyo dan isterinya yang tidak mahu hadir . Jadi dalam keadaan orang Umno sendiri yang tidak mahu memberikan kerjasama, maka bagaimana mahukan rumusan yang sempurna daripada Selcat,” katanya.
Justeru, Chang Kim mencabar Noh Omar agar membawa kes KSSB kepada SPRM jika yakin mempunyai asas dan bukti rasuah kerana SPRM mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Selcat.
“Seperti kes Khir Toyo dalam isu Balkis yang mana Selcat sudah mengeluarkan keputusan, pihak kerajaan persekutuan tidak membuat apa-apa tindakan.
“Jadi Noh Omar kena fahamlah yang mana dia pun peguam dan menteri yang lama di Parlimen, jadi dia perlu tahu bidang kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan bidang kuasa Parlimen,” katanya.

Jom Gerakkan 100,000 rakyat berhimpun Secara Aman Damai Pada 9 Jan 2012

Oleh Afix Redzuan

PETALING JAYA, 3 JANUARI : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes fitnah liwat II.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, muslihat Umno-Barisan Nasional yang merekasaya tohmahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar.

“Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat.

“Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti.
“Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”, katanya.


Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini.

Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama.

“Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman dengan jaminan atau tanpa jaminan kerana gerakan ini bukan bermusim.

“Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. Diharapkan beliau akan diberikan keadilan.
“Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut, kita akan ke Pulau Pinang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Januari jam 8 malam di tapak ekspo.

“Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut.
“Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan menggerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini.

“Saranan saya, jangan seorang pun membawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya menyeru ahli PAS untuk turun pada 9 Januari,” katanya.

Pakatan gerakkan 100 ribu rakyat berhimpun 9 Januari

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 3 Jan: Pakatan Rakyat akan menggembeling kekuatan 100 ribu rakyat untuk berhimpun secara aman menyatakan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk  Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu tarikh keputusan perbicaraan Fitnah II diketahui.

“KEADILAN dengan kerjasama DAP dan PAS akan gerakkan 100 ribu rakyat Malaysia untuk turun berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN.
Turut sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang hadir menyatakan sokongan bagi pihak Pas.

Bercakap lanjut, Azmin berkata keputusan perbicaraan Fitnah II tidak akan menggugat iltizam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ketujuh walaupun Umno BN gigih menggunakan kes Fitnah II untuk menggagalkan usaha itu.
“Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

“Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

“Pakatan Rakyat sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Azmin.

Menurutnya lagi, jika Anwar dibebaskan, rakyat yang turun berhimpun pada hari itu akan bersama-sama meraikan ‘kemenangan’ tersebut.

Pada hari sama keputusan Fitnah II diketahui juga, Anwar akan ke Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah, kata Azmin.

“Selepas keputusan mahkamah Anwar Ibrahim akan ke Pulau Pinang – samada untuk merayakan kebebasan atau meneruskan perjuangan,” kata Azmin.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus fokus memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Kemenangan tersebut adalah demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta demi Malaysia baru milik rakyat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25004

Monday, January 2, 2012

Lebih 80,000 Hadir Program Pengisian Ilmu Sambutan Tahun 2012Di Dataran Shah Alam.



SHAH ALAM, 1 JANAURI: Lebih 80,000 orang hadir ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang turut menggandingkan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya membawa pendekatan baharu dan berbeza pengisian ilmu malam tadi.



Difahamkan, jumlah ini jauh lebih hebat berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baharu anjuran Barisan Nasional di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Mengikut laporan-laporan di blog dan media sosial program yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengisi malam sambutan tahun baharu 2012 dengan pengisian ilmu dan bermanafaat memang dinanti oleh masyarakat.

Mereka juga menyatakan komen positif di atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam sambutan tahun baharu.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha, Dr Yaakob Sapari dan Shuhaimi Shafie serta Ahli Parlimen Shah Shah Alam, Khalid Samad.

