Sunday, January 15, 2012

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana
 
 
Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speakingDalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik azizSebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

pakatan rakyat kedah stadium 150112Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam  adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.
 
 Mkini

Wednesday, January 11, 2012

Masalah Sampah Selesai 24 Jam Selepas Aduan

Masalah Sampah Selesai 24 Jam Selepas Aduan
Oleh Afeeqa Afeera -TVS
11/01/2012
290 View
Share

SHAH ALAM, 11 JAN : Setiap aduan berkenaan masalah sampah yang dilaporkan ke talian bebas tol 1800-88-2824 akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

"Selepas daripada pukul 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya.

"Saya juga ingin meminta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula," jelasnya.

Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memaklumkan, perkhidmatan talian bebas tol akan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mahupun cadangan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Beliau berkata, talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut Menteri Besar apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima.

Jelasnya, dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan menggunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.

Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang bantahan yang dikemukakan Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat (protem) bersama 70 kontraktor lain terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana menawarkan tender baharu kepada orang luar, Ronnie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan mengikut proses tender.

Katanya, dakwaan kontraktor terbabit bahawa tindakan yang dilaksanakan MPKj itu adalah semata-mata mahu mengambil syarikat kroni dan parti politik tertentu dan mengetepikan peranan mereka dalam urusan pungutan sampah dan sebagainya juga adalah tidak benar.

"Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak.

Mereka perlu mengikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan," katanya.

Monday, January 9, 2012


CATATAN PERJALANAN TEAM PENERANGAN  KEADILAN SELANGOR 901: 9 JAN 12

12.40pagi: Selepas selesai tugasan di Rapat Rayat BEBAS ANWAR bergerak keluar dari Dewan H, Kg Pandan ke Stesen Bas Jalan Duta. Polis sudah mula meletakkan kenderaan mereka. Keadaan jalan lengang. Kelihatan SB muka lama yang bersantai di hadapan simpang hadapan Masjid Wilayah

1 pagi: Minum di Restoran Pelita Sri Hartamas dengan 20 rakan KEADILAN Selangor sambil berborak tentang strategi masuk ke Jalan Duta pagi nanti. Sambil melayani twitter BebasAnwar901 dan update berita terkini

 2 pagi: Kembali sebentar di 'base' berhampiran kawasan MK selepas pekena setengah pinggan mee goreng mamak

 3 pagi: Wacana 'pagi buta' dengan lima orang kuat termasuk tuan rumah. Tajuk wacana; Bebas atau Salah. Keputusan; SSWF kata Salah, MAT kata, Salah, KHI kata Salah, Tuan Rumah kata Salah. saya kata BEBAS. Ada alasan - lain kali tulis ulasannya. Tunggu pagi nanti siapa betul. Masing masing berhujah.

3.30 pagi: Melelapkan mata sebentar

4.50 pagi: Keluar bersama semua rakan rakan dan terus menghala ke Masjid Wilayah. Jalan di tutup di beberapa tempat. Simpang hadapan ke mahkamah di tutup sepenuhnya. Hujan renyai renyai dan adakanya agak lebat

5.20 pagi: Memasuki masjid. Bertembung dengan YB Dr Mariah, Dr. Md Noor Manuty, Hj Yahya dan ramai pimpinan parti. Utz Shamsul sedang mengepalai solat hajat. Kemudian solat subuh oleh Imam Masjid Wilayah. Hujan renyai renyai amat syahdu di luar

6 pagi : Bersama semua penyokong Pakatan Rakyat mula dari masjid hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan 901 dan mendengar keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berlegar-legar walaupun masih hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah dengan rakan lain. Ingat nak join, tak ada parking...

6.25 pagi : Kelihatan sebuah helikopter Polis DiRaja Malaysia terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di tepi jalan masjid dan menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan.  Suasana terasa tegang apabila melewati simpang yang di kawal Polis tapi teratur 

6.40 pagi : Keadaan di pintu masuk utama mahkamah mulai sesak dibanjiri orang awam dan penyokong Pakatan sebaik sahaja selesai solat subuh. 901 setakat ini dianggarkan sudah mencecah sekitar 4,000 orang.
7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan 901 supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah. Lenguh tangan update 901 di twitter.. haha
Suasana perhimpunan amat terasa dengan lensa media tertumpu pada kami dan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" Pengarah strategi Rafizi Ramli di belakang

7.10 pagi : Keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Harap cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.
7.30 pagi: William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot  dihadapan mahkamah agak penuh dan keadaan terkawal. Kami berlegar di kawasan pakir saja

7.55 pagi: Rakan baik teman, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan

8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizamberkawal dan  menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawa. Kami di sudut pakir update 901 selang beberapa minit. Bateri ipad pun dah tinggal 50% ni

8.15 pagi: YB Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"

8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liew serta MBTS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin ramai masuk
8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta Presiden KEADILAN DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas membahang
8.50 pagi: Anwar dan keluarga bergerak masuk ke ruang mahkamah. Kelihatan seorang wanita tua diberi bantuan oleh Squad AMK. Masih update 901.

9.39pagi: Terbaca twitter Anwar Bebas! Kaget semuanya bila dimaklumkan hal ini. Antara percaya dan tidak aku dapatkan kepastian dari dalam mahkamah

10.20 pagi : SAH, BEBAS!! Twitter 901 menjadi sibuk. Lenguh tangan melayani pertanyaan.. Sebahagian penyokong sudah mula bergerak ke Masjid Wilayah setelah mendapat tahu Anwar telah dibebaskan mahkamahmelalui sumber lain. Bunyi letupan seperti kereta berlanggar dan meletop.. Ramai bertempiaran ke arah bunyi

Kelihatan DS Anwar bergerak keluar dari perkarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti oleh penyokong Pakatan sambil mengangkat ibu jari. Ramai penyokong mahu meyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah

10.45 pagi : Satu lagi letupan kedengaran di tepi Jalan. Pelbagai teori diberikan.
11.10 pagi : Kenderaan yang membawa DS Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan disyaki bom

Kami terus ke  gerai di Sri Hartamas, makan dan sembang. JAB belanja makan, telahan aku benar. Anwar Bebas!!!!!

Bersurai.

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN
Oleh Mat Zahari Bin Ali
08/01/2012
1424 View
Share


Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Daya tahan pemimpin ulung

Pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan.

Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.


Sebagai seorang ahli politik, ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah.

Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar.

Pengorbanan Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri Anwar ketika berucap malam tadi di Kampong Baru Kuala Lumpur berkata bahawa beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Anwar bukan sahaja milik beliau malah milik seluruh rakyat yang cintakan keadilan.

Katanya, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa samaada Anwar di penjara atau dibebaskan bukan persoalannya. Beliau telah berpengalaman menanggung beban selama 13 tahun hidup bersama Anwar yang tidak henti-henti difitnah dengan pelbagai konspirasi.

"Saya rela biarkan Anwar di penjara sekiranya perjuangan beliau tersebut untuk membela keadilan untuk semua rakyat negara ini. Biarlah saya, anak-anak dan Anwar menjadi korban asalkan rakyat sedar dan bangun menghancurkan segala kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim.

"Andai kesabaran dan pengorbanan ini yang perlu saya bayar maka inilah yang saya akan lakukan."

Gelombang kebangkitan Rakyat

Mungkin hari ini, esok dan beberapa hari ini pemimpin-pemimpin Umno/BN akan mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Anwar membuktikan kerajaan tidak campurtangan atau mempengaruhi institusi kehakiman negara sebagimana sangkaan pembangkang.

Mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula akan berkata pembebasan Anwar juga membuktikan tranformasi yang sedang beliau lakukan dalam negara termasuk dalam bidang kehakiman telah terbukti dan tidak memilih bulu.

Skrip-skrip inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sejak 54 tahun menguasai negara apabila sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap dipentas yang sama bersama wan Azizah malam tadi berkata sejak kebelakangan ini media kerajaan memainkan isu berhubung siapa pemimpin pembangkang yang layak menjadi perdana menteri.

"Ini bukti jelas bahawa pemimpin serta media milik Umno/BN sendiri tidak yakin lagi untuk menang dalam pilihanraya akan datang. Sedangkan dalam pilihanraya sebelum ini isu ini tidak pernah timbul.
"Ini juga bukti bahawa kita penuh yakin pilihanraya akan datang pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya kerana kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dihalang lagi," katanya dihadapan lebih 5,000 penyokong.

Kenyataan beliau sememangnya ada kebenarannya. Ini memandangkan ramai pengundi senyap yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sudah berani menyokong PR. Pendedahan pelbagai transaksi dan lapuran-lapuran kewangan yang diserahkan kepada pemimpin PR supaya didedahkan kepada pengetahuan rakyat membuktikan rakyat sudah benci kepada pemimpin-pemimpin korap.

persoalannya apakah dengan pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebaginya oleh kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib.
Apakah dengan tertawannya lima negeri kepada PR membuktikan Umno/BN berjaya membela nasib rakyat sehingga akhirnya rakyat menolak mereka.

Seharusnya sikap 'syok sendiri' dikalangan pemimpin Umno/BN ini dibiarkan berterusan.
Kita tidak boleh menolak bahawa keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga kesan dari kesedaran oleh para hakim sendiri untuk memastikan integriti kehakiman negara dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil para hakim yang pintar, bijak dan mampu menilai kebaikan disebalik melaksanakan proses keadilan itu tidak sanggup untuk berubah.

Keberanian para hakim ini didorong oleh kebangkitan rakyat yang mahu memastikan negara ini berdaulat melalui perlaksanaan sistem pengadilan yang berteraskan keadilan dan kebenaran.