Satu program lain yang juga menarik minat rakyat adalah di Pelabuhan Klang di hadiri oleh lebih 10000 orang peminat auto show, motosikal, vespa dan rakyat setempat. Hairan ya, kenapa tak ramai di I-City??


PKR: RPK ‘hired’ to smear Anwar ahead of Sodomy II verdict

January 02, 2012
PKR claims Raja Petra’s criticism was meant to dissuade the public from turning up in support of Anwar on January 9. — File pic
 
KUALA LUMPUR, Jan 2 — PKR today sought to discredit Raja Petra Kamarudin as a “hired Umno blogger” and part of a larger plot to smear Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim ahead of the latter’s sodomy trial verdict.
 
The PKR de facto leader will learn the verdict on his sodomy charge on January 9. He is accused of sodomising a former aide, a charge he has vehemently denied and claims is a conspiracy to destroy his political career.

Today, PKR secretary-general Saifuddin Nasution said Umno and Barisan Nasional were determined to see Anwar jailed, adding that the attacks against Anwar was meant to deflect from the government’s financial scandals.

“It should not be forgotten that Raja Petra Kamarudin, now more known as a ‘hired Umno blogger’, once made a sworn statement that (Datuk Seri) Najib (Razak) and (Datin Seri) Rosmah (Mansor) were involved in the brutal murder of Mongolian model Altantuya Shariibuu...
“The latest are spins by Utusan Malaysia and Berita Harian, Umno-owned media who ... pick and contort Raja Petra Kamarudin’s statement on lies and allegations about Anwar’s case in their front pages,” Saifuddin said in a statement.

The self-exiled blogger told Utusan Malaysia that Anwar was morally unfit to become prime minister as Malaysians could not accept a homosexual leading the country.
Raja Petra did not explicitly call Anwar homosexual but said there was no room in Malaysia for someone who is gay and wants to become PM.

He also said he was “90 per cent” sure the man in the “Datuk T” sex video was Anwar, and that many of the latter’s friends believed in the authenticity of the video.

Saifuddin said the interview was a part of Umno’s “desperation” to discourage Malaysians from turning up at the Kuala Lumpur High Court on January 9 to show support for Anwar.
“Anwar is the opposition leader of Malaysia, the Permatang Pauh MP and PKR de facto leader. As a political leader, he has his followers and supporters.

“The attendance of his followers and supporters and PKR members to support him should not be seen as an attempt to cause chaos,” added Saifuddin.

The Machang MP went on to claim that Umno would cause havoc on January 9, and urged Malaysians to see past Umno’s dirty tactics.

“All the discrepancies and financial abuse by Umno and Barisan Nasional has not been answered by Najib and his Cabinet,” added Saifuddin, referring to PKR’s allegations of abuse against Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her husband in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal.

Source: Malaysian Insider



Nuffnang Ads

Monday, January 02, 2012

Mahukah Anda Percaya Raja Petra Lagi?


Pening seketika dengan karenah seorang manusia yang berdarah kerabat diraja yang nampaknya masih tebal dengan unsur-unsur kemewahan dan tak boleh hidup susah.

Realitinya, berilah berpuluh-puluh wawancara eksklusif oleh media musuh sekali pun, jika sekali anda terpalit dengan kekotoran, maka selamanyalah ia berada di situ.

Nampaknya, tindakan aku untuk mem"block" Raja Petra bulan April tahun lalu di Twitter dek kerana "sumbangannya" terhadap penafian kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kini dirasakan tepat!

Kini kita tinggalkan saja nama Raja Petra Kamaruddin dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat kerana fikrahnya hanylah bersandarkan siapa yang boleh menyara hidupnya sepanjang pelariannya lebih empat tahun lalu.

Komen dan analisis Raja Petra sudah tiada maknanya lagi buat Pakatan Rakyat di sebalik beberapa saranan kununnya tindakannya diwawancara oleh The New Straits Times Press (NSTP) di Singapura hanya semata-mata mahu mengorek rahsia Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya.

Selamat jalan Raja Petra, bon voyage!

DI PETIK DARI BLOG JALAN PULANG

(cerita awal dahulu)
Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri

Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan ‘kotoran’ yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.

Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.

Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.

Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan blogger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.

Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger!
 
 DI PETIK DARI BLOG JALAN PULANG
 
Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut | Print |
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.
(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu.

Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu.

Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.
(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)
"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora.

Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

PKR: Keterdesakan melampau UMNO-BN semakin terserlah

Saifuddin Nasution Ismail | Jan 02, 2012 03:12:14 pm

 
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.

Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.  Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (gambar kanan) tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.  Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai "blogger upahan UMNO" juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini.  Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.  Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat.  Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya.  Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.  Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.

Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.  UMNO dan Barisan Nasional kini umpama "telur di hujung tanduk".  Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.  Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.  Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.  Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.  Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.

Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.

*Kenyataan media Saifuddin Nasution Ismail (gambar atas) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Monday, 02 January 2012 12:14

EXCO PEMUDA UMNO SOKONG POLIS PUKUL MAHASISWA : TUN FAISAL ADALAH ANTARA PUNCA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MAKIN HANCUR.

(Makluman: Di publish di blog ini seperti di email oleh pengirim tanpa sebarang edit di buat)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcM469-TyHWAGn-jw8bV_aSzsYUo9J2HoSQuAQqkY4HbJfd1m1DWipvUQ3ae5X2bnLLcQWxCB7yipVfVwLdHx10HNiPG58Tq7TxIdqZXS_-yie1RjLup8EFg3CLCubU1dLk130XP_GIW8/s400/tun+faisal+ismail+aziz.jpg







Menulis tentang malaon yang bernama Tun Faisal ini sebenarnya membuang masa tetapi kerana permintaan beberapa teman dari dalam dan luar UMNO aku tulis supaya dapat menyampaikan beberapa isu yang tidak difahami oleh seorang Pengerusi Unit Media Baru UMNO yang bernama Tun Faisal.

Aku tidak pernah bertemu dan mengenali malaon ni. Cuma dari cerita yang aku kutip dia tidak ubah macam Pegawai Khas Menteri yang lain - bongkak , angkuh dan bodoh sombong.

Macam cakap kawan aku sorang ;

" cara bercakap angkuh mengalahkan Menteri..."

Siri pertengkarannya dengan ramai 'blogger jalanan' UMNO bukan perkara baru. Semua nya dek kerana Tun Faisal perasan pandai dan lebih tahu psywar kononnya.

Memang bukan mudah untuk mengawal blogger jalanan UMNO kerana sifir mudahnya adalah kerana 'rank Alexa' mereka jauh lebih tinggi dari blogger UMB dan blog Tun Faisal sendiri !

Mana mungkin 'blogger jalanan' UMNO ni nak dengar cakap kau ?

Maka Tun Faisal pun melatah , katanya ;

" aku ni buat kerja politik , bukannya tulis blog 24 jam , ada online ada offline..."

Tapi kawan aku menambah ;

" Kerja politik apa yang dia buat dekat Putrajaya tu...kalau dia tak buat kerja dekat Putrajaya tu pun kita (BN) menang jugak...apa la..."

" UMB ni patut bawak isu besar lawan blogger haram Pakatan ni..."

" Kalau dia anak jantan..bantu la UMNO Wilayah ni...kita teruk dekat KL ni...ada dia pikir ? "

Pertengkaran yang meletus dek sebab PRK yang lepas kerana kelemahan syahwat UMB dibalas dengan penuh keangkuhan oleh Tun Faisal.

Kami di TawanMalaysia.com dan rakan blogger Pakatan Rakyat sejujurnya tak rasa langsung akan kewujudan Unit Media Baru UMNO.

Kami rasa psywar kamu lemah dan tak ubah macam blogger baru nak belajar menulis.

Kawan aku tanya ;

" kau rasa budak-budak PKR dgn PAS ni tahu ke pasal UMB UMNO ni ? "

Aku jawab ;

" Aku sejak dia bergaduh dengan blogger UMNO baru aku tahu kewujudan malaon ni dengan UMB dia...kalau tak memang aku pun tak tahu "


Aku menambah ;

" Aku rasa sebab blogger UMNO ni asyik balun boss dia Dato Hisham , tu yang dia berbulu kot ..."