Ramai yang percaya sekiranya hakim Datuk Mohamad Zabidin dipecat atau diperlakukan sesuatu oleh pemimpin-pemimpin Umno ekoran keputusan membebaskan Anwar, rakyat akan membela mereka.

Kebangkitan rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan dan idola kepimpinan.

Selain Anwar telah wujud nama-nama seperti Adam Adli yang dilihat sebagai simbol perjuangan mahasiawa membebaskan diri dari cengkaman AUKU.

Atau dalam kata lain. sesiapa sahaja yang menjadi musuh kepada Umno/BN akan dianggap wira oleh rakyat. Inilah gerakan yang sedang bertiup di negara ini. Hinggakan segala kepincangan kerajaan terbocor satu demi satu kepada rakyat.

Siapa Perdana Menteri terjawab

Polimik berhubung siapa perdana Menteri sekiranya Anwar di penjara bermula dengan mainan politik murahan pemimpin-pemimpin serta media milik mereka yang cuba memecahbelah parti-parti komponen pakatan Rakyat.

Mereka sedar Anwar adalah 'pengikat' kepada PAS-DAP dalam PR. Tanpa Anwar kewujudan PR tidak akan menjadi realiti. Dalam kebanyakan mesyuarat pimpinan tertingi PR, Anwarlah yang menjadi pengerusinya.

Andai Anwar dipenjara maka hilanglah meteri pengikatnya. Lalu isu siapa perdana menteri apabila ketiadaan Anwar sengaja dimainkan dengan harapan ia sebagai cubaan melaga-lagakan antara PAS dan DAP.

DAP telah mengistiharkan semasa konvensyen parti itu semalam bahawa DAP akan tetap meletakkan Anwar sebagai perdana menteri walaupun beliau dipenjara.

Manakala PAS pula bersetuju untuk meletakkan perdana menteri sementara bagi membolehkan Anwar dibebaskan.

Akhirnya dengan pembebasan Anwar maka secara tidak langsung isu yang cuba diketangahkan itu mematikan harapan strategi pecah perintah yang dilakukan kepada kepada pembangkang selama ini.

Himpunan Aman

Berdasarkan kepada laporan beberapa wartawan TVSelangor yang berada disekitar kawasan mahkamah jalan Duta hari ini ada memaklumkan berlaku satu letupan yang mencederakan dua orang.

Letupan itu didakwa berlaku berhampiran sebuah kereta sejurus selepas hakim memutuskan pembebasan Anwar.

Manakala sebelum keputusan tersebut diputuskan berlaku suasan tegang antara orang yang memberi sokongan kepada Anwar dengan kumpulan Saiful yang terdiri dari anggota Perkasa dan Pekida.

Sementara itu sejak semalam Perkasa dan Pekida pula mengadakan majlis Qiamulai di Masjid Wilayah persekutuan berdekatan dengan bangunan mahkamah Jalan Duta.

Namun dengan kerjasana pihak polis dan Skuad marshal AMK keadaan tersebut terkawal.
Masej dari perhimpunan aman tersebut amat besar ertinya. Sebagaimana berlaku dalam himpunan aman yang dianjurkan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini sekiranya tanpa sabotaj dari mana-mana pihak.

Bimbang dan takut untuk menyaksikan himpunan yang besar adalah dari pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana himpunan yang besar akan memberikan sokongan yang besar terhadap penganjurnya.

Masej ini yang cuba dihindarkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut dengan memperkuda institusi polis. Sedangkan sekiranya Umno/BN pula dibenarkan menganjurkan pelbagai perhimpunan seperti himpunan sejuta belia, himpunan sejuta umat dan perayaan hari kemerdekaan atau perarakan maulidurrasul.

Begitu juga malam sambutan tahun baru yang dibanjiri oleh ribuan rakyat ke bandar-bandar yang tidak menimbulkan sebarang ancaman walaupun tidak diberi permit.

Perhimpunan aman yang berlangsung membuktikan tanpa provokasi dari mana-mana pihak akan menghasilkan himpunan yang aman.

Apa pun pembebasan Anwar hari ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi PR menghadapi PRU13 akan datang dalam usaha menyelusuri laluan menuju ke Putrajaya.

Saturday, January 7, 2012

901: PKR tak terikat dengan sekatan polis, kata Azmin
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

"Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM," katanya dalam satu kenyataan.
"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," tambah Azmin.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan di laman Facebooknya semalam 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara atau ucapan awam.

Syarat-syarat tersebut dikenakanoleh polis daerah Sentul, Kuala Lumpur - tempat lokasi Mahkamah Kuala Lumpur.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Suhaimi : PKR Tak Jaga Tepi Kain PAS Tetapi Pertahan Maruah Parti

Post Pic
SHAH ALAM, 8 JAN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menegaskan ia bukan masuk campur dalam urusan PAS tetapi  tetap mahukan parti itu mengambil tindakan wajar terhadap  terhadap Datuk Dr Hasan Ali yang disifatkan celupar dan membawa agenda Umno.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafiei berkata tuntutan PKR itu tidak harus dilihat sebagai campur tangan dalamh kepentingan  PAS , tetapi membabitkan maruah PKR ekoran  tindakan Hasan membantah  perhimpunan Anwar 901 esok.

"Ini bukan soal masuk campur. Ini soal prinsip penghormatan. Ini soal penghormatan di antara rakan-rakan dalam Pakatan. Seharusnya mana-mana pihak mesti mempunyai satu disiplin yang tidak melukakan antara satu sama lain."

"Kalau nak menghentikan, maka sewajarnya pihak rakan-rakan….. memberi perhatian kepada apa yang disuarakan oleh Hasan Ali. Saya sendiripun ada mengeluarkan sedikit komentar atas apa yang diucapkan oleh Hasan Ali," katanya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini menyifatkan Hasan celupar dan menuntut PAS mengambil tindakan terhadap EXCO Kerajaan Negeri Selangor itu kerana menggesa orang ramai memulau perhimpunan itu. Azmin adalah juga Ketua PKR Selangor.

Dalam surat terbuka kepada Hasan semalam, Suhaimi menyifatkan bekas Pesuruhjaya Pas itu sebagai “masalah” kepada Pakatan Rakyat.

Hasan  mencetuskan kemelut baru untuk Pas apabila  menyifatkan perhimpunan Bebas Anwar 901  diadakan semata-mata untuk menyokong agenda peribadi Ketua Pembangkang itu  sempena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit tuduhan liwat yang dihadapi beliau.

Komen Hasan itu dilihat sebagi menongkah arus pembangkang dan Pas sendiri yang menyokong perhimpunan itu dan komited  untuk menyertainya.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub dan Ketua Pemuda parti itu Nasarudin Hassan Tantawi  senada menegaskan PKR tidak perlu masuk campur dalam urusan PAS.

Ketiga-tiga pemimpin itu yakin parti mereka akan bertindak mengikut perlembagaan dan tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Jawatankuasa Pas Pusat dijangka membincangkan isu terbaru Dr Hasan pada mesyuaratnya hari ini.

Suhaimi berkata desakan pemimpin  PKR mahukan tindakan diambil terhadap Hasan adalah "teguran  adik beradik saja. Kenapa nak ambil serius sangat?"

"Kita menerima semua pandangan dan teguran secara terbuka sepertimana kita juga menerima teguran orang lain. Ini adalah satu proses mematangkan parti, mematangkan Pakatan Rakyat,” kata beliau.    

Friday, January 6, 2012

Surat terbuka dari PKR Selangor kepada Hasan Ali

Shuhaimi Haji Shafiei | Jan 06, 2012 07:32:45 pm
 
Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini.  Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga senak terasa di perut! Hendak dibuang "angin bimbang berbau busuk, hendak ditahan sakit sudah melata ke dada".

Saya percaya Hasan Ali (gambar kiri) adalah seorang yang istimewa.  Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas.  Namun saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih istimewa.  Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor.

Saya tidak begitu "berani" mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana "amat hormatkan saudara tua", namun apabila saya terlihat temubual Hasan Ali agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari "penultimate" Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan "perasaan menyampah sangat" dengan tindakan Hasan Ali.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan?  Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Hasan Ali telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya.  Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini "justice is only available to those who could afford it" dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari’ah kepada kedudukan "second-tier", apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang-kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!  

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana "otak tanpa ruh Islam" akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Hasan Ali seolah-olah terperangkap dengan hujah "counter-intelligence" UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi.  Sebenarnya Hasan Ali, isu ini adalah isu nasional.  Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat.  Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan!  Bagaimana Hasan Ali boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting.  Namun tindakan Hasan Ali  cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah.  Apakah Hasan Ali sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar Ibrahim (DSAI)?  Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Hasan Ali terhadap DSAI?  Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Hasan Ali mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Hasan Ali menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?  Inilah padahnya jika "terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan".  Saya percaya Hasan Ali tertinggal semua taklimat penting hingga Hasan Ali tenggelam punca.

Tindakan Hasan Ali seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri.  Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Hasan Ali juga sebegitu pasif dan naif dalam membuat kenyataan.  Hasan Ali sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Hasan Ali bahawa pertemuan Hasan Ali bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf.  Apabila kes diumumkan tutup, Hasan Ali  tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya.  Apakah sebegitu dendam Hasan Ali sehingga sanggup membakar rumah sendiri?  KEADILAN Selangor yakin Hasan Ali sudah "terkena sesuatu".