Kawan aku jawab ;

" Ye lah , biasa la tu , budak blogger UMNO ni kau pun tahu style diorang , patutnya Tun Faisal tu EXCO Pemuda takkan la level of thinking pun nak macam diorang..As a leader dia kena firm tangani budak-budak ni..."

" Ada ke nak dibawaknya ke Lembaga Disiplin ? Apa bodoh la tindakan...Dia ingat dia pandai politik..."

Aku cakap ;

" Kalau dia pandai politik , dia tak kalah dengan Zaki Zahid ..."

kah kah kah

kah kah kah


Melihat kepada kepimpinan Tun Faisal , malaon ini bukan sahaja gagal dalam membawa supaya Unit Media Baru UMNO ini digeruni pihak lawan , tapi turut gagal sebagai EXCO Pemuda UMNO.

Kawan aku menambah ;

" Aku tengok Pemuda sekarang tak boleh harap..satu benda la kan...masa kes yang malam tahun baru budak-budak Anwar kena pukul dekat UPSI tu..."

Aku tanya ;

" Budak-budak Anwar mana ? "

Dia tambah ;

" Ala...student-student tu...yang merusuh depan UPSI tu.."


Aku jawab ;

" Itu bukan budak Anwar , itu gerakan Mahasiswa ..."


Dia jawab balik ;

" Ala ...sama la tu...bukan ke diorang ni pembangkang yang plan ? "

( Aku tak mahu tulis perbezaan pendapat dengan kawan aku )


Kawan aku sambung ..

" Tak kisah la kan, patutnya aku rasa Tun Faisal ni sebagai EXCO Pemuda UMNO buat la sesuatu kepada insiden ni , take a political mile age out of it ..."

" Kau tahu apa malaon ni cakap ? Dia tulis dalam blog dia menyokong tindakan polis yang pukul mahasiswa  ! "

" Tak ke bangang kau rasa ? "


Aku jawab ;

" Itulah pendirian politik yang paling bangang sebagai EXCO Pemuda UMNO , aku rasa kalau dia setakat blogger jalanan ni , dia nak kata budak mahasiswa tu elok kena pukul kena libas aku rasa takpe..tapi dia ni EXCO Pemuda UMNO ....mana boleh keluar statement macam orang tak berpendidikan macam tu.."

Kawan aku tambah ;

" Aku pun bengang jugak dengan budak-budak (Mahasiswa) tu , tapi kena maintain la imej politik bro..takkan aku nak sokong pulak polis pukul Mahasiswa ? That is a political suicide for me , let alone aku nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian oiii..."


Aku jawab ;

" Tun Faisal ni confuse antara peranan dia sebagai Pengerusi Unit Media Baru / Blogger dan jawatan dia sebagai EXCO Pemuda...bacaan politik aku dekat dia...aku rasa next pemilihan dia 'out' .... bila ko start create ramai musuh dari dalam dan especially dengan blogger UMNO ni ...jangka hayat politik tak lama la...."


Aku tanya ;

" Ok...apa cerita baru UMNO ? sudah-sudah la dengan Tun Faisal ni...dia bukan ada nama pun...aku ingat level Ketua Pemuda PAS Putrajaya pun dah boleh lipat dudukkan dia dalam politik ni..."


Kami pun bersembang.....
 
 (Makluman: Di publish di blog ini seperti di email oleh pengirim tanpa sebarang edit di buat)

PKR: Keterdesakan melampau UMNO-BN semakin terserlah

Saifuddin Nasution Ismail | Jan 02, 2012 03:12:14 pm

 
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.

Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.  Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (gambar kanan) tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.  Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai "blogger upahan UMNO" juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini.  Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.  Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat.  Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya.  Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.  Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.

Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.  UMNO dan Barisan Nasional kini umpama "telur di hujung tanduk".  Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.  Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.  Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.  Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.  Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.

Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.

*Kenyataan media Saifuddin Nasution Ismail (gambar atas) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.