Hasan Ali, sama ada setuju atau tidak Hasan Ali kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat.  Hasan Ali mungkin merasakan Hasan Ali berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Hasan Ali bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Hasan Ali benar-benar di pihak yang benar atau benar-benar keliru.  Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Hasan Ali yang terkini, seolah-olah Hasan Ali menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar.  Apakah Hasan Ali sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Hasan Ali?  Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam.  Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa di luar Negara kini.
Saya menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan.  Masa Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada.  Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri.  Masih ada ruang "untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang.  Apakah langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang?  Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Hasan Ali.  Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Hasan Ali telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya.  Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

*Surat terbuka ini ditulis oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.

Surat Terbuka Pada Dato Hasan Ali


KENYATAAN PENERANGAN KEADILAN SELANGOR

SURAT TERBUKA KEPADA YB. DATO’ DR. HASAN MOHD. ALI

Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga “senak terasa di perut!. Hendak di buang ‘angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakit sudah melata kedada’.

Saya percaya Dato’ adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Dato’ mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun saya juga mempercayai bahawa Dato’, dengan sesungguhnya tanpa ragu ragu, mempercayai bahawa Dato’ sendiri terlebih-lebih istimewa. Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Dato’ sehingga kini, terutamanya apabila melihat isu pertelagahan ‘dalam kain’ antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (“PAS”) di Selangor.

Saya tidak begitu ‘berani’ mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana ‘amat hormatkan saudra tua’, namun apabila saya terlihat temubual Dato’ agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari ‘penultimate’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan ‘perasaan menyampah sangat’ dengan tindakan Dato’.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Dato’ telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini ‘justice is only available to those who could afford it’ dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang  Syari’ah kepada kedudukan ‘second-tier’, apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!   

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana ‘otak tanpa ruh Islam’ akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Dato’ seolah-olah terperangkap dengan hujah ‘counter-intelligence’ UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Dato’, isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi  Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Dato’ boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting. Namun tindakan Dato’ Cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah. Apakah Dato’ sebegitu buta hati terhadap masalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Dato’ terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Dato’ mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Dato’ menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam? Inilah padahnya jika ‘terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan’. Saya percaya Dato’ tertinggal semua taklimat penting hingga Dato’ tenggelam punca.

Tindakan Dato’ seolah-olah menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Dato’ juga sebegitu pasif dan naïf dalam membuat kenyataan. Dato’ sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Dato’ bahawa pertemuan Dato’ bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf. Apabila kes diumumkan tutup, Dato’ tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya. Apakah sebegitu dendam Dato’ sehingga sanggup membakar rumah sendiri? KEADILAN Selangor yakin Dato’ sudah ‘terkena sesuatu’.

YB. Dato’ Hasan, sama ada setuju atau tidak Dato’ kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Dato’ mungkin merasakan Dato’ berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Dato’ bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Dato’ benar-benar dipihak yang benar atau benar-benar keliru.  Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Dato’ yang terkini, seolah-oleh Dato’ menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Dato’ sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Dato’? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa diluar Negara kini.

Saya menyeru agar Dato’ jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Dato’ untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar’ dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Dato’ sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Dato’ lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu’.

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Dato’. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Dato’ telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk  Dato’ Sri Anwar  dan keluarganya. Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Dato’.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
ADUN Sri Muda

901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama
Muhammad Faizal   - Harakah
KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

(Polis dan Azmin bersetuju perhimpunan ini diadakan dengan aman...berita Astro Awani)

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

"Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut.

"Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Sidang media khas

Bagaimanapun ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR.

"Secara rasmi kita akan nyatakan pada petang ini mengenai tempat himpunan dan segala maklumat teknikal.

"Secara ringkas pihak polis membenarkan himpunan tersebut," jelasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Tedahulu, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah beberapa pimpinan PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden PKR N.Surendran yang sebelum ini dipanggil pihak polis berhubung himopunan yang akan dianjurkan itu.

Pertemuan hari ini dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.

 
901: Definisi halatuju politik Malaysia
Tiga hari lagi, pada 9 Januari 2012,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan perbicaraan ini akan menentukan sama ada ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah atau tidak dalam pertuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya.
azlanSeluruh negara telah memberikan tumpuan kepada tarikh ini kerana ia dilihat sebagai satu titik penting dalam pendefinisian hala tuju politik negara.

PKR di bawah pimpinan mantan timbalan perdana menteri itu merupakan “pengikat” kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Musuh-musuh politik beliau percaya, jika Anwar terpenjara, maka mudahlah mereka untuk memecah belahkan Pakatan.

Sebab itu kita boleh melihat bagaimana isu penganti Anwar sebagai calon perdana menteri dari Pakatan ditimbulkan dalam sehari dua ini walaupun Pakatan belum tentu lagi memenangi pilihan raya umum  akan datang.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memecah belahkan pakatan politik pembangkang itu. Jika parti-parti pembangkang terus bersatu, ianya mampu untuk menggugat kekuasaan Barisan Nasional (BN) – dahulu Perikatan yang telah memerintah Negara semenjak 1957.

Veteran politik Umno, Tengku Razaleigh Hamzah – juga ahli parlimen Gua Musang sendiri percaya keputusan mahkamah pada Isnin ini akan menyebabkan Anwar terpenjara. Menurut mantan menteri kewangan itu, jika Anwar terus berada di luar, Umno akan hancur.   

Sejarah 'Black 14' berulang?

PKR telah melakukan penyusunan massa untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum mereka. Dengan bantuan rakan-rakan Pakatan dari PAS dan DAP, mereka mensasarkan 100,000 rakyat akan bersama pada tarikh keramat itu.

anwar ibrahim in seremban 5Berdasarkan rekod-rekod lepas, jika mobilasasi rakyat dilakukan dengan bantuan PAS, tidak mustahil untuk mencapai angka sasaran atau sekurang-kurangnya menghampiri angka sasaran.

Dalam masa yang sama, roadshow Anwar mengelilingi seluruh negara dari Selatan ke Utara mendapat sambutan besar.

Ini mengingatkan kembali sejarah tahun 1998, sewaktu Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir dari kabinet dan Umno sekaligus.

Selepas beberapa hari menjadi “rakyat biasa”, Anwar memulakan roadshow ke seluruh negara. Hasilnya, lebih 100,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada beliau dan mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada 20 September 1998.

Jika Anwar pada ketika itu “terlatih” dengan sedikit “politik kiri” sudah pasti beliau mampu menjadikan Dataran Merdeka ibarat “Dataran Tahrir” di Mesir awal 2011 - sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.  

Hari ini roadshow Anwar ke seluruh negara masih mendapat sambutan. Tidak ada masalah untuk rakyat membanjiri Kuala Lumpur pada 9 Januari ini jika kita lihat dari pengalaman beberapa demonstrasi selepas PRU 12 seperti isu PPSMI, Anti ISA dan terbaru BERSIH 2.0.
Promosi percuma himpunan 901

Secara sedar atau tidak, pemerintah melalui media arus perdana memberikan promosi percuma kepada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' 901. Akhbar-akhbar dan televisyen memberikan liputan mengenai perhimpunan tersebut hampir setiap hari.

Amaran, ugutan dan tohmahan yang dilakukan melalui media arus perdana sampai kepada majoriti rakyat terutamanya – kawasan pendalaman. Secara tidak langsung, rakyat di seluruh negara tahu tentang akan berlakunya satu perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Rapat dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai yang belum mempunyai kemudahan internet.

Dari satu sisi lain, Umno dan BN tahu, amaran, ugutan dan tangkapan tidak akan mampu menghalang rakyat untuk membanjiri Kuala Lumpur sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

Dalam perhimpunan BERSIH 2.0, walaupun seluruh pintu masuk “dikunci” dengan sekatan jalan raya dan mobilisasi anggota polis yang besar, ia tidak dapat menghalang rakyat untuk berkumpul.

Oleh kerana itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menukar nada mereka menjadi lebih lunak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, perhimpunan 'Bebas Anwar 901' dibenarkan, akan tetapi haruslah ditempat lain dan bukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.
NONEPengalaman ini berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 – Najib minta penganjur perhimpunan tersebut untuk berhimpun di stadium.

Apabila penganjur bersetuju untuk memilih Stadium Merdeka untuk berhimpun, pemerintah belot dengan perjanjian.

Mungkin penganjur perhimpunan pada 9 Januari tidak termasuk ke dalam “lubang biawak” sekali lagi.  

Signifikan 901

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh musuh politik Anwar yang mengatakan ketua pembangkang itu menjadikan agenda peribadinya sebagai isu nasional.

Hasan ali pcIni turut dinyatakan oleh Exco Selangor, Datuk Hasan Ali yang turut menasihatkan rakyat agar tidak hadir dalam perhimpunan pada 901.

Sebenarnya, BN juga tahu, keputusan mahkamah pada 9 Januari ini bukanlah isu peribadi Anwar semata-mata.

Ia adalah simbol kepada runtuhnya kebebasan sistem kehakiman negara yang telah berlaku semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara oleh Dr Mahathir.

Isu peribadi tidak akan mampu menghimpunkan ribuan rakyat untuk menyatakan solidariti. Anwar adalah tokoh yang mampu menyatukan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk melawan ketidakadilan dalam negara.

Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan.

rpk utusan interview 010112Tidak dapat dinafikan terdapat pengikut-pengikut setia Anwar yang digelar “Anwarista”. Mereka ini seperti juga peminat-peminat setia kepada penyanyi atau pelakon popular yang akan tetap setia kepada idola mereka. Mereka ini hidup dan mati akan bersama Anwar.

Terdapat juga yang bersama Anwar kerana mengharapkan imbuhan dan ganjaran. Terbayang jawatan yang bakal dilantik atau kontrak bakal diterima jika Anwar menjadi PM. Golongan jenis ini boleh dibeli apabila kena “harganya”.

Akan tetapi, majoriti berada di belakang Anwar pada ketika ini adalah golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan cuma “menggunakan” pengaruh Anwar untuk melawan segala ketidakadilan dan kezaliman dalam negara pada hari ini.

Mereka terus berada bersama Anwar kerana “api” perjuangan yang dibawanya. Golongan ini tidak mampu dibeli kerana mereka jelas mengapa mereka bersama Anwar.

NONEGolongan ini akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan dengan niat untuk menjadi calon pilihanraya dalam PRU akan datang atau mengharapkan dilantik menjadi ahli majlis jika PKR menang.
Mereka berada di mahkamah untuk menunjukkan solidariti mereka kepada seorang pemimpin yang membawa api perjuangan untuk melawan ketidakadilan. BN tahu tentang ini dan sebab itu mereka takut dengan mimpi ngeri yang bakal berlaku pada 901 ini.

Seperti apa yang dikatakan oleh Ku Li, jika Anwar tidak dipenjarakan, Umno akan hancur. Jika Anwar dipenjarakan, simpati rakyat terhadap PKR dan PR akan semakin meningkat.

BN kini tersepit dalam keadaan “di kiri ada duri, di kanan ada racun, di depan ada lubang dan di bekalang ada gaung”. Mereka sudah di “check mate”. Apa sahaja keputusan pada 9 Januari nanti, tidak akan membantu memulihkan imej BN.




Amin Iskandar

Hassan Ali lontar batu pada PKR

Dr Hassan Ali, ini bukan soal peribadi tapi isu ini soal maruah negara. kerana isu ini menjadi perhatian dunia.

Sebagai rakyat yg cintakan keadilan dan kebenaran patut hadir mmberi sokongan kpd pemimpin yg mmperjuangkan nasib rakyat. Dan sebagai rakyat,kita juga mahu sistem perundangan negara bebas dan adil kpd semua, tak kira pada pemimpin mahupun rakyat biasa..

Dr Hassan seorang pemimpin dan sepatutnya beliau bersama-sama rakyat menuntut keadilan bukanya dengan mengeluarkan kenyataan sebegini yang akan membuat ahli PKR tidak lagi menhormati beliau.

p/s Gagal dalam PAS kini Hassan Ali..lontar batu ke dalam PKR..cuba untuk lagakan ahli PAS dan PKR.- blogDP


 Nota: Kenyataan penuh akan dikeluarkan kemudian.- Editor

901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS
   
KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir," dan untuk ahli PAS pula, "terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.
"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden


Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa
Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.

Harakahdaily

Jailing Anwar: Umno poised to make its biggest mistake on Jan 9

Written by  Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle

There are many things that Malaysia's ruling party UMNO has done during its 54 years in power. Some are good and some are bad. Sad to say, the bad overwhelms the good not just in terms of quantity or volume but the rot is simply so deep, it has put the country on the road to disaster.

And on January 9, UMNO will make the mistake of its life when it jails Opposition Leader Anwar Ibrahim on manifestly fabricated sodomy charges. Whoever wins the 13th general election will have the toughest time cleaning up and straightening out all the kinks from an already kooky, over-stressed and out-of-control system.

Just to list down the string of UMNO of bloopers and scandals would take weeks. There have been so many articles written about these scandals, yet little or no action has been taken against the perpetrators who hide behind their UMNO badge. Of course the present UMNO-led government won’t open the file on these debacles, especially the recent ones but what can we do about it?

The Malaysian Anti-Corruption Commission and police are both working for UMNO at our expense. Police brutality continues unhindered with the latest beating of the UPSI students for demonstrating against an unfair law that bans them from participating in the country's politics. The MACC nabbed the “Datuk Fix-it”, a man who is alleged to have been paid by the NFC boss, Salleh Ismail, to bribe the authorities from uncovering corruption at the national cattle livestock company. But why hasn't the MACC arrested Salleh, or is it because he is the husband of UMNO minister Shahrizat Jalil.

Getting UMNO to make redress for its wrongdoings - when?

The list of the UMNO wrongdoings is really much too long to be detailed, but we all know most of them. The hot question around town now is, should Malaysians wait until those responsible for the misdeeds are too old to answer for their actions, or perhaps even passed on, before there is official acknowledgement that the people have been wronged. As the saying goes, justice must not only be done but be seen to be done.

Perhaps, before any redress can take place, there has to be a change in government. If UMNO continues to retain power, Malaysians can rest assured there will be no admission of wrongdoing and citizens can look forward to financial doom, with the country bankrupting soon from the massive corruption taking place even now as we write.

UMNO can be expected to do everything it can to sweep everything under the carpet. They will even change the law to re-write history so that their ruling elite can escape scot-free, and all issues safely forgotten. Historians and authors will be hired to write only what UMNO wants on record, omitting all the unpleasant details that might emerge. Imagine the Sodomy I trial pressed by former premier Mahathir Mohamad against Anwar Ibrahim. How will the UMNO version be like? Will it mention the huge international backlash and how former US vice president Al Gore walked out from a dinner given in his honour so as to protest Mahathir's skullduggery?

Tortured

We shudder to think what would happen to our children and how Malaysia will be remembered if UMNO pursues its current path of excesses and megalomania. PAS and DAP have struggled for years to explain why Malaysia needs to reject the UMNO-led BN ruling coalition, while Opposition Leader Anwar Ibrahim has suffered too much at the hands of an UMNO petrified of his charismatic leadership and ability to galvanize an alternative government.

Right now, he is being disgraced by the Sodomy II trial, a reprisal of the manifestly fabricated plot drummed up by Mahathir in 1998 and borrowed by Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor in 2008 to attack and prevent Anwar from challenging their power.

From his university days, Anwar has been accused of being anti-establishment, sacked from the post of Deputy Prime Minister, jailed for abuse of power and even received a black eye from ex-Inspector General of Police Rahim Noor. Yes, Anwar was beaten to the brink of death in jail in a bid to extract a false confession from him, asked to strip naked, purportedly fed arsenic-laced food in jail, denied medical treatment for hi slip-disc, incarcerated for 6 years for Sodomy I, then prosecuted since 2008 for Sodomy II.

Failed to knock Anwar off his perch

But the 64-year-old Anwar continued to stay high in the people's favour. Malaysians recognized a survivor and real fighter when they see one. So it wasn't surprising when they again rejected the Datuk T sex scandal that 3 UMNO members tried to attach to him.

Make no mistake, given Najib's paranoia of Anwar, the Opposition Leader can expect to find himself in jail again. Even so, Anwar has remained steadfast and has even prepared for the worst by knocking together an agreement with DAP's Lim Kit Siang and PAS' Hadi Awang on who should replace him when he is jailed. The question of succession, whether temporary until he is out of jail or not, is crucial in view of the imminent GE-13, where Najib is bound to go on a rampage to win the election wielding all the power he can grasp.

To have come so far and laid down such preparation is a huge task and responsibility that not many people can effect; indeed it is a very heavy burden for him and it is amazing that he has managed to simultaneously go on a tour of ceramahs or political lectures all across the country to drum up support for PKR and Pakatan.

Betrayals

Anwar has also face to face hurtful criticism and problems within his own party and the Pakatan coalition. Many of his friends and colleagues have betrayed him, with the latest being blogger Raja Petra Kamaruddin. These former friends have now become his enemies and of course a few like Ezam Mohd Nor were so close and personal it was hard not to doubt Anwar. But by now, it is clear that these people were unworthy, selling out for top dollar from UMNO.

So whether Anwar goes to jail or not, Pakatan supporters have their individual role to play. Firstly, do not get distracted from the main aim, which is to effect a change in government. Yes, some may get disheartened by the inordinate number of road blocks and hurdles blocking the way to Putrajaya, but this is a goal and a mission that cannot be compromised.

Ultimately it is the voters who will determine the outcome; you and us, the rakyat. So Pakatan supporters must do their part and not give up at the very worst of times. Do your part, convince others, assure the fence-sitters that we have to vote out UMNO-BN and all more if Anwar is jailed. No, Anwar is not perfect nor is he an angel, yet just compare him with Najib - what wrong has Anwar ever done to us the rakyat? No, Pakatan is not perfect either but they have made enormous progress and shown themselves as capable leaders and administrators who are more than ready to govern.

The rotten apples have all been removed or clearly identified such as Hasan Ali, the former Selangor PAS commissioner. The cleansing will make Pakatan stronger with less baggage. This alone makes it a clear-cut comparison for the better against the decadent UMNO, which refuses to even admit it has internal problems.

Najib's agent provocateurs

Lastly, a word of caution to Pakatan supporters attending the 901 Free Anwar rally.They must stay alert and refrain from backstabbing each other because UMNO is bound to fight to death to retain power.

Agent provocateurs are bound to be stationed amongst the crowds that will throng the court house on January 9. These can be expected to trigger scuffles just like in the July 9 Bersih rally for free and fair elections and in the recent UPSI students protest against the draconian UUCA Act 1971 that prevents them from participating in the country's politics.

The uglier the demonstrations turn out, the happier Najib will be as it would 'prove' his claim that Pakatan was up to no good! But just like in the July 9 Bersih and UPSI protests, Malaysians are expected to point the finger back at Najib, whose under-performance and inability to put in place critically-needed reforms have shocked the nation.

Malaysia Chronicle